Pulau Upeh Melaka
HTML-код
- Опубликовано: 2 дек 2024
- Pulau Upeh mempunyai keunikan sejarah yang tersendiri kerana telah wujud sejak daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Pulau dengan keluasan pembangunan kira-kira 3.61 hektar ini telah dimanfaatkan sejak lebih 500 tahun dahulu. Menurut catatan Portugis, pulau ini diberi nama Upeh kerana di sekitar pulau ini terdapat banyak bunga Palma yang kembang mekar. Sewaktu Portugis menyerang Melaka, Pihak Portugis melancarkan serangan ke atas kota Melaka melalui Pulau Upeh, kedudukan pulau ini yang tidak jauh dari daratan memudahkan proses serangan balas ke atas tentera dan hulubalang Melaka.
Menurut catatan Tome Pires, jarak Pulau Upeh ke daratan dari arah barat hanya mengambil masa 2.5 batu sahaja. Dalam catatan Eredia menyatakan bahawa, jarak Pulau Upeh ke daratan bandar Melaka adalah sejauh tiga batu. Jarak yang dekat ini menjadi sasaran para nelayan untuk mendapatkan hasil tangkapan ikan. Seorang pegawai Portugis yang dikenali sebagai Governer Bolt menggelar Pulau Upeh dengan panggilan ‘fisher island’ atau pulau nelayan kerana pulau ini menjadi tumpuan para nelayan untuk mendapatkan hasil ikan.
Sekiranya diteliti kembali lokasi Pulau Upeh pada hari ini, kedudukan Pulau Upeh sangat berdekatan dengan Pulau Jawa/Melaka. Hal ini boleh dilihat dalam catatan Portugis yang mana Valentyn iaitu pegawai Portugis ada menyatakan tentang dua buah pulau yang duduk berhampiran antara satu sama lain iaitu Ihla das Pedras dan Ilha das Naos. Kedua-dua pulau ini merujuk kepada Pulau Upeh dan Pulau Jawa/Melaka. Kebiasaannya, kapal-kapal Portugis di parkir di antara kedua-dua pulau ini.
Pulau Upeh disebut sebagai 'Liha Das Pedra' yang bermaksud pulau berbatu. Nama yang diberikan ini berdasarkan kepada keadaan Pulau Upeh yang mempunyai batu laterit yang banyak. Batu laterit ini mempunyai nilai dan daya ketahanan yang tinggi selain mempunyai kelebihan tertentu seperti tahan lasak, keras dan sukar pecah. Oleh demikian, batu laterit ini telah digunakan sebagai bahan utama untuk membina bangunan dan hampir kebanyakan batu laterit yang diambil dari Pulau Upeh dijadikan sebagai bahan utama untuk aktiviti pembangunan sewaktu zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dan zaman kolonial.
Nice dulu ada resort kat sini buka lagi tak
Yup ade resort....skrang dah x beroperasi lagi tuan.
Mcm best port mancing kat jeti tu Bos
Berapa jauh dari jeti di Melaka?
Dari Pantai klebang dah nampak, if dari jeti ambil masa 15-30 minit