ASAM PEDAS TETEL GERANG ASAM Resepi Original Melaka

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 1 фев 2025

Комментарии • 74

  • @LapauTV
    @LapauTV  4 года назад +3

    RESEPI ASAM PEDAS TETEL GERANG ASAM (Original Melaka)
    Resepi sebenar asam pedas daging original Melaka. Episod kali ini kami ingin berkongsi resepi Gerang Asam atau Asam Pedas Daging Tetel, resepi asli dari Melaka. Tetel ini adalah bahagian daging yang mempunyai lapisan lemak. Memang sesuai untuk dibuat masak menu asam pedas. Untuk menu ini kami gunakan 1 kilo daging tetel. Bahan-bahan yang digunakan adalah rempah-rempah masakan Melayu yang biasa kita gunakan di dapur.
    Bahan-bahannya:
    1 kg daging tetel (direbus dahulu dalam periuk tekanan)
    4 senduk cili yang dikisar bersama sedikit belacan
    2 biji bawang besar (dikisar)
    5 ulas bawang putih (dikisar) 1 inci halia (dikisar)
    2 inci kunyit (dikisar)
    1 sudu besar biji jintan manis (dikisar)
    1 sudu besar biji jintan putih (dikisar) 1 sudu besar rempah kari (dikisar)
    1 sudu besar kerisik
    1 sudu besar serbuk ketumbar
    2 batang serai (dititik)
    2 inci lengkuas (dititik)
    1 sudu kecil lada putih (dikisar bersama)
    1 mangkuk kecil air asam jawa
    3 helai daun limau purut
    3 biji ubi kentang (dipotong)
    1 sudu kecil lada hitam minyak masak garam secukup rasa
    Cara-caranya:
    1. Rebus daging sehingga empuk. Saya guna periuk tekanan untuk menjimatkan masa memasak. Air rebusan daging ini boleh digunakan dalam masakan nanti.
    2. Kemudian panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dikisar.
    3. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. 4. Masukkan serai, lengkuas dan daun limau purut
    5. Masukkan kerisik
    6. Masukkan air asam jawa, daging, kentang.
    7. Masukkan lada hitam (dalam video ini saya terlupa letak)
    8. Perasakan dengan garam
    9. Masak kira-kira 10 minit
    10. Sedia dihidang
    Video Penuh Masakan: ruclips.net/video/zmDwEFsS0jk/видео.html
    #asampedastetel #asampedas #asampedasmelaka #gerangasam #asampedasdaging #lapautv #dagingmasakasampedas #sour #spicy #resepiasampedas

  • @fartan1465
    @fartan1465 Год назад +1

    Wah! Nampak sedap!
    Insya'Allah saya hendak cuba resepi ini.

    • @LapauTV
      @LapauTV  Год назад

      Terbaik..jangan lupa tag lapauTV di FB

  • @sitiawa3514
    @sitiawa3514 3 года назад +1

    Ni baru asam pedas melaka yg ori tq bagi resepi 🤗🤗🤗

    • @LapauTV
      @LapauTV  3 года назад

      Sama2.selamat mencuba

  • @aizahhamid
    @aizahhamid 2 года назад +1

    Dah dpt idea,hari ni nak masak apa.dari tadi tercari cari resepi daging tetelan masak asam pedas.Antara byk byk resepi daging tetelan masak asam pedas,kak rasa resepi inilah yg terbaik.

    • @LapauTV
      @LapauTV  2 года назад

      Alhamdulillah

  • @MsNovazz
    @MsNovazz 3 года назад +1

    Aduhhhhh. Teringin lah plakkkkkk.

    • @LapauTV
      @LapauTV  3 года назад

      cuba ya )

    • @MsNovazz
      @MsNovazz 2 года назад

      Lapau TV tak perlu letak air asam jawa ke utk resepi asam pedas ni?

    • @MsNovazz
      @MsNovazz 2 года назад

      Ok sorry2. Tgk description baru nampak ade air asam jawa. 😌

  • @startina283
    @startina283 4 года назад +1

    Rasanya Asam pedas 😋👍👍

    • @LapauTV
      @LapauTV  4 года назад +1

      Thank you my friend..you know spicy food better 🥰👍

  • @pytack
    @pytack 4 года назад +1

    always happy to learn new recipe
    thanks for sharing, good night, my new friend!

    • @LapauTV
      @LapauTV  4 года назад

      thank you for visiting.keep in touch😍 good nite then

  • @FarahErnaKitchen
    @FarahErnaKitchen 4 года назад +1

    Tetel kalau masak nii memang terbaikkkk. Selalu gak masak😋

    • @LapauTV
      @LapauTV  4 года назад

      sedap kan..sis orang Melakau ke?

  • @NizamJamaluddin
    @NizamJamaluddin 4 года назад +1

    Teebaik.. Memang terus lapau pagi2 ni.. 🤩👍👍

    • @LapauTV
      @LapauTV  4 года назад

      Pagi2 cari sarapan dulu ya😁😁

  • @adilahraman152
    @adilahraman152 4 года назад

    sedapnya

  • @ptakiwokomnie4753
    @ptakiwokomnie4753 4 года назад +1

    Big like 11 for recipe, best regards

    • @LapauTV
      @LapauTV  4 года назад

      Thank you too

  • @RainbowsMermaid5868
    @RainbowsMermaid5868 4 года назад +1

    Nak cuba la resepi ni sbb ada bubuh rempah2 dan kerisik , thank you very much for the recipe.... selamat maju jaya as a RUclipsr...

  • @kyomich.3820
    @kyomich.3820 4 года назад

    Tq share resepi☺..asam pedas melaka mmg terbaik😋

    • @LapauTV
      @LapauTV  4 года назад +1

      Melaka tempat lahir asam pedas.selamat mencuba ya😍

  • @COOKwithMommy
    @COOKwithMommy 4 года назад

    Wahh nti boleh try versi melaka. Power org sane. Tq sharing recipe.

    • @LapauTV
      @LapauTV  4 года назад +1

      Terima kasih ya.resepi biasa2 masakan dirumah🤭 terima kasih kerana menonton

  • @noring3990
    @noring3990 4 года назад +1

    His voice is so calm and cool.
    And I think it's already delicious without having to taste the food.
    Please upload lots of good videos from now on.

    • @LapauTV
      @LapauTV  4 года назад

      thank you for your valuable comment..really appreciate it 😊😊

  • @PENDEKARBANGAUCHANNEL
    @PENDEKARBANGAUCHANNEL 4 года назад +1

    Mantap bro.. lu punya resipi semua mantap2 aku tengok..
    semua simple2 tapi semua sedap2.
    padu ah
    aku confident, xlama lagi mesti meletup channel ni..
    good job bro.. semoga terus success.

    • @LapauTV
      @LapauTV  4 года назад

      Tqvm master sifoo🙏 keep supporting

    • @PENDEKARBANGAUCHANNEL
      @PENDEKARBANGAUCHANNEL Год назад

      mana la sahabat aku ni... lama dah tak muncul dekat YT

  • @MienHalim
    @MienHalim Год назад

    saya pn panggil gerang asam tetel..dulu arwah atok dan mak suka masak g nie

  • @shahdanakhirudin
    @shahdanakhirudin 4 года назад +2

    Lepas aku tengok channel ni, aku terus jadi chef kat rumah 😂

    • @LapauTV
      @LapauTV  4 года назад +1

      Boleh je bos, dlm PKP ni,layan je😁😁

  • @dapurberlin5451
    @dapurberlin5451 4 года назад

    Ya Allah sedapnya...

    • @LapauTV
      @LapauTV  4 года назад

      di berlin senang dapat tak tetel?

  • @LoveOfFood
    @LoveOfFood 3 года назад

    😍👍👍

  • @CgRaimi
    @CgRaimi 4 года назад

    mantap tatel nie...good

    • @LapauTV
      @LapauTV  4 года назад +1

      peminat juga ye cikgu? terbaik la

    • @CgRaimi
      @CgRaimi 4 года назад

      haha...mesti..

  • @areleerazak
    @areleerazak 4 года назад

    Sedapnyaaaa....dah ada suara barulah best 😊😊...kipidap don gibab hahhahha..

    • @LapauTV
      @LapauTV  4 года назад

      First try😂 thank you for supporting

  • @Salmanhrpofficial
    @Salmanhrpofficial 4 года назад

    🙋🙋👍🤝💪💪

    • @LapauTV
      @LapauTV  4 года назад

      terima kasih ya sahabat

  • @queenlemon971
    @queenlemon971 3 года назад +3

    Assalamualaikum salam sejahtera, terima kasih atas resepi, tetapi bolehkah saya bertanya, bahan2 didalam pinggan itu, halia termasuk ya? Kerana saya lihat halia ada disitu, jika salah minta maaf yea, kerana saya baru juga untuk belajar masak kambing tetel ini, sekali lagi minta maaf dan terima kasih tuan & puan..

    • @LapauTV
      @LapauTV  3 года назад

      W'salam.terima kasih menonton dan support kami. Ya betul, halia termasuk, saiz lebih kurang 1inci dikisar.

  • @hangbuah1797
    @hangbuah1797 3 года назад +1

    Itulah beza asam pedas melaka dan johor.. asam pedas johor guna daun kesum.. asam pedas melaka guna daun limau..

    • @LapauTV
      @LapauTV  3 года назад

      bro suka yang mana satu?

    • @hangbuah1797
      @hangbuah1797 3 года назад

      Dua2 saya suka.. sekali sekala tukar selera..

    • @aliyrafael8984
      @aliyrafael8984 3 года назад +1

      Asam pedas kmi mix daun kesum,purut, dan bunga kantan

    • @LapauTV
      @LapauTV  3 года назад

      @@aliyrafael8984 waa lagi sedap tu.terbaik

  • @다육이도자기
    @다육이도자기 4 года назад

    안녕하세요^^*감사합니다💝🤫👍

    • @LapauTV
      @LapauTV  4 года назад

      Jinjja daebak👍👍

  • @norlidahyusof1132
    @norlidahyusof1132 Год назад +1

    Rasanya macam asam pedah atau rasa kari?

    • @LapauTV
      @LapauTV  Год назад

      Rasa asam pedas yang lebih pekat dan padat

  • @noneyyyyy721
    @noneyyyyy721 7 месяцев назад

    Lidah sapi bisa y0000 pakk 😢😢😢😢

  • @Noorainsidi
    @Noorainsidi 4 года назад

    Sedap nie. Fav.. Nnti ke channel sy ya ade perkongsian yg baik utk di kongsi. Trimakasih smoga maju jaya.

    • @LapauTV
      @LapauTV  4 года назад

      terima kasih cloud Arif😊

  • @mohamadazmirnaim1402
    @mohamadazmirnaim1402 3 года назад +1

    Maaf waktu bila letak serbuk ketumbar tu ye

    • @LapauTV
      @LapauTV  3 года назад

      Serbuk ketumbar masukkan semasa tumis cili. Selamat mencuba ya )

  • @MrMazlanjuju
    @MrMazlanjuju 4 года назад

    Baru ingat arwah mak masak ada add POTATOES too, tp nie macam masak LADA???

    • @LapauTV
      @LapauTV  4 года назад +1

      kentang tu bahan2 pilihan add on. takde takpe.

  • @PENDEKARBANGAUCHANNEL
    @PENDEKARBANGAUCHANNEL 4 года назад +2

    alamak.. apahal keluar suara bro plak ni,
    aku ingat lapau TV ni sis.
    ok done unsubscribe
    Tapi nasib baik menu sedap. terpaksa sub balik.. hehe

    • @LapauTV
      @LapauTV  4 года назад +1

      Hahaha
      Terima kasih sebab support..

  • @ellynoorhayati3122
    @ellynoorhayati3122 3 года назад +1

    Tulisan tu cepat sgt..tak sempat nk salin

    • @LapauTV
      @LapauTV  3 года назад +2

      Resepi boleh pause video ini atau salin di ruangan komen dan ada juga diletakkan di ruangan deskripsi. Terima kasih meno ton.selamat mencuba