Akademi E=Sukan, Platform Terbaik Ceburi Industri Permainan Video Bersama Asia Pacific University

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 18 окт 2024
  • Akademi E-Sukan, Platform Terbaik Ceburi Industri Permainan Video Bersama Asia Pacific University
    Asia Pacific University, APU bekerjasama dengan Persatuan e-Sukan Malaysia untuk menjadi pusat pengajian pertama mewujudkan akademi e-sukan yang menawarkan silibus pembelajaran berkaitan permainan video bertaraf sijil kemahiran.
    Pengurusnya, Zierasmayu Abdul Rahman berkata, akademi ini bakal memberi pendedahan kepada pelajar dalam aspek kemahiran permainan video dibantu tenaga pengajar yang merupakan nama besar dalam e-sukan serta bertaraf dunia.
    Pelajar juga akan menyertai pelbagai jenis pertandingan e-sukan yang dianjurkan di dalam mahupun luar negara mengikut tahap keupayaan masing-masing.
    Akademi e-sukan yang dilancarkan sejak Ogos lalu kini memiliki lebih 50 pelajar pelbagai peringkat usia. Mereka yang berminat boleh layari laman web rasmi www.apu.edu.my atau hadir ke Pameran Kerjaya dan Pembangunan E-Sukan sempena Festival Siber 2017 di Petaling Jaya bermula 24 hingga 26 November ini.

Комментарии •