CSR UniKL MIMET - Rescue Boat NADMA

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 3 окт 2024
  • 3 Oktober 2024 - Selaras dengan pendekatan urus bencana tanggungjawab bersama, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) sebuah Intitusi pendidikan TVET dibawah MARA meneruskan tanggungjawab sosial korporat mereka melalui penglibatan didalam Projek design & build sebanyak 28 buah bot beserta kelengkapan untuk diedarkan ke 14 negeri di seluruh Malaysia.
    Projek design & build dan pengujian ini dijalankan oleh UniKL Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET) untuk kegunaan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Projek ini bermula pada 2 September 2024 dan tempoh kontrak yang diberikan adalah selama 3 bulan dan dijangkakan siap sepenuhnya pada 22 November 2024. Kerja-kerja ini telah dilaksanakan di Limbungan, UniKL MIMET di Lumut, Perak.
    Sebagai simbolik kepada penyerahan bot “UniKL - NADMA National CARE Initiative”, sebanyak 2 buah bot akan diserahkan pada majlis pelancaran BKN hari ini di Kota Tinggi, Johor bersama perasmi
    YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
    Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap
    Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pusat
    Kerja-kerja pembinaan bot ini telah menggunakan tenaga pakar, alumni dan mahasiswa UniKL MIMET dan kerja-kerja pembuatan dilakukan mengikut piawaian yang ditetapkan dan dipantau oleh UniKL Resources Sdn Bhd (URSB).
    Projek ini juga telah membuka peluang kepada 6 orang mahasiswa UniKL MIMET untuk mempelajari dan memahami kaedah sesuatu projek bertaraf industri sebenar, dilaksanakan melalui konsep Teaching Factory. Ini memberikan mereka pendedahan secara langsung kepada proses dan teknologi yang digunakan dalam pembuatan bot
    #uniklmimet #uniklmarine #unikl

Комментарии • 1