Это видео недоступно.
Сожалеем об этом.

Pengunduran dari Sg. Kerian, 17 Disember 1941 (part 4)

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 13 ноя 2023
  • Pada episod keempat ini saya akan menyambung penceritaan saya mengenai peristiwa pengunduran Tentera British daripada Pasukan 11th Indian Division dari kawasan utara Perak sehingga ke Kuala Kangsar pada 22 Disember 1941.
    Saya akan membawa anda ke sebuah kawasan yang sudah dilupakan dalam sejarah pembangunan negara iaitu Bukit Berapit bypass area atau lebih dikenali dari kalangan pegawai tentera British atau pegawai kolonial Inggeris sebagai Bubu bypass area. Kawasan ini telah diduduki selama satu malam oleh anggota dari Pasukan 28th Indian Briged sebelum mereka semua berundur melintasi jambatan Iskandar sebelum jam 12 malam, 22 Disember 1941.
    Di dalam episod ini juga, saya akan menyambung penceritaan dan hujah-hujah saya mengenai kelemahan ciri-ciri kepimpinan Lt. Jen. Arthur E. Percival sebagai General Officer Commanding (GOC) Malaya Command dari 1941 - 1942. Saya akan menerangkan secara terperinci mengenai persediaan Malaya Command dalam menghadapi ancaman Perang Jepun dari tahun 1937 hingga tercetusnya perang pada 8 Disember 1941.
    Episod ini ditujukan kepada rakan-rakan saya di dalam Tentera Darat Malaysia yang memerlukan material kajian peristiwa Battle of Malaya yang berlaku dari 8 Disember 1941 hingga 31 Januari 1942.
    Rujukan yang saya gunakan adalah:
    1. The War in Malaya by Lt. Gen. Arthur E. Percival, London Eyre & Spottiswoode, published in 1949;
    2. The Defence and Fall of Singapore (1940 - 1942) by Prof. Brian P. Farrel, Monsoon Books Pte. Ltd., published in 2017;
    3. The Japanese Thrust - Australia in the War of 1939 - 1945 by Sir Lionel Wigmore, Australian War Memorial, published in 1957;
    4. Who Dies Fighting: a Personal Account of the War in Malaya & the Fall of Singapore, 1942, During the Second World War by Major Angus Rose, first published in 1944;
    5. Japan's Greatest Victory, Britain's Worst Defeat by Masanobu Tsuji, Indiana University and was first published in 1952; dan
    6. Singapore : Too Little, Too Late by Sir Ivan Simson : The Failure of Malaya's Defence in 1942, published by Leo Cooper in 1970 (Original from University of California).
    Lokasi video part 4 ini adalah di kawasan Bukit Berapit (Bubu bypass) yang terletak antara Taiping dan Kuala Kangsar, Perak dan kawasan Kota Tinggi - Jemaluang dan Tanjung Sedili, Johor.
    Music credits:
    1. Rynos theme by Kevin MacCleod (incompetech.com);
    2. Black vortex by Kevin MacCleod (incompetech.com);
    3. Stay the course by Kevin MacCleod (incompetech.com).
    4. Prelude and action by Kevin MacCleod (incompetech.com);
    5. Curse of the scarab by Kevin MacCleod (incompetech.com); dan
    6. Intense war music background by JMFX on RUclips.

Комментарии • 20

  • @mohisvision354
    @mohisvision354 Месяц назад +2

    terima kasih tuan atas perkongsian content terbaik. Penyampaian professional. Lama juga saya cari content2 mcm ni tuan. Proud of you sir.😀

  • @amryjon013
    @amryjon013 2 месяца назад +1

    MasyAllah...terima kasih tuan buat content semacam ini...saya dah sucribe channel tuan...bersemangat saya bilamana kita tgk strategi pihak british zaman itu.

  • @izafihasim
    @izafihasim 8 месяцев назад +1

    Terbaik tuan.

  • @user-eb4kp5if8o
    @user-eb4kp5if8o 8 месяцев назад +4

    Terima kasih utk content trbaik ni..dh hmpir 6 bln menunggu baru keluar baru video panjang..semua video tuan xbosan utk ditonton krn ada nye site visit disetiap tmpt yg trlibat dlm peristiwa yg berlaku semasa ww2

    • @malayanhistorytv
      @malayanhistorytv  8 месяцев назад +1

      Terima kasih kembali. InsyaAllah part 5 next week saya release. Saya yakin ia lebih menarik atau setara baik dgn maklumat part 4. Saya masih mengedit part 5

  • @adnanal-nan7480
    @adnanal-nan7480 8 месяцев назад +3

    Memang tidak mengecewakan..... memang terbaik .👍👍👍

  • @wanwann6189
    @wanwann6189 2 месяца назад +2

    sy pernah baca buku tentang perang dunia ke2 di malaya yg sgt merugikan yg british lakukan sepanjang perang di malaya kupasan yg tuan buat hanya kisah pertahanan dan pertempuran belum lg hubungan komunikasi, logistik dan aset2 yg kurang

  • @JenutTN
    @JenutTN 9 месяцев назад +6

    Memang terbaik Tuan. Ini patut masuk Majalah 3. Masalah rasuah dan salahguna kuasa oleh penjajah British pun pernah terjadi waktu pembinaan laluan keretapi lama di Selangor dulu

  • @othmanzainal1180
    @othmanzainal1180 9 месяцев назад +4

    Masyaa Allah yang di nanti dah tiba tahniah tuan dan rakan2 ats cerita dan info yang penuh dengan bukti dan fakta harap di teruskan lagi dan saya masih berharap pehak tuan dapat berkerjasama dengan kPM jadikan sebahagian dari part pelajaran

  • @hafizzol1387
    @hafizzol1387 9 месяцев назад +3

    Bang ....saye suka dengar suara abang ni...😂😂...suara abang dengn content2 Malaya history ni...memng sesuai cara penggunaan bahasa dn intonasi nyee..

  • @azmanazeery4733
    @azmanazeery4733 9 месяцев назад +1

    Terbaik..terang dan jelas.. Sgt2 puas hati...😍😀

  • @mjafri-xk7uy
    @mjafri-xk7uy 9 месяцев назад +1

    terbaik

  • @muhammadafiq4022
    @muhammadafiq4022 7 месяцев назад +1

    Settle ww2 ni tuan cuba cover zaman komunis pulak ya

    • @malayanhistorytv
      @malayanhistorytv  7 месяцев назад +2

      ya, saya ada perancangan untuk membuat video panjang mengenai peristiwa serangan pengganas Komunis ke atas Balai Polis Kuala Krau di Temerloh pada 28 Jun 1948.

    • @azmanazeery4733
      @azmanazeery4733 7 месяцев назад +1

      @@malayanhistorytv sayang sekali sya tak sempt rakam cerita arwah abah sya penglibatannya semasa zaman darurat 1948.Arwah menjadi anggota Ac sebelum darurat dan bermula..menjadi anggota Jungle squard dalam seksyen 3 dibawah ketua seksyen Dato Dollah yg mana Kuala Kangsar ada lah kawasan dn daerah yg banyak petempuran antara pasukan keselamatan dn pengganas komunis. Ada beberapa nama yg agak terkenal anggota Pkm Melayu yg telah tewas atau ditangkap

  • @manChannel808
    @manChannel808 9 месяцев назад

    Lama tak bersiaran tuan..sihat ke?semoga dipermudahkan segala urusan tuan Dan team..

    • @malayanhistorytv
      @malayanhistorytv  7 месяцев назад +2

      Saya menghilang lama kerana komitmen tugas termasuk mengambil masa membaca buku-buku dan menulis skrip untuk pembikinan video ini. Topik WW2 adalah topik yang saya baharu dalami, lebih banyak saya membaca, lebih banyak saya sedar yg byk lagi saya tak tahu. Bila kita hilang lama, kita mencari ilham.. Kualiti hasil selepas itu akan jd lebih baik. 😅 😊

  • @maddylocco2396
    @maddylocco2396 9 месяцев назад

    Ngam pak