NASI LEMAK, Sambal Nasi Lemak Paling Sedap I Nasi Lemak Sambal Recipe, nasi lemak Malaysia

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 10 июн 2021
  • NASI LEMAK & Sambal Nasi Lemak Paling Sedap I Nasi Lemak Sambal Recipe, Malaysia.
    Cara masak nasi lemak simple...walaupun simple, kena tahu teknik & step yang betul barulah nasi lemak tak lembik, berketul atau melekit. Paling penting sukatan nasi, air & santan kena betul barulah nasi lemak sedap. Kami kongsikan cara orang-orang lama masak nasi lemak hanya menggunakan sukatan jari. Petua nasi lemak sedap resepi orang lama, rahsianya hanya sukat menggunakan jari. Ya! guna jari je untuk sukat air & santan supaya nasi lemak menjadi...berderai-derai & sebutir-sebutir. Kemudian masak nasi lemak guna rice cooker.
    NASI LEMAK KUKUK RESEPI klik • NASI LEMAK KUKUS & SAM...
    Cara masak nasi lemak yang kami kongsikan tidak ditambah minyak masak & garam supaya nasi lemak yang kita makan tu lebih sihat. Santan sahaja pun dah cukup berlemak kan. Tengok video sampai habis supaya ilmu ni dapat difahami sepenuhnya.
    Bahan-bahan sambal nasi lemak ini ringkas, cuma memerlukan masa yang agak lama. Tapi amat berbaloi bila dah masak sambal nasi lemak ni, dimakan pula dengan nasi lemak yang panas-panas...dihidang atas daun pisang ditambah lagi dengan lauk pauk, ikan bilis, kacang tanah, telur rebus & timun. Aduh! terbayangkan keenakan & kesedapan sambal nasi lemak ni.
    Bahan-bahan sambal nasi lemak kami tidak menggunakan belacan & udang kering, sebab ada orang alergik dengan belacan & udang kering. Resepi sambal nasi lemak kami juga sangat praktikal untuk orang Malaysia yang duduk luar negara hatta orang bukan Malaysia sekalipun yang baru nak belajar buat nasi lemak...tak perlu susahpayah cari belacan & udang kering. Selain bahan-bahan yang disenaraikan perlu juga ditambah satu lagi bahan...iaitu 'KESABARAN' namanya dalam memasak sambal nasi lemak untuk menghasilkan sambal yang cantik pecah minyak & tahan lama. Perlu pecah minyak sampai 3 kali barulah sambal tu betul-betul masak atau orang panggil masak garing. Warna sambal juga dah bertukar ke merah gelap....haaaa, dah cantiklah tu. Kami ambil masa sekurang-kurangnya 1 jam untuk hasilkan sambal nasi lemak seperti yang korang lihat hasilnya dalam video tu. Sambal nasi lemak tanpa ikan bilis @ sambal nasi lemak vegetarian sedap!
    Nasi lemak yang dihidang atas daun pisang, aromanya lebih harum & rasanya lebih sedap. Waktu nasi lemak ni masih lagi panas cubalah hidangkan atas daun pisang, mesti semerbak aromanya satu rumah!
    *BAHAN-BAHAN Nasi lemak paling sedap.
    -4 pot beras (cuci bersih)
    -2 pot santan
    -air
    -1 biji bawang merah (hiris mayang)
    -1 inci halia (dimayang)
    *CARA MASAK Nasi lemak simple dan sedap
    1.cuci bersih beras
    2.masukkan santan
    3.masukkan bawang merah, halia & kacau sebati
    4.masukkan air sampai ruas pertama jari telunjuk
    (jika terlebih air boleh buang air & jika terkurang air boleh tambahkan air)
    5.masak guna rice cooker
    *BAHAN-BAHAN sambal nasi lemak paling sedap
    -2 biji bawang merah besar (dihiris/ dimayang)
    -asam jawa + air (pes asam jawa)
    -3/4 blok gula melaka
    -garam
    *BAHAN KISAR sambal nasi lemak paling sedap
    -20 tangkai cili kering (direbus dahulu)
    -2 biji bwang merah besar
    -5 ulas bawang putih
    -1 inci halia
    *CARA MEMASAK sambal nasi lemak paling sedap
    1.panaskan minyak... minyak kena lebih supaya sambal betul-betul masak & cantik pecah minyak
    2.tumis hirisan bawang merah (2 biji) hingga layu je..jangan sampai keperangan garing (hirisan bawang yang tak garing ni akan hancur dengan sendirinya sepanjang tempoh memasak...kalau bawang dah keperangan nanti susah hancur bawang tu).
    3.dah naik bau tumisan bawang merah tadi terus masukkan kesemua bahan kisar
    4.masak sambal hingga pecah kali pertama
    5.masukkan air asam jawa
    6.masukkan gula melaka & daun pandan (optional)
    7.masukkan air
    8.kacau sebati hingga pecah minyak kali ke-2 dan ke-3
    9.tambah air & perasakan dengan garam
    Minyak yang banyak hasil dari pecah minyak tu bolehlah dikaup letak dalam bekas lain. Minyak itu boleh diguna lain kali untuk memasak sambal, asam pedas, masak merah, tiga rasa atau sebarang masakan yang menggunakan cili kering.
    Lebih TIPS & RAHSIA sambal nasi lemak paling sedap klik • Rahsia & Cara Masak Sa...
    #resepiviralnasilemak #sambalnasilemak #resepiviralsambalnasilemak #sambalnasilemakorangmeniaga #howtomakesambalnasilemakrecipe
    #howtomakesambalnasilemak #howtomakenasilemak #howtomakesambal #resepiviral #nasilemakmalaysia #nasilemakbrunei #nasilemakindonesia #nasilemaksingapore
    #cooking #ASMR #mukbang #viralvideos #trending #resepiviral #resepiviralmudahdansedap #howtocook, nasi lemak sambal做法, nasi lemak sambal recipe,streetfood #malaysiastreetfood #foodie #klfoodie #sambal
    nasi lemak, sambal nasi lemak, resepi sambal nasi lemak
    cara buat sambal nasi lemak
    cara masak sambal nasi lemak
    cooked rice
    malaysia nasi lemak
    sambal nasi lemak paling sedap
    cara buat sambal
    singapore nasi lemak
    sauces
    cookery
    coconut rice
    coconut rice recipe
    malaysian cuisine
    indonesian cuisine
    malaysia nasi lemak
    singapore nasi lemak
    menu sarapan pagi
    aszulqa
    nasi lemak 1.0 2.0

Комментарии • 438

  • @AsZulqa
    @AsZulqa  Год назад +2

    KLIK SUBSCRIBE ruclips.net/channel/UCGQ_mPq2356piEoU9_4trrw
    Resepi Sambal Nasi Lemak Paling Mudah & Paling Sedap 600k views klik
    ruclips.net/video/Lm9u6jQFzxk/видео.html
    Resepi Nasi Lemak Pandan & petua nasi lemak tahan lama klik
    ruclips.net/video/jz4MZ1AkVOE/видео.html
    Resepi Nasi Lemak Kukus Lembut Fluffy klik
    ruclips.net/video/pmsKl-l5qpM/видео.html
    Resepi Kari Ayam Tanpa Santan klik
    ruclips.net/video/G61E4ulVzsQ/видео.html
    Resepi Nasi Minyak klik
    ruclips.net/video/M-au_ILbqno/видео.html
    Resepi Ayam Masak Merah klik
    ruclips.net/video/Sk_yd66aamI/видео.html
    Resepi Kari Ayam Bakar Madu klik
    ruclips.net/video/zuC-VUSr8qk/видео.html
    Resepi Ayam Bawang Mamak klik
    ruclips.net/video/Px5fISzUELU/видео.html
    Resepi Nasi Arab klik
    ruclips.net/video/LqKE--t6DDM/видео.html

  • @ismaleena8544
    @ismaleena8544 2 года назад +96

    Jujur kita cakap, tadi kita buat sambal ni je, sbb kita cari video sambal yang tak guna bnyk bahan dan simpel je, Masyaallah pertama kali cuba buat dah terus jadi😭dahlah rasa dia tu kena gan tekak saya dan keluarga jadi mereka sukakannya sangat siap puji lagi🤭☺️✨ Dan paling hebatnya serupa sambalnya dengan dalam video sis sbb kita mmg suka kalau rupa sambal tu gelap sikit. Tq tau untuk resipi sambal ni , seriuous sedap❤️👍🏻

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  2 года назад +11

      Tahniah sis 👍 Happy to hear that...TQ bg feedback 🧡🧡

    • @rosmahrosmah-hw1hw
      @rosmahrosmah-hw1hw 2 года назад +1

      =

    • @premalathamogan3716
      @premalathamogan3716 2 года назад +1

      Kak 3/4 blok gula Melaka ke sukatan cawan atau gram .. ? Blok tak
      Pasti la

    • @ismaleena8544
      @ismaleena8544 2 года назад +2

      @@premalathamogan3716 saya guna block punya, potong dan ambil 3/4 block gula melaka. Bukan ambil 1 block terus sbb nnti manis.

    • @premalathamogan3716
      @premalathamogan3716 2 года назад

      @@ismaleena8544 maknanya dari satu blok kak ambil 3/4 kan?

  • @Selawatlah_SAW
    @Selawatlah_SAW Год назад

    Alhamdulillah. nasi lemak sedap forever.. terima kasih atas info

  • @Raynamella
    @Raynamella 2 года назад +1

    Oohoo nampak mudah! Boleh try nnti… sambal tu nampak sgt nyummm!

  • @user-charlieccchong
    @user-charlieccchong 2 года назад +2

    Sedap sangat!

  • @wenceslaswong6600
    @wenceslaswong6600 Год назад

    Sambal nampaknya memang sedap sangat simple,salam kenal.Terima kasih perkongsian resipi

  • @lala9293
    @lala9293 2 года назад +2

    sy ikut sebijik resepi utk buat sambal, mmg buat first time terus menjadi. Alhamdulillah, tq share resepi!

  • @jimmaryfamily5296
    @jimmaryfamily5296 2 года назад +1

    Wah sedap kak..👍👍

  • @jeevaratanamrajoo8333
    @jeevaratanamrajoo8333 2 года назад +1

    Very good sister,rasah nak makan.

  • @ojolaliaku
    @ojolaliaku 2 года назад

    Masak Nasi lemak step by step yang enak

  • @UmmiAtiyahAtifsKitchen
    @UmmiAtiyahAtifsKitchen 3 года назад +17

    Perghhhh sambal nya tu mmg paduuu menarik warna sambal confirm sedap..kesedapan nasi lemak ni salah satuny terletak pd sambal..terbaikkk resepi ni😍😍

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  3 года назад

      Tq sis always support ❤️🧡💕

  • @anakmenuakeranggaschannel4837
    @anakmenuakeranggaschannel4837 2 года назад

    Perhh.. mantap bosku 👍🏻

  • @nasrol24
    @nasrol24 2 года назад +1

    Kena cuba ni tq 👍😍😍😍😋😋😋😋

  • @doyolisa535
    @doyolisa535 Год назад +2

    Sedap nampak😋😋😋

  • @kamalaveni1891
    @kamalaveni1891 2 года назад +1

    Yummy must try

  • @izzarrioabdrahman4894
    @izzarrioabdrahman4894 2 года назад +2

    music best n nasi lemak pn sedap!

  • @merlyndavidson6881
    @merlyndavidson6881 2 года назад

    My favorite

  • @dingdingsabah
    @dingdingsabah 2 года назад +1

    Wow sdp nya

  • @missnatashia2226
    @missnatashia2226 2 года назад

    Prghhhh dengar lagu dah mcm bulan puasa je....🥰🥰🥰

  • @BillieLo
    @BillieLo Год назад

    Cantik sambal ! ❤

  • @lovelyzenacharlotte5869
    @lovelyzenacharlotte5869 2 года назад +2

    Woow.. what a wonderful recipe. Thanks for sharing your recipe sister.,🌹🌹🌹🌹👍🏻

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  2 года назад

      My pleasure sister 💓

  • @joyceanderson1015
    @joyceanderson1015 2 года назад +9

    Thank you, sis for sharing this delicious recipe so sedap😍👍❤️❤️❤️

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  2 года назад +1

      Most welcome dear 😊

  • @noramalina839
    @noramalina839 2 года назад +23

    Thank you sis share resepi sambal nasi lemak..tadi saya dah try buat ikut step yg sis ajar.. Alhamdulilah menjadi.. sedap sangat and warna sambal pun cantik.. 😁😁..

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  2 года назад

      Most welcome dear 💗 congratulations sis dh dpt buat sambal menjadi dgn cantik 👏

    • @miszniraaaniraa6293
      @miszniraaaniraa6293 2 года назад +1

      @@AsZulqa .tq..share

  • @miaoktavia8212
    @miaoktavia8212 Год назад +1

    Saya dari Indonesia, keliatannya enak sekali... Ingin saya coba resep nya . Terimakasih kakak, semogaa sehat selalu❤

  • @harryrinaldi2812
    @harryrinaldi2812 2 года назад

    Suka tgk texture sambal tu. Tgk pn dh tau sedap

  • @lingxiwu2865
    @lingxiwu2865 2 года назад +1

    I like this combination.

  • @nk9101
    @nk9101 Год назад

    Terima kasih share resipi. Sambal memang sedap sangat sangat & sangat mudah!

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  Год назад

      Sama2, alhamdulillah 🤲

  • @srcmusicproduction2669
    @srcmusicproduction2669 2 года назад +1

    Nasi lemak sambal paling sedap

  • @kaknoraseasyrecipe9719
    @kaknoraseasyrecipe9719 2 года назад

    Nampak menyalerakan dan Cantik nasi lemak nya. Sila ke rumah ya

  • @rjshome6052
    @rjshome6052 2 года назад +1

    Seems to be delicious

  • @daengpagunungofficial8160
    @daengpagunungofficial8160 3 года назад +3

    Menu spesial.. enak untuk sarapan pagi

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  3 года назад

      Iya...menu sarapan pagi kesukaan rakyat Malaysia

  • @prime1555
    @prime1555 Год назад +1

    Awak dari Melayu Sumatera Barat, insya Allah awak mau jualan nasi lemak bulan besok. Awak punya saran buat kau.. seharusnya kau buat keterangan macam berapa ml kah santan, air dan berapa gram kah garam nya.😊

  • @AngahFishing
    @AngahFishing 3 года назад +2

    Nampak menyelerakan...terbaik perkongsian ...👍🏻

  • @naredaabubakar3983
    @naredaabubakar3983 Год назад

    Mantapppp 👍👍👍

  • @bagus5707
    @bagus5707 3 года назад

    Nampak sedap sis....cara pun senang je...

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  3 года назад

      Nanti cuba ye resepi ni 🤗

  • @msgeetha9174
    @msgeetha9174 Год назад

    Tq sis for video🌹

  • @vijiyaranisiva9635
    @vijiyaranisiva9635 2 года назад +1

    Wow Super Sis 👌

  • @jomayusa
    @jomayusa 2 года назад +1

    Delicious 👍👍👍❤️🇩🇪

  • @mariasheela3072
    @mariasheela3072 Год назад

    Wow_super

  • @sharifahsarah5161
    @sharifahsarah5161 2 года назад

    Sedapnya nk cube buat sambalnya..tq share resepi 💞

  • @mohdzarindotcom
    @mohdzarindotcom 3 года назад +1

    Wow terbaik resepi ni.. sambal dia dalam video pun dah nampak macam menyelerakan sangat.

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  3 года назад

      Terima kasih

  • @elicchannel2164
    @elicchannel2164 Год назад

    MasyaAllah sedapnya...mesti nak try resepi ni..tq

  • @MuhammadFirdaus-uz8mz
    @MuhammadFirdaus-uz8mz 10 месяцев назад

    Nak nangis tngok sambal dia..sebab teringat sambal nasi lemak zaman sekolah dulu..sebijik macam ni 😭😭😭😭 sedap nya yaa Allah

  • @inspirasiagro
    @inspirasiagro 3 года назад +1

    Hi Azie..nice sharing..good job👍🏼👍🏼😋

  • @davidkoh9692
    @davidkoh9692 2 года назад +2

    Banyak2 RUclips masak sambal nasi lemak yg ni paling sy puas hati.. Mmg cantik warna.. Terbaik lah.. Terima kasih.

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  2 года назад +1

      Sama-sama. Thank you juga bagi feedback

  • @cikyativlog5275
    @cikyativlog5275 3 года назад

    Sambal ru nampk menyelerakan 😋😋

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  3 года назад

      ❣️❣️

  • @pokmmang6460
    @pokmmang6460 3 года назад +1

    Patut la cantik sambal..3x pecah minyak upenye..

  • @DeviSemanjalan
    @DeviSemanjalan 2 года назад

    Terima kasih

  • @cintasayang8819
    @cintasayang8819 2 года назад

    Wow sedap'👍👍👍

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  2 года назад

      Alhamdulillah

  • @hamidahcheng572
    @hamidahcheng572 Год назад

    Terima kasih share resipi

  • @poniem12
    @poniem12 Год назад

    nasi lemak enk skli in bunda mksih udh berbagi resepnya

  • @harlinakernain5137
    @harlinakernain5137 5 месяцев назад

    Aduh sedaaaap nya😂❤

  • @nuriramaisarahabdullah8653
    @nuriramaisarahabdullah8653 Год назад +2

    Simple and sedap❤️❤️ Dah berapa kali buat guna resepi ni..Alhamdulillah memang sedapp!!Lagi lagi sambal nya

  • @Shah_Zar
    @Shah_Zar 2 года назад +2

    Terbaik!👍👍👍 kalau ni utk breakfast, lunch ngan dinner pun takpe… sungguh menyelerakan!

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  2 года назад

      Alhamdulillah, tq

  • @kualalumpuraviation7548
    @kualalumpuraviation7548 3 года назад +2

    sedap😋😋😋

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  3 года назад

      alhamdulillah

  • @abah6956
    @abah6956 2 года назад

    Terbaik sis...baru nampak channel ni..sy sapot. Esok sy cuba.

  • @jolylobo2729
    @jolylobo2729 2 года назад +5

    Its mouth watering. I wish I can eat nasi lemak again.

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  2 года назад +1

      sure u can, just follow this recipe

    • @bonhamcarter4488
      @bonhamcarter4488 2 года назад

      Follow the recipe. You can.

  • @cathychan2814
    @cathychan2814 2 года назад

    Thanks for sharing recipe. Colour sambal canggih...definitely sharing dgn my friends kat sini...salam from Australia.

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  2 года назад

      Thanks Cathy 💗

  • @Naz-jw7kp
    @Naz-jw7kp 2 года назад +1

    Done subscribe. Sbb saya akhirnya jumpa resepi sambal nasi lemak fav saya. Colour sambal ni lah yg saya cari selama ni. Thank you kak bt yt channel ni. Sudi kongsi pelbagai resepi. Semoga dpt pahala yg lebih ♥️

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  2 года назад

      Ameeen. TQ support, jgn lupa masak nnt share feedback sini ye

  • @hamidahcheng572
    @hamidahcheng572 Год назад

    Terima kasih bagi resipi

  • @anakborneonew9184
    @anakborneonew9184 3 года назад +1

    Warna sambal tu cantik..👍👍

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  3 года назад

      terima kasih

  • @user-zy9mb9gg8d
    @user-zy9mb9gg8d 2 года назад +4

    hi saya dari sundanese indonesia 🇮🇩
    setelah saya lihat cara pembuatan sambal nasi lemak ni mirip dengan cara orang jawa masak : yaitu selalu menggunakan gula dalam masakannya ,thanks recipe nya aku akan coba recook 🙏🏻 ❤️

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  2 года назад +1

      Makasih sudi singgah ya

  • @zulbchannel5784
    @zulbchannel5784 3 года назад +1

    Nampak sedap je..

  • @ieqasaadan417
    @ieqasaadan417 2 года назад +1

    Alhamdulilah t.ksh sis share tips masak nasi lemak dn sambalnya semoga sis dn keluarga sentiasa dilimpahkan rezeki berkat..aamiin

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  2 года назад

      Ameeen, terima kasih atas doanya ❤️

  • @mohamadfarid448
    @mohamadfarid448 Год назад

    Dah try,sedap,tq

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  Год назад

      Alhamdulillah, sama2

  • @athallah-sulkhan483
    @athallah-sulkhan483 Год назад

    Terima kasih resepnyaa.. masyaAllah

  • @nurasnah7282
    @nurasnah7282 2 года назад +2

    Akak makaseh resipi sambal de memang sedaaap

  • @hasilkarya4455
    @hasilkarya4455 2 года назад

    Mantap 👍😊

  • @ikkekin
    @ikkekin Год назад

    Sudah mencoba....mantap 👍
    Simpel cepat trima kasih

  • @nazboy2798
    @nazboy2798 Год назад

    Tq akk resepi ni sedap sangat 😋

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  Год назад

      Alhamdulillah, sama2

  • @redmismartphone521
    @redmismartphone521 Год назад

    Alhamdulilah sambal yg tak byk bahan tapi memang sedap ..acik dh buat anak2 pun suka terima kasih berkongsi resepi semoga melimpah ruah rezeki adik sekeluarga dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat 🤲

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  Год назад

      Alhamdulillah, Amin 🤲 🤲 terima kasih doanya acik.

  • @aminalza3981
    @aminalza3981 3 года назад +1

    terbaik

  • @haslina23
    @haslina23 8 месяцев назад +2

    thank you ,sis for sharing this delicious recipe so sedap .❤simple dan sedap .❤sambal ni bulhe buat pes dan simpan dalam freezer sebab dah masak 1+jam .Saya juga guna rice coker masak nasi lemak ,lebih mudah dari gas ,Terbaik kalau untuk breakfast ,lunch dengan dinner pun takpe ,sungguh menyelerakan .❤️‍🔥🔥❤️‍🔥semoga sis sihat selalu,sukses selalu ,dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan .❤️‍🔥🔥❤️‍🔥Amin .🤲🏻salam dari terengganu .

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  8 месяцев назад

      most welcome. Betul boleh buat pes & simpan 👍👍👍

  • @alikhanmohdyuosop6005
    @alikhanmohdyuosop6005 2 года назад

    Woo pure punya kuah dok ada best

  • @anuarhamid2729
    @anuarhamid2729 2 года назад +1

    Mesti sdp sambalnya ☺️

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  2 года назад

      InsyaAllah, boleh cuba buat

  • @secretariat1973
    @secretariat1973 Год назад

    Kalau nak gelap lagi, lepas taruk gula/gula melaka/nisey, jgn terus tambah air. Gaul dulu.. Air tu melambatkan pecah minyak. Tp bagus sbb meratakan bahan.. Btw mmg nmpk sedap.

  • @mohdnohibrahim7132
    @mohdnohibrahim7132 2 года назад +1

    Sambal ni boleh buat pes dan simpan dalam freezer sebab dah masak 1+ jam.Saya juga guna rice cooker masak nasi lemak, lebih mudah dari gas.Terima kasih share resepi sambai.

  • @cangwang9566
    @cangwang9566 2 года назад +2

    Saya suka video yg muzik mcm ala2 kemelayuan. Lagi2 kalau masak makanan rasmi malaysia. Lepasni bole selitkan lagi instrumental atau lagu2 melayu. Syabas ye admin

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  2 года назад

      Terima kasih 💜

  • @sofiyahidrees-qk6bn
    @sofiyahidrees-qk6bn Год назад

    Terima kasih utk recipe sambal..mmg mudah n bahan pn xbyk Alhamdulillah sedap..terima kasih 😊 smga murah rezeki

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  Год назад

      Sama2. Ameeen 🤲

  • @nurelyana2492
    @nurelyana2492 Год назад

    Dh tryy . Memng sedp and mnjdi !! 😍🥰 tq resepii nya 😚

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  Год назад

      Alhamdulillah. Congrats 👏

  • @melor76
    @melor76 2 года назад

    color sambal paling cantikk !!!😍😍😍

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  2 года назад +1

      Thank you dear 💖

    • @bonhamcarter4488
      @bonhamcarter4488 2 года назад

      Aku ni puteri kerdil. Nak masak juga

  • @pangbee3938
    @pangbee3938 2 года назад +2

    My favourite dish, I took it most of the day, till Doctor stop me.cuz I am having high blood pressure due to the Santan, now I only can take once a week only, sedap Nasi Lemak cook by genius Malay, I like it very much

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  2 года назад

      Yup, not recommended to eat everyday..once in a while still ok

    • @TengkuFatinFarhana
      @TengkuFatinFarhana Год назад

      Santan is highly nutritious. Don't blame the santan.

    • @wongsiewkin69
      @wongsiewkin69 Год назад

      It's still delicious if eat with normal rice without santan...

  • @puteramalaya6457
    @puteramalaya6457 9 месяцев назад

    Terima kasih kongsi ilmu. Sambal ni nampak cantik… 😍

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  9 месяцев назад

      sama-sama

  • @4uWeSeeTV
    @4uWeSeeTV 3 года назад +1

    Wah nasi Lemak Sambal Sedap nice Review in RUclips Kipidap in making more recipe As Zulqa

  • @joemike5118
    @joemike5118 2 месяца назад

    Dah Cuba.... Sedap Gila. Dah Lama Cari resepi sambal nasi lemak yg sedap rasa semenanjung.. Nasib jumpa channel adik ni.. Mekasih Ya.

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  2 месяца назад

      Alhamdulillah. Most welcome

  • @maisarahfuat3794
    @maisarahfuat3794 2 года назад

    Eh sukalah background music ni tiberrr

  • @erynachannel2020
    @erynachannel2020 6 месяцев назад

    Izin guna resepi ye.ngh kacau sambal ni.separuh jalan br ni😅

  • @nixvedavedanix7770
    @nixvedavedanix7770 2 года назад

    Tq. sambal vegetarian😋

  • @sherintambunan536
    @sherintambunan536 9 месяцев назад

    Sambal nasi lemak yang pingin aku buat ...tapi baru Nemu resep di beranda ini, insyaallah pengen coba....salam Indonesia ❤️terima kasih kakak..

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  9 месяцев назад

      Wsalam, terima kasih singgah. Nanti Coba ya

  • @grovermartin6874
    @grovermartin6874 Год назад +1

    Thank you for the easy to understand video. I can tell by seeing that this is delicious!
    Now, to search for pandan leaves...

  • @srikusmiyati1575
    @srikusmiyati1575 2 года назад

    Ikan bilis yg sedap mcm tu tk ade d tmp kami.klolh d kampong kami adeeee

  • @marianaa6516
    @marianaa6516 7 месяцев назад

    Skrg bru mnjd byk kali try jd lain tq kak😊

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  7 месяцев назад

      Alhamdulillah

  • @sharingringanseputarkesehatan
    @sharingringanseputarkesehatan 2 года назад

    Dari Bandung pagi2 mendadak ingin sarapan yang beda, pas nemu ini, lgs masak, thanks

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  2 года назад

      Selamat mencuba, nnt kongsi feedback ye

  • @aliyaimran9094
    @aliyaimran9094 Год назад

    Tq sis.. Akhirnya menjadi sy buat sambal yg sedap & simple jek nak buat.. Terbaik sis... 👍

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  Год назад

      Alhamdulillah 🤲

  • @ambukfx7348
    @ambukfx7348 2 года назад +1

    pkul 5 subuh aku tgk ni. lapar.. padan muka aku

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  2 года назад

      Sorry 🤣🤣 nanti siang boleh buat ye

  • @nurulashikin2519
    @nurulashikin2519 Год назад

    Tengok sambal pun dah tau sedap .

  • @kokomalkomah870
    @kokomalkomah870 2 года назад

    Awesome 😎👍

  • @ElizabethNagentArt
    @ElizabethNagentArt 3 года назад +4

    Thank you sis for sharing. I'll definitely give it a try🙏🙏🙏

    • @AsZulqa
      @AsZulqa  3 года назад

      Most welcome dear...do share some feedback here after trying our recipe 🥰

  • @muhdhairi8699
    @muhdhairi8699 Год назад

    Mohon halalkan resepi ya sis terima kasih sangat boleh masakan seisi keluarga

  • @velusamynagalingam3854
    @velusamynagalingam3854 2 года назад +4

    ni baru betul sambal orang melayu bosanlah sekarang nasi lemak kat kedai sambalnya yang tak pecah minyak dengan biji cili sekali

    • @harryrinaldi2812
      @harryrinaldi2812 11 месяцев назад +1

      Btl tu sambal dia tak masak..kalau yg ni nmpk sdap