Pengunduran dari Sg. Kerian, 17 Disember 1941 (part 2)

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 10 сен 2024
  • Pada episod kedua ini saya masih berada di Sg. Kerian, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Saya akan menyambung kembali cerita mengenai peristiwa pengunduran Tentera British khususnya daripada Pasukan 11th Indian Division dalam usaha terdesak mereka berundur melintasi Sg. Perak di Kuala Kangsar sebelum 12 tengah malam, 22 Disember 1941.
    Di dalam episod ini juga saya perlu menerangkan secara ringkas mengenai pasukan 1st Perak Battalion, Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF) yang memainkan peranan penting dalam misi pengunduran dari 17 - 22 Disember 1941. Unit 1st Perak FMSVF ini mempunyai sejarah yang cukup besar dan unik tetapi jarang dibincangkan di mana-mana forum. Selain itu, saya akan membawa anda semua melawat Commonwealth War Graves yang terletak di Taiping, Perak bagi melihat dan mencari anggota Tentera British India yang terkorban dari tarikh 17 hingga 22 Disember 1941 khususnya berkait peristiwa pengunduran dari Sg. Kerian.
    Di dalam episod ini juga, saya akan menceritakan mengenai kelemahan ciri-ciri kepimpinan Lt. Jen. Arthur E. Percival sebagai GOC Malaya Command dan rentetan kesilapan keputusan yang telah diambil oleh beliau yang menyumbang kepada kekalahan Tentera British khususnya dalam segmen Pertempuran di Middle Malaya.
    Episod ini ditujukan kepada rakan-rakan saya di dalam Tentera Darat Malaysia yang memerlukan material kajian peristiwa Battle of Malaya yang berlaku dari 8 Disember 1941 hingga 31 Januari 1942.
    Rujukan yang saya gunakan adalah:
    1. The War in Malaya by Lt. Gen. Arthur E. Percival, London Eyre & Spottiswoode, published in 1949;
    2. The Defence and Fall of Singapore (1940 - 1942) by Prof. Brian P. Farrel, Monsoon Books Pte. Ltd., published in 2017;
    3. The Japanese Thrust - Australia in the War of 1939 - 1945 by Sir Lionel Wigmore, Australian War Memorial, published in 1957;
    4. Who Dies Fighting: a Personal Account of the War in Malaya & the Fall of Singapore, 1942, During the Second World War by Major Angus Rose, first published in 1944; dan
    5. Japan's Greatest Victory, Britain's Worst Defeat by Masanobu Tsuji, Indiana University and was first published in 1952.
    Selain daripada itu juga, saya ada berinteraksi dengan peminat sejarah dari Scotland yang berpeluang menyemak War Diary pasukan 2nd/ 1st Gurkha Rifles yang bertempur di jambatan Sg. Kerian pada 17 Disember 1941.
    Lokasi video part 2 ini adalah di sekitar jambatan jalan raya dan keretapi di Sg. Kerian (sebelah Pulau Pinang), Commonwealth War Cemetery dan Jalan Kelab Baru di Taiping, dan juga Jambatan Kg. Ayer Kuning, Changkat Jong, Perak.
    Music credits:
    1. Rynos theme by Kevin MacCleod (incompetech.com);
    2. Black vortex by Kevin MacCleod (incompetech.com);
    3. Stay the course by Kevin MacCleod (incompetech.com).
    4. Prelude and action by Kevin MacCleod (incompetech.com).
    5. Jazz music at Apollo theatre; dan
    6. Intense war music background by JMFX on RUclips.

Комментарии • 15