Pengunduran dari Sg. Kerian, 17 Disember 1941 (part 1)

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 10 сен 2024
  • Pada episod kali ini saya akan membawa anda semua untuk menelusuri jalan raya Federal Route 1 dari Nibong Tebal, Pulau Pinang ke Kuala Kangsar, Perak bagi melawat beberapa kawasan yang terlibat secara langsung dalam peristiwa pengunduran Tentera British dari Pulau Pinang ke Perak.
    Kisah yang akan saya kongsikan adalah mengenai peristiwa pertempuran yang berlaku sewaktu pasukan 11th Indian Division Tentera British berundur dari Pulau Pinang dengan melintasi satu kawasan jambatan di Sg. Kerian yang dikawal oleh Tentera Gurkha dari pasukan 2nd/ 1st Gurkha (Infantry) Rifles. Terdapat dua jambatan di lintasan Sg. Kerian iaitu jambatan jalanraya dan jambatan keretapi. Kedua-dua jambatan ini telah diletupkan oleh pasukan Royal Engineers dan Bombay Sappers & Miners daripada pasukan 11th Indian Division dalam peristiwa serangan unit advanced battalion Tentera Imperial Jepun dari 5th Guards Division pada 17 Disember 1941.
    Episod ini ditujukan kepada rakan-rakan saya di dalam Tentera Darat Malaysia yang memerlukan material kajian peristiwa Battle of Malaya yang berlaku dari 8 Disember 1941 hingga 31 Januari 1942.
    Rujukan yang saya gunakan adalah:
    1. The War in Malaya by Lt. Gen. Arthur E. Percival, London Eyre & Spottiswoode, published in 1949;
    2. The Defence and Fall of Singapore (1940 - 1942) by Prof. Brian P. Farrel, Monsoon Books Pte. Ltd., published in 2017;
    3. The Japanese Thrust - Australia in the War of 1939 - 1945 by Sir Lionel Wigmore, Australian War Memorial, published in 1957; dan
    4. Who Dies Fighting: a Personal Account of the War in Malaya & the Fall of Singapore, 1942, During the Second World War by Major Angus Rose, first published in 1944.
    Selain daripada itu juga, saya ada berinteraksi dengan peminat sejarah dari Scotland yang berpeluang menyemak War Diary pasukan 2nd/ 1st Gurkha Rifles yang bertempur di jambatan Sg. Kerian pada 17 Disember 1941.
    Lokasi video part 1 ini adalah di Pekan Nibong Tebal dan sekitar jambatan jalan raya dan keretapi di Sg. Kerian (sebelah Pulau Pinang).
    Music credits:
    1. Rynos theme by Kevin MacCleod (incompetech.com);
    2. Black vortex by Kevin MacCleod (incompetech.com); dan
    3. Stay the course by Kevin MacCleod (incompetech.com).

Комментарии • 35