[LIVE] JOHAN Nasyid (SM) FNKSS Kebangsaan 2024 - Izdan (Johor)
HTML-код
- Опубликовано: 9 фев 2025
- Saksikan persembahan giliran ke-12 iaitu Izdan yang mewakili negeri Johor.
Pertandingan Nasyid (Menengah) sempena FNKSS Peringkat Kebangsaan 2024 telah berlangsung pada Sabtu, 10 Ogos 2024 di HGH Convention Centre, Sentul, Kuala Lumpur.
-
KEPUTUSAN PENUH NASYID (MENENGAH)
FESTIVAL NASYID & KHAT PERINGKAT KEBANGSAAN 2024
Johan: Izdan (Johor)
Naib Johan: Anugerah (Kuala Lumpur)
Ke-3: Zayyan (Kedah)
Ke-4: Khalifah (Sarawak)
Ke-5: Charisma (Perak)
Lagu Tema Terbaik: Izdan (Johor)
Lagu Kontemporari Terbaik: Izdan (Johor)
Lirik Tema Terbaik: Khalifah (Sarawak)
Lirik Kontemporari Terbaik: Anugerah (Kuala Lumpur)
Solo Terbaik: Muhammad Wazeer - Khalifah (Sarawak)
Persembahan Terbaik: Izdan (Johor)
-
Ikuti kami di media sosial dan bantu kami capai 1000 follower di Tiktok!
Tiktok: www.tiktok.com...
Instagram: www.instagram....
Facebook: www.facebook.c...
FI HIFZILLAH
Fi hifzillah moga dilindung Allah
Dalam perjalanan kembara berkelana
Kuberjalan di bumi-Mu
Berlatar sinaran sang mentari
Berbumbungkan langit nan tinggi
Perjalanan tenangkan fikiran
Marhalah kembara jarak ukuran
Hikmah dicari jadi sandaran
Damba keberkatan setiap ketika
Bergantung pada Allah Yang Kuasa
Dipermudahkan selamat sentiasa
Syukur segala nikmat kurnia-Nya
Fi hifzillah moga dilindung Allah
Dalam perjalanan kembara berkelana
Fi amanillah selamat segalanya
Tuju destinasi mencari mardhatillah
Wajib haji cukup syarat istito’ah
Berziarah umrah itu sunnah hukumnya
Sillaturrahim harus dijaga
Hukum hakam terpelihara
Iringi permusafiran dengan doa
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِيْ سَفَرِنَا هَذَا
اَلْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى
Ya Allah kami meminta
Perjalanan kami semua
Kebaikan juga taqwa
Dari amalan yang kau reda
Bekal kesabaran dan niat suci
Doa dibaca tulus mengiringi
Rukhsoh kelebihan ilmu dicari
Muhasabah menginsafi diri
Fi hifzillah moga dilindung Allah
Dalam perjalanan kembara berkelana
Fi amanillah selamat segalanya
Tuju destinasi mencari mardhatillah
Fi hifzillah moga dilindung Allah
Tuju destinasi mencari mardhatillah
Fi Hifzillah Fi Amanillah
Enjoy! Fi hifzillah semua❤
❤❤
Maaf team Izdan, kalau boleh tahu siapa pencipta lirik ya? Boleh tak tanyakan apa makud "Berziarah umrah itu sunnah hukumnya"?
Adakah maksud penulis nak bagitahu bahawa hukum menunaikan umrah itu sunat bukan wajib.
Mohon penjelasan ya.
@@saifuladlie894 Tengok balik lirik sebelum penulis lirik nk beritahu tentang umrah,,dia dh bgtw wajib haji hukum cukup syarat nya..dan ziarah umrah itu apabila dah melaksanakan yang wajib yang seterusnya akan jadi sunat...
@@aizimiezulkifli9710 Maaf, encik penulis lirik lagu ini ke? Menarik kalau diandaikan sebegitu
@@saifuladlie894 saya bkn penulis lirik tapi memahami apa yang di sampaikan melalui bahasa yang mudah..mungkin tuan boleh terus direct pada page IZDAN utk mengajukan soalan tuan tersebut..
Performance izdan memang balanced. Betul2 format gaya nasyid KPM. Patut juara. Akak doakan adik2 berjaya dunia akhirat. Lepas kejayaan yg ini moga banyak lagi kejayaan dtg pada awak semua pada masa akan dtg. Insha Allah. Dan semoga team izdan yg akan datang akan teruskan legacy of dakwah yang diwawasankan. Semoga terus maju jaya!
Dah jumpa kenapa Izdan Johan.. Lagu pertama dia lebih menepati syarat.. Tahniah 🎉🎉
KARAMAH INSANIAH
Akhlak yang mulia bukan hanya di wajah
Suluhan cahaya terang di dalam jiwa
Ya Allah
Setinggi gunung didaki
Menempuh onak dan ranjau duri
Bekal kesabaran berkat pengorbanan
Menggapai impian
Tinggi aspirasi akal serta budi
Teguh jati diri
Bagai bahtera rentas samudera
Meredah gelora
Itu hakikat hidup di dunia penuh pancaroba
Carilah mahmudah tinggalkan mazmumah
Mendamba mardhatillah
Berilmu berjasa seiring menjana
Karamah insaniah
Akhlak yang mulia bukan hanya di wajah
Suluhan cahaya terang di dalam jiwa
Iman juga taqwa sempurnakan sahsiah
Pedoman berharga anugerah Yang Esa
Subur perasaan manusiawi hidup bererti
Iman dipupuk luhur pekerti
Karamah insaniah
Berpegang teguh kalam Ilahi
Al-Quran kalamullah
Tinggi menjunjung sunnahnya Nabi
Muhammad Rasulullah
اَللَّهُمَّ اُهْدِنِيْ لِأَحْسَنِ الْأَخْلَاقِ
فَإِنَّهُ لاَ يَهْدِيْ لِأَحْسَنِهَا إِلاَّ أَنْت
Maksud;
Ya Allah,
Tunjukkanlah aku kepada akhlak yang baik,
Tidak ada yang dapat menunjukkannya kecuali Engkau
Bagai bahtera rentas samudera
Meredah gelora
Itu hakikat hidup di dunia penuh pancaroba
Carilah mahmudah tinggalkan mazmumah
Mendamba mardhatillah
Berilmu berjasa seiring menjana
Karamah insaniah
Keazaman keimanan kepimpinan
Wadah gapai al-falah
Kesopanan kesantunan lestarikan
Karamah insaniah
Ilmu di dada bekalan kita
Al-Quran sunnah suluh perjalanan
Pewaris bangsa legasi kita
Demi sebuah ketamadunan
Karamah insaniyah
Keazaman keimanan kepimpinan
Wadah gapai al-falah
Kesopanan kesantunan lestarikan
Karamah insaniah
Karamah insaniah
Terima kasih Izdan. Salam hormat dari SRAB Muar😉
Terima kasih izdan .salam dari SKSGB PONTIAN
part bagai bahtera backup nyanyi apa ye 😅
@@harrizfiy bagai bahtera, rentas samudera. Dalam bentuk stackato
@@harrizfiyyang part first ke atau second ?
Alhamdulillah rezeki tidak pernah salah alamat.
Izdan - Johan pertimbangan nasyid peringkat kebangsaan FNKSS 2024.
Anugerah - Johan pertandingan nasyid dai voice ASEAN Thailand 2024.
Sama² hebat. Masya Allah tabarakallah alhamdulillah.
kenapa ya ade yg compare2 dan tak terima kemenangan izdan,tujuan festival nasyid ni diadakan bukan sekadar pertandingan semata mata,tapi ini salah satu bentuk dakwah dan juga nak melahirkan generasi yang dapat teruskan misi dakwah ini.
Itulah manusia namanya.. X sempurna.. X boleh nak tgok LEBIH skit
Follow nasyid dari zaman sekolah lagi sampai skrg still layan Izdan, khairan, anugerah, soutul faizin bagi aku dari dlu sampai skrg tak pernah mengecewakan masing-masing ada gaya tersendiri good job boys
but starting by this year or last year xsilap, khairan dh rebranding as new team.😢
dah lama tak dengar khairan
Tahniah Izdan.mmg layak juara. Terbaik. Harmoni suara,gaya persembahan tip top
Terbaik team nasyid izdan maahad muar johor... bangga jadi anak johor
7:50 fav part
saya tengok live. memang izdan layak menjadi juara
Terbaik team maahad Muar Johor...semoga berjaya didunia Dan diakhirat...kekal Johan dari zaman sekolah...❤
hummm...orang dok asyik compare izdan dan anugerah jer..tpi,satu jer yg ak pasti..dua2 team ni bukan level sekolah menengah lagi dah..diorg ni dah level universiti pnya performance.
Betull. Izdan starting pon dh padu. Level Uni. Plus Kontem dia Sedap.
Terbaik izdan sememangnya layak johan ❤
Ramai yg cakap anugerah lebih layak johan mengikut pendapat masing2.. sebelum bagi pendapat, kita kena tahu dulu asas2 penilaian juri.. mereka juri lebih ahli dalam membuat penilaian, kita ni hnya nilai ikut sedap telinga kita sahaja.. juri pon pasti berbincang dahulu sebelum mereka tetapkan markah.
Btw saya dari kedah dan saya terima dgn keputusan juri, tahniah kedah mendapat tempat ketiga
Betul tu... Terang lagi bersuluh yg juri & kebanyakan org2 agama memang tak gemar pembaharuan, still stuck pada cara tok nenek dulu2... Zaman dah berubah, tapi mereka kekal dgn pendekatan sama. Honestly memang really rasa ada kat zaman Nadamurni ni
@@ryukieji8384keaslian nasyid juga perlu dijaga. Takut di masa akan datang nasyid ni jadi pertandingan nyanyian. Dah takdak element/genre nasyid
@@ryukieji8384 nak moden mmg tak salah. tp keaslian nasyid kena dijaga. sbb tu nak bawa elemen moden, ada lagu ke-2 yg khusus utk elemen kontemporari. disini semua pasukan boleh bawa nasyid versi moden mereka.
so kalau nk kata juri stuck kat satu zaman, maka silap besar la. sbb lagu ke-2 tu cukup byk ruang utk semua pasukan menunjukkan kreativiti mereka. so salah pasukan tu sendiri la knp tak gunakan peluang yg ada utk tonjolkan kreativiti tu sendiri.
Kan komen syok sendiri diorg ni@@muhammadadenan8925
Versi live lagi best!
Alhamdulillah johan🎉
6:30
tahniah
padu gil first song
CHAMP
terbaik izdan
Izdan : 88.2
Anugerah : 88.1
Mmg 2 ii team ni ... Gempak terukk
tak sabarnye nk dapat lirik lagu nii
memang layak menang ..kami tgk live dh jangka dari awal
Izdan Juara. Anugerah lagu lebih best pada yang pertama. Kedua-dua kumpulan ada kelebihan. LAgu kedua Izdan juara.Jika saya juri, Izdan lah yang tepat. Nasyid tak perlu gaya yang amat berlebihan. JIka anugerah boleh kurangkan sedikit lagi nampak tenang. Kumpulan Izdan, gaya nya lebih sederhana, tidak berlebihan sesuai dengan namanya pertandingan Nasyid.
TAHNIAH IZDAN.. SEMEMANGNYA LAYAK.. SEDAP SGT
Part karamah insaniah tu sedap yakmat
siapa ada keputusan keseluruhan 16 pasukan.
Minit ke 4:08 ada terkucil ya?
Tkde yg baik hati ke buat lirik
sape ada lirik lagu sec
Xde yang nk share lirik ke
Gaya menari-nari
bkn menari2 tu, pd sy itu simbolik gaya kembara,
seolah terbang @kembara melalui udara,
gaya dayung sampan @kembara melalui laut....
@@joejohanyghghbbhb1735suka gaya terbang tu.. Tapi part menari yg ada lenggok2 badan tu.. Nasib boys kalau girls sure kena kecam
Klakar la abg tu cakap Baju kawin 😂
Tu la 1st reaction saya masa kt dewan..but kene la ngn lagu diorang 😂
Tahniah utk gaya & persembahan yg menarik, tapi lagu macam masih kat zaman Nadamurni yg lagu pertama tu
Format pertandingan mesti 1st lagu tradisional 2nd lagu kontemporari... Kalau x salah sy la sbb anak pernah wakil skolah nasyid jgk..
Maaf pada pandangan saya, kebanyakkan pertandingan nasyid masih ditakuk yang same...dari segi melodi dan lirik masih berkonsep klasik...lirik pun randomize...tak berkembang...semua sekadar nak tunjuk kemahiran susunan perkusi dan susunan alunan suara harmoni serta teknik vokal masing2...tiada unsur ilmuan...maaf, ini pandangan saya...jangan kecam yer...ape2 semua seni vokal dan perkusi mereka bagus dan terbaik😊
kalau lirik berkembang , harmonizing tk balance tkde guna gak bang. Takkan sbb lagu dia unik dia kene johan? Juri tgk dari pelbagai aspek, lagu, lirik, harmoni, gaya mungkin anugerah better dari segi "keunikan " lagu masri tapi izdan has a better harmonizing yang lebih balance, kurang flarp (flat&sharp)
@@You-bl3lz kan ayat terakhir tu saya cakap ape...mereka bagus...tak perlu sebut pasal aspek harmonizing dan gaye tu semua...itu memang dah adat mane2 kumpulan yang bertanding kalau dah sampai ke tahap seperti ini maknenye mereka dah high level performance dari segi vocal dan suare latar...yang penting care pembawaan dan penyampaian, isi kandungan lirik tu...semua masih konsep lame...abang kene faham, ape motif nasyid dipersembahkan? What purpose??? Untuk sekadar tunjuk masing2 punye kehebatan??? Jadi, dimanakah mereka selepas itu???
@@UltimateEmperorDynastymenangis org yg buat lirik kau kata randomize je lirik lagu tu😢
Ntah Cuba minta dia buat lirik hahah@@Rairai-
Biasa je
sepatutnya naib johan ni..yg naib johan tu layak johan bagi pandangan saya
Rezeki mereka, bnyk faktor...yg menentukan mereka hnya juri²..kita hnya penonton anggap sahaja kita masih kerdil dlm penjurian nasyid😁..apa apa pun tahniah izdan atas kemenangan 🤜🤛🔥😍
pada saya paduan vokal berkumpulan yang lebih blend dan sound yang lebih dewasa mempengaruhi pemilihan juri yang lebih berpihak kepada izdan
Who give a fok
Saya setuju. Dari segi lagu dan persembahan anugerah lebih layak . Pndpt masing2 🤲🏻🥰
Anugerah hebat dan sangat2 sharp. Tapi lagu pertamanya kurang lenggok masri. Itulah pandangan kami bekas2 penasyid lama.
8:55 suka part ni
5:03
6:28
6:50
6:20