Tafsir Surah at Tiin Siri 2 Tok Guru Nik Abdul Aziz

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 15 сен 2024
  • PENGENALAN KULIAH
    Kuliah Tafsir Surah at Tiin Siri 2 ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, mantan Menteri Besar Negeri Kelantan (1990-2013) merangkap Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam Kuliah Pagi Jumaat di Bangunan Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kelantan, Jalan Dato' Pati, Kota Bharu, Kelantan.
    PENGENALAN SURAH
    Surat At Tiin (سورة التين) adalah surah ke-95 dalam Al Quran. Surah ini terdiri dari 8 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyah, diturunkan sesudah Surah Al-Buruj. Nama At Tiin diambil dari kata At Tiin yang terdapat pada ayat pertama surat ini yang ertinya Buah Tin.
    KANDUNGAN SURAH
    Manusia makhluk yang terbaik rohaniah dan jasmaniah, tetapi mereka akan dijadikan orang yang amat rendah jika tidak beriman dan beramal saleh; Allah adalah Hakim Yang Maha Adil.
    TERJEMAHAN AYAT
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
    وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun,
    وَطُورِ سِينِينَ dan demi bukit Sinai,
    وَهَذَا الْبَلَدِ الأمِينِ dan demi kota (Mekah) ini yang aman,
    لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.
    ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka),
    إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.
    فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعْدُ بِالدِّينِ Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu?
    أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?

Комментарии • 8

  • @alongsyam7923
    @alongsyam7923 3 месяца назад

    Jazakhallahukhairankathira

  • @salfarinams
    @salfarinams Год назад

    terima kasih share.

  • @-dcs34-
    @-dcs34- Год назад

    Alhamdulillah

  • @alhamdulillahmhi6467
    @alhamdulillahmhi6467 2 года назад

    Assalamualaikum wrwb
    ALLAHUMMA SOLLI ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALAA AALI SAYYIDINA MUHAMMAD
    ALHAMDULILLAH JZKK TG

  • @mrgaming8917
    @mrgaming8917 4 года назад +8

    Bila sudah tiada baru tercari-cari.

  • @ooo8738
    @ooo8738 3 года назад +2

    سُبْحَانَ ٱللَّٰهِ
    ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ
    وَلَا إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّٰهُ
    اللّٰهُ أَكْبَر‎
    😊'

  • @nurafifahmohamedsalleh8586
    @nurafifahmohamedsalleh8586 4 года назад +4

    Rindu arwah tok guru