#jim

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 7 сен 2024
  • Kajang: Seramai 129 buruh asing yang bekerja di sebuah kilang alat ganti mesin di Balakong di sini, ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) semalam.
    Ketua Pengarah JIM Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, serbuan pada 8 malam itu membabitkan 80 pegawai dan anggota imigresen serta agensi lain iaitu Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
    Menurutnya, pihak JIM menerima maklumat daripada orang awam mengenai kilang berkenaan yang dikatakan menggunakan khidmat pendatang asing tanpa izin (Pati).
    "Dalam serbuan ini, seramai 134 pekerja warga asing diperiksa dan daripada jumlah itu 129 Pati ditahan membabitkan 110 lelaki serta 19 wanita dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh, India dan Nepal berusia antara 20 hingga 49 tahun.
    "Mereka ditahan selepas didapati tidak mempunyai dokumen ketika serbuan dilakukan selain ada antara mereka menyalahgunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)," katanya ketika sidang media di lokasi serbuan di sini.

Комментарии • 6

  • @alizulfiqar4715
    @alizulfiqar4715 2 года назад

    Good job 👌

  • @lahodanata4249
    @lahodanata4249 2 года назад +1

    Bos diorang ade kene tangkap x.... ramai nye pati macam ni???? Mesti ade bossssss besar yang jage pati ni😆

  • @muhammadhazziq4872
    @muhammadhazziq4872 2 года назад

    Bagus tindakan membasmi PATI dn imigresen juga kne ambil tindakan terhadap majikan .lgi2 China projek yg gune byk PATI dari tenaga tempatan sbb murah 😏

  • @azmanbabok-nf2hn
    @azmanbabok-nf2hn 10 месяцев назад

    Tangkap jangan simpan tendang balik .

  • @nurinurinurisayur6216
    @nurinurinurisayur6216 Год назад

    mohonkan majikan yg ade pekrja pati mesti kena denda sebb menggaji pati tanp bagi tahu imigresen setempt

  • @nurnurroshidah2288
    @nurnurroshidah2288 2 года назад

    terbaik jbtn imergisen mlysia