Bubur Lambuk Warisan Asli Kampung Baru.

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 10 мар 2024
  • Selamat berpuasa kepada semua umat islam! Dan sempena bulan Ramadhan kali ni, Che Nom nak share satu menu yang wajib ada dan mesti ramai yang tertunggu-tunggu nak makan iaitu Bubur Lambuk Kg Baru.
    Resepi ni sangat special sebab ada kenalan Che Nom dari Kg Baru sudi berkongsi resepi warisan turun temurun keluarga beliau. Resepi asal untuk 15 kilo beras, tapi Che Nom dah tukar kepada kuantiti yang sesuai nak masak di rumah.
    Bermula dengan proses penyediaan bahan2-bahan proses menumis, dan proses memasak beras sehingga menjadi nasi lembut berkanji. Rempah ratus semua nya diadun dengan teliti megikut resepi asal dan cara masak pun kena ikut betul-betul untuk dapatkan hasil bubur lambuk yang peket berempah, sedap berlemak secukup rasa.
    Hasil : 16-20 bekas (kod RC 16, 470ml)
    //Bahasa Melayu
    -------------------------------------
    Bahan Bubur Lambuk:
    500g beras
    1/4 cwn minyak masak
    2 sb minyak sapi (ghee)
    1 biji bawang besar
    8-10 biji bawang merah
    7 ulas bawang putih
    2 sk biji halba
    2 helai daun pandan
    Rempah 4 sekawan
    1/2 sb serbuk jintan manis
    200g daging
    2 sb pes halia muda
    40g udang kering
    4-5 liter air
    Garam secukup rasa
    1/2 sb serbuk lada hitam
    Sedikit serbuk perasa (jika suka)
    200g santan pekat
    ATAU 1 kotak kecil santan segera
    1 ikat daun sup
    1 ikat daun bawang
    1 cwn bawang goreng
    Rempah 4 sekawan:
    2 batang kayu manis
    4 kuntum bunga lawang
    5 kuntum cengkih
    5 biji buah pelaga
    //English
    -------------------------------------
    Bubur Lambuk ingredients:
    500g rice
    1/4 cup cooking oil
    2 tbsp ghee
    1 red onion
    8-10 shallots
    7 cloves garlic
    2 tsp fenugreek seeds
    2 pandan leaves
    4 types of spices
    1/2 tbsp fennel powder
    200g beef
    2 tbsp young ginger paste
    40g dried shrimp
    4-5 liters water
    Salt to taste
    1/2 tbsp black pepper powder
    A little bit seasoning powder (if you like)
    200g thick coconut milk
    OR 1 small box instant coconut milk
    1 bunch chinese celery leaves
    1 bunch spring onions
    1 cup fried onion
    4 type of spices:
    2 sticks cinnamon
    4 star anise pods
    5 cloves
    5 cardamom seeds
    Instagram: bit.ly/CheNomInstagram
    Twitter: bit.ly/CheNomTwitter
    Facebook: bit.ly/CheNomFacebook
    Jenama Kuali : chenom.my/kuali-yang-selalu-c...
    Jenama Pisau: chenom.my/pisau-yang-che-nom-...
    Model Blender: chenom.my/blender-yang-che-no...
    #resepichenom
  • РазвлеченияРазвлечения

Комментарии • 163

  • @afififinatrr9790
    @afififinatrr9790 4 месяца назад +55

    Terima kasih che nom & sahabat yg sudi beri resepi warisan keluarga secara free. Semoga pahala mengalir deras berkat perkongsian! Selamat menyambut Ramadhan Che Nom & semua ❤

  • @alistair981
    @alistair981 4 месяца назад +6

    Hampir sama, dengan kanji rumbi di aceh sering dijumpai sewaktu Ramadhan.

  • @Fir6075
    @Fir6075 4 месяца назад +27

    Sy slalu guna left over sup daging ke sup tulang (overnight) buat bubur the next day. Masuk sup dan beras satu pot, garam skit, daun bawang and masak dlm rice cooker for porridge. First time sy rasa, dah mcm bubur lambuk. So ni instantlah. Sup daging or tulang dah penuh rasa dan rempahnyakan. Cepat dan mudah utk buat breakfast. Share pengalaman saje ✌

    • @seminky5341
      @seminky5341 4 месяца назад

      Betul tu. X perlu bazir pakai beras. Nasi semalam pun dh ok.

    • @khaleedairil1975
      @khaleedairil1975 3 месяца назад

      boleh buat ni sup dah ada 😂

    • @sitimariambintibasharie9711
      @sitimariambintibasharie9711 3 месяца назад

      Good idea. Next time kalau ada leftover sup yg sesuai boleh buat.

    • @hafizibella
      @hafizibella 2 месяца назад

      Sy pon tmbah rempah sup

  • @arieabdul5899
    @arieabdul5899 4 месяца назад +7

    Che' Nom tak pernah mengecewakan pengikut masakkan nya, You are the best.

    • @CheNom
      @CheNom  4 месяца назад

      ☺️🤲👍

  • @INDERANICE
    @INDERANICE 4 месяца назад +8

    Alhamdulillah, Sangat Sedap Sekali. Selamat Berpuasa Che Nom

  • @asimahrosdi8372
    @asimahrosdi8372 4 месяца назад +5

    Selamat berpuasa Che Nom.. Terima kasih selalu share resepi terbaik👍🏻👍🏻👍🏻

  • @zaradahdollah4466
    @zaradahdollah4466 12 дней назад

    Terima kasih C Nom resepi bubur lambuk yg sedap

  • @noritanordin1969
    @noritanordin1969 4 месяца назад +5

    Ramadan Kareem. Selamat menjalani ibadah puasa kepada Che Nom dan semua umat Islam❤

  • @ainiyudin5261
    @ainiyudin5261 4 месяца назад +5

    Terima kasih kerana share resepi bubur lambuk yg enak ni
    Selamat berpuasa Che Nom..

  • @shahaniko
    @shahaniko 4 месяца назад +3

    Nampak sedap Che Nom, terima kasih kongsi resepi… Selamat berpuasa buat Che Nom dan semua❤

  • @hasnahjunit4302
    @hasnahjunit4302 4 месяца назад +4

    Alhamdulillah,,bubur lambok YG enak 👍🌱🌸🌱

  • @norasid6146
    @norasid6146 4 месяца назад +3

    Alhamdulillah..terima kasih berkongsi resepi dn cara memasak bubur lambuk dr Che Nom..Semoga Allah membalas dengan kebaikan, Ramadhan Mubarak buat Che Nom Sekeluarga.
    Bubur lambuk, menu yg tidak pernah bosan, tidak mengira bulan Ramadhan, bila2 rasa teringin pun boleh buat.

  • @fydaazman5572
    @fydaazman5572 4 месяца назад +2

    Berbuka tadi dgn bubur lambuk ikut resepi che nom. Alhamdulillah suami, baba mama dan mentua puji sedap sgat. Terima kaish che nom. Semoga Allah swt permudahkan segala urusan che nom sekeluarga dan diberi kesihatan yg sihat selalu.

  • @iwani1780
    @iwani1780 4 месяца назад +1

    Sedapnya bubur lambuk kegemaran.

  • @itcanbedone72
    @itcanbedone72 4 месяца назад +3

    Macam che nom tau2 je saya nak buat bubur lambuk

  • @aidarayyan8583
    @aidarayyan8583 4 месяца назад +2

    Sedapnya bubur lambuk ni terima kasih Che nom kongsi resepi ya.. selamat berpuasa Che nom ❤

  • @AyongsKitchen
    @AyongsKitchen 4 месяца назад +1

    Sedapnya tengok bubur lambuk Kg Baru masakan Che Nom ni terasa nak buat jugq.

  • @anahaslina6399
    @anahaslina6399 4 месяца назад +2

    Selamat berpuasa che nom...sedappp bubur lambuk..nak buat belum ade kerajinan...kita save dulu resepi ni..tq che nom share resepi ❤

  • @mariamharun8348
    @mariamharun8348 4 месяца назад +2

    Alhamdulillaah. Terima kasih Che Nom. Mohon share

  • @aishahsapura8532
    @aishahsapura8532 4 месяца назад +3

    Baru sha cari..dah upload 🎉🎉🎉 tq che nom

  • @nahariahghazali8128
    @nahariahghazali8128 4 месяца назад +2

    Selamat berpuasa che nom....sedap tu

  • @SitiHajar-ui2ze
    @SitiHajar-ui2ze 4 месяца назад +1

    terima kasih.Sedap nampak bubur lambuk che nom

  • @diyaanuar
    @diyaanuar 4 месяца назад +2

    Terima kaseh Che nom moga murah rezki Aameen

  • @a_akitchen9492
    @a_akitchen9492 4 месяца назад +1

    Selamat berpuasa che nom..tqvm utk resepinya ❤❤❤

  • @masnahmenamasnahmena2857
    @masnahmenamasnahmena2857 4 месяца назад

    Alhamdulillah.. Terima kasih kongsi resepinya 🥰

  • @adrianashaik5425
    @adrianashaik5425 4 месяца назад

    Sedapnya. Will try this. Terima kasih

  • @my_way2262
    @my_way2262 4 месяца назад +1

    kelakar jgk che nom nie 🤪🤪😂😂🙏🙏🤲🤲👍👍🇲🇾🇲🇾

  • @naam1657
    @naam1657 3 месяца назад

    Alhamdulillah saya masak ikut resepi che nom menjadi. Terima kasih. Berjaya habis, adek2 saya suka.

  • @Mikayla1637
    @Mikayla1637 4 месяца назад

    alhamdulillah suka tgk resipi chenom, senang dan mudah faham. terima kasih chenom memudahkan kerja memasak saya hehe selamat berpuasa

  • @jainoopaboobaker5235
    @jainoopaboobaker5235 4 месяца назад

    Subahan Allah memang sedap saya dah cuba kita panggil bubur masjid terima kasih cik nom .ramafan Kareem 🌹🇸🇬

  • @nasnordin5397
    @nasnordin5397 3 месяца назад

    Terima kasih cik nom.. selalu memberi resepi yg sedap..dan menjadi bila di cuba...semoga ilmu ini menjadi amal jariah yg mengalir pahalanya seperti air sungai sehingga ke akhirat tuk cik nom ❤

  • @halimahtunsaadiahharun5186
    @halimahtunsaadiahharun5186 4 месяца назад

    Terima kasih che nom, sedap buburnya, semoga che nom terus berkongsi resepi. Semoga Allah memberkatinya.

  • @zaifulzufian7983
    @zaifulzufian7983 4 месяца назад

    MashaAllah…sedap nya..terbaik cik nom..

  • @donnyzain8350
    @donnyzain8350 2 месяца назад

    Ni gara2 nonton upin ipin episode lama tentang New normal trus dengar nonton upin ipin and the gank rebutan bubur lambuk jadi penasaran dan berujung nonton cara pembuatan bubur lambuk......nampaknya menggugah selera ni...... Jadi pengen merasa lah 🤤

  • @saodahribot3135
    @saodahribot3135 4 месяца назад

    syukur Alhamdulillah terima kasih Cik Nom dgn berkongsi resepi bubur lambuk.Semoga Cik Nom dimurahkn rezekinya.Aamiin Ya Allah.🤲🏼🤲🏼🤲🏼

  • @soffiaaryati712
    @soffiaaryati712 4 месяца назад +2

    Terima kasih share recipe çhe nom

  • @rosyazlinmohd2718
    @rosyazlinmohd2718 3 месяца назад

    Thank you che nom for the recipe! Saya cuba dan menjadi ✨ Alhamdulillah dapat lepas rindu bubur lambuk di Malaysia 🥰

  • @anuarmohdisa8081
    @anuarmohdisa8081 4 месяца назад +1

    Very professionally presented Che Nom.
    Amazing and mesmerising.

  • @mohdamirul5853
    @mohdamirul5853 4 месяца назад +3

    Slmt berpuasa cik nom 😊

  • @norellyana6249
    @norellyana6249 4 месяца назад

    Sedappp nyaaa.. selamat berpuasa che nom😊

  • @schaazianalyahya
    @schaazianalyahya 4 месяца назад

    Tq Che Nom smg dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.aamiin

  • @fazilahghani6780
    @fazilahghani6780 3 месяца назад

    Cuba buat bubur lambuk hari ni..mmg menjadi...n thank you che nom utk share resepi ni❤️

  • @surianibtisamsuddin7208
    @surianibtisamsuddin7208 4 месяца назад

    Terima kasih kongsi resepinya

  • @marhainiahmad1979
    @marhainiahmad1979 4 месяца назад

    Terima kasih che nom..😊
    Resepi semua best2 🎉🎉

  • @sulisslamet5072
    @sulisslamet5072 4 месяца назад

    Terima kasih chik nom, insyaallah nanti mau Coba.
    Selamat menjalankan ibadah puasa semua

  • @AisyahEisya-mc6ne
    @AisyahEisya-mc6ne 4 месяца назад

    wah thanks che nom sy mmng buat bubur lambuk tuk surau mlam ni ..ya Allah nseb baek ade resepi che nom... selamat menyambut bln Ramadhan ❤

  • @mummyhappy6477
    @mummyhappy6477 2 месяца назад

    Terima kasih C nom. Halalkan ilmu

  • @dezarrazaryn1792
    @dezarrazaryn1792 4 месяца назад

    Terima kasih Cik Nom, sy ni peminat bubur lambuk, mcm2 versi yg sy tengok & sy pernah buat. Inshaa Allah... Sy cuba pulak resepi yg ni. Sy tau bubur lambuk kpg Baru mmg femes & pernah jgk sy merasa bubur tu satu ketika dulu, mmg sedap sgt. 😊❤

  • @widyanichannel5370
    @widyanichannel5370 4 месяца назад

    Assalamualaikum, che Nom. Selamat menjalani ibadah puasa. Terima kasih di atas perkongsian resepi yg best ni.

  • @nooraine8307
    @nooraine8307 4 месяца назад

    Alhamdulillah terimaksh Che Nom share resepi,dlu msa tgl kt kpg baru blk kerja mesti ambil bt brbuka skg dh x merasa bubur lambuk kpg baru sbb dh brpindah

  • @nazrahmardi7866
    @nazrahmardi7866 4 месяца назад

    Terima kasih cik nom kongsi resepi❤

  • @zaradahdollah4466
    @zaradahdollah4466 4 месяца назад

    Terima kasih C Nom respi bubur lambuk

  • @nooraisahsaid3494
    @nooraisahsaid3494 4 месяца назад

    Alhamdullila..bole la buat❤

  • @mawarmariana
    @mawarmariana 19 дней назад

    Alhamdulillah ❤

  • @SeharianBersamaNorisah
    @SeharianBersamaNorisah 4 месяца назад

    Teringin nk buat ..cari resepi dri cik Nom ni...terima kasih ..❤️❤️❤️

  • @SarullShafie-kb1nj
    @SarullShafie-kb1nj 4 месяца назад

    Mharap sgt la rmadhan kali ini bubur ashyura . Balik kje terus some kindnss people hulur sbungkus. Wow yummi. Nye. nice people.

  • @Mama_ELL
    @Mama_ELL 4 месяца назад

    Enak dan gurih sekali bun❤❤👍

  • @norainimamat157
    @norainimamat157 4 месяца назад

    Alhamdulillah tqsm che nom.
    akhirnya ade jg resepi bubur lambuk.
    sblm² ni sy pernah request utk menu ni😊

  • @norhayatinordin2659
    @norhayatinordin2659 4 месяца назад

    Assalamualaikum
    Favourite saya..bubur lambuk
    Tq share recipe
    Mantapppppppp🤲👍

  • @wawayusof2556
    @wawayusof2556 4 месяца назад +2

    Wahhh…Mmg Kegemaran Wawa Sejak Dulu…Tq Share Resepi Yea Che Nom ❤❤❤

  • @zack90861
    @zack90861 4 месяца назад

    bawang goreng lebih lps tu letak sambal kicap sikit...perghhh syahduu betul

  • @VanisaVikasari
    @VanisaVikasari 4 месяца назад +1

    Selamat berpuasa 😊🙏

  • @egoistically
    @egoistically 4 месяца назад

    alhamdulillah semalam saya masak ni. mmg sedap betol. terima kasih cik nom

  • @faya1726
    @faya1726 4 месяца назад

    terima kasih banyak-banyak chenom akhirnya ada resepi bubur lambuk 😢

  • @ericlai3221
    @ericlai3221 4 месяца назад

    Selamat berpuasa Che Nom dan semua

  • @hajaranbee4294
    @hajaranbee4294 3 месяца назад

    Thank you Che Nom terbaik❤

  • @farahmasirah3444
    @farahmasirah3444 4 месяца назад

    Hari Jumaat dpat sya nak try masak tuk sedkah org ramaii makan

  • @fadilahidris898
    @fadilahidris898 4 месяца назад +1

    Waalaikummusalam...

  • @DapurBiru
    @DapurBiru 4 месяца назад

    Sedapnyaa

  • @asmawatiisa1992
    @asmawatiisa1992 4 месяца назад

    Boleh cuba buat ni

  • @noritanordin1969
    @noritanordin1969 4 месяца назад

    Saya pun masak bubur lambuk setiap hari pertama puasa❤

  • @suzieproapol5397
    @suzieproapol5397 4 месяца назад

    Terbaik❤❤❤

  • @nabilahmohamadbinmuda4200
    @nabilahmohamadbinmuda4200 4 месяца назад

    Mesti lagi sedap tambah ulang2 pucuk²😊

  • @user-nu3ih6ye8h
    @user-nu3ih6ye8h 4 месяца назад

    uishh nampak sedap lah nanti saya nak try buat laaa😋 always support resepi che nom👍

  • @sitinoorhanim2470
    @sitinoorhanim2470 3 месяца назад

    Thank you Che Nom dah try sedap ❤️

  • @keyrolezwan
    @keyrolezwan 4 месяца назад

    Arwah mak saya klu dia buat bubur lambuk, dia tambah kacang tanah and kangkung. So masa makan akan gigit lemak2 kacang tanah yg lembut. Tp ni optional la. Nk letak boleh, taknak letak pok boleh. Tp tu la.. rindu masakan arwah mak 😢

  • @user-cx1br8um8d
    @user-cx1br8um8d 4 месяца назад

    Sudah lapar

  • @TocaTocaFamilie
    @TocaTocaFamilie 4 месяца назад

    Bubur macam kat kampung la ❤

  • @ropiahsedek6185
    @ropiahsedek6185 4 месяца назад

    Waalaikumussalam selamat berpuasa Che Nom....saya masak bubur lambuk guna rice cooker aje 😁

  • @Kin_Li
    @Kin_Li 4 месяца назад +1

    Lama tak buat bubur lambuk😋

  • @borhanuddinalias2994
    @borhanuddinalias2994 4 месяца назад

    Terimakasih chef ❤

  • @mahanimohamad3979
    @mahanimohamad3979 4 месяца назад

    Assalamualaikum. Che nom try buat pulut mangga pulak. Resepi dr che nom tak pernah tak jd. TQ. Selamat berpuasa

  • @jamaayahmohddan6190
    @jamaayahmohddan6190 4 месяца назад

    Assalamulaikum Che nom, Selamat berpuasa

  • @bjfeerus
    @bjfeerus 4 месяца назад

    👍🏻👍🏻👍🏻 Alhamdulillah ❤❤❤ .... .. .

  • @nfa9904
    @nfa9904 4 месяца назад +1

    Hii che nom, hope lepasnii letak laa watermark so that org tk curi konten che nom lagi ❤

  • @cikwawabakry
    @cikwawabakry 4 месяца назад

    Love sgt ❤️❤️

  • @tyrazaii1597
    @tyrazaii1597 3 месяца назад

    letak daun pucuk midin sedap che nom.. hihi

  • @Nununu-ds3mt
    @Nununu-ds3mt 3 месяца назад +1

    Great recipe!
    Wld like to share a tip. If you soak the rice with a little vegetable oil the night before, it speeds up the process by about an hour!!
    😊

    • @CheNom
      @CheNom  3 месяца назад

      Thanks for the info

  • @damonmhtan9490
    @damonmhtan9490 4 месяца назад +4

    Greetings from Melbourne 🙋🏻‍♂️🙋🏻‍♂️. Happy fasting... Thanks for these recipes 👋🙏🙋🏻‍♂️

    • @san6493
      @san6493 4 месяца назад

      Fuuh cakap bahasa penjajah 😂😂😂😂

    • @damonmhtan9490
      @damonmhtan9490 4 месяца назад

      @@san6493 jangan cakap begitu. I'm Malaysian.

  • @annessa-zx2nb
    @annessa-zx2nb 4 месяца назад

    Dah cuba resipe nie che nom. Sedapp wpun tak letak santan sebab kotak santan hilang entah ke mana 😂

  • @TocaTocaFamilie
    @TocaTocaFamilie 4 месяца назад

    Aunty che nomm

  • @elianikarim6722
    @elianikarim6722 4 месяца назад

    Selalu igt bubur lambuk nie pakai santan.. rupanye xletak pon ye 😅

  • @faridahkamaludin5019
    @faridahkamaludin5019 4 месяца назад

    Jom masuk dapo😊

  • @user-lt5ns4if2b
    @user-lt5ns4if2b 4 месяца назад

    Che nom boleh tak buat resepi untuk jualan vendor rm 3 pliss❤️

  • @fanfare78
    @fanfare78 4 месяца назад

    Sama mcm resipi emak
    tapi kita guna daun ketumbar

  • @SalamahAbdWahid-wm2eg
    @SalamahAbdWahid-wm2eg 4 месяца назад

    Share tq

  • @sbaek246
    @sbaek246 4 месяца назад +1

    kejiranan chenom ada kosong x? nak apply jadi jiran chenom jap 😆

  • @annessa-zx2nb
    @annessa-zx2nb 4 месяца назад +1

    terima kasih che nom. harap2 ada 30 resipe selama ramadan 😁

    • @CheNom
      @CheNom  4 месяца назад +4

      Tak cukup 30 resepi, mahu fokus masa pada keluarga dan ibadah juga di bulan puasa 😊

    • @NorsarifahkassimNor-vj8ir
      @NorsarifahkassimNor-vj8ir 4 месяца назад

      Terima kasih share resepi Semoga che nom murah rezeki selalu disamping keluarga tersayang Amin ya rabbal alamin from ceq Dari Penang 😊😊❤

  • @autmxyurazx_.-ir3fz
    @autmxyurazx_.-ir3fz 4 месяца назад +1

    ❤❤❤

  • @mohdfirdausrozi2807
    @mohdfirdausrozi2807 4 месяца назад

    Resepi asal sama macam wander 8402 tu ka che nom