“Sounds more like an excuse than an explanation” literally spot on. Memang kalau nak explain condition kita dekat orang lain rasa bersalah sangat takut diorang ingat kita malas dan tak nak faham condition ADHD ni macam mana🥲 may allah ease everything for people like us
Terima kasih Ustaz. Sebak bila baca kisah journey Ustaz. Bukan perjalanan yang mudah Ustaz, ramai yang akan pandang hal ini seakan beralasan. Moga Allah permudahkan journey Ustaz yang seterusnya. Moga terus menerus jadi asbab hidayah kepada ummah. Saya antara pembaca blog saifulislam dan karya² Ustaz. Sangat membantu untuk saya mengorientasikan arah dan menjawab segala persoalan ketika melalui fasa "quarter-life crisis". Kalaupun Ustaz rasa tak banyak sumbangan Ustaz, cukuplah di sini saya katakan karya² Ustaz telah banyak membantu saya yang seorang ini keluar dari lembah kebingungan untuk mencari makna sebenar hidup ini. Saya rasa ramai juga yang akan mengaku sedemikian. Terima kasih ustaz kerana memanifestasikan persoalan ustaz dalam bentuk penulisan. Teruskan berjuang Ustaz.
makasih bang, saya sebagai warga negara Indonesia merasa terbantu dengan konten ini, semangat! btw di Indonesia hanya segelintir orang yang mengerti tentang ADHD, semoga Malaysia terus maju! Salam dari Indonesia bang
apa pun tahniah kerana tuan berani mendapatkan diagnosis dan berkongsi dengan kami. diusia sebegini tak mudah bagi seorang dewasa untuk berkongsi perkara yang sangat sensitif seperti ini.
Salam ustaz, saya juga dalam proses bersama psikologis untuk mengenal pasti adhd dlm diri. Masih di peringkat awal. Saya melihat adhd adalah superpower bukannya kekurangan. Ianya difference in cognitive bukannya disorder. Adhd membawa kita memberi idea baru, perspektif baru, cabaran baru, always excited with new ways, new solution, always think differently. Kita struggle bila nak cari cara yang sesuai disebabkan dunia terlalu 'lurus' dan 'teratur'. Ia adalah perbezaan cara berfikir, bukannya kekurangan. It is superpower. A gift from Allah, that we need to learn how to use it dengan baik.
Saya baru dpt initial diagnose dgn ADHD.. Dgr tuan sebut all the symptoms.. It just like me.. I thought this just a normal person would do or related with my personality.. Awareness video like this actually help me to see this not normal.. Thank you for sharing.. I'm struggling with my work right now. That's why I need proper diagnose and medication.. Fighting!
Ustaz, ustaz selalu berani mengexpose sesuatu tentang diri ustaz. Perjalanan ustaz byk menjadi kekuatan untuk saya juga terus menghadapi hidup. Saya harap saya seberani ustaz untuk expose dan membincangkan ttg diri saya ( sometimes). ❤️
Perkongsian ini membantu kita untuk lebih berempati dengan diri sendiri dan orang di sekeliling yang mungkin ahli keluarga sendiri. We never know what people are struggling with. Terima kasih, ustadh.
Setiap kekurangan akan dilengkapi dengan kelebihan yang ada. Moga ustaz terus berkarya dan menginspirasi melalui perkongsian ilmu yang bermanfaat. Hidup ini menjadi lebih bahagia dengan melakukan perkara yang kita sukai. Terima kasih ustaz!
Sy umo 43. Hidap ADHD. Kehidupan harian sy sering struggle. Sy jgk antara pelajar terbaik waktu SPM 1998. tp selepas masuk ipt, sy x boleh catch up study..selepas struggle, akhirnya give up tanpa berjaya habiskan pengajian. Kemudian, d selubungibpulak dgn perasaan kecewa yg hyper. Cita² nk dptkn PHD. tp peringkat Dip. pun sy dh tewas.
Terima kasih ustaz atas perkongsian. Anak perempuan saya juga di diagnosis dgn ADHD pada usia 16 tahun. Bermula dengan anxiety dan selepas beberapa sesi terapi dengan psychiatrist, baru la di diagnose dgn ADHD. Dan ini menjawab banyak persoalan kenapa dia begitu dan begini dan kenapa dia sering dibuli masa sekolah rendah dulu. Alhamdulilah, bila dah dapat rawatan ni, byk perubahan yg positif pada dia. Dan yg penting, kami ibu-bapa dapat memahami situasi sebenarnya. Doakan anak saya berjaya kehidupan dunia akhirat walau apapun cabaran yg dia bakal hadapi.
SubhanaAllah...Allah Maha Baik.Saya ikuti setiap perbincangan ustaz dan byk membuka minda saya.ADHD hanya resistance untuk memegang sehelai kertas...itu yang saya nampak.
Salam tuan. Saya perlukan pakar psikiatri yg faham ADHD dewasa. Aktivis ADHD Malaysia pun percaya saya 100% ADHD sejak kecil. Saya dah jumpa pakar psikiatri dan dia menafikan simptom saya. Saya sangat perlukan jawapan. Saya sangat impulsive dalam kehidupan. Saya gagal dlm pelajaran, tukar kerja banyak kali, jadi people pleaser, pemarah dan extremely emotional, boros, suka bergaduh dgn org terutamanya rakan sekerja dan bos, gaduh dgn org awam, saya kemalangan lebih 6 kali dan hampir maut pd tahun 2020 akibat kemalangan motorsikal. Saya melutut merayu tolonglah siapa² yg baca post saya ni utk recommend saya pakar psikiatri yg bagus utk saya jumpa dan diagnosis kes saya .. Saya pernah overdose ubat banyak kali utk ambil nyawa sendiri krn kecewa dgn diri yg selalu gagal ...saya seorang yg ada anxiety dan major depressive disorder krn puncanya yg saya yakin saya ada ADHD... Tolonglah 🙏🏼🙏🏼🙏🏼🙇🏻♂️🙇🏻♂️🙇🏻♂️
Saya telah membawa anak saya berjumpa doctor Hazli di Alaminda. Psikiatris yang sangat helpful. Sebelum ni, psikiatris yang anak saya jumpa menafikan simptoms2 anak saya ke arah adhd. Downside: waiting list doctor Hazli panjang. Anak saya aritu almost 2 mths baru dapat slot.
Saya ada anak lelaki umur 28 tahun. Dari umur 7 tahun dah dikesan ADHD. Masih sekolah rendah ada juga buat rawatan di Klinik Kanak2 & Remaja Kempas Johor Baharu. Bila dah remaja dia x mau pegi dan saya tidak mendapat sokongan dari suami. Saya rasa suami juga ada ADHD sebab tengok simptom2 dia dan anak sama. Sekarang anak saya tidak bekerja selepas PKP. Saya tidak tahan dengan perangainya tidak boleh kawal marah, sula cakap bohong, tidak menghormati barang orang lain & barang2 dirumah ada saja yang rosak. Memang saya x tahan perangainya. Kadang2 saya fikir lebih baik dia mati dari hidup mendatangkan masalah pada saya.
Tiada yang dapat mencederakan jiwa kita lebih daripada apa yang anak-anak kita sendiri lakukan. Pedihnya luar biasa hingga Nabi Ya’qub a.s hilang penglihatan. Pengetahuan kita mengenai ADHD juga membolehkan kita memahami ada antara masalah anak kita adalah kerana ADHDnya dan ada yang adalah masalah moral beliau sendiri. Ada masa-masanya kita kena berehat daripada cuba repair anak dan mengharapkannya berubah. Sebaliknya mencari kekuatan di dalam doa Nabi Ya’qub a.s semasa disakiti oleh kelakuan anak-anaknya: قَالَ إِنَّمَاۤ أَشۡكُوا۟ بَثِّی وَحُزۡنِیۤ إِلَى ٱللَّهِ وَأَعۡلَمُ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ﴿ ٨٦ ﴾ (Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya. Surah Yusuf, Ayat 86
Ubat ritalin & concentra menjadi santapan harian bagi kita yang ada ADHD. Pergi pengaturcaraan kerja (occupational therapy) pun sekadar belajar teknik nafas untuk menenangkan diri daripada anxiety dan depressi.
Terima kasih atas perkongsian, Ustaz. Banyak tulisan Ustaz yang saya ambil manfaat darinya. Semoga Allah merahmati Ustaz atas sumbangan yang Ustaz berikan, walau Ustaz fikir ianya nampak kecil tapi di sisi Allah ada ganjaran yang besar nilainya.
Anak angkat saya adhd.. Setelah 14 tahun.. Baru di diagnose dengan adhd.. Menyebabkan banyak jawapan akhirnya terjawab.. Sekarang.. Saya minta ibu kandung dia pergi buat assessment setelah hampir 20 tahun hidup dalam penuh keserabutan sehingga dapat anxiety yang sangat teruk. Sebab saya di Beritahu.. Adhd boleh diwarisi.. Itu menimbulkan Tanya Tanya.. Adakah ibunya.. Juga adhd! Ustaz.. 💪💪💪💪 Saya sangat yakin, hikmah nya sangat banyak selepas apa yang berlaku. keep going.. Allah ada.. all is well
Pakar yang saya bawak anak saya. Pun cakap yg sama. Ramai adhd dewasa baru tahu mereka ada adhd apabila mereka bawa anak yg didiagnose dgn adhd. Saya sama macam ustaz Hasrizal yang hyperfocus kalu benda tu saya minat. Tapi kalau tak menarik minat saya. Otak saya mmg akan tarik saya ke pelbagai directions.
saya dapat relate kerana saya sendiri punya anak autistic+adhd. kadang apa yang anak saya lalui saya dapat imbau kenangan zaman kecil dahulu seolah saya sendiri ada ciri-ciri autistik itu sendiri.
Autistic mmg boleh diwarisi. Kalau di luar negara jika anak ada Autistic, ibuayah juga akan diuji oleh doktor utk nak tau ibuayah ada Autistic atau pun tak. Di malaysia sy tak pasti mcm mana.
Saya pernah satu tahap sgt stress knp mak saya kerap marah saya lupa. Knp sy xle fokus blja. Tuhan dah takdir tahu pasal ADHD lambat.xpela.cuma bila kenang rasa sedih sangat
hurm macam saya dan anak dara sy.. suka sgt tidur dlm class or exactly lepas habis jawab exam paper.. cuma beza anak sy dia ada ingatan kuat dan excellence dlm academic..wpun suka tidur😆
thesis!!! that's the thing that bring me to notice adhd. ur symptomps just the same with mine. i suka belajar, i suka dengan hal baru, gpa pun diatas rata2. but thesis is like a big wall 😭, made me stuck. bcz the topic is not interesting to me 😭😭😭😭
saya dulu di sekolah selalu tidur dlm kelas, macam2 cikgu suruh buat, minum milo waktu sarapan, tidur awal, zikir dan selawat serta pelbagai lagi, tapi still tidur Akhirnya bila dah besar baru faham bahawa saya ni awal pagi kurang function sikit, lambat nak start engine, sebab tu mengantuk sebab nak pergi sekolah kena bangun sebelum subuh, tak semua org akan segar waktu pagi, ada yg aktif waktu tengahari, ada waktu petang, ada waktu tengah malam, semuanya pelbagai ragam manusia diciptakan Allah
Mcm mana nak tau kita ada adhd ke x? Terus check Dr ke? Sy ambik master tp xabis. Setahun jugak rasa murung. Sampai tukar no fon n deactivate semua medsos.
Boleh mulakan di sini: www.additudemag.com/adhd-symptoms-test-adults/ Hasilnya boleh memberi petunjuk tetapi hanya boleh disahkan oleh psikiatris atau psikologis klinikal yang bertauliah. Elakkan self-diagnosed.
Saya juga ada masalah jika perlu buat sesuatu yang memerlukan berstruktur. Terima kasih ustaz atas pencerahan ini. Dulu bekas boss saya pun detect saya ni ada adhd. Saya belum bekesempatan untuk jumpa psikitrist. Dulu saya tak mampu habiskan degree. Cara sekolah dengan universiti berbeza. Saya sangat perform di sekolah tapi apabila masuk universiti saya tak mampu habiskan. Saya salute ustaz mampu habiskan belajar walaupun ambil masa sampai 8 tahun. Saya macam ustaz, rasa bosan buat sesuatu yang sama. Tapi bila travel atau buat sesuatu yang baru, saya semangat. Sejak bekas boss saya bagi tahu macam tu, saya selalu ingatkan diri saya yg saya ni lain dari yg lain. Struggle is real untuk teruskan kehidupan seperti orang normal lain.
Sorry to hear your struggle. Keupayaan saya habiskan belajar tanpa diagnosis dan intervention mungkin setakat bachelor degree sahaja. Itu pun memang rezeki Allah tolong di saat akhir. Untuk masters, empat kali cuba selama lebih 15 tahun, tak berjaya. It’s okay. Teruskan usaha sahabat. Saya doakan.
ADHD adalah kondisi yang ada semenjak kita lahir. Ia bukan diakibatkan oleh kejadian-kejadian tertentu pada peringkat umur tertentu. Kerana itu, semasa diagnosis, doktor akan menyelidik simptom-simptom ADHD semenjak usia kecil, dan memastikan tiada head injury atau apa-apa trauma yang boleh menjadi punca kewujudan simptom seperti ADHD, tetapi bukan ADHD.
“Sounds more like an excuse than an explanation” literally spot on. Memang kalau nak explain condition kita dekat orang lain rasa bersalah sangat takut diorang ingat kita malas dan tak nak faham condition ADHD ni macam mana🥲 may allah ease everything for people like us
10:01 so funny masha Allah😂😂😂
Terima kasih Ustaz. Sebak bila baca kisah journey Ustaz. Bukan perjalanan yang mudah Ustaz, ramai yang akan pandang hal ini seakan beralasan. Moga Allah permudahkan journey Ustaz yang seterusnya. Moga terus menerus jadi asbab hidayah kepada ummah.
Saya antara pembaca blog saifulislam dan karya² Ustaz. Sangat membantu untuk saya mengorientasikan arah dan menjawab segala persoalan ketika melalui fasa "quarter-life crisis". Kalaupun Ustaz rasa tak banyak sumbangan Ustaz, cukuplah di sini saya katakan karya² Ustaz telah banyak membantu saya yang seorang ini keluar dari lembah kebingungan untuk mencari makna sebenar hidup ini. Saya rasa ramai juga yang akan mengaku sedemikian. Terima kasih ustaz kerana memanifestasikan persoalan ustaz dalam bentuk penulisan.
Teruskan berjuang Ustaz.
makasih bang, saya sebagai warga negara Indonesia merasa terbantu dengan konten ini, semangat! btw di Indonesia hanya segelintir orang yang mengerti tentang ADHD, semoga Malaysia terus maju! Salam dari Indonesia bang
apa pun tahniah kerana tuan berani mendapatkan diagnosis dan berkongsi dengan kami. diusia sebegini tak mudah bagi seorang dewasa untuk berkongsi perkara yang sangat sensitif seperti ini.
Salam ustaz, saya juga dalam proses bersama psikologis untuk mengenal pasti adhd dlm diri. Masih di peringkat awal. Saya melihat adhd adalah superpower bukannya kekurangan. Ianya difference in cognitive bukannya disorder. Adhd membawa kita memberi idea baru, perspektif baru, cabaran baru, always excited with new ways, new solution, always think differently. Kita struggle bila nak cari cara yang sesuai disebabkan dunia terlalu 'lurus' dan 'teratur'. Ia adalah perbezaan cara berfikir, bukannya kekurangan. It is superpower. A gift from Allah, that we need to learn how to use it dengan baik.
ya ianya superpower bila kita boleh hyperfocus in something we are interested in
I feel you, Sir. It is so me. Part thesis tu ...Allah je tahu susah nak digest.
Saya baru dpt initial diagnose dgn ADHD.. Dgr tuan sebut all the symptoms.. It just like me.. I thought this just a normal person would do or related with my personality.. Awareness video like this actually help me to see this not normal.. Thank you for sharing.. I'm struggling with my work right now. That's why I need proper diagnose and medication.. Fighting!
Ustaz, ustaz selalu berani mengexpose sesuatu tentang diri ustaz. Perjalanan ustaz byk menjadi kekuatan untuk saya juga terus menghadapi hidup. Saya harap saya seberani ustaz untuk expose dan membincangkan ttg diri saya ( sometimes). ❤️
Perkongsian ini membantu kita untuk lebih berempati dengan diri sendiri dan orang di sekeliling yang mungkin ahli keluarga sendiri. We never know what people are struggling with. Terima kasih, ustadh.
Terima kasih atas perkongsian ini, ustaz. Ia mengajar saya untuk melihat orang lain dengan lebih empati. Baarakallahu feekum ustaz
Setiap kekurangan akan dilengkapi dengan kelebihan yang ada. Moga ustaz terus berkarya dan menginspirasi melalui perkongsian ilmu yang bermanfaat. Hidup ini menjadi lebih bahagia dengan melakukan perkara yang kita sukai. Terima kasih ustaz!
walaupun video ini pendek, tapi banyak perkara baru saya belajar tentang struggle adhd dewasa. terima kasih sangat kerana berkongsi dengan kami semua
❤
Sy umo 43. Hidap ADHD. Kehidupan harian sy sering struggle. Sy jgk antara pelajar terbaik waktu SPM 1998. tp selepas masuk ipt, sy x boleh catch up study..selepas struggle, akhirnya give up tanpa berjaya habiskan pengajian. Kemudian, d selubungibpulak dgn perasaan kecewa yg hyper. Cita² nk dptkn PHD. tp peringkat Dip. pun sy dh tewas.
Terima kasih ustaz atas perkongsian. Anak perempuan saya juga di diagnosis dgn ADHD pada usia 16 tahun. Bermula dengan anxiety dan selepas beberapa sesi terapi dengan psychiatrist, baru la di diagnose dgn ADHD. Dan ini menjawab banyak persoalan kenapa dia begitu dan begini dan kenapa dia sering dibuli masa sekolah rendah dulu. Alhamdulilah, bila dah dapat rawatan ni, byk perubahan yg positif pada dia. Dan yg penting, kami ibu-bapa dapat memahami situasi sebenarnya. Doakan anak saya berjaya kehidupan dunia akhirat walau apapun cabaran yg dia bakal hadapi.
Pergi check di mana ya?
Mind to share, diagnose di mana ya? Berapa kali sesi sebelum diagnose?
Ibu saya umur 60 tahun. Penghidap bipolar disorder. Saya anak sulung pun teruji melihat penderitaan ibu. Semoga ustaz terus kuat.
Allah will always assist your struggles, ustadzuna.
allah with us. never lose hopes. terima kasih ustaz.
SubhanaAllah...Allah Maha Baik.Saya ikuti setiap perbincangan ustaz dan byk membuka minda saya.ADHD hanya resistance untuk memegang sehelai kertas...itu yang saya nampak.
Salam tuan. Saya perlukan pakar psikiatri yg faham ADHD dewasa. Aktivis ADHD Malaysia pun percaya saya 100% ADHD sejak kecil. Saya dah jumpa pakar psikiatri dan dia menafikan simptom saya. Saya sangat perlukan jawapan. Saya sangat impulsive dalam kehidupan. Saya gagal dlm pelajaran, tukar kerja banyak kali, jadi people pleaser, pemarah dan extremely emotional, boros, suka bergaduh dgn org terutamanya rakan sekerja dan bos, gaduh dgn org awam, saya kemalangan lebih 6 kali dan hampir maut pd tahun 2020 akibat kemalangan motorsikal.
Saya melutut merayu tolonglah siapa² yg baca post saya ni utk recommend saya pakar psikiatri yg bagus utk saya jumpa dan diagnosis kes saya ..
Saya pernah overdose ubat banyak kali utk ambil nyawa sendiri krn kecewa dgn diri yg selalu gagal ...saya seorang yg ada anxiety dan major depressive disorder krn puncanya yg saya yakin saya ada ADHD...
Tolonglah 🙏🏼🙏🏼🙏🏼🙇🏻♂️🙇🏻♂️🙇🏻♂️
Apa yang ada pada awak itulah ada pada anak lelak ADHD saya. Saya juga mencari2 penyelesaian masalah anak saya.
Encik tinggal di mana? kalau di KL, sy ada cdgn nama klnik pakar psikiatri swasta
Saya telah membawa anak saya berjumpa doctor Hazli di Alaminda. Psikiatris yang sangat helpful.
Sebelum ni, psikiatris yang anak saya jumpa menafikan simptoms2 anak saya ke arah adhd.
Downside: waiting list doctor Hazli panjang. Anak saya aritu almost 2 mths baru dapat slot.
@@aisyahayob6880as salam puan, boleh berikan cadangan psikiatri swasta di KL?
semoga tuan kuat
Saya ada anak lelaki umur 28 tahun. Dari umur 7 tahun dah dikesan ADHD. Masih sekolah rendah ada juga buat rawatan di Klinik Kanak2 & Remaja Kempas Johor Baharu. Bila dah remaja dia x mau pegi dan saya tidak mendapat sokongan dari suami. Saya rasa suami juga ada ADHD sebab tengok simptom2 dia dan anak sama. Sekarang anak saya tidak bekerja selepas PKP. Saya tidak tahan dengan perangainya tidak boleh kawal marah, sula cakap bohong, tidak menghormati barang orang lain & barang2 dirumah ada saja yang rosak. Memang saya x tahan perangainya. Kadang2 saya fikir lebih baik dia mati dari hidup mendatangkan masalah pada saya.
Tiada yang dapat mencederakan jiwa kita lebih daripada apa yang anak-anak kita sendiri lakukan. Pedihnya luar biasa hingga Nabi Ya’qub a.s hilang penglihatan. Pengetahuan kita mengenai ADHD juga membolehkan kita memahami ada antara masalah anak kita adalah kerana ADHDnya dan ada yang adalah masalah moral beliau sendiri.
Ada masa-masanya kita kena berehat daripada cuba repair anak dan mengharapkannya berubah. Sebaliknya mencari kekuatan di dalam doa Nabi Ya’qub a.s semasa disakiti oleh kelakuan anak-anaknya:
قَالَ إِنَّمَاۤ أَشۡكُوا۟ بَثِّی وَحُزۡنِیۤ إِلَى ٱللَّهِ وَأَعۡلَمُ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ﴿ ٨٦ ﴾
(Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya.
Surah Yusuf, Ayat 86
Ubat ritalin & concentra menjadi santapan harian bagi kita yang ada ADHD. Pergi pengaturcaraan kerja (occupational therapy) pun sekadar belajar teknik nafas untuk menenangkan diri daripada anxiety dan depressi.
Moga Allah rahmati ustaz, amiin.
Terima kasih atas perkongsian, Ustaz. Banyak tulisan Ustaz yang saya ambil manfaat darinya. Semoga Allah merahmati Ustaz atas sumbangan yang Ustaz berikan, walau Ustaz fikir ianya nampak kecil tapi di sisi Allah ada ganjaran yang besar nilainya.
Perkongsian yang menarik, ustaz.
Anak angkat saya adhd.. Setelah 14 tahun.. Baru di diagnose dengan adhd..
Menyebabkan banyak jawapan akhirnya terjawab..
Sekarang.. Saya minta ibu kandung dia pergi buat assessment setelah hampir 20 tahun hidup dalam penuh keserabutan sehingga dapat anxiety yang sangat teruk.
Sebab saya di Beritahu.. Adhd boleh diwarisi.. Itu menimbulkan Tanya Tanya.. Adakah ibunya.. Juga adhd!
Ustaz.. 💪💪💪💪
Saya sangat yakin, hikmah nya sangat banyak selepas apa yang berlaku. keep going.. Allah ada.. all is well
Boleh listkan symptom/behavior anak angkat tu?
Pakar yang saya bawak anak saya. Pun cakap yg sama. Ramai adhd dewasa baru tahu mereka ada adhd apabila mereka bawa anak yg didiagnose dgn adhd.
Saya sama macam ustaz Hasrizal yang hyperfocus kalu benda tu saya minat. Tapi kalau tak menarik minat saya. Otak saya mmg akan tarik saya ke pelbagai directions.
saya dapat relate kerana saya sendiri punya anak autistic+adhd. kadang apa yang anak saya lalui saya dapat imbau kenangan zaman kecil dahulu seolah saya sendiri ada ciri-ciri autistik itu sendiri.
Autistic mmg boleh diwarisi. Kalau di luar negara jika anak ada Autistic, ibuayah juga akan diuji oleh doktor utk nak tau ibuayah ada Autistic atau pun tak. Di malaysia sy tak pasti mcm mana.
Tqvm ust
Saya pernah satu tahap sgt stress knp mak saya kerap marah saya lupa. Knp sy xle fokus blja. Tuhan dah takdir tahu pasal ADHD lambat.xpela.cuma bila kenang rasa sedih sangat
hurm macam saya dan anak dara sy.. suka sgt tidur dlm class or exactly lepas habis jawab exam paper.. cuma beza anak sy dia ada ingatan kuat dan excellence dlm academic..wpun suka tidur😆
thesis!!! that's the thing that bring me to notice adhd. ur symptomps just the same with mine. i suka belajar, i suka dengan hal baru, gpa pun diatas rata2. but thesis is like a big wall 😭, made me stuck. bcz the topic is not interesting to me 😭😭😭😭
Hopefully you’ll find a way out that works for you to move forward fruitfully. Thanks for visiting my channel.
aku juga baru mulai skripsian dan ternyata ADHD 😭😭😭😭😭
saya dulu di sekolah selalu tidur dlm kelas, macam2 cikgu suruh buat, minum milo waktu sarapan, tidur awal, zikir dan selawat serta pelbagai lagi, tapi still tidur
Akhirnya bila dah besar baru faham bahawa saya ni awal pagi kurang function sikit, lambat nak start engine, sebab tu mengantuk sebab nak pergi sekolah kena bangun sebelum subuh, tak semua org akan segar waktu pagi, ada yg aktif waktu tengahari, ada waktu petang, ada waktu tengah malam, semuanya pelbagai ragam manusia diciptakan Allah
الحمد لله حاضر وجزاكم الله خيرا
Tq Ustaz. It means a lot to me.
Terima kasih ustaz...
الله مستعان أستاذنا
Checklist utk saya…😂
Touchg 60….
#moveforward
Penting tetapi tidak menarik. Macam saya tak habis masters 😅
Samalah. Masalah fokus menjadi cabaran besar dalam menghabiskan master degree saya.
Mcm mana nak tau kita ada adhd ke x? Terus check Dr ke? Sy ambik master tp xabis. Setahun jugak rasa murung. Sampai tukar no fon n deactivate semua medsos.
Boleh mulakan di sini:
www.additudemag.com/adhd-symptoms-test-adults/
Hasilnya boleh memberi petunjuk tetapi hanya boleh disahkan oleh psikiatris atau psikologis klinikal yang bertauliah. Elakkan self-diagnosed.
Oh
Saya juga ada masalah jika perlu buat sesuatu yang memerlukan berstruktur. Terima kasih ustaz atas pencerahan ini.
Dulu bekas boss saya pun detect saya ni ada adhd. Saya belum bekesempatan untuk jumpa psikitrist. Dulu saya tak mampu habiskan degree. Cara sekolah dengan universiti berbeza. Saya sangat perform di sekolah tapi apabila masuk universiti saya tak mampu habiskan. Saya salute ustaz mampu habiskan belajar walaupun ambil masa sampai 8 tahun. Saya macam ustaz, rasa bosan buat sesuatu yang sama. Tapi bila travel atau buat sesuatu yang baru, saya semangat. Sejak bekas boss saya bagi tahu macam tu, saya selalu ingatkan diri saya yg saya ni lain dari yg lain. Struggle is real untuk teruskan kehidupan seperti orang normal lain.
Sorry to hear your struggle. Keupayaan saya habiskan belajar tanpa diagnosis dan intervention mungkin setakat bachelor degree sahaja. Itu pun memang rezeki Allah tolong di saat akhir. Untuk masters, empat kali cuba selama lebih 15 tahun, tak berjaya. It’s okay.
Teruskan usaha sahabat. Saya doakan.
@@iamhasrizal Aaminn.. May Allah bless and ease our journey in this world 🤲..
Maaf kalau saya salah, maksudnya ustaz dari kecil dah ada ADHD, tapi baru terima diagnosis bila sudah dewasa. Betul ke?
ADHD adalah kondisi yang ada semenjak kita lahir. Ia bukan diakibatkan oleh kejadian-kejadian tertentu pada peringkat umur tertentu. Kerana itu, semasa diagnosis, doktor akan menyelidik simptom-simptom ADHD semenjak usia kecil, dan memastikan tiada head injury atau apa-apa trauma yang boleh menjadi punca kewujudan simptom seperti ADHD, tetapi bukan ADHD.
Percakapan yang sangat bermutu ustaz
I am sorry if I am part of the world who view wrongly before. I did. But I am sorry.