Pulau Burung Melaka
HTML-код
- Опубликовано: 27 ноя 2024
- Pulau Burung terletak di luar pantai Serkam di daerah Jasin dan berada di kedudukan latitud 2.129177778° dan longitud 102.358444444° serta berkeluasan 2.27 hektar. Dalam catatan Portugis ada menyatakan bahawa Pulau Burung dengan nama ‘Pulo Buron’. Merujuk kepada sejarah, Pulau Burung sebenarnya hanya mempunyai satu sahaja dan pulau ini telah wujud sejak daripada kemunculan Kesultanan Melayu Melaka lagi. Namun disebabkan faktor geografi dan keadaan air laut yang pasang dan surut, Pulau Burung terbahagi kepada dua, iaitu Pulau Burung Ibu dan Pulau Anak Burung. Pada kebiasaannya, Pulau Burung Ibu juga dikenali oleh penduduk setempat sebagai Pulau Burung Besar kerana saiznya yang lebih besar daripada Pulau Anak Burung.
Pulau Burung turut menyimpan nilai sejarahnya yang tersendiri apabila terdapat tinggalan kesan pengambilan batu-batu laterit berdasarkan kepada kesan ketukan atau pahatan pada batu-batu laterit tersebut. Batu-batu laterit tersebut diambil oleh masyarakat tempatan untuk digunakan bagi menghasilkan batu nisan, pembuatan alas tiang rumah, masjid dan surau orang-orang Islam.
Awesome as always
cintik. alam. boleh. bikan. rumah. in