Sewa rumah? Rugi je! [Property] Sewa kayakan orang lain pulak!

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 7 сен 2024

Комментарии • 426

  • @FinancialFaiz
    @FinancialFaiz  2 месяца назад

    🌐 Web ➜ financialfaiz.com
    🐼 Tiktok ➜ financialfaiz.com/TikTok
    ❄ Twitter ➜ financialfaiz.com/Twitter
    🥑 Spotify ➜ financialfaiz.com/Spotify
    🍋 Lemon8 ➜ financialfaiz.com/Lemon8
    🍎 RUclips ➜ financialfaiz.com/RUclips
    🧊 Telegram ➜ financialfaiz.com/Telegram
    📘 Facebook ➜ financialfaiz.com/Facebook
    🍇 Instagram ➜ financialfaiz.com/Instagram
    For business inquiries and job inquiries, please contact us at:
    📧 Email ➜ marketing@financialfaiz.com
    Duit Aku, Hidup Aku!
    👉 financialfaiz.com/DuitAkuHidupAku
    Beli buku Financial Faiz pertama di Shopee!
    ASB Financing
    👉 financialfaiz.com/asbf
    Melabur di dalam ASB menggunakan financing!
    Takaful hibah dan medical card
    👉 financialfaiz.com/takaful
    Dapatkan perlindungan diri dan keluarga!

  • @nuggetdip__
    @nuggetdip__ 2 года назад +189

    It's a crime that you do not have at least a million subscribers. Your videos are gold and I hope your channel gets the recognition it truly deserves sir. Keep up the great work!

  • @mansarip
    @mansarip 2 года назад +139

    Rumah yang saya duduk sekarang ni adalah rumah ke-10 yg saya sewa ☺️. Dari rumah flat, kondo, rumat lot, cluster... semua dah pernah rasa haha. Rasa boring? Jiran tak baik? Tempat jem? Banjir? Pindah saja... btw duit lebihan saya masuk ASB (financing + topup sendiri). Alhmdulillah dah 5 angka dah dividen dalam tu. Malas la usik... biar dia compounded. Dan perancangan hibah pun ada untuk anak isteri jika takdirnya kita pergi dulu.

    • @mohdzulfadlizulkifli2614
      @mohdzulfadlizulkifli2614 2 года назад +15

      Rajin btl awk berpindah ye, nk angkut barang, nk sesuaikn persekitaran.mne yg enjoy ok je blh go on

    • @johngordon5892
      @johngordon5892 2 года назад +2

      sama lah sy dari umur 22 lagi dah duduk sendiri lepas keluar U.
      kalau hidup sendiri nj kita jadi berdikari dan tak jadi manja dgn dok mak bapak..

    • @mansarip
      @mansarip 2 года назад +13

      @@mohdzulfadlizulkifli2614 betul. penat jugak sebenarnya. memang dlm family saya org cop muka pindah. antara benda yg saya buat setiap kali pindah ialah let go barang. jual smpi sikit barang. amik yg perlu je. tapi memang penat jugak la. lagi2 barang anak2

    • @mansarip
      @mansarip 2 года назад +15

      oh lagi satu, benda ni tak semua org boleh buat. saya work from home. isteri tak kerja. anak2 belum sekolah rendah. jadi nak pindah2 ni setakat ni takda masalah

    • @mrnobody3957
      @mrnobody3957 2 года назад +1

      terbaik laaa..midset bro..

  • @junaidajaapar1606
    @junaidajaapar1606 2 года назад +21

    I pernah kene kecam sbb beli flat low cost.time tu i single mother mana mampu nak beli rumah teres.then i keep menabung baru dapat beli subsales teres 1 tingkat.now flat i dh buat sewa/investment & 2nd home buat homestay.alhamdulillah jumpa jodoh yang provide house for our small family.

  • @maszwndy
    @maszwndy 2 года назад +6

    Saya ada 2 rumah
    1. Sewakan 450. Byr bank 730
    2. Sewakan 1000. Byr bank 1900
    Memang tak berbaloi

  • @ayienfazreen9954
    @ayienfazreen9954 2 года назад +7

    Sebelum ni saya dan isteri menyewa hampir 8 tahun dan rumah sewa tu sangat dekat dengan tempat kami berdua bekerja(below 2km) tapi tahun 2019 haritu ditakdirkan ade rezeki gaji naik jadi kami decide utk cari rumah utk dibeli dan akhirnya jumpalah sebuah rumah ni yg jaraknya hampir 12km dari tempat kerja. Kami berdua amik masa lebih kurang 2 minggu utk fikir sama ada nak teruskan atau cari rumah dekat dengan area kami bekerja dan akhirnya setelah semua perkara diambi kira, kami setuju utk beli rumah tu(double storey subsale)( hanya guna loan saya sahaja bukan joint loan). Perjalanan yg dahulunya hanya 2 ke 3 minit ke tempat kerja jadi lebih kurang 15 ke 20 minit tapi kami rasa sangat berpuas hati walaupun jauh sikit sebab lokasi yg tenang, kurang pencemaran udara(habuk), kadar jenayah hampir tiada sebab ramai polis duduk sini dan ada persatuan penduduk sangat aktif, depan rumah takde orang(facing open) dan kejiranan yg sangat selesa. Kini dah hampir 3 tahun saya duduk rumah tu dan saya tengok isteri saya sangat gembira dan bersemangat nk kemas rumah every weekend tanpa jemu. Saya rasa saya dah buat pilihan yg tepat bila amik keputusan utk beli rumah di kawasan ni. Alhamdulillah.😊

  • @135lckuning7
    @135lckuning7 2 года назад +68

    Why i choose sewa for now walaupun sewa rumah skrg rm1600 for landed house?
    - Saya boleh jalan kaki/scooter electric ke tempat kerja. Kerja saya flexible, masuk tgh hari, kdg2 kul 3 dah balik.
    - 5km dari tempat isteri kerja. Naik motor jelah, jimat banyak dari kena naik kereta.
    - Rumah yg saya sewa, harga dia skrg rm700k, kalau beli confirm monthly around 3k above.
    - Boleh pindah bila2 masa saja kalau keadaan mendesak, dan takperlu pikir utk cari penyewa/pembeli rumah (kalau dah own house dan kena pindah)
    - Dapat jimat minyak, maintainance kereta, dan jimat masa dari duduk atas jalan raya lama2 sbb rumah jauh

    • @SetsunaFSeie-cm8ru
      @SetsunaFSeie-cm8ru 2 года назад +2

      motosikal paling king. naik kete dkt pekan pon dh jem apatah lg kt bandar

    • @135lckuning7
      @135lckuning7 2 года назад +12

      @@SetsunaFSeie-cm8ru 4hari skali isi rm7. Sebulan baru brp. Walaupun ada risiko tinggi utk kemalangan. Tp tkpa la, sbb mmg dari form 4 dulu lagi mmg dah bawak motor. Janji sebelum gerak baca doa naik kenderaan dulu 😁

    • @muhdrafie515
      @muhdrafie515 2 года назад +2

      Mantapp semoga murah rezeki bro👍🏻

    • @135lckuning7
      @135lckuning7 2 года назад +1

      @@muhdrafie515 aminn bro pun sama 🤲🏻

    • @Ryyza7
      @Ryyza7 2 года назад +2

      Situasi kita smaaa. Sewa 1.6k jgk . Tp kalau nak beli 500k+. Keje pn rilek je duk kt rumah je kebanyakan masa

  • @ikhwanmangsor
    @ikhwanmangsor 2 года назад +7

    betul dah tu, kalut sangat beli 1st home umo 27. sekarang umo 34 dok menyewa kat tempat lain, rumah yang beli tu bayar saja / buat weekend house. tak effected sangat dengan monthly commitment, but still tetap ada rasa penyesalan. haha

  • @jijisuka2708
    @jijisuka2708 2 года назад +11

    Sebelum beli rumah, saya dah sewa 3 buah rumah.. pindah dlm kawasan dekat2 jgk.. lepastu beli rumah secara desperate full loan.. rumah murah je 170k.. pas duduk dkt setahun, saje2 cari umah lagi.. join dgn isteri beli umh 290k.. cari umh sbb nk cari dkt dgn skolah.. ank dh nk skolah nk bg skolah agama yg baik la.. umh yg desperate tu lame gak biar cmtu je.. tp baru2 ni disewakan.. sewa 700, bulanan 750 je.. worthy la.. walaupun x pndai plan kewangan, umh kedua ni akn jadi duit untuk hari tua insyaallah.. kalau x jual, sewa kn je la.. asal ckup mkn pkai ank2, ok la.. sy ni bukan jenis nak kereta, oh nk alpad, nk merz.. nk melancong, mesti pi new zealand.. oh x.. saya ni durian kg pun dh ckup.. takde la mati2 nk mkn musang king tu

  • @ahmadhilmikhalid9501
    @ahmadhilmikhalid9501 2 года назад +3

    Kawan beli rumah ms umur 27thn, kt saujana utama thn 2010, endlot 20x70 RM 320k, monthly rm 1650 joined loan dgn wife...ada skali masa awal2 beli tu, ceritalah kt uncle yg beli rmh thn 1992 kt seksyen 27 s.alam rm180k, terkejut beruk dia, dia ckp mahalnya rumah. Skrg klu dpt rumah landed rm300k kt lembah klang tu, kira murah sgt2 la tu...tu pun klu ada lagi la... Skrg dh jual dh rumah tu sbb berpindah ke JB, dpt la jual RM 460k after 12 thn...tolak hutang bank, dan mcm2 fees tu semua, dpt la kt tangan rm 140k...boleh la, tak untung apa pun klu dikira tolak balik duit2 yg dh keluar apa semua, plus 2 thn byr loan tp rumah kosong, tercirit wehh.

  • @amrimdzain
    @amrimdzain 2 года назад +19

    Thanks Tuan FinancialFaiz. I got it. Umur I skrg dh 35 & baru skrg I terfikir nk beli rumah lepas 15thn menyewa di Shah Alam. Sekarang I dh berkahwin dan ada 2 org anak masih belum beli rumah lg & yes in 15years I dh pindah 5 kali tempat kerja. Skrg baru berani nak beli rumah lepas consider semua perkara & rasa kareer dh ke arah stable & wife pun suke dengan rumah. Beli sebab nk jadikan tempat kediaman tetap dan sekarang baru jumpa kwsn rumah yg btl2 nk jdkan tmpt setel down with my family. Mean, tempat untuk I besarkan anak2 I & tempat untuk I rasa "this is my home". After tgk U punya advice, ya, make me more confident. Betul u ckp, menyewa xrugi pun. Dalam 15 tahun di Shah Alam I dh 5 kali juga berpindah sewa rumah sampai r sekarang baru berani nak beli rumah.
    Thanks for your advice.Semoga lebih banyak manfaat dari video2 U❤️😊

    • @mancine170
      @mancine170 2 года назад

      I baru beli rumah last year pada umur 35tahun..dan waktu yg terbaik kerana tahun terakhir untuk dapatkan loan bank max 35tahun..

  • @zbzz5815
    @zbzz5815 2 года назад +4

    Saya dah 5 tahun kahwin, masa awal kahwin dulu mmg mampu menyewa je. Both husband and me stabil je masa tu, tapi masih tak mampu nak beli rumah lagi. Parents and org sekeliling mmg tanya kenapa sewa je kenapa tak beli. Masa tu pressured jgk. Hampir nak beli rumah tp bila kira2 balik mmg tak berbaloi lg. Pernah jgk hampir nak beli tp location tak strategik. Last2 we go with the flow, Alhamdulillah skrg dah makin ok, gaji dan naik, dah naik pangkat for both me and husb, baru dpt beli rumah dgn harga yg ok. Dkt dgn hospital, dgn sekolah, dgn universiti.

  • @firdausm3617
    @firdausm3617 2 года назад +5

    antara sebab nape aku suke brader Faiz ni sbb dia guna ayat layman even aku yg x berapa bijak bab kewangan/finance ni pun mudah paham

    • @FinancialFaiz
      @FinancialFaiz  2 года назад +4

      penting bila kita bercakap, orang faham... kita adjust level kita untuk kena dengan orang yang kita nak bercakap tu

  • @News.happenings.updates
    @News.happenings.updates 2 года назад +2

    Tangan I terbang2.. ha ha..
    Saya dah beli rumah dulu.. then ekonomi recession teruk… projek terbengkalai
    Berpuluh tahun.. rumah tak boleh duduk, tak boleh jual, tak boleh sewa..
    At the end kena lelong.. dengan sedih… kena ugut Bankrupcy kalau tak clear bank loan
    At the end, clear bank loan pinjam pada saudara.. clear nama
    Than PKP… maka terus menyewa.. dan sebenarnya betul.
    Lebih senang sewa dulu… kerana keadaan ekonomi dunia dikatakan akan menjunam lagi 12-18 bulan oleh 60 CEO terkenal dunia
    60 Negeri juga 46% drp penduduknya akan mengalami kesusahan membeli keperluan asas… maka fikir2kan dan ukur baju di adan..
    Oleh kerana pada pandangan saya, pekerjaan pun tak ada kestabilan dengan keadaan dunia… untuk 2 tahun ni.. saya kerja lebih, loan bank semua dah tak ada… nak kena bayar hutang semua pada orang.. kemudian simpan semula wang cukupkan keperluan kecemasan, sakit dan adakan dalam 80% sekurangnya harga rumah dan termasuk fee lain..dan kiraan nak jaga rumah dan bayaran cukai tanah, pintu untuk dalam 10 tahun baru saya beli rumah… bermakna saya pinjam bank 20% sahaja ..sementara tu saya menyewa… itu pilihan saya kerana kalau kena bankrupcy bank atau kena kejar institusi peminta hutang ni… tak aman hidup… makin hari kita makin tua… ketenteraman dan kehidupan yang mudah dan simple yg diperlukan.. walsubagaimanapun kalau saya tak berapa sihat.. duit tu boleh digunakan untuk hidup di rumah orang tua.. kerana memerlukan penjagaan.. tak semua anak boleh jaga kita apa lagi kalau yg tak anak.

  • @globe_throtter_1843
    @globe_throtter_1843 2 года назад +18

    Saya buat kesilapan mcmni lah. Parents selalu push "beli rumah, tak kisah di mana pun.Kalau tangguh-tangguh rumah makin mahal". Beli rumah di semenanjung, after months dapat offer my dream job di Sarawak. End up, sewakan je rumah tu. Rate sewa pun around 70% dari installment je🥲 Nak jual, market value stagnant even after 6 years. So, adik-adik yang baru kerja plan nak beli rumah tu, fikir-fikir dulu. Tak salah pun menyewa lepas kahwin

    • @mohamadnuzulazwanahmadtemi4841
      @mohamadnuzulazwanahmadtemi4841 2 года назад +1

      Ya sy beli rumah dpt duduk utk 7 thn shj.skrg berpindah ke tmpt lain . Sewa rumah hnya cover 70%shj.. di tmpt bru kena byr sewa juga ..

    • @globe_throtter_1843
      @globe_throtter_1843 2 года назад

      @@mohamadnuzulazwanahmadtemi4841 itula. nasihat org yg "makan garam" dulu tak semuanya betul. apa boleh buat, cukuplah utk kita cerita pengalaman kita as pengajaran utk anak-anak muda

  • @koilegend
    @koilegend 2 года назад +5

    aq beli rumah tp aq sewa rumah lain... rumah aq beli kira org bayarkan loan aq la.. persediaan klu tak sihat/meninggal. mrtt cover... umur kita kian meningkat kena ada preparation rumah untuk tua pencen kelak juga.

  • @farziana.09
    @farziana.09 2 года назад +1

    Bagi mereka beli rumah macam satu kewajipan/jaminan dalam hidup. Paling tak boleh blah, baru bayar deposit je, dah kata satu kejayaan.
    Ramai org yg mencari-cari haluan hidup, mula terpengaruh dgn kejayaan dan personal opinion influencer/founder yg mengarut-ngarut. Mereka pun ikut, buat perniagaan idola nya yg itu ini, halal haram belakang kira, asalkan ada income supaya jadi kaya, dapat beli rumah.
    Mereka kata itu kejayaan.
    Kita yg makan gaji, menyewa, dikatakan tak ada masa depan, takut mengambil risiko, tak nak berusaha lebih.
    Korang yg terpengaruh mencipta kekayaan cara barat. Cara korang je yg betul.
    Sebenarnya, nak cakap.. beli rumah ke, sewa ke, jaminan hidup kita ni hanya pada Allah sahaja. Jangan kata org beli rumah lebih terjamin hidupnya daripada yg sewa.

  • @hishamsaaid2293
    @hishamsaaid2293 2 года назад +2

    Mari ikut pengalaman sy ni,kita belilah tanah dulu,cari je dlm anggaran rm35 ribu ke bawah,itu lot rumah shj,pastu buatlah sebiji mini banglo dlm harga lingkungan rm70 ke bawah,jgn buang duit beli rumah teres,sy sehingga skrg,usia dekat 50 dah,masih berhutang lagi sebab duk bayar rumah teres, dulu buat loan rm70k je,nak habiskan betapa seksanya,dah bayar selama hampir 20tahun,ceck baki bank,hutan ada lagi 70k,maknanya aku bayar selama 20tahun ni hanya interest shj,menyesal gila rasanya

  • @danishikhwanshamsulhisham4705
    @danishikhwanshamsulhisham4705 2 года назад +2

    Betul, now pun sewa je, alhamdulillah dpt landlord chinese yang baik, even saya tanya "tenancy agreement dh nak habis, tp saya nk ddk lagi, rental ads you nak naik ke ?" "eh tk payah la you jaga itu rumah cukup la"

    • @annabelunti2852
      @annabelunti2852 5 месяцев назад

      Landlord I pun an old chinese lady. I sewa bilik je but I take care of the house (the whole house!) like I would take care of my own body. Bersih, tidy. Pastu aunty tu cakap, "Saya suka tengok cara kamu jaga rumah, bersih lah."
      Sumpah i pernah gaduh dgn tenant master room because terhegeh hegeh bawak laki masuk sampai takut tenant perempuan2 lain. After two weeks bersabar beriman mengucap, at 2AM pagi2 buta I kasi buru tenant and her bf tu kluar rumah. I jerit macam kne rasuk puaka. Peduli aku. Geram!
      I explain myself to my landlord, my landlord cool je. She doesn't say much back to me apart from what she said to that tenant yg I halau. "Kamu cari tempat lain la hoh. Si Annabel suda marah. Kamu baik kamu pindah saja hoh." Ever since then, our relationship as landlord-tenant grew even stronger 😂. After that, she always find the best tenant to live with us. I'm lucky to have her as our landlord. Sewa rate pun still maintain since 2020. As for the house, I keep it clean and tidy. 😊

  • @thearshadmahmud
    @thearshadmahmud 2 года назад +24

    Seorang financer kasi nasihat yang sangat practical. Terima kasih, Faiz!
    Bila saya tahu mendalam pasal nak beli rumah ni, terus buat keputusan untuk taknak beli rumah. Melainkan kalau dah mampu nak beli cash. Memang tak rasa rugi and sementara ini boleh pindah rumah sesuka hati, dan takyah risau kalau tukar kerja baru.
    Untuk generasi 90's ni dan yang lebih muda, lebih baik kejar multiple income sources daripada nak beli rumah. Orang2 yang pressure kita ni, bukan diorang yang akan bayarkan hutang kita pun.

    • @Lastweaponbuskersofficial
      @Lastweaponbuskersofficial 2 года назад

      Betul tu apply umah Dbkl je baru 120 sebulan

    • @sitihere
      @sitihere 2 года назад

      Setuju..skang fokus nk tambah income je..lepastu fokus savings..bayar hutang...

    • @deigorossixchrome2293
      @deigorossixchrome2293 Год назад

      Cari rumah sewa yg murah je...simpan duit beli tanah lot dikampong...dah pencen mohon rumah bantuan duduk kampong tenang dan aman boleh bercucuk tanam

  • @haritsahyusman7652
    @haritsahyusman7652 2 года назад +1

    tak slah beli ke sewa ke.ekut kemampuan aku msih jgak sewa.yg pnting bwak agama dlm kehidupan.insyaallah berjaya dunia akhirat.rmh yang kekal adalh akhrat.kekal abadi abadan selama nya.smoga kta smua msuk syurga dpt rmh bsarrrrrrrrr aminnnnn.

  • @husnullarif3729
    @husnullarif3729 2 года назад +4

    Mahal ilmu ni, umpama keluar mutiara dari mulut tuan faiz,
    Nasihat demi kebaikan...semakin maju, canggih, zaman berubah dgn pantas, semakin tinggi risiko hidup dgn bebanan hutang...

  • @arepickhs9073
    @arepickhs9073 2 года назад +2

    Boss sye beli rmh mahal.. perjalanan ke tmpt krje dalam 47 kilometer.. dengan jem lg.. sye beli rmh murah dalam 37 kilometer.. bayar bulan x sampai rm400.. sye beli sbb harga rumah cepat naik.. nak beli dkt dgn area tmpt krje x lepas loan.. klo menyewa dkt rmh area mak ayah sye flat jgk tp dkt dgn KL da rm600-rm800.. Umur Makin meningkat.. sye pikir elok sye beli.. krje kt mne2 bole kerje.. yg penting yg kite beli tu ukur baju di badan sndiri.. x salah pon beli rmh bg saya

  • @eymanxgen7054
    @eymanxgen7054 2 года назад +3

    Lagi satu. Selagi kita Xjual rumah tu, Xyh sembang la sekarang value dh naik 300k, 500k. "Dulu i beli 130k je.."💁🏻‍♂️
    Try jual dulu la baru sembang 😂

  • @norafifahnordin6791
    @norafifahnordin6791 2 года назад +24

    Sy beli rmh low cost. Harga rm100k. Skrg Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah rmh tu sy dh pegang 7 tahun n market value skrg rm280k. Keuntungan hampir rm200k capital appreciation. Utk rmh ke 2 sy, sy ada beli Adelia 3 yg dlm video en faiz terangkan. Kawasan dia pun strategic byk university smua, tmpt mkn plus utk rmh tu developer dh siapkn hmpir 80% brg2. Jdi bgus utk sewa/investment atau duduk sendiri.

    • @idaabdullah4653
      @idaabdullah4653 2 года назад

      👍👍👍

    • @virtualworldofcraps2237
      @virtualworldofcraps2237 2 года назад

      👍👍👍

    • @AdamAcah_Hebat
      @AdamAcah_Hebat 2 года назад +4

      nak tanya, kalau market value rumah low cost rm280k, ada ke buyer yg sanggup beli?

    • @hishamsaaid2293
      @hishamsaaid2293 2 года назад +3

      @@AdamAcah_Hebat takde nak beli dgn keadaan sekarang, 10 tahun akan datang mungkin.

    • @immrs3090
      @immrs3090 2 года назад +1

      @@AdamAcah_Hebat jgn xtau ye tuan,rumah 35k pn kt tmpt sye ada owner nk jual smpi 170k ok...😕

  • @jeremytheonlyone
    @jeremytheonlyone 2 года назад +20

    Memang dah Tip Top punya video. Bahkan CC bahasa perantaraan lain pun lengkap.

  • @mechapraline8315
    @mechapraline8315 2 года назад +2

    nasihat yang sangat berguna. dahulu sebelum ada media sosial tak ada orang nak explain benda ni. tahniah tuan atas penerangan

  • @andrewjesagarfield2275
    @andrewjesagarfield2275 2 года назад +2

    Very true. beli rumah lepas 3tahun kawin. installment mmg mahal compare to last rumah sewa, 67% diff. tapi mmg worth it, kerja dekat2 situ, lingkaran jalan kluar masuk pun ok. tapi betul, kene clear kenapa nk beli. lepas tu, kenapa tempat tu juga nk beli.

  • @abbynady
    @abbynady 2 года назад +2

    beli rumah overrated. rumah hanyalah tempat utk kita berehat. rumah sewa pun boleh. yang penting maintain positive cashflow. nak beli rumah, mampu ke tanggung komitmen dia

  • @hafizhmohamad2885
    @hafizhmohamad2885 2 года назад +15

    Kawan saya seorang property agent di area old klang road Kuala Lumpur, condo berlambak… monthly installment owner rm2,700 tapi rental rm1,800 maximum … lagi2 tenant demand TV lah demand Rental 1,500 lah … owner redha jea …

    • @FinancialFaiz
      @FinancialFaiz  2 года назад +8

      yes it is a renters' market now. supply banyak sangat in some areas

    • @amirism91
      @amirism91 2 года назад +2

      Sbb tu buat homestay lagi bagus drpd rental. Saya buat homestay bukan setakat cover monthly installment boleh buat untung bersih lagi. Kalau sewa tak dpt lah. Tapi masa covid mmg sakit lah industri homestay sbb sapa yg nak bercuti kan. 2 tahun merana. Terpaksa bagi sewa jugak walaupun rugi 2 tahun

    • @xoxochoiii8424
      @xoxochoiii8424 2 года назад

      @@amirism91 Jgn sembang kuat sngt

    • @TheFredrock12
      @TheFredrock12 2 года назад

      @@xoxochoiii8424 hahahaha kann

  • @chingcheewoo913
    @chingcheewoo913 2 года назад +2

    Ada wang tak apa? Kalau tak ada wang jangan pinjam dengan bank, kayakan Bank sahaja.

  • @along088
    @along088 2 года назад +2

    Pendapat Sy, sewa lg bagus.
    Sebab zmn skrg ni, kerja sngt pressure.
    Paling Lama kerja sesuatu tmpt, 5-7tahun.
    Then lps tu Cari angin baru.
    Kadang nk pindah kerja, faktor jarak rumah pn kene ambil kira.

  • @galaxysuar
    @galaxysuar 2 года назад +1

    Tapi, menyewa selamat diri daripada hukum riba melainkan mampu beli rumah bayar tunai! Kita mana pentingkan hukum Allah lagi kan...semua fikir dunia dunia dunia. Memang ada hukum darurah dalam Islam tapi ibarat makan khinzir, sepatutnya kita makan khinzir sedikit buat jangka waktu yang singkat sementara mencari makanan halal, tetapi sebaliknya kita sign contract pinjaman bank 20-30 tahun sambil berpuas hati dan berbangga dengan rumah besar dan mewah itu. Itu bukan darurah....itu cekik darah.

  • @danielsoosay1772
    @danielsoosay1772 2 года назад +3

    Saya beli Rumah 11 tahun lepas, single storey, harga bawah 200k, Lokasi Melaka. masa tu plan bayar tanpa Ikat Perut. Ramai Tanya mengapa tak beli double storey, gated community, kan gaji Akan naik…….. Tak terpengaruh sebab family kecil je, beli double storey takut tak dapat panjat tangga bila da tua.

  • @thatsawesome2060
    @thatsawesome2060 2 года назад +4

    Sebelum ni saya sewa rumah, area sepang sekali kena banjir la, time tu saya rasa syukur sangat sebab saya boleh pindah, Lepas tu saya sewa tempat lain study habis risiko banjir, and masa nak beli rumah pun sama study habis2, nangis kalau dah beli tapi lokasi banjir.

  • @panglimahitam3109
    @panglimahitam3109 2 года назад +7

    Area kl... Sewa bilik pun dah 700 ke 800... Kalau agen jual rumah kata area nie bagus lah boleh,sewa tinggi la... Jangan percaya but research tentang kawasan 10 thn akn dtg ke 20 thn akan dtg... Pergi pejabat tanah atau majlis pembandaran semak pln pembngunan area rumah yg nak beli tu... Jgn percaya Agent2 hartanah nie... Semua ya nak jual rumah je

    • @TiNaAziZ
      @TiNaAziZ 2 года назад

      ada satu masih boleh dpt RM800 kat astrum ampang. tp tulah, studio rumah mcm hotel.

    • @kamalzaki7968
      @kamalzaki7968 2 года назад

      Mcm mana nk semak dgn pembadaran dgn pjbt tanah tu?

  • @roadto63kg77
    @roadto63kg77 2 года назад +1

    Simple kalau beli lebih murah.. dan anda mampu.. maka beli lah.. tapi ... kalau sewa lebih murah .. contoh boleh sewa rm 800, tapi kalau beli rm 1400 monthly..
    Maka sewa lah.. different rm 600 tu banyak boleh buat..simpan,invest dan lain2.

  • @prosperitytissa7542
    @prosperitytissa7542 2 года назад +4

    I love this advice, well said. I am renting because I like new environment. Flexibility to move is freedom, that's a big perk for us nowadays especially for the younger generation.

  • @amirism91
    @amirism91 2 года назад +7

    Mak ayah saya pun 20 tahun baru dpt beli rumah sendiri

  • @dsas-duduksemenanjungasals6274
    @dsas-duduksemenanjungasals6274 2 года назад +2

    Bersyukur lah dengan apa yg ada. Ada org duduk rumah kayu n happy family sahaja. Ada org duduk rumah me wah tp x happy.

    • @juliaahmad3942
      @juliaahmad3942 2 года назад

      Manusia bisa merancang, Allah yg menentukkn. Betul sentiasa bersyukur.

  • @redscuderia430
    @redscuderia430 2 года назад +8

    Dulu 2009 nenek saya cakap jangan beli rumah, sebab rumah masa tu mahal.. Tapi saya tak dengar dan saya beli juga kondo di jln klang lama harga 192k. Lepas rumah siap, saya sewakan dan 3 tahun pertama negatif cash flow dan kena topup 200 ++ sebulan.. Lepas 2012 sewaan dah naik dan nilai sewa sudah cover installment 1k..skrg sewa 1900 dan lepas tolak installment bank dan maintenance ada lebihan 600.. Nasib baik saya tak dengar cakap nenek saya dulu sebab skrg kalau nak beli rumah sama dah jadi 500k..😂

    • @FinancialFaiz
      @FinancialFaiz  2 года назад +28

      2009 beli rumah apa2 pun harga akan naik. So that more like luck than investment skills. Macam I cakap, kalau berjaya semua orang akan bercerita. Tapi ramai yang rugi, dia senyap je.

    • @incisor78
      @incisor78 2 года назад

      @@FinancialFaiz You are right. I bought 1 house every year since 2007 till 2017. Some lost value or rent is lower than installment but the rest are ok, especially before 2010.

    • @mnasrul
      @mnasrul 2 года назад

      kalau nenek awak nasihat beli rumah tahun 2016-2020, mesti awak menyesal x ikut cakap nenek.. yg tahu tahu jelah.. hehe

  • @azizanabdulrahman3046
    @azizanabdulrahman3046 2 года назад +1

    Sewa rumah takde riba'.
    Beli rumah amik loan bank bayar riba'.
    Tau apa RIBA' tak?
    Rugi bayar riba' lebih besar dari rugi bayar bayar sewa.
    Riba' kena hisab.
    Sewa rumah tak kena hisab.

  • @kamaruddinalkelantani2553
    @kamaruddinalkelantani2553 2 года назад +2

    Nak beli Rumah kena pilih kawasan.Dekat tpt kerja.Banyak Rumah yg dibeli tetapi tidak diduduki.

  • @MonusyaJinEx
    @MonusyaJinEx 2 года назад +8

    bayangkan pak faiz bakal jadi pak mertua korang...

    • @godamkeras4144
      @godamkeras4144 2 года назад +2

      jimat bai duit.. sbb memahami..

    • @KalEdDJ
      @KalEdDJ 2 года назад

      hari2 tangan terbang2

  • @dm8477
    @dm8477 2 года назад +2

    tapi kalau sewa rumah dpt mengelak dosa RIBA.

  • @pasheh431
    @pasheh431 2 года назад +2

    alhamdulillah dah 10thn sy berkahwin sudah ade 2 rumah.. rumah pertama landed setingkat di seremban dekat dgn rumah mertua (sewakan) 2nd house rumah wip saja di setapak sebab kami keje dekat kl.. kereta cuma myvi usia 10thn masih tiptop.. hehe

  • @muhdihsan93
    @muhdihsan93 2 года назад +5

    Bagus video mcm ni, and it help those yg aim utk beli rumah pertama see the bigger picture, mcm ak sendiri mmg nak beli rumah sejak beberapa tahun yg lalu, tapi disebabkan skrg bekerja dkt tmpt yg i don't want to stay for the next 10 year, ak opt utk menyewa dulu, and after dpt pindah ke tempat yg ak nak setel down nanti pon ak akan opt utk menyewa dulu around that area setahun dua utk research that area, market price, amenities, facility dan sbgnya, kalau berbaloi utk beli rumah, then baru ak beli insyaAllah. In the meantime kumpul dulu simpanan sikit dalam asb, until the time and opportunity to purchase dtg

  • @shafawimustaqim6745
    @shafawimustaqim6745 2 года назад +8

    Terima kasih untuk peneragan yang jelas, saya baru bekerja 2 tahun, mmg ada angan2 untuk membeli rumah, namun kadar installment yang saya tengok di kawasan saya adalah jauh lebih tinggi dari kadar sewa... Untuk itu, saya sewa dahulu sehingga waktu yang sesuai untuk memiliki rumah

  • @haikalkhairuddin
    @haikalkhairuddin 2 года назад +1

    Saya beli rumah sebab konon ingat nak settle down terus. Dekat dengan tempat kerja. Kerja dengan GoC dan target nak kerja situ sampai pencen tapi akhirnya bila rumah dah siap duduknya 3 bulan je sebab dapat offer kerja luar Malaysia. Now rumah kosong tak ada orang duduk.
    Sesiapa nak sewa komen tepi :P

    • @FinancialFaiz
      @FinancialFaiz  2 года назад

      Mana boleh PM/DM kat RUclips ni haha. Rumah kat mana?

  • @mrnobody3957
    @mrnobody3957 2 года назад +1

    Hahahaha....market value rumah yg betol betol melonjak naik ialah rumah taman yg 80 90an dlu..yg jenis rendah tu..dlu beli 40k je..sekarang 200k melonjak...ak buat sewa je rm400.sebulan

  • @meokpian6910
    @meokpian6910 2 года назад +1

    Harga rumah sekarang mahal... bkn x nak beli rumah tapi x mampu....org byk duit...org kaya x pe..diaorg byk duit boleh beli ikut selera sendiri.

    • @FinancialFaiz
      @FinancialFaiz  2 года назад

      even orang banyak duit pun menyewa sekarang ni sebab dia buat keputusan begitu. maybe dia akan pindah randah. maybe dia cepat bosan dengan mana2 lokasi

    • @arepickhs9073
      @arepickhs9073 2 года назад +2

      Org kaya rm300k pon murah

    • @arepickhs9073
      @arepickhs9073 2 года назад

      @@FinancialFaiz orang kaya dye bole bosan sbb dye Ade pilihan n bole pergi mne2.. org yg x seberape dye kne belajar bersyukur n menerima ape yg Ade..

  • @boyboy2400
    @boyboy2400 2 года назад +9

    Sbg seorg yang berpengalaman dlm auction in behalf on bank, sy nasihatkan sebelum beli rumah tanya dalam diri perkara ni :
    1. apa2 berlaku mampu ke nak byr bulan2? KWSP ada backup tak?
    2. lokasi hartanah yang nak dibeli berpotensi tak utk disewa kalau xnk duduk lps ni?
    3. Siapa developer? berisiko tak jadi slow moving project?
    The rest mcm mana pun sy ttp galakkan kita ada sekurang kurangnya 1 property sendiri (lagi bagus kalau rumah low cost yang apply dari SUK/KPKT, bkn beli atas tangan ye)

    • @ilyasramli8040
      @ilyasramli8040 2 года назад

      Kenapa rumah low cost yang apply dari SUK/KPKT ye? Mohon pencerahan.

    • @boyboy2400
      @boyboy2400 2 года назад +1

      @@ilyasramli8040 logikanya beli dgn SUK, dpt harga asal rumah tersebut, (cth RM150k), kalau beli subsale/atas tangan akan ikut value semasa hartanah, (boleh jadi RM250K/RM300K...) maka pembeli jadi rugi.

    • @ijtv6236
      @ijtv6236 2 года назад +1

      Apa maksud SUK tuan?

  • @mohdsuhairul3551
    @mohdsuhairul3551 2 года назад +1

    Sewa rumah di KL.. sabelah pejabat... alhamdulillah tapi still Mencari rumah yang sesuai lagi ... beli unit.. jual unit balik.. Sewa unit lagi.. rutin for the past 7 years..

  • @pencinta1329
    @pencinta1329 2 года назад +4

    Hebat tuan Faiz! Tertengok SPM pagi tadi , terus cari tuan di youtube. Terpikat dengan cara tuan. Saya jenis yang lembab nak faham, lagi2 bab rumah ni, tapi dengan tuan faiz senang nak faham. Teruskan berkongsi ilmu tuan Faiz.

    • @FinancialFaiz
      @FinancialFaiz  2 года назад +1

      Ah terima kasih. Bagus lah mesej saya sampai kepada yang memerlukan nya. Alhamdulillah

  • @hasifshahira4125
    @hasifshahira4125 2 года назад +1

    Bagus conten mcm ni bg cuci otak anak2 muda zaman sekarang.. Ade pemikiran singkat elok la tengok untuk masa kedepan..

  • @mohamadyassirhamid2089
    @mohamadyassirhamid2089 2 года назад +23

    Good video as always. Maybe do a bit study like what Mr.Faiz said, important things to consider for married couple. Basic amenities must be closer like supermarket, school, kedai makan etc.jangan nanti terlupa beli bawang, terpaksa drive few kilometers. Sesuana kejiranan, if you jenis slightly anti social find a place where your neighbour are mix (better slightly more Chinese for those buyer who is malay). Kawasan kejiranan melayu tends to be super kapochi sikit, kadang serabut sbb kene mix around. Avoid B40 M40 majority melayu. Target area but goes slightly towards T20 or M40 Mix chinese/malay, mindset people is better especiay when comes to paying maintenance fees. Kawasan majority chinese will slighlty better serviced by municipal as well (due to sometimes depa ade deal ngan orang2 state gomen/kawan rapat polis). Rumah dekat surau can be disadvantage sbb orang boleh park sesuka hati dan kalau tegur, depa2 akan reply "pergi masjid takkan dosa park depan rumah orang, nak gi beribadat ni". This is my 2 cents based on experiences.

    • @chikarae17
      @chikarae17 2 года назад +6

      Tempat saya tinggal, teres kos rendah depan sekolah . Mak bapak parking tunggu anak, tapi sementara jelah . Boleh sabar lagi .
      Ni jiran sebelah suke2 parking depan rumah kite . Dah la parking takde mintak izin . Kereta yang dia parking tu tayar dah pancit dijadikan store simpan barang . Balek2 dari pkp tengok2 kereta dah macam kereta terbiar . Kereta kat rumah sendiri dah 2 biji . Laman sendiri tak cukop, parking depan rumah orang . Naseb baik pagar luar bermangga . Klu tak, siap parking dalam agaknye . Payah la orang melayu kite ni . Menyirap jek 😤
      Bila kite tegor , kite pulak yang nampak jahat tak boleh lebih kurang 😓

    • @mohamadyassirhamid2089
      @mohamadyassirhamid2089 2 года назад +4

      @@chikarae17 betul tu. Saya paham sangat sbb pernah tinggal dekat rumah kos sederhana for few years. Compare Melayu, Cina bile kite tegur (provided kite ade point), die boleh accept dan tak amik hati. Melayu x boleh buat camtu. Tapi chinese pun kene yg slightly educated or medium class or T20 or upper M40, tapi geng bukit lain sikit. So suasana kejiranan dan jiwa kite penting. Tak nanti byk bende yg kite kene beralah. Sbb tu beli rumah, beli yg agak mahal sikit then it should be okay.

    • @mohdizraf
      @mohdizraf 2 года назад +1

      Well said. I sekarang duduk apartmen t yang mix Malay and Chinese M40.. Kawasan terjaga dengan baik.. Bersih dan swimming pool pun cantik. Alhamdulillah.

    • @kongiebeanie6488
      @kongiebeanie6488 2 года назад +1

      بوکن بݢيتو.. مان٢ ڤون اد کلبيهن دان ککوراڠن... اي جوݢ برݢنتوڠ ڤد اينديۏيدو... ددوک دکواسن کجيرانن چينا جوݢا اد ککوراڠن..

    • @sitihere
      @sitihere 2 года назад +2

      I fahamm..I buat part time Grab..mcm2 tempat dah pergi..kalau jenis flat,ppr,teres kos rendah mmg mengucap panjang.double park(double park kat selekoh🌚), kene tolak2 kereta semata nk parking or keluar parking..xtaw camne they can tahan😭...i masuk once in a while pon sabar byk

  • @alduin6036
    @alduin6036 2 года назад +1

    ramai pressure bila dah kawen. mertua dok tanya bila nak beli bila nak beli. dia tak tau harga rumah kat kg 300k tu boleh dpt banglo tapi kat selangor ni dapat rumah burung je. sapa conviction tak kuat mmg koyak la. dah 6 tahun menyewa. hmpir nk beli aritu. tapi x berjaya. lps tu kerja problem. ada hikmah semua ni berlaku. nasib baik..

  • @mielder
    @mielder 2 года назад +1

    Tq Bang Ilmu..selpas dgr penjelasan abg beri sy ok je beli rumah..insyallah bulan depan kut dpt kunci rumah subsale je, dekat dgn tempat keje,bulanan pun rm460 lebih kurang,owjer jual rm165k..total bayar 35 tahun rm205k, loan dpt rm115k baki duit sendiri

  • @reneerabiam9940
    @reneerabiam9940 2 года назад +8

    Beli rumah sebab harga sewa sama dengan harga installment rumah yg dibeli. Plus ada kebebasan nak renovate rumah sendiri utk family dpd umah sewa sekarang. Kalau mampu and yes ada sebab yg kuat belilah. Kalau tak sedia lagi no harm pun utk sewa je. Yang penting bulan2 tak terbeban bayar rumah yg kita nak beli tu. Ada ja yg gaji besar tp choose to rent sebab dia nak lebihan gaji tu utk hantar anak2 g skolah private, dpt bawak family pg bcuti tmpt best2 and mampu makan best2 tiap bulan.

  • @AyahMika1984
    @AyahMika1984 2 года назад +6

    klu tggl di kl atau lembah klang...lbh untung sewa dr beli ..byk hikmahnya...skang penyewa is a king

    • @FinancialFaiz
      @FinancialFaiz  2 года назад +2

      Yes, that seems to be the case. not at all areas but nampak gaya begitulah

    • @amirism91
      @amirism91 2 года назад

      Sewa sbb rumah terlalu mahal. Kalau nak beli property beli di luar lembah Klang

    • @wnasuha9737
      @wnasuha9737 2 года назад +1

      Bagi orng muda & single/baru kahwin, sewa pilihn trbaik. My agent handle bnyk bilik sewa sekitr KL akui pasca pandemik susah nk cari penyewa even for popular area

  • @amirulzddin
    @amirulzddin 2 года назад +4

    Saya seorang student dan buat business dan sudah memiliki sebuah rumah Low cost. Awal2 memang bangga gila time process awal2 & signing SNP. Selepas 8 bulan bank & lawyer process kan rumah saya, keluar lah bill utk bayar mereka, Rm 8k + . Time nk bayar tu mcm2 commitment dan sale business tk kencang seperti 8 bulan yg lepas. Nak menyesal sudah terlambat. Awal2 time nak beli mmg dah prepare cash utk bayar semua benda tu tapi saya orang muda dan akui financial planner saya sgt teruk. Kesimpulannya, yang mana berniat utk beli rumah especially bujang, perlu betul2 planning dan paling penting dari segi financial u.

  • @amerrefqee6355
    @amerrefqee6355 2 года назад +1

    Masa aku nak beli rumah dlu . Benda slalu aku fikir . 1st mampu ke aku bayar installement bank . 2nd maintanen fee dia . 3rd persekitaran rumah tu majoriti penduduk . Alhamdullilah semua baik . Kalau aku diberhenti kerja pon atau dipindahkan kerja. Masih boleh melangsungkan dan mampu bayar untuk installement bank . Tepuk dada tanya selera sahabat 🤝👍🏻

  • @mrnobody3957
    @mrnobody3957 2 года назад +1

    tuan faiz...saya baru lepas resign..dlm simpanan ade 30k je ni..saya berumur 28 tahun..x de apa apa komitmen nk di byar bulan bulan.. ade motor je ..mcm mana nk biak kn duit ni ya 😂🤣😂😂..sekarang dok sibuk jual barang barang sayur kampung je buat survive tampung nk beli rokok hahaha..sambil aturkan hidup berpandukan vdeo vdeo cik faiz..dan rancang yg betol betol...supaya tak menjadi mangsa Kapitalis..hehe

  • @propertywithMJ
    @propertywithMJ 2 года назад +1

    Jangan terburu-buru untuk membeli rumah. Tapi dahulukan menabung.

  • @Cool-ur3ll
    @Cool-ur3ll 2 года назад +7

    Yess.. that’s true Mr. faiz! My cousin beli landed house double storey 300k dirawang sel, office @amcorp mall petaling jaya, anak 5org transit diselayang.. monthly 2k x 35thn, every year house insurance 2k++ Kos transport dan masa.. Pembeli mmg perlu ambil kira kos kos lain yg ada

    • @sitihere
      @sitihere 2 года назад

      Mak aih jauhnya😭..dengan jamnya😭

  • @SyazaniNazarudin
    @SyazaniNazarudin 2 года назад +7

    Pernah borak dengan ex-bos nak beli rumah, tapi dia cakap jangan beli dulu, fikir masak2; "this is big ticket item". Video ni menguatkan lagi nasihat tu. Thanks as always.
    I see video quality is improved now. I like the new logo too 👍

  • @ongth601
    @ongth601 2 года назад +1

    Beli rumah mampu dibayar installment, jangan terus beli rumah mahal, lepas rumah pertama baru upgrade

  • @mzbananaz76
    @mzbananaz76 2 года назад +2

    Sewa je la, simpan $ yg balance tu, dpt jiran hantu ke, tetiba kawasan tu tak ok je, pindah je la.

    • @arepickhs9073
      @arepickhs9073 2 года назад

      Masalah manusia ni Ade kt mne2.. dpt tmpt yg xde masalah ni rezeki..

  • @haikalt.9279
    @haikalt.9279 2 года назад +2

    Konten layak 1million subs. Kalau dekat negara barat ni dah ibarat finance youtuber macam Graham Stephen dah ahaha

  • @williamng1693
    @williamng1693 2 года назад +2

    Share² video ni kpda org muda, sgt manfaat

  • @amanmohd7918
    @amanmohd7918 2 года назад

    Btul tu tuan..ini baru pemikiran panjang dan betul..skang bnyak yg huru hara pemikiran dan pendek..sbb nk ikut gaya skang..lain kan

  • @muhdharith2790
    @muhdharith2790 2 года назад +2

    sewa dlm masa singkat tidak merugikan..tapi kna ada komitmen utk beli rumah sendiri

    • @FinancialFaiz
      @FinancialFaiz  2 года назад +1

      Yes, betul. Bila dah jumpa yang sesuai, beli. Kalau tak pasti lagi, sewa is ok

  • @muhammadaiman7677
    @muhammadaiman7677 2 года назад +1

    Kalau kelompok (golongan muda) yang mengikut sifu hartanah, memang akan pertahankan tentang beli rumah pertama sebelum beli benda² lain. Pada aku menyewa tak salah. Kalau dapat job tetap dekat satu² kawasan tu kira boleh consider la... Apa² pun itu depend kapada masing-masing. Ikut poket sendiri.

  • @genkig1347
    @genkig1347 2 года назад

    Setuju tuan, saya pernah juga berpikiran baik beli rumah dari sewa, bulanan lebih kurang ja bayar. beli la rumah baru nak develop and baru kawin. after 4 years rumah still sewa, instalment still kena bayar. asal plan another 2-3 years dapat la kenaikan pangkat n gaji. tapi.. belum rezeki. now strugle... bila dengar tuan share ni betul, nak beli rumah biar fikir masak2 dulu. mampu tak nak tanggung menyewa sementara tungu rumah siap and biar lah rumah tu betul2 pilihan hati nak stay lama. santai anak muda. Yakin rezeki Allah bagi dengan berkat doa dan usaha.
    -Genki G workout-

  • @meiorayleigh3575
    @meiorayleigh3575 2 года назад

    Betul cik cakap belum tntu lgy dh tunang kan berkhawin org sama sebab saya dh jumpa 2 kali perempuan mcm tu.masa tunang prepare mcm2..tp alhamdulilah dgn sabar tu insyallah ada tmpt nk tuju..buat rumh dkt kmpg..n bisnes kedai sy blh buat kmpg..bila sy tgk cik ckp dlm video n fmily sy ckp mmg d hikmah..sekurangnya duit sy kumpul xrugi wlwpun menyewa..family sy pun tegur jgn dok buat pinjaman kalau hal rumah waktu2 muda.. lebih2 lagi kerja swasta..

  • @kobehua88
    @kobehua88 2 года назад +1

    rule of thumb installment bulanan setiap 100k tu rm500. 300k rumah bulanan rm1500, ni anggaran ya. sewa satu bilik rm400 tiap bulan tapi u flexibility la senang nak pindah. beli rumah bulanan rm1500 blh cover cuma bilik semua kena sewa keluar

  • @8823701
    @8823701 2 года назад

    Terima kasih atas nasihat tuan..Saya masih muda baru berumur 28..Banyak perlu belajar pasal pengurusan keewangan ni..Terima kasih atas peringatan ni sebelum lalai dihanyut penyakit FOMO.

  • @6X00X6
    @6X00X6 2 года назад +1

    Formula hidup aku sng je. kesah plak gn org lain. yg pnting ukur bju aku kt bdn aku.huhu

  • @buddiesmanagement372
    @buddiesmanagement372 2 года назад

    Sama la kita bro.. aku 47 tahun ni.. dan runah skrg aku duduk yg ke 21 (mula kira dr duduk split dgn parent) .. semua aku rasa dan skrg aku stay rumah semi D sewa jugak .. stay sementara jer kt duni ni.. buat baik dgn org ada simpanan skit2 dan jgn susahkan org dh dan tak semua advice kt media social kita bole terima cara kita

  • @axworld
    @axworld 2 года назад

    Jiran sebelah beli rumah baru setahun lebih dah jual & akhirnya menyewa selang beberapa blok. Mula-mula tanya dia cakap tengah tunggu rumah baharu siap tapi nampak macam nak duduk situ for good. Tapi saya tahu sebab keliling kawasan rumah environment sangat toksik. Kitorang ni pun tengah kuat bersabar. Moga dipermudahkan segala urusan~

  • @noorsha19
    @noorsha19 2 года назад

    Bila tengok video ni saya bersyukur saya dah buat mcm tuan cadangkan.Biar org kata lambat tapi yang terbaik👍

  • @sirmohammad7184
    @sirmohammad7184 2 года назад +4

    Channel ini terbaik, sangat realistik. Terima kasih tuan. ☝🏻👍🏻

  • @rayyoung9934
    @rayyoung9934 2 года назад

    Tepat sekali, jangan beli rumah kalo betul2 memerlukan atau betul2 mampu, boleh sewa dulu cuba dulu

  • @melhazim3695
    @melhazim3695 2 года назад +1

    sye ade dengar nasihat tuan guru nik aziz Bukan ke bab nafkah mengikut taraf suami . kalau isteri dulu nya org kaya dan kita org miskin . maka makan minumnya ikut taraf kita org miskin . dan sama juga pakaian dan juga tempat tinggal . mengikut taraf suami .sebab dia berkahwin dengan kita . jadi mengikut taraf kita . tapi tak lari dari tanggunggjawab cuma tarafnya sahaja berbeza . sekadar bertanya je ye

    • @FinancialFaiz
      @FinancialFaiz  2 года назад

      Betullah tu. Ustaz AI pun cakap benda lebih kurang sama. Sebab tu pertekankan kahwin sekufu. Dan suami kena bayar nafqah in full dan bukan separuh²
      Kalau x mampu kahwin dengan orang tu, jangan lah kahwin. Ni ditujukan kepada kedua-dua bakal suami dan bakal isteri

    • @arepickhs9073
      @arepickhs9073 2 года назад

      Info yg bermanfaat.. thankyou MelHazim

  • @sitibainun4698
    @sitibainun4698 2 года назад

    memang banyak pemikiran mcm ni sbb kita tgk mak2 pak2 uncle2 kita ada rumah tanah landed.tk fikir jauh.kena tny hati pastu. kena tgk kondisi diri mcm mana.nk tny org tny pada org yg betul ya.hati2

  • @DuitCikMerah
    @DuitCikMerah 2 года назад

    Saya pun masih belum beli rumah. Sebab dah selesa sangat duduk rumah mak yang dekat dengan pejabat dan semua kemudahan yang ada. Bayar lah sikit untuk bil dan makan di rumah tu. Yang lebih tu simpan

  • @IsWaNMaHAmaD
    @IsWaNMaHAmaD 2 года назад

    Lets jom,.. padu ulasan tuan faiz... Skrg nk beli rumah, harga rumah ikut jangkaan pemaju.
    Pemaju kata, lagi 5thn, akan ada sekolah, mrt, shoping mall dsb dkt kwsn project. Ayat pancing customer.
    Sudahnya, byr tinggi utk 1 project jangkaan masa depan yg indah khabr dr rupe...silap2, developer dah mUflis... Sedih x

  • @jaysonyong249
    @jaysonyong249 2 года назад +7

    Hi Bossku Faiz , i am new to your channel and i watching your videos everyday to follow up what i have been missing. Which is a pro Guru into financial advise , you are sharing wonderful knowledge to malaysian and all your subscribers. I have 1 question , if i have multiple credit cards debts . I am paying minimum monthly and keeping these limits max which i keep use after making payments. If one day i die will these debts waived off by the banks? Because if i am alive i don't pay or can't afford to pay the worst is they declare me bankruptcy right? So if i am dead the cards debts will be waived or my families need to pay on behalf? Thanks Faiz hope to hear from you.

  • @kamaruddinalkelantani2553
    @kamaruddinalkelantani2553 2 года назад

    Betul tu Faiz.Kalau sewa rm700.Ansuran beli katakan rm1100.Anda perlu tambah rm400.Anda dapat Rumah.Selepas 30 tahun,tak Bayar sewa dah. Biar Rumah flatpun.

  • @skatemania7795
    @skatemania7795 2 года назад

    saya ada 3buah rumah...2buah rumah sy sewa kan alhamdulilah smpai skang xda masalah...dpt jgak backup bayar rumah sy yg ddk skang nie tambah sdekit je...senang pandai2 la nk hidup dan bfikir...

  • @aisyahismail27
    @aisyahismail27 2 года назад +4

    Thank you for bringing up points I was so desperately trying to convey to my partner. If dia tak nak dengar cakap I, he would at least listen to you 😅

    • @FinancialFaiz
      @FinancialFaiz  2 года назад +2

      im like the management consultant to your relationship.. usually management wouldnt want to listen to internal staff, they would rather pay the consultants to hear the same things

  • @krishnamurthythevar3115
    @krishnamurthythevar3115 2 года назад

    Beli dulu rumah ppr kos rendah yang mampu untuk diduduki,biar bujang atau yang baru berumah tangga,duit kocek terjaga .

  • @minghanlim2319
    @minghanlim2319 2 года назад

    Good video. Nak tambah sikit ya:
    1. Definasi "youngster" ni, lately sampai umur 35 pun masih kekal "Minda Youngster" also known as xfikir jangkamasa panjang (i pun mcm tangan terbang terbang haha)
    2. Credit is more accessible since .... early 2000's
    1+2 jadi GGWP

  • @dolphin5677
    @dolphin5677 2 года назад

    sebab tue if nak beli rumah first kene pastikan nak beli untuk invest/duduk sendiri
    if invest beli kat kawasan strategik/hot/ & pastikan boleh sewa rumah tue harga sama dgn payment bank/ dpt extra income..
    if beli rumah baru n sewakan mmg la x berbaloi.. rumah skrg je harga 2++k ke atas.. susah nk dpt rumah baru yg bwh 150k..
    masalahnye mindset people skrg nak beli rumah cntik2 je walaupun sbnrnye nk invest.. sgt x berbaloi
    just share..
    ¹ payment bank 480 - sewakan RM550
    ² payment bank 485 - sewakan RM 530
    ³ payment bank 400 - sewakan RM 450

  • @huaweinova3i202
    @huaweinova3i202 2 года назад +1

    Buat pe NK pening hal dunia. Rumah SY yg tetap DLM kubur.

  • @PujukNetwork
    @PujukNetwork 2 года назад

    Ms skg xssuai bli rumah..nk bli rumah pastikan area yg byrn blnn lbh tggi drp sewa...jgn bli biar terbengkalai...

  • @themine8082
    @themine8082 2 года назад

    Alhamdulillah 2 biji rumah. Kedua2 rumah naik 2 kali ganda dari harga asal. Saya sewakan je rumah saya tu. Then saya sendiri menyewa dgn orang lain, sebab dekat dengan opis. 🤣🤣🤣

  • @ahmadafiqahmadazmil4970
    @ahmadafiqahmadazmil4970 2 года назад +1

    Terima kasih abg.... Saya sngt suka ngn semua Video abg.... Tajuk2 mmg kebetulan, benda yng saya memang nakkan jawapan.
    Terbaik 👍🏻👍🏻

  • @oneib4519
    @oneib4519 2 года назад

    Kalau dengar celoteh tuan samada fokus berkobar2 atau ...refleksi realiti antara situasi harapan atau ..cuma mimpi

  • @nicksonrichard1139
    @nicksonrichard1139 2 года назад

    saya pun menyewa jer sebab saya ni jenis 3-4 tahun akan cuba cari kerja tempat lain dengan gaji yg lebih tinggi sebab satu company akan sampai limit dia untuk naikkan gaji kita, so kena cari peluang tempat lain, sebab tu membeli tu bukan pilihan saya.. masuk sekarang dah rumah ke-4 saya sewa, mungkin akan masuk ke-5..