Karnival Bahasa Melayu : Pertandingan Deklamasi Sajak (Menengah Rendah) 2022

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 15 янв 2025
  • Tajuk : Luahan Anak Pertiwi
    Karya : Syahmi Zufayri
    6 dekad sudah berlalu
    Tanda henti sengsara pilu
    Tanah dak lagi dirobek bertalu-talu
    Diganti kemas
    Serakan stadium merdeka
    Dengan laungan azimat yang sama disahut
    Namun
    Sekarang kudengar ia dicarut
    Izharlah kita belum merdeka
    Hari ini
    Anak muda telah diracuni
    Budaya songsang telah meresapi rohani
    Kononnya inilah gaya terkini
    Saksi aku akan bangsaku
    Merempit buta mencari penyakit
    Fikirnya ramai mengepit?
    Berpakaian singkat dan ketat
    Fikirnya ramai terpikat?
    Gerun jiwaku
    Saat si teruna telah hilang jati diri
    Si dara melayang harga diri
    Lagu tarian penjajah dihadam satu-satu
    Puisi warisan langsung kautertawa
    Adat budaya telah diabaikan
    Bahasa pula kian pudar keaslian
    Perkauman semakin menebal
    Rusuhan semakin membedal
    Apakah ini semua pemikiran mentah?
    Tindakan musnah?
    Ternyata luka semalam kembali berdarah
    Bila kita mahu buka mata?
    Adakah saat Malaysia juga turut hilang dari peta dunia?
    Baru lintang-pukang tak tentu rasa
    Baru terhegeh-hegeh bersatu jiwa
    Sudah
    Sudah terlambat wahai saudara
    Aku sedar luahanku tidak dipeduli
    Kerana aku bersuara melalui puisi
    Namun
    Marilah kita teguhkan hati
    Dengan rasa cinta yang sejati
    Aku rindukan Malaysia pertiwi
    Bukan Malaysia hari ini
    Mohon
    Pulanglah Malaysiaku kembali

Комментарии •