Pendaki-pendaki buat ziarah mesra sempena Ramadhan dalam Program SAR AMAL di Rumah Kebajikan

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 16 сен 2024
  • Seperti kelaziman thn2 lalu dlm bulan ramadhan, aku dan team @summit.attack.resources , berkesempatan mengunjungi dan menyampaikan sumbangan utk 2 buah rumah kebajikan Anak Yatim di Subang dan Anak2 Istimewa di Puchong hari ni.
    Plan asal nak berbuka bersama mereka tp disebabkan masalah yg x dpt dielakkan kami x dpt nak buka bersama. Sekadar sempat meluangkan masa seketika dan menyampaikan sedikit sumbangan yang tak seberapa.
    Sayu dan syahdu bila memandang wajah2 mereka yg terdiri dari umur 8 tahun sampailah ke 51 tahun. Ada yang dibuang ibu bapa sbb x sanggup nak jaga. Ada yg sakit mental, ada yg cacat, ada jugak yg x blh nak berkomunikasi pun.
    Mcm2 karektor kami tgk setiap org. Terhibur melihat telatah dan kerenah masing2, namun perasaan hiba dan sedih bercampur baur di jiwa mengenangkan nasib dan masa depan mereka. Terasa betapa beruntungnya aku dilahirkan sempurna.
    Majoriti semua x blh nak urus diri sendiri. Mandi pun kena penjaga utk bantu uruskan. Yg paling kecil tu ada penyakit mental yg dlm dunia dia sendiri. Comel sungguh mcm kanak2 normal. Dia Langsung tak pedulikan org dan asyik nak makan je... seronok kami tgk.
    Kagum dengan penjaga2 dari Indonesia dan seorang jururawat khas warga Filipina. Depa sgt tabah dan kental utk jaga anak2 syurga nih. Mereka juga mesra melayan kami dengan baik. Semoga mereka dikurniakan rahmat dari Allah.
    T. Kasih aku ucapkan pada kawan2 berhati emas yang turut menyumbang dlm program ni. Semoga usaha kecil kita ini menjadi asbab utk Allah mengetuk hati kita berbuat kebaikan.
    I.Allah, raya nanti kalau ada rezeki, kami igt nak dtg balik sambut dgn anak2 nih. Kepada yang nak tumpang untuk beramal memberi sumbangan dari segi wang ringgit, pakaian, keperluan dapur, makanan, minuman, susu atau sebagainya, kami sangat2 alukan kerana rumah persatuan ni masih baru dan serba kekurangan terutama dari segi dana.
    Rumah ni juga pernah diceritakan terbakar akibat litar pintas. Kesan dia pun ada lagi. Blh tgk dalam video. Masa tu tgh malam dan penghuni2 tgh tidur. Mujur anak2 syurga ni semua cepat diselamatkan. Menjerit2, menangis2 diorang masa kejadian tu. Tak dapat bayang mcmmana perasaan mereka yang panik masa tu.

Комментарии • 2

  • @eydamahmud4289
    @eydamahmud4289 2 года назад +1

    terima kasih sudi dtg melawat ahsana .. semoga dimurahkan rezeki dan mudah segala urusan cik sekeluarga

    • @loegunung
      @loegunung  Год назад

      Amin.... .t kasih atas doa...