[LIVE] TEMPAT KE-5 Nasyid (SM) FNKSS Kebangsaan 2024 - Charisma (Perak)

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 16 сен 2024
  • Saksikan persembahan giliran ke-4 iaitu Charisma yang mewakili negeri Perak.
    Pertandingan Nasyid (Menengah) sempena FNKSS Peringkat Kebangsaan 2024 telah berlangsung pada Sabtu, 10 Ogos 2024 di HGH Convention Centre, Sentul, Kuala Lumpur.
    - -
    KEPUTUSAN PENUH NASYID (MENENGAH)
    FESTIVAL NASYID & KHAT PERINGKAT KEBANGSAAN 2024
    Johan: Izdan (Johor)
    Naib Johan: Anugerah (Kuala Lumpur)
    Ke-3: Zayyan (Kedah)
    Ke-4: Khalifah (Sarawak)
    Ke-5: Charisma (Perak)
    Lagu Tema Terbaik: Izdan (Johor)
    Lagu Kontemporari Terbaik: Izdan (Johor)
    Lirik Tema Terbaik: Khalifah (Sarawak)
    Lirik Kontemporari Terbaik: Anugerah (Kuala Lumpur)
    Solo Terbaik: Muhammad Wazeer - Khalifah (Sarawak)
    Persembahan Terbaik: Izdan (Johor)
    - -
    Ikuti kami di media sosial dan bantu kami capai 1000 follower di Tiktok!
    Tiktok: / nasyedmedia
    Instagram: / nasyedmedia
    Facebook: / nasyedmedia

Комментарии • 10

  • @alieffikhwan267
    @alieffikhwan267 18 дней назад +6

    lagu 2:MUSAFIR CINTA
    Mengembaralah…
    Di bumi tuhan…
    Tiap langkah insan beriman
    Dalam perjalanan yang kejauhan
    Dua marhalah merentas sempadan
    Mukim ditinggal demi satu tujuan
    Kewajipan menuntut hamba
    Menyempurnakan rukun Islam kelima
    Pencarian ilmu manfaah
    Martabat jihad perjuangan mulia
    Sunnah kala bermusafir tujuannya
    Menghubung ukhuwah yang telah lama terpisah
    Makruh jalan yang tiada arah misinya
    Haram jika impianmu menuju lembah dosa
    Chorus
    Basmallah
    Menjadi kalam pemula
    Perjalanan musafir cinta
    Dipelihara hendaknya
    Basmallah
    Moga diilham petunjuk
    Dipermudahkan segala
    Jalan sebuah pengharapan
    Musafir cinta….
    Rukhsah disyariat tanda
    KasihNya buat seluruh hambaNya
    Tiada diketepi kefardhuan yang utama
    Doa tiada dipinggir
    Meminta segalanya diberkati
    Perisai cinta bekalan dijiwa
    Musafir menghamba
    Ooo… jalan menghamba
    Hikmah mencari redha tuhan yang Esa
    Mendidik jiwa tingkat iman didada
    Sabar dan syukur dalam perjalanannya
    Dikurnia lancar jua kemudahan menitinya
    Basmallah
    Menjadi kalam pemula
    Perjalanan musafir cinta
    Dipelihara hendaknya
    Basmallah
    Moga diilham petunjuk
    Dipermudahkan segala….
    Jalan sebuah pengharapan
    Musafir cinta…
    Kembaralah…

  • @hamzalahhamdan997
    @hamzalahhamdan997 Месяц назад +4

    Tahniah Charisma. Lagu kotemp tersangatlah sedap😍

  • @Dhxyy
    @Dhxyy Месяц назад +5

    lagu aranggement semua paadu dh , cuma unison kurang stabil

  • @alieffikhwan267
    @alieffikhwan267 18 дней назад +4

    lagu 1 :Adab Pemacu Karamah Ummah
    Ya Rabb….
    Tingkah laku dan tutur kata
    Halus budi pekerti mulia
    Sandaran ummah mencapai karamah insaniah
    Adab itu perisai kebatilan
    Diamalkan penuh ketertiban
    Merealisasikan dunia akhirat seiiringan
    Keimanan…
    Ketaatan…
    Kemuliaan martabat insan
    Kebahagiaan…
    Kedamaian…
    Keamanan dalam genggaman
    Chorus 1
    Sahsiah diutama tiada dilupa
    Barulah ilmu lebih bermakna
    Mahmudah diamal berlandas agama
    Mazmumah dihindar demi iman dijiwa
    Rasulullah contoh teladan
    Akhlaknya penuh keindahan
    Bermuamalah dengan kesantunan
    Qudwah unggul zaman berzaman
    Ummah bertamadun isinya membangun
    Ummah bersahsiah mantapkan iman
    Qasidah
    اللهم طهر قلوبنا وأفكارنا
    وأحسن أخلاقنا وأحسن بالصالحات أعمالنا
    يا ربنا
    Chorus 2
    Sinarnya bagai laut datang memunggah mutiara
    Begitulah zahirnya karamah insaniah
    Umpama menyeberangi jambatan emas
    Sekuat itulah pegangannya dijiwa
    Hidupnya dipayungi rahmah
    Dilimpahi kasih dan berkah
    Iktikadnya menjadi insan berguna
    Manfaat buat dunia seisinya
    Lembayung kasih mengiringi perjalanan
    Buat insan yang mencari cinta tuhan
    Berbekal semangat sebuah perjuangan
    Dalam misi menggarap kemuliaan
    Mehnah ujian inti kehidupan
    Tiada mengalah dalam kesusahan
    Malah memancar kesungguhan
    Karamahnya mendepani cabaran
    Darjat hidupmu disisi tuhan
    Nilainya tinggi buat yang beriman
    Tingkatnya kualiti peradaban insani
    Makmur negara capai kemajuan
    Makmur negara….capai kemajuan

  • @nuradilasyahirah4115
    @nuradilasyahirah4115 Месяц назад +2

    top 3 solo

  • @Fayyadh8205
    @Fayyadh8205 Месяц назад +2

    Solo dia ni yg tmpt ke 3 fnss 2019 kn soutul mujahideen perak

  • @sitinurfatihahabghani899
    @sitinurfatihahabghani899 Месяц назад

    😍😍😍

  • @nurulain7782
    @nurulain7782 23 дня назад

    Lgu pertama dia mcm lagu zaman dlu