Sambal Belacan ala Kedai Tomyam & Paprik Ayam Original

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 4 янв 2022
  • Kali ni jom kita tengok resepi ayam masak paprik, dan sambal belacan ala kedai tomyam yang pedas dan mantap.
    Lama dulu Che Nom dah pernah share resepi ayam masak paprik..ni kira versi video baru, quality yang lebih bagus, kira versi upgrade dengan tambahan resepi sambal belacan yang bisa kita makan di restoran selatan Thai.
    Menu ni cukup lengkap dengan macam-macam sayur, jadi mudahlah..sekali masak aja semua sekali lauk dan sayur.
    Cara masakan nya tak susah sangat, cuma untuk lebih sedap perlu ada 1 bahan yang penting untuk naikkan rasa sedap ayam masak paprika baru lah mantap. Kombinasi kedua-dua nya ni, kalau makan dengan nasi putih panas, memang cukup sedap.
    //Bahasa Melayu
    ---------------------------------
    3 ulas bawang putih
    1 inci halia
    1 batang serai
    1-2 sudu besar cili kisar
    2 ketul isi ayam (dada)
    1 sudu kecil serbuk lada putih
    2-3 sudu besar sos cili
    1 sudu besar pes cili Thai
    1 sudu besar sos tiram
    1 sudu besar sos ikan
    ½ batang lobak merah
    1 sudu besar kicap manis
    2 helai daun limau purut
    Sedikit air
    4-6 tangkai cili padi
    3-4 putik jagung
    Bunga kobis
    Kacang panjang
    ½ biji bawang holland
    Limau nipis
    Bahan-bahan untuk sambal belacan:
    2-3 biji cili merah
    10 tangkai cili padi
    3 ulas bawang putih
    ½ biji bawang holland
    ½ biji tomato
    1 inci belacan
    1-2 sudu kecil gula
    ½ sudu besar serbuk perasa
    Sedikit air
    Garam, secukup rasa
    Jus limau nipis, secukup rasa
    //English
    ---------------------------------------
    3 cloves garlic
    1 inch ginger
    1 stalk lemongrass
    1-2 tablespoons chili paste
    2 pieces chicken breast
    1 teaspoon white pepper powder
    2-3 tablespoons chili sauce
    1 tablespoon Thai chili paste
    1 tablespoon oyster sauce
    1 tablespoon fish sauce
    ½ carrot
    1 tablespoon sweet soy sauce
    2 pieces kaffir lime leaves
    A little water
    4-6 stalks bird's eye chili
    3-4 baby corn
    Cauliflower
    Long beans
    ½ yellow onion
    Lime
    Ingredients for sambal belacan:
    2-3 red chillies
    10 stalks bird's eye chili
    3 cloves garlic
    ½ yellow onion
    ½ tomato
    1 inch belacan
    1-2 teaspoons sugar
    ½ tablespoon seasoning powder (MSG)
    A little water
    Salt, to taste
    Lime juice, to taste
    Instagram: bit.ly/CheNomInstagram
    Twitter: bit.ly/CheNomTwitter
    Facebook: bit.ly/CheNomFacebook
  • РазвлеченияРазвлечения

Комментарии • 255

  • @rosmizahkeman1031
    @rosmizahkeman1031 2 года назад +7

    Waalaikumussalam kepada yang memberi salam.. terima kasih dan sayang Che nom atas perkongsian resepi nya.. memang menjadi semua resepi yg dikongsikan... moga kita semua terus berada dalam kebaikan in Shaa Allah.

  • @nursyahirahmohdzaki9315
    @nursyahirahmohdzaki9315 2 года назад +12

    resepi Che nom semua sedap sedap.. semalam buat siakap ala thai Che nom pn mantappp.. boleh ni buat menu besok pulakkkk 🤤🤤 menyelerakan.. walau pandai masak pun, tp kalau ada resepi baru atau ada resepi olahan baru, mesti belajar dan buat 🥰 terima kasih Che jom ❤️

  • @previntharaja686
    @previntharaja686 2 года назад +5

    Setiap kali saya nak masak paprik ayam...video che nom lah saya akn tonton sbg rujukkan..walau dah masak bnyk kali...terima kasih Che Nom😍

  • @zrthfzra2526
    @zrthfzra2526 2 года назад +2

    baru lepas try masak paprik campur guna resipi che nom . biasa memang tak masak bulan puasa sbb takut sangat tak sedap . harini guna resipi che nom sebiji cuma takde limau nipis and lada putih . suami puji sedap dari kedai punye 😍😍😍😍

  • @aidarayyan8583
    @aidarayyan8583 2 года назад +46

    Alhamdulillah.. resepi yg Che nom kongsi bersama saya dah cuba semuanya 👍😋 memang sedap dan terbaik 👍..ayam paprik ni kesukaan saya dan family.. sedapnya bila makan dgn nasi panas2 🤤..

  • @monsterlyn9505
    @monsterlyn9505 2 года назад +3

    Baru je cakap dengan husband semalam nak masak paprik ayam , Chenom da up video masak paprik 💖 nice .. terima kasih Chenom !!! moga sihat selalu ❣️

  • @skumar01_
    @skumar01_ 2 года назад +5

    Thanks Che Nom. Memang hebat presentation Puan. Tambah telur dadar baru sempurna. Ok I will try it soon.

  • @f.andres849
    @f.andres849 Год назад +1

    Resepi che nom byk membantu org di perantauan ❤️

  • @norhazrinharun5686
    @norhazrinharun5686 2 года назад +2

    Alhamdulillah Allah bg apa yg Che Nom masak mmg sedap2...

  • @shahjulai
    @shahjulai 2 года назад +1

    Sedap ni. Kegemaran ayah mertua. Bab sambal ni mmg berebut dgn ayah mertua lh. Ni dah ada cara buat ni nanti boleh buat banyak2.. dah tak boleh berebut dgn ayah mertua dah😁😁😁😁😁😁😁

  • @hafizabubakar838
    @hafizabubakar838 2 года назад +1

    terima kasih kepada che nom . bnyk mengajar .bukan sekadar resepi ni je resepi lain pun sy bnyk belajar dgn che nom.

  • @alexandriajireh1288
    @alexandriajireh1288 3 месяца назад

    Hari ini 22 March 2024, Alex baru cuba resepi ini. Memang sedap kedua-dua masakan yang Che Nom share ni. Terima kasih Che Nom. Halalkan ilmu yang Che Nom share ya😊❤

  • @Kin_Li
    @Kin_Li 2 года назад +2

    Kalau tengok video che nom,paling saya suka part potong bahan2,pisau tajam,tertib je,bunyi rangup2🤣🤣🤣

    • @CheNom
      @CheNom  2 года назад

      😆👌

  • @melinibada4863
    @melinibada4863 2 года назад +2

    saya selalu buat masakan menggunakan resepi che nom,syukur semua nya menjadi..thank you so much che nom sebab selalu kongsi pelbagai resepi.

    • @channelnisa8690
      @channelnisa8690 2 года назад +1

      Sama lah....✨

    • @melinibada4863
      @melinibada4863 2 года назад +1

      @@channelnisa8690 kan..semua menjadi,senang difahami..😊😊😊

  • @zaihamid78
    @zaihamid78 2 года назад

    Alhamdulillah..
    Tkasih Cik nom share resipi yg menyelerakan 🌷👍

  • @aidarose4009
    @aidarose4009 2 года назад +1

    Resepi che nom byk sy try..mmg sdap n tbaik.mntap😻😻😻tq che nom.teruskn share lbih byk resepi...mudah n masih kekalkn cra2 traditional

  • @winariz3692
    @winariz3692 2 года назад +4

    MasyaAllah sambal balancan nya menggoda sehat selalu Che Nom Beserta Keluarga tercinta

  • @putryz12
    @putryz12 2 года назад +3

    Alahaiiii terliur dah niii🤤🤤🤤

  • @wanperlis6961
    @wanperlis6961 Год назад

    Terbaik ikot resepi sambal belacan che nom memang padu

  • @mohamadbobot9584
    @mohamadbobot9584 Год назад +1

    Alhamdulillah terbaik puan terima kasih share resepi 👍👍👍

  • @dalilahmustafa1422
    @dalilahmustafa1422 2 года назад

    Amboiiiii sedapnya 🐔 msk paprik che nom lengkap dgn sambal belacan mmng best. Tqvm che nom bye

  • @sharmini9935
    @sharmini9935 Год назад +5

    Sambal Belacan the best. Dah try few times.. memang sedap. Thanks alot sis for the wonderful recipe ❤️

  • @FitriaSafaaz
    @FitriaSafaaz 2 года назад +1

    Huuhh.... Maa syaa Allah... Sedapnya.. Tsmbah lagi sambal belacan.. Lupakan diet..

  • @norasiahnasir9345
    @norasiahnasir9345 2 года назад +1

    tq che nom, fav paprik ni..selalu beli x memenuhi citarasa..so blh try ni...

  • @sazara
    @sazara 2 года назад +2

    Terimakasih resepnya che nom ...pasti lezat

  • @aminahaminahabdrahim89
    @aminahaminahabdrahim89 2 года назад

    Betul tu Che nom..gula Melaka tu memang buat rasa sambal belacan@apa2 sambal jd sdp sgt.. buat air asam pun sama..

  • @zk1088
    @zk1088 2 года назад +1

    Paprik sayur lebih... Fuhhhh.. Kenyang makan😎

  • @thanapackiamthangarajoo8558
    @thanapackiamthangarajoo8558 2 года назад +3

    So sedap😋
    Terima kasih Che Nom sudi share.

  • @DapurCheMala
    @DapurCheMala 2 года назад +15

    Memang mantap, perfect complete menu. Sambal belacan dan ayam paprik. Kombinasi yg sedap. Terima kasih Che Nom atas resepi dan tips.

    • @nursyafidafida3314
      @nursyafidafida3314 Год назад +1

      Sy slalu mcube resepi2 che nom...tq sudi bkongsi resepi...che nom bleh tnye mne dpt pinggan2 mcm dlu2.tu

  • @nooraine8307
    @nooraine8307 2 года назад

    Che Nom ni masak apapn sdp,byk resepi Che Nom Sis dh cuba mmg sdp sgt,tgk ni lapar le...

  • @umabai2705
    @umabai2705 2 года назад

    Masakan puan memang sedap.saya selalu suka tengok resepi awak masak memang masakan jadi.anak anak semua suka resepi puan...god bless u thanks

  • @noritanordin1969
    @noritanordin1969 Год назад

    Terimakasih Che Nom kongsi resepi. Kak dah cuba masak. Sedap👍

  • @muhammadfauzanfirasyunus6089
    @muhammadfauzanfirasyunus6089 2 года назад +1

    Terima kasih Che Nom kongsi resipi. 👍

  • @kamalothman691
    @kamalothman691 2 года назад +2

    Alhamdulillah. Bila ler gaknye nak dapat rasa masakan Che Nom niii hehe 😋😋😋

  • @daiyamchannel9373
    @daiyamchannel9373 2 года назад +1

    Sedapnya..Terima kasih Resepi Kak Che Nom♥️♥️♥️

  • @yuniati973
    @yuniati973 Год назад

    Tq kongsi resepi smbal belacan ala kedai tomyam...nti nk buat la mkn dgn nasi goreng kg ngn ulam timun mesti sedapppp😊👍

  • @JomMasak
    @JomMasak 2 года назад +2

    *Masha Allah sedapnya kalau Che Nom buka kedai saya orang 1st yang akan kesana🤪❤️❤️👍👍👍*

  • @surianorsuria3859
    @surianorsuria3859 2 года назад +1

    Allhamdulilah... Tq Che nom kongsi resepi ni... Mmg sedap... Dah jd favourite anak2 sy pulak.. Semoga Allah murah kan lg rezeki Che nom ya... Terbaik

  • @DapurBuSiti
    @DapurBuSiti 2 года назад +4

    Wahhh pasti enak banget nih bunda resep olahan nya 😍 Harus dicoba nih bunda 😋😍

  • @harmamahamid8377
    @harmamahamid8377 2 года назад

    Sedapnya..tambah telur Mata sebiji..bertambah ni😀
    Tq Che nom kongsi resepi 😍

  • @zuraidahamzah9060
    @zuraidahamzah9060 2 года назад

    Feberet saya ayam paprik tambah2 lagi beserta dgn telur dadar panas2.

  • @user-ou1mk9cx4m
    @user-ou1mk9cx4m Год назад

    Saya baru cuba resipi paprik che nom ni, turn out yg suami sy suka gilaa.. haha.. die ckp bau mcm kedai tomyam.. 😂 alhamdulillah tq che nom..❤

  • @ayuniyunus7160
    @ayuniyunus7160 2 года назад +1

    Alhamdulillah mmg sedappp 👍🏼👍🏼👍🏼 baru buat tgh hari tadi .

  • @srimaemunah261
    @srimaemunah261 2 года назад +1

    Alhamdulillah Terima kasihhh che Nom ❤️

  • @aisahhusin8723
    @aisahhusin8723 2 года назад +1

    Saya dah cuba resepi Che nom sedap

  • @biasatapisedap274
    @biasatapisedap274 2 года назад +5

    Kombinasi Sambal Belacan dengan Ayam Masak Paprik memang sedaplah hasilnya. Resepi yang pasti disukai ramai.😍

  • @wawayusof2556
    @wawayusof2556 2 года назад +1

    Wahhhh...Sambal Belacan Tuw Yang Mengancam...Tq Sharing Che Nom...😍😍😍

  • @nurhaslizasukornor1189
    @nurhaslizasukornor1189 2 года назад

    Sedapnyaaa memang tunggu pon nak resepi sambal belacan

    • @CheNom
      @CheNom  2 года назад +1

      Cuba ye

  • @solatak2649
    @solatak2649 2 года назад

    Terima kasih cik nom bagi resepi.

  • @ohyoonhee9675
    @ohyoonhee9675 2 года назад +1

    selain sambal belacan,air asam pun mantop😝😋❤️✨

  • @noor-haniomar-osman7249
    @noor-haniomar-osman7249 2 года назад +5

    7:24 Sambal belacan
    Thank you Che Nom. Resipi yang tidak pernah mengecewakan😀

  • @saodahzainal6515
    @saodahzainal6515 2 года назад

    Saya pernah juga masak ayam paprik menjadi juga tq Che Nom

  • @renushanair2467
    @renushanair2467 2 года назад +1

    Sedappppnyaa especially the belacan 😘💗

  • @mrs.simplecookingrecipes2598
    @mrs.simplecookingrecipes2598 2 года назад

    Waalaikkum Salam sister very nice recipe 😋 thanks for sharing sister

  • @paipai518
    @paipai518 2 года назад

    Perghhh... Padu la Che Nom masak..

  • @setsunachan1
    @setsunachan1 2 года назад

    waw, recipe yang d tunggu2 🤤🤤🤤

  • @julianajumaat616
    @julianajumaat616 2 года назад

    Boleh dipercayai semua resepi Che nom ...🙂

  • @cathy007
    @cathy007 2 года назад

    Che Nom...the beautiful chef...

  • @tuminahhusman4717
    @tuminahhusman4717 2 года назад

    Terima kasih saya akan cuba ayam pamprik dan sambal belacan Thai.

  • @adeeyanatasya
    @adeeyanatasya 2 года назад +8

    Terima kasih che nom , saya baru berjinak jinak nak belajar masak lauk2 🥰✨

    • @normalasappar6067
      @normalasappar6067 2 года назад +4

      Betul Adeeya.klu tak pandai masak ikut je resepi chenom.akan jdi sedap masakan.akak tak pandai buat pes tomyam dulu.ikut je resepi chenom.menjadi la bila buat pes tu.tak payah beli2.buat sendiri simpan jdi stock.nk masak tomyam bila2 pun ok dah ada pes dlm petiais.

  • @nmj3735
    @nmj3735 2 года назад +2

    I love, love both recipes... tried with squids. Yummm... tq😜

  • @suriyatiabghani7411
    @suriyatiabghani7411 2 года назад

    Memang sedap guna pes ini.👍

  • @rohiyatikahar3629
    @rohiyatikahar3629 2 года назад

    Terimakaseh....cek nom...suka dgr cek nom bercakap.... lembut jerr...🤭😅🥰

  • @BakulanVilleVentures
    @BakulanVilleVentures 2 года назад +1

    Tazzabar nak try resepi Che Nom ni weekend ni. 🥳

  • @onedonechannel8731
    @onedonechannel8731 2 года назад

    Sedap nampak boleh cuba ni.

  • @nurasamrah4731
    @nurasamrah4731 2 года назад

    Wah mmg ngencis... tq. Jazakillaahul kharyran 💖

  • @atieslamber
    @atieslamber 2 года назад +2

    Terliur la plak tgk 🤤🤤 ok esok try 💪 tmbh plak dgn telur dadar. Fuhhh mmg rse mcm mkn kt kedai la kan 🤤🤤

    • @CheNom
      @CheNom  2 года назад

      Kena sangat dengan telur dadar 😁

  • @ammacuisine4391
    @ammacuisine4391 2 года назад

    Che nom the best....

  • @mohdfazrik8159
    @mohdfazrik8159 2 года назад +1

    sedapnya 🤤

  • @DapurMakIna
    @DapurMakIna 2 года назад

    DMI hadir..mskan che nom mantap banget...myelerakan...

  • @mengwenz
    @mengwenz 2 года назад

    Terbaik ini makanan kegemaran saya tq ya

  • @aminasyamsey7838
    @aminasyamsey7838 2 года назад +2

    Mmmmmmm dihidang dgn telor mata kerbau dan hirisan timun pun sodap. Lps ni byk la kedai tomyam tutup sbb byk resepi menu kedai tomyam CikNom dah ajarkan. Cik Nom mmg terbaik! Terima kasih CikNom.....

  • @sriqistina9268
    @sriqistina9268 2 года назад

    Sedap la che nom .
    tq..

  • @baizuramohamad5007
    @baizuramohamad5007 2 года назад

    saya baru je selesai masak resepi ni baru jap ni...tertengok siang td, balek keje terus beli bahan hihihi 😄😄😄

  • @Jidi-ef1qc
    @Jidi-ef1qc 2 года назад +2

    Sedapnyaa 😍😍😋

  • @meipanjaitan2127
    @meipanjaitan2127 Год назад

    Sedapnye

  • @atokzchannel5434
    @atokzchannel5434 2 года назад

    ni salah satu masakan kegemaran atok ni..

  • @senyumankuhehe3448
    @senyumankuhehe3448 2 года назад +1

    kesukaan sy menyelerakan dgn sambal lagi 😁
    Huhu tk terkata sedap sangat 😁

  • @masriaing5186
    @masriaing5186 2 года назад

    Wow.. sedap resepi ni sis

  • @petlover_20
    @petlover_20 2 года назад +1

    PERGHHHHHH......🤤🤤😋 MERECIKKKKKKKKKKKK 🔥🔥🔥

  • @razakariffin2049
    @razakariffin2049 2 года назад

    Terbaik...

  • @hussainbinismail2655
    @hussainbinismail2655 2 года назад

    Super cik nom

  • @TheYaya64
    @TheYaya64 2 года назад +7

    Terima kasih che nom for the recipe. Berkat resepi che nom dpt la sy improve masakan saya 💛

  • @juneseongmin
    @juneseongmin 2 года назад

    First time tgk video Che Nom berterabur start dr part yg buat sambal belacan tu benda yg keluar lain benda tulis dkt video lain

  • @AKSURFS
    @AKSURFS 2 года назад +8

    Sedap dan istimewa, saya mesti order paprik ayam bila di kedai tomyam, sungguh menyelerakan, terima kasih resepi nya Che Nom ✨👍

  • @flikcof7910
    @flikcof7910 2 года назад

    wah banyak cabai

  • @Khairulzaman96
    @Khairulzaman96 2 года назад +2

    Sangat inspirasi😍

  • @cikmoonsdiary7886
    @cikmoonsdiary7886 2 года назад

    Salam Jumaat....sedapnya ada sambal belacan

  • @nurulsyazwanimatjamil2530
    @nurulsyazwanimatjamil2530 2 года назад +1

    Assalamualaikum ciknom sy mmg gemar tgk resepi ciknom kekadang ad masa sy akan ikot resepi ciknom kekadang masakkk je ikot dan😁....mohon ciknom tunjuk cara masak gulai telur ubi versi ciknom nak tgk 😋😍

  • @wankksh8454
    @wankksh8454 2 года назад

    Mantap selalu..enak💃💃💃

  • @emchannel73
    @emchannel73 2 года назад

    Terus lapar perut lps booster

  • @rodziyahabdulgany5333
    @rodziyahabdulgany5333 2 года назад +1

    Br semlm terfikir mcmana nak buat sambal belacan ala2 kedai tomyam... hr ni tgk2 dah ada sbb esok cdg nak buat gulai dgg tetel..sedappp nmpk..

  • @arunaharanathalam7423
    @arunaharanathalam7423 2 года назад

    Sedap 😋👍

  • @imanaem1584
    @imanaem1584 2 года назад

    Sme kite pon msk paprik ltk pes thai tu,, mmg sedp,,, mcm kedai thai dh rasa dia,, hehehehe,,,, tp resepi che nom sume sedp2 lau bt mmg menjadi ja,,, tenkiu che nom,,,

  • @nanieybajetakaun6366
    @nanieybajetakaun6366 2 года назад

    Sedap..

  • @TOMZfanz
    @TOMZfanz 2 года назад

    Tajam sungguh pisau che nom..bersmngat nk masak

  • @sayaadalahwandronegraphych5846
    @sayaadalahwandronegraphych5846 2 года назад

    Nice .. kegemaran saya nie ❤️

  • @charlesbonnyj
    @charlesbonnyj Год назад

    Mantap la.. Terbaik recipe ❤❤❤

  • @baiyahbandut947
    @baiyahbandut947 Год назад

    Mudah Dan senang

  • @aminahaminahabdrahim89
    @aminahaminahabdrahim89 2 года назад

    Kita tambah telur dadar juga lah Che nom..letak fresh milk@mayonis sikit..sdp nye