- Видео 482
- Просмотров 1 907 533
Komuniti Darulkautsar
Добавлен 27 окт 2013
Koleksi Video Ilmiah Dan Bermanfaat.
Panduan Kepada Semua Untuk Meniti Jalan Yang Lurus.
Bersama-sama Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Kemungkaran
Panduan Kepada Semua Untuk Meniti Jalan Yang Lurus.
Bersama-sama Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Kemungkaran
[HADIS PALSU] - Untuk dapat berkat, kalau ada yang bernama Muhammad, wajib ajak dia masuk meeting!
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM
USUL DIRAYAT KE - 44 - Hadith-hadith yang menyatakan kelebihan orang yang bernama Muhammad atau Ahmad semata-mata kerana nama itu, dan celaan serta ancaman terhadap orang yang tidak melebihkan orang yang bernama Muhammad atau Ahmad adalah palsu. Demikian juga celaan dan ancaman terhadap orang yang tidak menamakan anak-anak mereka dengan nama tersebut; semuanya maudhu', paling elokpun ia dhaif sangat. Tidak ada satupun daripadanya tsabit atau sahih.
NOTA HUJUNG
1. 00:11:23 NAMA-NAMA ANAK YANG BAIK Antara nama-nama yang baik adalah 'Abdullah, 'Abdur Rahman, 'Abdur Rahim ...
USUL DIRAYAT KE - 44 - Hadith-hadith yang menyatakan kelebihan orang yang bernama Muhammad atau Ahmad semata-mata kerana nama itu, dan celaan serta ancaman terhadap orang yang tidak melebihkan orang yang bernama Muhammad atau Ahmad adalah palsu. Demikian juga celaan dan ancaman terhadap orang yang tidak menamakan anak-anak mereka dengan nama tersebut; semuanya maudhu', paling elokpun ia dhaif sangat. Tidak ada satupun daripadanya tsabit atau sahih.
NOTA HUJUNG
1. 00:11:23 NAMA-NAMA ANAK YANG BAIK Antara nama-nama yang baik adalah 'Abdullah, 'Abdur Rahman, 'Abdur Rahim ...
Просмотров: 190
Видео
[HADIS PALSU] -Kepapaan adalah kecacatan disisi manusia, tetapi cantik disisi Allah pada hari kiamat
Просмотров 10216 часов назад
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 43 - Riwayat-Riwayat Yang Menyebutkan Tentang Kelebihan Hidup Dalam Keadaan Miskin Dan Papa Kedana, Maudhu' (Palsu) Semuanya. Tidak Ada Satu Pun Yang Sahih. Demikian Juga Riwayat-Riwayat Yang Memuji Kemiskinan Dan Kepapaan, Menyatakan Kemuliaan Orang-Ora...
[HADIS PALSU] - Pelihara anak anjing lagi baik dari pelihara anak kandung! Wow!
Просмотров 84День назад
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 42 - Hadith-hadith yang memuji dan menyatakan kelebihan kehidupan membujang dan mencela kehidupan berkeluarga dengan beranak pinak semuanya karut. Tidak ada satupun daripadanya sahih. SELINGAN 1. 00:11:52 - KEMANISAN, KEHEBATAN DAN MANAFAAT MENGETAHUI HA...
[HADIS PALSU] - Suara Di Bulan Ramadhan & Lahir Selepas Tahun 100 Tak Guna!
Просмотров 11114 дней назад
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 41 - Mana-mana Riwayat Yang Menyatakan Pada Abad Sekian-sekian, Pada Tahun Sekian-sekian, Pada Bulan Sekian-sekian Atau Pada Hari Sekian-sekian Akan Berlaku Peristiwa-peristiwa Tertentu Dengan Tepat Dan Jelas, Semuanya Maudhu' (Palsu). Demikian Juga Riwa...
[HADIS PALSU] - Hari Rabu hari paling sial! & Syiah ada kalender sial atau bertuah untuk setiap hari
Просмотров 28521 день назад
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 40 - Hadith-hadith yang menyebutkan bulan-bulan atau hari-hari tertentu seperti hari Selasa atau Rabu dan lain-lain sebagai bulan-bulan atau hari-hari nahas atau hari bertuah boleh dikatakan semuanya palsu; yang paling baik pun ianya sangat dhaif. CATATA...
[HADIS PALSU] - Tiada Ibadat Khusus Di Malam Hari Raya
Просмотров 9921 день назад
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 39 - Riwayat-riwayat yang menyatakan kelebihan beribadat khusus pada malam dua hari raya dan makbul doa pada dua malam itu tiada satu pun yang sahih TIADA IBADAT KHUSUS PADA MALAM HARI RAYA Ibnu Qayyim berkata, "Tidak ada satupun hadith yang sahih tentan...
[HADIS PALSU] - Timbunan Hadith Palsu Nisfu Sya'ban & Ulama' Cari Makan Guna Amalan Bid'ah!
Просмотров 21728 дней назад
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 38 - Hadith-hadith yang menyatakan kelebihan malam Nisfu Sya'ban, kelebihan amalan-amalan tertentu pada malam itu dan kelebihan berpuasa pada keesokan harinya secara khusus, tidak ada satupun yang sahih, ianya sama ada maudhu' atau amat dha'if. Video Asa...
[HADIS PALSU] - Puasa Khusus Di Bulan Rejab & Keistimewaan Bulan Rejab & Bersungguh Beribadat Rejab
Просмотров 404Месяц назад
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 37 - Riwayat-riwayat yang menyatakan kelebihan bulan Rejab serta kelebihan berpuasa dan beribadat padanya secara khusus, tidak ada satu pun yang sahih. Ia hanya berkisar di sekitar dha'if dan maudhu'. Video Asal - i) ruclips.net/video/qPgFtIU4wHA/видео.h...
[SYARAH KITAB TAUHID] - Sesi 88 - Cinta Kepada Allah
Просмотров 77Месяц назад
darulkautsar.wordpress.com - Syarah Kitab Tauhid - Sesi 88 MEMAHAMI DAN MEREALISASIKAN TAUHID DALAM KEHIDUPAN [KARYA UST YAZID ABDUL QADIR JAWAS] (Sambungan) Bab - Cinta Kepada Allah Ust Shamsuddin Abdul Rahman Kota Bharu, Kelantan 16 Nov 2024 Laman Web Menarik - KEINDAHAN ISLAM - keindahanislam.school.blog/
[Bukhari - Kitab Ilmu] Sesi 46 -Hendaklah Orang Yang Hadir Menyampaikan Ilmu Kepada Yang Tidak Hadir
Просмотров 93Месяц назад
darulkautsar.wordpress.com/ Sahih al-Bukhari - Kitab Ilmu - Sesi 46 Bab - Hendaklah Orang Yang Hadhir Menyampaikan 'Ilmu Kepada Yang Tidak Hadhir. Ibnu 'Abbas Mengatakannya (Sebagai Riwayat) Daripada Nabi s.a.w. UST AHMAD BIN MUHAMMAD ASRI (SYARAHAN DARI NOTA TULISAN MAULANA MUHAMMAD ASRI YUSOFF) Dalam Talian - Google Meet 16 Nov 2024 Nota Kuliah - [Nota - NOTA KULIAH boleh dimuat turun menggun...
[HADIS PALSU] -Solat Asyura, Solat Raghaib, Solat Nisfu Syaaban, Tunggu Kubur & Kaifiat Solat Hajat
Просмотров 181Месяц назад
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 36 - Riwayat-riwayat yang menyatakan kelebihan sembahyang pada hari atau malam bagi bulan tertentu seperti sembahyang Ragha'ib pada malam tertentu di bulan Rajab, sembahyang Asyura dll semuanya maudhu' kecuali sembahyang tarawih pada malam-malam di bulan...
[SYARAH KITAB TAUHID] - Sesi 87 - Cinta Kepada Allah
Просмотров 94Месяц назад
darulkautsar.wordpress.com - Syarah Kitab Tauhid - Sesi 87 MEMAHAMI DAN MEREALISASIKAN TAUHID DALAM KEHIDUPAN [KARYA UST YAZID ABDUL QADIR JAWAS] (Sambungan) Bab - Cinta Kepada Allah Ust Shamsuddin Abdul Rahman Kota Bharu, Kelantan 9 Nov 2024 Laman Web Menarik - KOLEKSI E-BOOK DARULKAUTSAR - dkautsarebook.wordpress.com/
[HADIS PALSU] - Solat 4 rakaat malam Ahad dapat 1000 bandar & 12 rakaat pada hari Rabu seperti Nabi
Просмотров 140Месяц назад
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 35 - Tidak ada satupun hadith sahih atau hasan tentang kelebihan sembahyang sunat khusus dengan kaifiat dan bacaan-bacaan tertentu pada tiap-tiap hari atau tiap-tiap malam dalam seminggu. Kalau adapun ianya adalah hadith maudhu'. Video Asal - • ruclips.n...
[SYARAH KITAB TAUHID] - Sesi 86 - Cinta Kepada Allah
Просмотров 1292 месяца назад
darulkautsar.wordpress.com - Syarah Kitab Tauhid - Sesi 86 MEMAHAMI DAN MEREALISASIKAN TAUHID DALAM KEHIDUPAN [KARYA UST YAZID ABDUL QADIR JAWAS] (Sambungan) Bab - Cinta Kepada Allah Ust Shamsuddin Abdul Rahman Kota Bharu, Kelantan 2 Nov 2024 Laman Web Menarik - MAKLUMAT-MAKLUMAT ASAS YANG PATUT DIKETAHUI OLEH SETIAP MUSLIM - asasislam.home.blog/
[HADIS PALSU]-Sesiapa yang tak mahu papa, sakit mata & gila, hendaklah potong kuku pada hari Khamis
Просмотров 2132 месяца назад
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 34 - Hadith-hadith tentang kelebihan dan faedah memotong kuku pada hari-hari tertentu, juga hadith-hadith tentang kaifiat (cara) dan tertib memotong kuku tidak ada satu pun yang sahih, semuanya sama ada amat dhaif atau maudhu' (palsu) Video Asal - • rucl...
[UMUM] AMANAT-AMANAT AKHIR MAULANA MUHD ASRI YUSOFF SEBELUM BERSARA (Dari Kuliah Umum)
Просмотров 5 тыс.2 месяца назад
[UMUM] AMANAT-AMANAT AKHIR MAULANA MUHD ASRI YUSOFF SEBELUM BERSARA (Dari Kuliah Umum)
[BUKHARI - KITAB AZAN] Sesi 104 -Angkat Kedua Belah Tangan Pada Takbir Pertama Bersamaan Mula Solat
Просмотров 2742 месяца назад
[BUKHARI - KITAB AZAN] Sesi 104 -Angkat Kedua Belah Tangan Pada Takbir Pertama Bersamaan Mula Solat
[HADIS PALSU] -Hadis kelebihan sesuatu perkara drp suatu yang lain semuanya palsu kecuali satu hadis
Просмотров 1242 месяца назад
[HADIS PALSU] -Hadis kelebihan sesuatu perkara drp suatu yang lain semuanya palsu kecuali satu hadis
[SYARAH KITAB TAUHID] - Sesi 85 - Cinta Kepada Allah
Просмотров 1262 месяца назад
[SYARAH KITAB TAUHID] - Sesi 85 - Cinta Kepada Allah
[AQIDAH] - Siri 4 -Tawassul (Jadikan Sebagai Perantara) Dengan Nabi-Nabi Terdahulu Yang Telah Wafat
Просмотров 1432 месяца назад
[AQIDAH] - Siri 4 -Tawassul (Jadikan Sebagai Perantara) Dengan Nabi-Nabi Terdahulu Yang Telah Wafat
[BUKHARI - KITAB AZAN] Sesi 103 -Angkat Kedua Belah Tangan Pada Takbir Pertama Bersamaan Mula Solat
Просмотров 5442 месяца назад
[BUKHARI - KITAB AZAN] Sesi 103 -Angkat Kedua Belah Tangan Pada Takbir Pertama Bersamaan Mula Solat
[AQIDAH] - Siri 3 - "Tawassul" (Perantara) Dengan Nabi Muhammad - Hadith Yang Tidak Jelas Maksudnya
Просмотров 1692 месяца назад
[AQIDAH] - Siri 3 - "Tawassul" (Perantara) Dengan Nabi Muhammad - Hadith Yang Tidak Jelas Maksudnya
[Tafsir Surah Al-Baqarah] - Ayat 151 - Ust Ahmad Muhammad Asri
Просмотров 962 месяца назад
[Tafsir Surah Al-Baqarah] - Ayat 151 - Ust Ahmad Muhammad Asri
[HADIS PALSU] - Warnakan Rambut Hitam Tak Cium Bau Syurga?
Просмотров 5682 месяца назад
[HADIS PALSU] - Warnakan Rambut Hitam Tak Cium Bau Syurga?
[SYARAH KITAB TAUHID] Sesi 84 - Menisbahkan Turun Hujan Kepada Bintang
Просмотров 1153 месяца назад
[SYARAH KITAB TAUHID] Sesi 84 - Menisbahkan Turun Hujan Kepada Bintang
[GANJIL TAPI BENAR] - Sesi 1 - Nabi Menunggu Umatnya Di Telaga Kauthar
Просмотров 5433 месяца назад
[GANJIL TAPI BENAR] - Sesi 1 - Nabi Menunggu Umatnya Di Telaga Kauthar
[HADIS PALSU] - Elak Soalan Munkar Nakir Dengan Ber"khidab" (Memakai Inai)!
Просмотров 1243 месяца назад
[HADIS PALSU] - Elak Soalan Munkar Nakir Dengan Ber"khidab" (Memakai Inai)!
[SYARAH KITAB TAUHID] - Sesi 83 - Menisbahkan Turun Hujan Kepada Bintang
Просмотров 1193 месяца назад
[SYARAH KITAB TAUHID] - Sesi 83 - Menisbahkan Turun Hujan Kepada Bintang
[HADIS PALSU] - Inai Penghulu Wangian & Mencegah Soalan Dari Munkar Nakir
Просмотров 923 месяца назад
[HADIS PALSU] - Inai Penghulu Wangian & Mencegah Soalan Dari Munkar Nakir
PEMBUKA KUNCI KEBAIKAN - Sesi 16 - Manusia Yang Menjadi Kunci Kebaikan Dan Penutup Kepada Keburukan
Просмотров 1623 месяца назад
PEMBUKA KUNCI KEBAIKAN - Sesi 16 - Manusia Yang Menjadi Kunci Kebaikan Dan Penutup Kepada Keburukan
Asal jgn di bilang Wahabi aj,tapi dakwah yg hak slalu ad rintangan.
JazakAllahu khaira
(SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION RUclips) 3. 00:07:08 HADITH PALSU KETIGA "Tidak berkumpul mana-mana kaum sama sekali untuk bermesyuarat, sedangkan ada di antara mereka seorang yang bernama Muhammad, tetapi mereka tidak memasukkannya dalam mesyuarat mereka, melainkan mesyuarat mereka tidak diberkati". [Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith palsu] KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA i. Tokoh-tokoh hadith telah menghukumkan hadith ini sebagai dusta dan maudhu' (palsu). ii. Hadith ini tidak praktikal, kerana untuk mendapat keberkatan, seseorang perlu menghadiri mesyuarat semata-mata kerana namanya Muhammad, padahal dia bukan yang layak menghadiri mesyuarat tersebut. iii. Hadith palsu ini memberi imej buruk tentang Islam kepada orang bukan Islam dan memeningkan kepala orang Islam sendiri! 4. 00:09:01 HADITH PALSU KEEMPAT "Sesiapa mendapat tiga orang anak laki-laki, tetapi ia tidak memberi nama Muhammad kepada seorang pun daripadanya, bererti ia memang jahil" KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT i. Perawi-perawi hadith ini dalam beberapa saluran terdiri dari mereka yang dituduh sebagai pendusta besar dan pereka hadith. ii. Ramai Sahabat termasuk Saidina Umar r.hu. tidak mengamalkan hadith ini. i iii. Hadith ini bercanggah dengan ajaran al-Quran yang menyatakan kejayaan seseorang di akhirat adalah iman dan amal solehnya, bukannya nama dan gelarannya.
Jazakallah khairan Maulana dan admin
Bagaimana mungkin orang alim yg katanya ustad bertakwa dan berilmu keluar dari mulutnya kedengkian. Bantahlah dengan ilmu JANGAN Dengan diskriminasi sesuatu datang dari golongan tertentu pasti sesat, lihat ORANG yg ada di golongan itu, banyak orang yang mulia dari keturunan mulia dan terhormat serta berbuat mulia, dibanding yang bicara, lihatlah latar belakang anda,dan keluarga anda dan cara bicara orang yang bodoh NAMUN tidak tahu kalau Dia bodoh. Saya kasih satu pertanyaan yg bila anda dapat jawap dari sumber yang benar Anda akan sadar kalau bodoh " bagaimana malaikat bisa mentaati Allah SWT?" Padahal:1.dia belum pernah melihat zat Allah (dalam israkmirad malaikat memerintahkan Rosulluloh berjalan menuju Allah sendiri, jika Dia selangkah lagi akan terbakar.2.malIkat tidak memiliki hawa nafsu, jadi yg ada ketulusan/tidak berpura-pura. Siapa yg meyakinkan malaikat bahwa dia harus mentaati Allah,dan Allah itulah Tuhan yg menciptakannya. 4.dalam penciptaan langit kemudian bumi,lalu malaikat, dan Adam Allah tidak bersentuhan langsung bahkan TIDAK melakukan gerakan.5. SEMUA benda materi TIDAK akan sanggup mendekati ZAT ALLAH YANG MAHA AGUNG , YG ZAT NYA DILIPUTI CAHAYA YG SANGATA DAHSYAT YG BISA MEMUSNAHKAN APA SAJA BAHKAN GUNUNG (SEPERTI KAUM NABIMUSA DLM ALQURAN). TAPI CAHAYA ITU BUKAN BAGIAN DARI ZAT ALLAH ( SEPERTI BOLA LAMPU APABILA CAHAYA NYA KAMU GANGGU TIDAK BERPENGARUH TERHADAP BOLA LAMPU). kalau bisa jawab,nati saya tambah pertanyaan keadilan Allah SWT terhadap kelahiran MANUSIA sebagai anak YG di keluarga beruntung ( orangtua yg membawa KESURGA,) dan kurang beruntung ( orangtua membawa keneraka) berdasarkan Al-Qur'an dan hadits.
@@user-xr5ot4wx5j Tak perlu mengarut di sini
@komunitidarulkautsar9328 sedikitpun anda tidak menjawab dengan ilmu. Benar lah perkataan orang2 yang dianugerahi Nikma yg TIDAK pernah dimurkai Allah dan tidak BEKATA yg menyesatkan, merak YG dikatakan Al-Qur'an ahli zikir dan kita diperintahkan untuk bertanya kepada mereka, tentang agama ini, mereka telah mewarisi dunia ini seperti yg telah ditetapkan Allah Dalam Al-Qur'an dan BANYAK kemulian TENTANG mereka Dalam Al-Qur'an dan hadits. dia(salasatu ) yg dikatakan dlm Al-Qur'an bersadakoh di waktu rukuk mengingatkan "JANGAN kamu berdebat (mencari kebenaran) PD ORANG2 bahil'. NAMUN jika kalian masih memecah belah umat muslim kami akan mengundang murka Allah untuk kalian sebagaimana telah Mereka lakukan untuk ORANG yg melampaui batas dijamannya.
(SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION RUclips) 3. 00:08:43 HADITH PALSU KETIGA "Carilah pertolongan pada orang-orang faqir miskin di kalangan orang-orang Islam, kerana mereka ada kuasa di hari kiamat (kelak)" KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA i. Perawi pertama hadith palsu ini ialah Wahab bin Munabih, menunjukkan ianya adalah kata-kata Wahab bin Munabih, bukannya sabda Nabi s.a.w. ii. Ulama'-ulama' hadith sepakat mengatakan ianya hadith palsu. ii. Hadith palsu ini seolah-olah mengatakan Nabi secara tidak langsung menggalakkan umatnya menjadi peminta sedekah, walhal, banyak hadith-hadith yang mencela meminta sedekah.
maulana pesey lamo doh, loni koho parok masyarakat ditipu, semoga Allah beri hidayah kpd puokk2 ni
Kalau nurmuhammad palsu..Muhammad pun palsu sb bila Muhammad ada baru ada nur..bukan nur dulu ..salah tu..nak tau betul ke tak buat istiqarah banyak2 supaya dapat pertunjuk
(SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION RUclips) 3. 00:14:34 HADITH PALSU KETIGA "Tidak pernah berjaya sama sekali orang yang berkeluarga (yang mempunyai anak pinak)" KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA i. Ibnu al-Jauzi mengatakan hadith ini adalah karut. ii. Kenyataan yang berlaku dalam masyarakat tidak menyokong hadith ini, kerana didapati ramai orang yang berkeluarga berjaya dalam hidup dan tidak semua yang tidak berkeluarga berjaya. iii. Dalam hadith sahih, Nabi s.a.w. bersabda yang bertentangan dengan hadith palsu ini, iaitu, sebaik-baik duit ialah yang dibelanjakan untuk keluarganya. Antara ciri-ciri orang yang berjaya ialah orang yang membelanjakan ahli keluarganya. iv. Rasulullah s.a.w. mendoakan orang yang baru berkahwin kebahagiaan untuknya dan berdoa semoga dikurniakan zuriat yang baik. Ini menunjukkan Rasulullah suka umatnya berkeluarga dan Baginda mendoakan kebaikan kepada mereka.
Terima kasih ilmunya. Untuk semakan hadis pantas, ustz Syihabudin ada lancarkan website "HadithXpert" untuk semakan pantas seperti ketika duduk dlm mana2 kuliah.
Saya dari Indonesia dan saya suka dengar ilmu dari Maulana asri Yusuf
(SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION RUclips) 3. 00:06:07 HADITH PALSU KETIGA Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila tiba tahun 150, maka sebaik-baik anak-anakmu ialah anak-anak perempuan. Apabila tiba tahun 160 pula, maka manusia yang terbaik pada masa itu ialah yang tiada tanggungan". Kami bertanya, "Apakah maksud, 'manusia yang tiada tanggungan' itu?". Jawab Nabi s.a.w., "Iaitu orang yang tidak mempunyai anak, tidak banyak pula perbelanjaannya (orang miskin)". KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA i. Ibnu Jauzi berkata hadith ini tiada nilai langsung. ii. Tujuan pereka hadith ini ialah untuk melemahkan umat Islam seperti menggalakkan umatnya hidup miskin dan hidup sendirian tanpa tanggungjawab. Walaupun ianya tidak diendahkan oleh masyarakat umum, hadith palsu ini mungkin mempengaruhi mereka yang jahil tentang hadith Nabi dan menganggapnya sahih. 4. 00:08:05 HADITH PALSU KEEMPAT "Apabila tiba tahun 380, kepada umatku, halallah kepada mereka hidup membujang dan bertapa di atas puncak-puncak gunung". KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT i. Hadith ini dimasukkan dalam kitab 'al-maudhuat', kitab-kitab yang mengumpulkan hadith palsu. ii. Di dalam sanadnya ada perawi bernama Sulaiman bin Isa, seorang pereka hadith. iii. Hadith ini menggambarkan bahawa berkahwin adalah wajib sebelum tahun 380H dan ia juga menggalakkan amalan bertapa di kalangan umat Islam. iv. Ada hadith sahih tentang fitnah di akhir zaman, tetapi ianya tidak menyatakan tarikh berlakunya dengan tepat dan tidak menyatakan amalan bertapa.
bukan semua RUJUKAN yg diberi adalah benar2 nya BENAR.... tak ada org yg ug boleh CONFIRMED.. dia lah yg paling BENAR. cuma panfangan semata mata... ianya berbeza.. PASTI. ..Sekadar menambah ilmu sahaja.
Bulan geng² asamjawa mencipta amalan yang merepek².
Merisaukan sgt zaman skrg ni. Hadis palsu dan amalan khurafat dikeluarkan balik oleh asatizah sufi batiniyah yg berselindung disebalik nama Asyairah Maturidiyah. Bahkan amalan2 yg dah lama takda ni mereka pertahankan kemudian kata ini amalan Aswaja. Tp mujurlah mereka ni hanyalah Persatuan Aswaja saja bkn Ahlul Sunnah wal Jamaah yg dunia islam fahami. Paling merisaukan golongan2 ini ramai dan menjadi deep state dlm jabatan2 agama. Golongan ini sgt2 bahaya, mereka merosakkan islam dan nama nabi dari dlm kemudian sgt akrab dgn syiah. Jd kita kena sentiasa menyedarkan masyarakat agar kembali kpd ketulenan Islam dan hadis yg sahih agar golongan2 sufi batiniyah berjubah berserban agama dan menunggang nama Asyairah Maturidiyah ni ditolak. Kena kerja kuat sentiasa, tak boleh lalai sedikitpun kerana syiah dan sufi batiniyah ni tak pernah rehat drpd terus merosakkan islam dan nama nabi serta masyarakat yg jahil dan bodoh.
Betul Tu awe kawe setuju
😂😅
[SAMBUNGAN NOTA KULIAH DARI RUANGAN DESCRIPTION RUclips] 2. 00:04:02 HADITH PALSU KEDUA Abu Said al-Khudri meriwayatkan katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hari Sabtu, hari helah dan tipu daya, hari Ahad hari menanam pokok dan mendirikan bangunan, hari Isnin hari berjalan dan mencari rezeki, hari Selasa hari besi dan perang, hari Rabu hari tidak mengambil dan tidak memberi, hari Khamis hari mencari segala hajat dan hari masuk menemui sultan dan hari Jumaat hari pertunangan dan pernikahan". KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA Hadith ini sangat dhaif kerana, a) "Ittirab" (tidak tetap) pada matannya, b) bercanggah dengan riwayat yang sahih, c) bercanggah dengan kenyataan, d) tidak ada sandaran yang jelas dan sahih. e) sanadnya dhaif. [Nota: Ada riwayat dalam kitab utama Syiah yang hampir serupa dengan hadith ini. Oleh itu, boleh dikatakan hadith ini berpunca dari Syiah. Masuknya hadith-hadith palsu ini adalah kerana kurang dan lemahnya pengajian hadith dalam masyarakat] 3. 00:08:04 HADITH PALSU KETIGA "Sesiapa memberi berita gembira kepadaku tentang keluarnya (habisnya) bulan Safar aku memberikan berita gembira kepadanya tentang dia akan masuk syurga". [Nota: Suatu masa dahulu bulan Safar dikaitkan dengan bala, sehingga orang tidak mahu berkahwin di bulan ini dan ada upacara mandi tolak bala] KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA 1. Hadith ini dimasukkan di dalam kitab-kitab "al-maudhuat", kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith palsu. 2. Ulama' bersepakat mengatakan hadith ini maudhu' (palsu). 3. Hadith ini bercanggah dengan hadith sahih yang mengatakan tiada kepercayaan bahawa bulan Safar membawa sial atau nahas. 4. 00:09:56 HADITH PALSU KEEMPAT "Hari-hari itu semuanya diciptakan oleh Allah, sebahagiannya adalah hari-hari bertuah dan sebahagian yang lain pula adalah hari-hari nahas sebagaimana manusia semuanya adalah hamba-hamba Allah tetapi sebahagiannya untuk syurga dan sebahagian yang lain pula adalah untuk neraka. Tidak ada satupun bulan melainkan ada tujuh hari nahas padanya. Hari ketiga nahas padanya Qabil telah membunuh Habil, hari kelima nahas padanya dikeluarkan Adam dari syurga dan dicampakkan Yusuf ke dalam telaga. Hari ke 13 nahas padanya bala' menimpa Ayyub (Nabi Ayyub), hari ke 16 nahas padanya kerajaan Sulaiman (Nabi Sulaiman) dirampas, hari ke 21 nahas padanya kaum Lut ditelan bumi, orang-orang Nasrani ditukar rupa menjadi babi, orang-orang Yahudi ditukar rupa menjadi kera dan Nabi Yahya bin Zakaria dibelah dengan gergaji. Hari ke 24 nahas padanya Fir'aun dilahirkan dan mendakwa dirinya sebagai tuhan dan padanya juga ia ditenggelamkan, pada hari itu juga ribut taufan belalang, kutu dan katak dilepaskan (sebagai bencana kepada bani Israil), hari ke 25, nahas padanya Namrud membelah perut 40 orang wanita mengandung. Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api dan unta Nabi Saleh disembelih. Pada hari itu Allah membinasakan kaum Saleh dengan azab yang amat dahsyat. Hari Rabu di akhir setiap bulan juga hari nahas dan berterusan. Pada hari itu Allah melepaskan angin kencang untuk membinasakan kaum Aad dan pada hari itu juga Allah menimpakan azab ke atas kaum Tsamud." KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith maudhu' karangan as-Shaukani dan al-Fattani. Hafiz Ibnu Hajar mengatakan ianya dusta.
jazakalahukhairan
(SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION RUclips) 4. HADITH PALSU KEEMPAT Saidina Ali berkata: Pada malam Nisfu Sya'ban, saya tengok Rasulullah s.a.w bersembahyang 14 rakaat, selepas itu dia duduk dan Nabi s.a.w. membaca surah al-Fatihah 14 kali dan surah an-Naas 14 kali dan satu kali ayat al-Kursi...bila Nabi s.a.w. selesai bersembahyang maka saya pun bertanya tentang sembahyang yang dia lakukan. Maka Baginda menjawab, "Sesiapa yang melakukan seperti itu dia akan dapat pahala 20 kali haji mabrur dan pahala puasa 20 tahun". 5. HADITH PALSU KELIMA Riwayat dari Aishah r.ha. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Allah s.w.t. turun pada malam Nisfu Sya'ban ke langit dunia. Dia mengampunkan begitu ramai orang, lebih banyak dari bulu kambing bani Kalb". [Nota: Hadith ini terdapat dalam kitab Imam at-Tirmizi, tetapi silapnya kita mengambil hadith ini tanpa menukilkan kata-kata Imam at-Tirmizi yang menyatakan Imam al-Bukhari menghukumkan hadith ini dhaif kerana terputusnya sanad di dua tempat] 6. HADITH DHAIF KEENAM - DOA BILA MASUK BULAN REJAB Hadith dhaif yang popular dan selalu disebut oleh imam-imam solat ketika masuknya bulan Rejab: اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ Maksudnya, “Ya Allah, Ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah (hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan". 7. RIWAYAT DHAIF DALAM KITAB AL-UMM (IMAM AS-SHAFIE) Imam as-Shafei menulis dalam Kitab al-Umm, "Sampai maklumat kepadaku (Nota: Gaya bahasa ini dinamakan riwayat secara 'balagh', iaitu salah satu cara meriwayatkan hadith dhaif) bahawa dikatakan doa mustajab ada pada lima malam, pertama, malam Jumaat, kedua, malam Adha, malam Fitri, malam pertama bulan Rejab dan malam Nisfu Sya'ban". [Nota: Riwayat Imam as-Shafie secara 'balagh' tidak diterima ulama' kerana ada kalanya ianya dhaif sangat (dhaif jiddan) atau palsu, tidak sebagaimana riwayat secara 'balagh' Imam Malik yang secara umumnya diterima]
Barakallah hufiikum, Semoga Allah merahmati Maulana Asri dan mereka yg terlibat. Sy dan keluarga sgt sygkn maulana.
Assalamualaikum Admin, mohon utk dapatkan nota kuliah. terima kasih
Waalaikumsalam...nota boleh di download, ada di ruangan description youtube ni
drive.google.com/file/d/0BzET5Dk4OHX-SExBNEg0dC10ZHM/view?resourcekey=0-lnGli-v2JhuP0GpZz7smkw
21 Nov 24☝️
21 Nov 24☝️
Alhamdulillah
(SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION RUclips) 4. HADITH PALSU KEEMPAT "Kelebihan Rejab daripada sekelian bulan yang lain seperti kelebihan al-Quran daripada sekelian zikir. Kelebihan bulan Syaaban daripada sekelian bulan yang lain seperti kelebihan Muhammad s.a.w. daripada sekelian nabi dan kelebihan bulan Ramadhan daripada sekelian bulan yang lain seperti kelebihan Allah daripada sekelian hamba-hamba-Nya". KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT i. Di dalam sanad hadith ini juga terdapat Abul Baraqat, seorang pereka hadith. ii. Hafiz Ibnu Hajar menghukumnya sebagai hadith maudhu' (palsu)
Jazakallahu Khairan Ustaz
181124
بارك الله لكم
(SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION RUclips) 3. HADITH PALSU KETIGA Rajab ialah bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Ditanya orang, "Wahai Rasulullah. Apakah maksudnya kata anda 'Rajab itu bulan Allah'?". Baginda s.a.w. menjawab, "Kerana ia dikhususkan dengan keampunan Allah. Padanya darah tidak ditumpahkan, padanya Allah menerima taubat para nabi-Nya dan padanya juga Allah menyelamatkan para kekasih-Nya daripada tangan musuh-musuh-Nya. Sesiapa berpuasa pada bulan itu dia pasti mendapat tiga perkara daripada Allah iaitu, pertama, keampunan bagi sekelian dosanya yang lalu, kedua, keterpeliharaannya di sepanjang hayat selagi masih hidup dan, ketiga, keamanan daripada kedahagaan pada hari mahsyar." Tiba-tiba bangkit seorang tua lalu berkata, "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku tidak mampu untuk berpuasa sepanjang bulan Rajab". Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, "Satu hari di permulaan bulan Rajab sesungguhnya satu kebajikan digandakan pahalanya 10 kali ganda. Satu hari di pertengahannya dan satu hari lagi di penghujungnya. Jika engkau berpuasa tiga hari sahaja daripadanya nescaya engkau akan diberikan pahala seperti berpuasa dii sepanjang bulan Rajab. Cuma jangan lupa malam pertama bulan Rajab itu kerana para malaikat menamakannya 'ar-Ragha'ib'. Pada malam itu tidak ada malaikat baik di langit maupun di bumi semuanya berkumpul di dalam kaabah dan di kawasan-kawasan sekelilingnya, maka Allah menjenguk pada mereka seraya berfirman, "Wahai para malaikat, mintalah kepada-Ku apa yang kamu mahu". Jawab malaikat, "Wahai tuhan kami, hajat kami kepada Mu ialah Engkau mengampunkan orang-orang yang berpuasa di bulan Rajab". Kata Allah, "Telah Ku terima permintaanmu". Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiada siapapun berpuasa pada hari Khamis pertama di bulan Rajab kemudian dia bersembahyang di antara sembahyang isya' dan maghrib malam Jumaatnya sebanyak 12 rakaat di mana dia membaca pada setiap rakaatnya Fatihatul kitab satu kali, Surah al-Qadr sebanyak tiga kali dan Surah al-Ikhlas sebanyak 12 kali. Ia memisahkan di antara setiap dua rakaat dengan salam. Setelah selesai bersembahyang dia berselawat kepadaku sebanyak 70 kali, dia mengucapkan "Allahummasoli ala Muhammad...". Kemudian dia bersujud. Di dalam sujudnya ia membaca "Subbu..." sebanyak 70 kali. Kemudian dia mengangkat kepalanya sambil membaca, "Rabbighfirli..." sebanyak 70 kali. Kemudian bersujud pula buat kali kedua. Dibacanya dalam sujud kedua itu seperti yang dibacanya dalam sujud pertama. Kemudian dia memohon hajatnya kepada Allah, hajatnya pasti akan ditunaikan. Kata Rasulullah s.a.w., "Demi tuhan yang nyawaku berada di tangan-Nya tiada seorangpun hamba (manusia) baik lelaki maupun perempuan yang mengerjakan sembahyang ini melainkan Allah mengampunkan segala dosanya walaupun ia sebanyak buih di laut dan sebanyak bilangan dedaun pada pokok-pokok. Ia dapat memberi syafaat pada hari kiamat nanti kepada 700 orang ahli keluarganya. Pada malam pertama di dalam kubur, penjaga sembahyang ini akan datang kepadanya dengan muka yang sangat cantik dan lidah yang sangat fasih. Ia berkata kepadanya, "Kekasihku, terimalah berita gembira bahawa engkau telahpun terlepas daripada segala kesukaran". Ia berkata: "Siapa engkau? Demi Allah tidak pernah ku lihat wajah yang lebih cantik daripada wajahmu. Tidak pernah ku dengar percakapan yang lebih manis daripada percakapanmu dan tidak pernah ku hidu bau wangi yang lebih wangi daripada baumu". Ia berkata kepadanya, "Wahai kekasihku. Akulah pahala sembahyang yang telah engkau kerjakan pada malam sekian di bulan sekian (malam Jumaat bulan Rajab). Malam ini aku datang untuk menunaikan hakmu, bermesra denganmu dan menghilangkan kesepianmu, meneduhkanmu di padang mahsyar. Terimalah berita gembira, kebaikan yang akan engkau terima dari tuhanmu tidak akan habis buat selama-lamanya". KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA i) Hadith ini dipercayai direka oleh Abu Jahbah. ii) Ulama' hadith ijma' mengatakan hadith solat Ragha'ib adalah palsu. iii) Walaupun hadith ini ada di dalam Ihya Ulumuddin, ianya tetap palsu. Imam al-Ghazali memang seorang yang tokoh tetapi beliau bukan ahli hadith. iv. Antara sebab mengapa ianya palsu, selain dari perawi yang tidak sahih, ialah, a) Solat ini dilakukan secara berjemaah (solat sunat berjemaah boleh dilakukan berjemaah hanya sekiranya ada petunjuk dari Nabi seperti solat tahajjud dan tarawih), b) adanya ketentuan membaca surah dengan bilangan tertentu (tidak ada hadith sahih yang menentukan bilangan surah dalam setiap rakaat solat), [Nota: Solat hajat yang umum dilakukan di tempat kita yang menyatakan bilangan tertentu surah dalam setiap rakaat tidak ada dalilnya dan menyalahi sunnah Nabi] c) terdapat dua sujud yang perlu dilakukan selepas salam ( ujud tanpa rukuk hanya ada dua, sujud tilawah dan sujud syukur) 4. HADITH PALSU KEEMPAT "Sesiapa bersembahyang pada malam Nisfu Syaaban sebanyak 12 rakaat, dia membaca pada setiap rakaat surah al-Ikhlas sebanyak 30 kali, dia tidak akan keluar (dari dunia ini) sebelum melihat tempatnya di syurga. Dia juga dapat memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya yang mana semua mereka sudah pasti masuk neraka". KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT i) Ibnu al-Jauzi mengatakan hadith ini maudhu' dan di dalam sanadnya terdapat beberapa perawi yang tidak dikenali (majhul). ii) Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith palsu (al-maudhuat)
❤❤❤
Barakallah fiikum... semoga dakwah sunnah terus bersinar...
Saya daripada Indonesia & minat sangat mengikuti ceramah Ustaz Ahmad Iqram pasal ajaran-ajaran sesat di luar Islam. Nak bagi cerita sikit. Di Indonesia, khususnya di beberapa daerah, terdapat banyak sangat organisasi masyarakat Islam, seperti NU, Muhammadiyah, dan lainnya. Ketika bermunculan ajaran sesat yang bercanggah dgn Islam, organisasi Islam di Indonesia bersama masyarakat di daerah bersama-sama menuntut pemerintah, termasuk Kementerian Agama hingga Majelis Ulama Indonesia untuk segera ambil tindakan, termasuk buat laporan polis. Kami memberi tuntutan untuk segera membubarkan kultus-kultus sesat tersebut. Alhamdulillah, ikhtiar yang kami di sini lakukan berakhir dgn keberhasilan, iaitu pembubaran dan pelarangan kultus sesat untuk sebar ajaran mereka di tengah umat Islam. Sampai hari ini, sangat jarang di Indonesia muncul ajaran sesat baru. Kalau pun ada, umurnya tidak lama karena masyarakat di Indonesia segera bereaksi atas ajaran sesat itu. Salam untuk Ustaz Ahmad Iqram daripada Indonesia. Jangan letih dalam menyuarakan kebenaran pasal Islam. 🇮🇩🇲🇾🇵🇸
الحمد لله على نعمتك
𝗠𝗮𝘂𝗹𝗮𝗻𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝘁𝗶 👍🏼👍🏼
0:49 Syeikh Fahmi ZamZam
14 Nov 24☝️
Saya mula ikuti maulana semasa pencarian saya tengang syiah... sampai hari ni saya masih bersama maulana di alam maya...terima kasih maulana
10 Nov 24☝️
10 Nov 24☝️
(SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION RUclips) CONTOH-CONTOH HADITH PALSU 2. HADITH PALSU KEDUA "Sesiapa mengerjakan empat rakaat solat pada malam Ahad, ia membaca pada setiap rakaatnya Fatihatul kitab dan 15 kali Qulhuwallahu Ahad, Allah akan memberikan kepadanya pada hari kiamat nanti pahala orang yang membaca al-Quran sebanyak 10 kali dan pahala orang yang beramal dengan kandungan al-Quran. Pada hari kiamat nanti dia akan keluar dari kuburnya dalam keadaan wajahnya seperti bulan pada malam purnama. Allah akan memberi kepadanya dengan setiap rakaat (rakaat yang telah dikerjakannya) seribu bandar dari mutiara. Dalam setiap bandar ada seribu istana dari zabarjad. Dalam setiap istana ada seribu rumah daripada yakut. Dalam setiap rumah ada bilik besar daripada kasturi. Dalam setiap bilik besar itu pula ada seribu katil. Di atas setiap katil ada seorang bidadari. Dan di hadapan setiap bidadari pula ada seribu dayang dan seribu pelayan." [Hadith ini terdapat dalam kitab-kitab "al-maudhuat" Ibnu al-Jauzi, as-Suyuti dan Ibnu Qayyim dan juga di dalam kitab Ihya Ulumuddin] KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA i. Hadith ini palsu dan di dalamnya ada beberapa orang perawi "majhul" (tidak dikenali). ii. Ibnu al-Jauzi mengatakan sanadnya "gelap". 3. HADITH PALSU KETIGA Sesiapa bersembahyang pada hari Rabu dua belas rakaat ketika matahari sudah naik agak tinggi di mana dia membaca setiap rakaat Fatihatul kitab satu kali, ayat al-Kursi, Qulhuwallahu Ahad (Surah al-Ikhlas) tiga kali dan al-Mu'awwizatain tiga kali nescaya berserulah malaikat di sisi arasy, "Wahai hamba Allah, mulakanlah semula amalanmu, kerana Allah telah mengampunkan dosamu yang lalu. Allah juga mengangkat azab kubur, kesempitan kubur dan kegelapannya daripadamu. Allah juga mengangkat kesukaran-kesukaran pada hari kiamat daripadamu. Dan diangkatkan baginya pada hari itu amalan seseorang nabi". [Hadith ini terdapat di dalam Ihya Ulumiddin dan kitab karangan Sheikh Abdul Qadir al-Jilani] KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA al-Iraqi (ulama' yang men"takhrij" kitab Ihya Ulumuddin) mengatakan ianya hadith "murakkab" (hadith yang direka-reka sanadnya). 4. HADITH PALSU KEEMPAT "Sesiapa mengerjakan dua rakaat solat pada hari Selasa di antara solat Zohor dan Asar di mana dia membaca di dalam rakaat pertamanya Fatihatul kitab (surah al-Fatihah) dan ayat al-Kursi seratus kali, dalam rakaat kedua pula ia membaca Fatihahul kitab dan Qulhuwallah (Surah al-Ikhlas) seratus kali dan berselawat pula kepada Muhammad seratus kali, Allah mengurniakan kepadanya pahala orang yang berpuasa bulan Rajab, Syaaban dan Ramadhan. Ia juga mendapat pahala seperti orang yang mengerjakan haji ke Baitillah. Ditulis juga baginya kebajikan sebanyak bilangan orang yang beriman kepada Allah s.w.t. dan bertawakkal kepada-Nya." [Hadith ini ada dalam kitab karangan Sheikh Abdul Qadir al-Jilani] KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT al-Iraqi berkata hadith ini mempunyai sanad yang lemah.
Kita harap Darulkautsar mengekal arkib rakaman kuliah-kuliah Maulana Asri Yusoff yang sejak awal hingga momen amanat ini. Pada sisi saya dan masyarakat awam mengikuti kuliah dan kajian-kajian Maulana Asri melalui rakaman-rakaman online dan karya-karya beliau yang ada dalam pasaran. Beliau ini kami kenali sebagai sosok pendakwah yang lantang menyampaikan kefahaman as-Sunnah dan menentang pengaruh Syi'ah. Kepada Maulana Asri, terima kasih atas kuliah-kuliah yang disampai dalam simpanan RUclips, ditonton ramai pengguna awam. Moga usaha Maulana konsisten menulis dan berkarya untuk manfaat masyarakat baik dalam bentuk buku, blog dan apa saja platform penyampaian idea. Moga dalam tempoh terkemudian akan muncul generasi penyambung usaha dakwah Maulana Asri bagi memastikan lanjutan dan refreshment pengetahuan dan kesedaran dalam masyarakat untuk menekuni ajaran as-Sunnah dan intisari Islam dalam kehidupan.
@@neutneut1355 InsyaAllah kami akan terus menerbitkan video-video Maulana yang ada dalam simpanan tetapi belum pernah disiarkan kepada umum, juga memproses video-video lama dalam format dan presentation baru. Doakan agar hasrat ini tercapai.
Kesian pada umat Islam mlayu aswaja sebab x tahun apa g diorg akan diprtggungjawabkan depan Allah nanti diatas tiduhan n cercaan keatas Muhammad abd wahab sebab peeangi kuburiyun n syiah apakah kaitan aswaja n syiah sebab bersama perangi n tolak wahabi.?
Tak mungkin hadis2 pelik ni sahih. Seperti menyusahkan umat islam dgn hadis2 palsu ni
@@mohddzulhaidykhalil4273 Ada dalam kitab, termasuk Ihya' Ulumiddin...kalau tidak diperingatkan mungkin ada orang yang amal dan berdalilkan hadith palsu ini
6 Nov 24☝️
Asbab mencari apakah Syiah, maka ambo bertemu dgn video MMAYx silap tgn 2008, dari situ mula mengenal Syiah dari segi aqidah. D situ bermula ambo mengikuti KULIAH MMAY sampai lh skrg.. Teramat byk ambo sekeluarga mengambil manfaat ilmu dgn Al Fadhil Dr MMAY❤❤❤. Sgguh ambo sgt2 bertuah dpt mengikuti kuliah MMAY. Betul sgguh pesan seseorg kpd ambo, ikutlh MMAY selagi mampu. Maka ambo berjanji dgn seorg SAHABAT (Pk Aid) bhw kita tidak akn berundur selagi MMAY tidak berundur.. Selama hayat ini ambo dptlh mengikut kuliah MMAY Sahih Bukhari d iPaksi, Tafsir Quran bil Quran d Darul Kautsar, kuliah on9 d Teratak Hadits dan byk lg klas klas lain.. Nyata pula saat ini MMAY mengambil keputusan ini sgguh terkejut, tumpah air mata ini mengenangknkan MMAY tidak mengajar kami lg😢😢😢. Setelah itu mendgr pula amanat akhir Maulana d iPaksi... Ya Allah aku redha demi hasrat Maulana ini.. In Shaa Allah kami akn tggu kitab kitab maulana akan.. Ya Allah sihat dan afiatknlh Maulana supaya dgn itu dpt menghabiskan penulisan demi umat ini❤❤❤❤❤
Sy suka maulana bestt😊😊😊
(SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION RUclips) 2. HADITH PALSU KEDUA "Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Sabtu akan keluar daripadanya penyakit dan akan masuk ke dalamnya penawar. Pada hari Ahad akan keluar daripadanya kepapaan dan dia akan dimasuki kekayaan. Pada hari Isnin akan keluar daripadanya kegilaan dan dia akan dimasuki kesihatan. Pada hari Selasa akan keluar daripadanya penyakit dan dia akan dimasuki penawar. Pada hari Rabu akan keluar daripadanya was-was dan ketakutan dan dia akan dimasuki keamanan dan penawar. Pada hari Khamis akan keluar daripadanya penyakit kusta dan dia akan dimasuki afiat dan pada hari Jumaat pula dia akan dimasuki rahmat dan dosa-dosa akan keluar daripadanya." KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA i. Ibnu Jauzi mengatakan hadith ini adalah hadith maudhu' yang paling teruk dan dahsyat. ii. Imam-imam hadith dan rijal seperti Imam Muslim, Abu Hatim, an-Nasaei dan ad-Daruqutni mengatakan perawi-perawinya terdiri dari pereka hadith dan majhul (tidak dikenali). Imam al-Bukhari dan Imam Ahmad mengatakan perawinya adalah 'munkarul hadith'. 3. HADITH PALSU KETIGA "Sesiapa memotong kukunya pada hari Jumaat sebelum solat, Allah akan mengeluarkan daripadanya segala penyakit dan memasukkan sebagai gantinya penawar dan rahmat." KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA i. Tiada kelebihan apa-apa memotong kuku pada hari Jumaat atau lain-lain hari. ii. Perawi dalam hadith ini, Talhah ialah perawi 'matruk' yang dituduh mereka hadith. "HADITH" PALSU YANG HAMPIR SAMA MAKSUDNYA "Sesiapa memotong kukunya pada hari Jumaat dia akan terpelihara daripada keburukan sehingga hari Jumaat berikutnya". Hadith ini diriwayatkan secara bersendirian (tafarrud) oleh Ahmad bin Thabit Farhawaih ar-Razi, seorang pendusta besar.
Maulana antara yg terawal mngetenghkn mngajar sunan siitah atau tis'ah kpd org awam (1985-1986) , dikala ramai ust2 kata tak sesuai utk org awam, org awam ni hnya arbain nawawiyah, riyadussolihin , mutakhir ni dh ada bulughul maram , skrg dh mula ramai piihak ajar kitab2 sunan sittah atau tisa'ah terutama sahih bukhari kpd org awam, dulu nk cari pngajian sunan sittah mereka yg masuk dauratul hadis jer, ...klu tak silp saya maulana dh khatamkn syarah bukhari dan muslim utk org awam di masjid di kelantan , mungkin sunan abu dawud dan jami' tirmidzi dh 2/3 berlngsung , saya selalu doa at least maulana pnjang umur utk selesaikn syarah kesemua sunan sittah /tisaah utk org awam mcm syeikh abdul muhsin al-abbad khatamkn kesemua syarahn sunan sittah di masjid nabawi yg mngambil masa lbh 40thn (* yg dimksudkn selesai syarahvtu utk org awam , adapun utk student darul kautsar tu biasa dh kelaximn msulana) , apapun alasan maulana logik, penulisan lbh pnting , klu tak silp syarah bukhari dua jilid dh dicetak syarahn maulana.... * teringat ust shamsuri yg mula2 mngajar bahrul mazi syeikh idris almarbawi, masa mula2 mngajar (yg first ajar bahrul mazi utk org awam) mcm2 lh respon ust zamn tu, skrg dh lbh 30thn berlngsung ..., dh nk khatam dh , brp puluh jilid tu, bgtu juga tafsir nurul ehsan... **Bgtu juga dgn usaha dr zulkifli albakri terjemahkn sahih bukhari secara lengkap..sewaktu mnjawat menteri agama .....
Elok la berehat cari diri sendiri pula