5 TREND TERKINI BACKSPLASH DINDING KABINET DAPUR

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 10 сен 2024
  • Backsplash dinding dapur adalah cara paling mudah untuk menaikkan mutu, nilai dan seri dapur anda.
    Salam sejahtera, Uncle Andrew sini. Hari ini, Uncle Andrew hendak kongsikan 5 trend terkini backsplash dinding kabinet dapur. Uncle Andrew juga akan kongsikan beberapa kelebihan dan kekurangan backsplash, serta Uncle Andrew akan menjawab beberapa soalan yang kerap ditanya berkenaan backsplash. Jadi, pastikan anda tonton video Uncle Andrew sampai habis.
    Dapur merupakan tempat yang paling mudah kotor, terutama sekali bahagian dinding tempat kita memasak atau mencuci.
    Apa yang dimaksudkan dengan backsplash? Dan adakah anda perlu memasangnya?
    Fungsi utama backsplash adalah untuk melindungi dinding antara countertop dan bahagian bawah kabinet dinding dapur kita daripada pelbagai kotoran. Apa yang paling penting, material yang kita gunakan hendaklah tahan terhadap kotoran yang terpercik padanya. Sebagai contoh air atau percikan minyak.
    Adakah kita perlu ada backsplash? Semestinya tidak, tetapi backsplash sangat praktikal dan dapat memberikan impak besar bagi konsep rekaan dapur anda. Secara peribadi, Uncle Andrew mengesyorkan anda untuk memasang backsplash didapur.
    Material apa yang selalu digunakan untuk backsplash?
    Ada banyak pilihan material untuk backsplash. Jom kita tengok antara material yang popular dan sering digunakan.
    Pertama, jubin porcelain atau seramik
    Salah satu kelebihan backsplash jenis jubin, ianya terdapat dalam perlbagai variasi corak dan warna. Jubin tahan lasak, senang untuk dijaga dan boleh tahan bertahun lamanya jika dipasang dan dijaga dengan betul.
    Tetapi, kesan sambungan antara jubin jelas kelihatan. Oleh itu, kesan minyak dan kotoran sukar untuk dibersihkan di bahagian celahan sambungan tersebut. Hendak dapatkan jubin yang sama warna atau corak juga sukar sekiranya terdapat jubin yang pecah dan hendak digantikan kemudian hari.
    Kedua, color glass
    Terdapat pelbagai pilihan warna, corak dan saiz. Permukaan kaca yang berkilat menjadikan ruangan dapur anda kelihatan moden dan minimalis. Kaca akan dipotong mengikut saiz yang dikehendaki dan ia tidak mempunyai kesan sambungan. Oleh itu, kerja-kerja pembersihan senang dijalankan.
    Tetapi kaca boleh pecah jika berlaku perubahan suhu yang sangat ketara serta hentakan yang kuat.
    Ketiga, material countertop
    Material seperti quartz stone, marble, porcelain dan granite sangat sesuai dijadikan backsplash. Terdapat banyak pilihan warna, corak dan kualiti dipasaran. Material countertop akan dipotong mengikut saiz yang tuan rumah mahukan. Ia boleh dipasang pada ruang antara tempat masak dan penyedut asap atau sepanjang dinding antara countertop dan kabinet dinding. Permukaan backsplash nampak lebih kemas dan mudah dicuci kerana tiada joining.
    Keempat, stainless steel
    Jika anda inginkan gaya industrial, backsplash stainless steel adalah pilihan yang tepat. Stainless steel sangat mudah untuk dibersihkan ia tidak akan retak atau pudar warnanya. Pemasangannya juga mudah dan cepat. Tetapi zaman sekarang kita sudah jarang lihat pengggunaan stainless steel sebagai backsplash dirumah.
    Kelima, cermin kaca atau mirror glass
    Pantulan cahaya pada mirror glass dapat membuatkan ruang dapur anda kelihatan luas serta dapat meningkatkan lagi pencahayaan didapur anda dengan pantulan cahaya semula jadi dan tiruan.
    Mirror backsplash nampak menarik apabila bersih, tetapi tidak bergitu menarik apabila ianya kotor. Setiap percikan minyak atau air basuhan akan jelas kelihatan pada cermin. Jadi ada perlu mencucinya dengan kerap.
    Sekarang Uncle Andrew akan menjawab beberapa soalan yang kerap ditanya tentang backsplash.
    Adakah backsplash dan countertop perlu sama?
    Anda boleh pilih material yang sama dan anda jugak tidak perlu pilih material yang sama. Mempunyai backsplash memberi anda peluang untuk menambahkan lagi warna dan tekstur pada dapur anda. Walaubagaimanapun, mempunyai backsplash yang sepadan dengan countertop merupakan trend terkini dan nampak lebih kemas dan menarik.
    Adakah backsplash perlu dipasang sebelum countertop?
    Tidak! Countertop sentiasa perlu dipasang dahulu, supaya sebarang ukuran untuk backsplash boleh diambil dari countertop sehingga ke bahagian bawah kabinet dinding.
    Jadi, apa material backsplash yang anda akan gunakan untuk dapur anda? Kongsikan dengan Uncle Andrew pada ruang komen dibawah.

Комментарии • 60

  • @muhammadhazwanmohama
    @muhammadhazwanmohama Год назад +3

    Bagi yang sentiasa masak di dapur , stainless steel adalah yang terbaik sebab mudah untuk di jaga . Kalau yang jenis banyak makan kat luar atau order tu bolehlah pakai material yang lain , dapur pun nampak cantik.

  • @daymay1066
    @daymay1066 16 дней назад

    Porcelain lebih baik atau sintered stone lebih baik untuk backsplash dan counter-top dapur ? Mana yang lebih tahan lasak/lama dan mana yang lebih mahal/murah?

  • @azben7986
    @azben7986 Год назад +2

    Stainles steel ... industrial cocept.

  • @sitinazariah7590
    @sitinazariah7590 2 года назад +2

    Hello nk tnya cooker hood sedut minyak mna yg elok dn bagus ..dn .senang di cuci.tq

  • @fjvideos6522
    @fjvideos6522 3 месяца назад

    Porceline paling terbaik la uncle

  • @veradelfy6571
    @veradelfy6571 Год назад

    Uncle saye terniat pasang cermin lah... Tapi takut berjamur, boleh bagi tips ke supaya cermin tak cepat berjamur

  • @Shamsiahcheyusof-fv4xh
    @Shamsiahcheyusof-fv4xh Год назад +1

    Terbaik

  • @sharizasha908
    @sharizasha908 Год назад +1

    Hi uncle ...tq for the good ideas ..sha ni jenis masak selalu...tapi minat gn marble..sbb cantik..bole jgk kn uncle Andrew..tq

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Год назад

      Memang boleh.cuma perlu penjagaan rapi saja.Terima kasih.

  • @farhanashuib5308
    @farhanashuib5308 Год назад +1

    Tq uncle

  • @rosilahkapeh4390
    @rosilahkapeh4390 Год назад +1

    Terbaik Uncle Andrew

  • @nagesvariseralathan4249
    @nagesvariseralathan4249 Год назад +2

    Quartz

  • @fakhrimuhammad1148
    @fakhrimuhammad1148 Год назад

    Uncle...tidak Kotor atau rosak Ka countertop kalau backsplash pasang kemudian?.. possible kah trend pasang jubin backsplash menggunakan gam atas jubin lama?

  • @noorliyantisaid5058
    @noorliyantisaid5058 Год назад +1

    Terbaikk...dpt banyak ilmu..tq boss👍

  • @mudismail
    @mudismail Год назад +1

    👍

  • @muhdhamniadam9770
    @muhdhamniadam9770 2 года назад +3

    uncle andrew, jika nak pasang backsplash tanpa buat hacking tiles lama boleh ke?
    material sama counter top; quartz stone

  • @eJump89
    @eJump89 8 месяцев назад +1

    Uncle andrew.. Kalo backsplash tempered glass ok ke for long term?

  • @kamisahlon6842
    @kamisahlon6842 2 года назад +1

    Salam sejahtera uncle..perlu ke kita memecahkan jubin sedia ada dirumah yg telah dipasang jubin dirumah baru...atau kita tampal sahaja backsplash sticker diatas jubin itu. Tkasih

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  2 года назад +2

      Boleh kekalkan saja jubin asal jika kemasan dari tepi backsplash tak jadi masalah.Contoh tepi sebelah sudah sampai dinding hujung corner,dan sebelah lagi ada tall unit yang boleh tutup tepi finishing yang boleh kelihatan 2 lapisan backsplash yang tebal.

  • @norfamidashafiefamida319
    @norfamidashafiefamida319 Год назад

    Love ur video uncle…ada area seremban?

  • @alongalong8317
    @alongalong8317 Год назад +1

    Uncle boleh bagi ulasan sikit mcm mn bila potong chipboard jgn ada cip pada fomica dn sebagainya

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Год назад +1

      Potongan papan chipboard tiada masalah jika mesin potongan macam panel saw digunalan,sebab ada dua potongan serentak atas bawah.

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Год назад +1

      Jika potongan sedikit kat site semasa pemasangan boleh guna portable table saw, janji pisau potong tu betul dan tajam.

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Год назад +1

      Jigsaw juga kita guna untuk potongan yang sedikit, sama juga kita pastikan blide yang betul dan tajam.Juga pakai maskin tap pada tempat potong.

    • @alongalong8317
      @alongalong8317 Год назад +1

      @@UncleAndrew1111 tq atas pekongsian

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Год назад +1

      @@alongalong8317 you are most welcome

  • @Shamsiahcheyusof-fv4xh
    @Shamsiahcheyusof-fv4xh Год назад +1

    Kelantan ada tak pemasangan

  • @zullistiwa
    @zullistiwa Год назад +2

    Saya gunakan tampered glass

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Год назад

      👍👍👍

    • @Zamani_Hidayah
      @Zamani_Hidayah Год назад +1

      Salam tuan, tempered glass kena pasang dulu atau kena pasang kabinet / counter top dulu?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Год назад +2

      Kita galak pasang table top dahulu.Ukuran yang jitu boleh diambil selepas siap table top.Terus, tempered glass duduk atas table top.

    • @Zamani_Hidayah
      @Zamani_Hidayah Год назад

      @@UncleAndrew1111 untuk pemasangan backsplash pun begitu juga ya?

  • @fitrichidori..247
    @fitrichidori..247 2 года назад +2

    Uncle ketinggian backsplash 3kaki sesuai Tak..

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  2 года назад

      Ketinggian backsplash selalu antara table top ke wall unit.

    • @fitrichidori..247
      @fitrichidori..247 2 года назад

      Table top ke wall bos

    • @fitrichidori..247
      @fitrichidori..247 2 года назад

      Backsplash mozek 800mmx800mm sesuai Tak uncle Andrew..

    • @fitrichidori..247
      @fitrichidori..247 2 года назад

      Ada no wasap Tak..bleh saya hatar gambar

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  2 года назад +1

      Table top ke cabinet dinding (wall unit).
      Kalau tak ada wall unit ,boleh jer ikut kesukaan sendiri. Asalkan dapat cover area percikkan minyak dan air.

  • @muhammadsideequejaai400
    @muhammadsideequejaai400 Год назад +1

    Area jb ada x??

  • @CikguWan
    @CikguWan Год назад +1

    So hard to find contractor who can install backsplash

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Год назад

      Area Cikgu dekat mana ya?

    • @CikguWan
      @CikguWan Год назад +1

      @@UncleAndrew1111 Kuala Pilah boss 😰

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Год назад

      @@CikguWan Cikgu minat backsplash material jenis apa ya?

    • @CikguWan
      @CikguWan Год назад +1

      @@UncleAndrew1111 sy dah beli nk cri org psg shj.

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Год назад

      @@CikguWan apa jenis material?sesetengah boleh saja pasang sendiri secara DIY sahaja.

  • @zamzuariemohamadnoor2732
    @zamzuariemohamadnoor2732 Год назад

    sticker

  • @ahlong1770
    @ahlong1770 2 года назад +3

    Saya rasa material quartz adalah paling tahan lasak. Glass sangat kemas tapi tu la, bila tetiba bini marah dia campak sudip dekat situ, mampuih pecah😅