(SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION RUclips) 3. HADITH PALSU KETIGA Rajab ialah bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Ditanya orang, "Wahai Rasulullah. Apakah maksudnya kata anda 'Rajab itu bulan Allah'?". Baginda s.a.w. menjawab, "Kerana ia dikhususkan dengan keampunan Allah. Padanya darah tidak ditumpahkan, padanya Allah menerima taubat para nabi-Nya dan padanya juga Allah menyelamatkan para kekasih-Nya daripada tangan musuh-musuh-Nya. Sesiapa berpuasa pada bulan itu dia pasti mendapat tiga perkara daripada Allah iaitu, pertama, keampunan bagi sekelian dosanya yang lalu, kedua, keterpeliharaannya di sepanjang hayat selagi masih hidup dan, ketiga, keamanan daripada kedahagaan pada hari mahsyar." Tiba-tiba bangkit seorang tua lalu berkata, "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku tidak mampu untuk berpuasa sepanjang bulan Rajab". Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, "Satu hari di permulaan bulan Rajab sesungguhnya satu kebajikan digandakan pahalanya 10 kali ganda. Satu hari di pertengahannya dan satu hari lagi di penghujungnya. Jika engkau berpuasa tiga hari sahaja daripadanya nescaya engkau akan diberikan pahala seperti berpuasa dii sepanjang bulan Rajab. Cuma jangan lupa malam pertama bulan Rajab itu kerana para malaikat menamakannya 'ar-Ragha'ib'. Pada malam itu tidak ada malaikat baik di langit maupun di bumi semuanya berkumpul di dalam kaabah dan di kawasan-kawasan sekelilingnya, maka Allah menjenguk pada mereka seraya berfirman, "Wahai para malaikat, mintalah kepada-Ku apa yang kamu mahu". Jawab malaikat, "Wahai tuhan kami, hajat kami kepada Mu ialah Engkau mengampunkan orang-orang yang berpuasa di bulan Rajab". Kata Allah, "Telah Ku terima permintaanmu". Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiada siapapun berpuasa pada hari Khamis pertama di bulan Rajab kemudian dia bersembahyang di antara sembahyang isya' dan maghrib malam Jumaatnya sebanyak 12 rakaat di mana dia membaca pada setiap rakaatnya Fatihatul kitab satu kali, Surah al-Qadr sebanyak tiga kali dan Surah al-Ikhlas sebanyak 12 kali. Ia memisahkan di antara setiap dua rakaat dengan salam. Setelah selesai bersembahyang dia berselawat kepadaku sebanyak 70 kali, dia mengucapkan "Allahummasoli ala Muhammad...". Kemudian dia bersujud. Di dalam sujudnya ia membaca "Subbu..." sebanyak 70 kali. Kemudian dia mengangkat kepalanya sambil membaca, "Rabbighfirli..." sebanyak 70 kali. Kemudian bersujud pula buat kali kedua. Dibacanya dalam sujud kedua itu seperti yang dibacanya dalam sujud pertama. Kemudian dia memohon hajatnya kepada Allah, hajatnya pasti akan ditunaikan. Kata Rasulullah s.a.w., "Demi tuhan yang nyawaku berada di tangan-Nya tiada seorangpun hamba (manusia) baik lelaki maupun perempuan yang mengerjakan sembahyang ini melainkan Allah mengampunkan segala dosanya walaupun ia sebanyak buih di laut dan sebanyak bilangan dedaun pada pokok-pokok. Ia dapat memberi syafaat pada hari kiamat nanti kepada 700 orang ahli keluarganya. Pada malam pertama di dalam kubur, penjaga sembahyang ini akan datang kepadanya dengan muka yang sangat cantik dan lidah yang sangat fasih. Ia berkata kepadanya, "Kekasihku, terimalah berita gembira bahawa engkau telahpun terlepas daripada segala kesukaran". Ia berkata: "Siapa engkau? Demi Allah tidak pernah ku lihat wajah yang lebih cantik daripada wajahmu. Tidak pernah ku dengar percakapan yang lebih manis daripada percakapanmu dan tidak pernah ku hidu bau wangi yang lebih wangi daripada baumu". Ia berkata kepadanya, "Wahai kekasihku. Akulah pahala sembahyang yang telah engkau kerjakan pada malam sekian di bulan sekian (malam Jumaat bulan Rajab). Malam ini aku datang untuk menunaikan hakmu, bermesra denganmu dan menghilangkan kesepianmu, meneduhkanmu di padang mahsyar. Terimalah berita gembira, kebaikan yang akan engkau terima dari tuhanmu tidak akan habis buat selama-lamanya". KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA i) Hadith ini dipercayai direka oleh Abu Jahbah. ii) Ulama' hadith ijma' mengatakan hadith solat Ragha'ib adalah palsu. iii) Walaupun hadith ini ada di dalam Ihya Ulumuddin, ianya tetap palsu. Imam al-Ghazali memang seorang yang tokoh tetapi beliau bukan ahli hadith. iv. Antara sebab mengapa ianya palsu, selain dari perawi yang tidak sahih, ialah, a) Solat ini dilakukan secara berjemaah (solat sunat berjemaah boleh dilakukan berjemaah hanya sekiranya ada petunjuk dari Nabi seperti solat tahajjud dan tarawih), b) adanya ketentuan membaca surah dengan bilangan tertentu (tidak ada hadith sahih yang menentukan bilangan surah dalam setiap rakaat solat), [Nota: Solat hajat yang umum dilakukan di tempat kita yang menyatakan bilangan tertentu surah dalam setiap rakaat tidak ada dalilnya dan menyalahi sunnah Nabi] c) terdapat dua sujud yang perlu dilakukan selepas salam ( ujud tanpa rukuk hanya ada dua, sujud tilawah dan sujud syukur) 4. HADITH PALSU KEEMPAT "Sesiapa bersembahyang pada malam Nisfu Syaaban sebanyak 12 rakaat, dia membaca pada setiap rakaat surah al-Ikhlas sebanyak 30 kali, dia tidak akan keluar (dari dunia ini) sebelum melihat tempatnya di syurga. Dia juga dapat memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya yang mana semua mereka sudah pasti masuk neraka". KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT i) Ibnu al-Jauzi mengatakan hadith ini maudhu' dan di dalam sanadnya terdapat beberapa perawi yang tidak dikenali (majhul). ii) Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith palsu (al-maudhuat)
(SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION RUclips)
3. HADITH PALSU KETIGA
Rajab ialah bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Ditanya orang, "Wahai Rasulullah. Apakah maksudnya kata anda 'Rajab itu bulan Allah'?". Baginda s.a.w. menjawab, "Kerana ia dikhususkan dengan keampunan Allah. Padanya darah tidak ditumpahkan, padanya Allah menerima taubat para nabi-Nya dan padanya juga Allah menyelamatkan para kekasih-Nya daripada tangan musuh-musuh-Nya. Sesiapa berpuasa pada bulan itu dia pasti mendapat tiga perkara daripada Allah iaitu, pertama, keampunan bagi sekelian dosanya yang lalu, kedua, keterpeliharaannya di sepanjang hayat selagi masih hidup dan, ketiga, keamanan daripada kedahagaan pada hari mahsyar." Tiba-tiba bangkit seorang tua lalu berkata, "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku tidak mampu untuk berpuasa sepanjang bulan Rajab". Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, "Satu hari di permulaan bulan Rajab sesungguhnya satu kebajikan digandakan pahalanya 10 kali ganda. Satu hari di pertengahannya dan satu hari lagi di penghujungnya. Jika engkau berpuasa tiga hari sahaja daripadanya nescaya engkau akan diberikan pahala seperti berpuasa dii sepanjang bulan Rajab. Cuma jangan lupa malam pertama bulan Rajab itu kerana para malaikat menamakannya 'ar-Ragha'ib'. Pada malam itu tidak ada malaikat baik di langit maupun di bumi semuanya berkumpul di dalam kaabah dan di kawasan-kawasan sekelilingnya, maka Allah menjenguk pada mereka seraya berfirman, "Wahai para malaikat, mintalah kepada-Ku apa yang kamu mahu". Jawab malaikat, "Wahai tuhan kami, hajat kami kepada Mu ialah Engkau mengampunkan orang-orang yang berpuasa di bulan Rajab". Kata Allah, "Telah Ku terima permintaanmu". Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiada siapapun berpuasa pada hari Khamis pertama di bulan Rajab kemudian dia bersembahyang di antara sembahyang isya' dan maghrib malam Jumaatnya sebanyak 12 rakaat di mana dia membaca pada setiap rakaatnya Fatihatul kitab satu kali, Surah al-Qadr sebanyak tiga kali dan Surah al-Ikhlas sebanyak 12 kali. Ia memisahkan di antara setiap dua rakaat dengan salam. Setelah selesai bersembahyang dia berselawat kepadaku sebanyak 70 kali, dia mengucapkan "Allahummasoli ala Muhammad...". Kemudian dia bersujud. Di dalam sujudnya ia membaca "Subbu..." sebanyak 70 kali. Kemudian dia mengangkat kepalanya sambil membaca, "Rabbighfirli..." sebanyak 70 kali. Kemudian bersujud pula buat kali kedua. Dibacanya dalam sujud kedua itu seperti yang dibacanya dalam sujud pertama. Kemudian dia memohon hajatnya kepada Allah, hajatnya pasti akan ditunaikan.
Kata Rasulullah s.a.w., "Demi tuhan yang nyawaku berada di tangan-Nya tiada seorangpun hamba (manusia) baik lelaki maupun perempuan yang mengerjakan sembahyang ini melainkan Allah mengampunkan segala dosanya walaupun ia sebanyak buih di laut dan sebanyak bilangan dedaun pada pokok-pokok. Ia dapat memberi syafaat pada hari kiamat nanti kepada 700 orang ahli keluarganya. Pada malam pertama di dalam kubur, penjaga sembahyang ini akan datang kepadanya dengan muka yang sangat cantik dan lidah yang sangat fasih. Ia berkata kepadanya, "Kekasihku, terimalah berita gembira bahawa engkau telahpun terlepas daripada segala kesukaran". Ia berkata: "Siapa engkau? Demi Allah tidak pernah ku lihat wajah yang lebih cantik daripada wajahmu. Tidak pernah ku dengar percakapan yang lebih manis daripada percakapanmu dan tidak pernah ku hidu bau wangi yang lebih wangi daripada baumu". Ia berkata kepadanya, "Wahai kekasihku. Akulah pahala sembahyang yang telah engkau kerjakan pada malam sekian di bulan sekian (malam Jumaat bulan Rajab). Malam ini aku datang untuk menunaikan hakmu, bermesra denganmu dan menghilangkan kesepianmu, meneduhkanmu di padang mahsyar. Terimalah berita gembira, kebaikan yang akan engkau terima dari tuhanmu tidak akan habis buat selama-lamanya".
KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA
i) Hadith ini dipercayai direka oleh Abu Jahbah.
ii) Ulama' hadith ijma' mengatakan hadith solat Ragha'ib adalah palsu.
iii) Walaupun hadith ini ada di dalam Ihya Ulumuddin, ianya tetap palsu. Imam al-Ghazali memang seorang yang tokoh tetapi beliau bukan ahli hadith.
iv. Antara sebab mengapa ianya palsu, selain dari perawi yang tidak sahih, ialah,
a) Solat ini dilakukan secara berjemaah (solat sunat berjemaah boleh dilakukan berjemaah hanya sekiranya ada petunjuk dari Nabi seperti solat tahajjud dan tarawih),
b) adanya ketentuan membaca surah dengan bilangan tertentu (tidak ada hadith sahih yang menentukan bilangan surah dalam setiap rakaat solat), [Nota: Solat hajat yang umum dilakukan di tempat kita yang menyatakan bilangan tertentu surah dalam setiap rakaat tidak ada dalilnya dan menyalahi sunnah Nabi]
c) terdapat dua sujud yang perlu dilakukan selepas salam ( ujud tanpa rukuk hanya ada dua, sujud tilawah dan sujud syukur)
4. HADITH PALSU KEEMPAT
"Sesiapa bersembahyang pada malam Nisfu Syaaban sebanyak 12 rakaat, dia membaca pada setiap rakaat surah al-Ikhlas sebanyak 30 kali, dia tidak akan keluar (dari dunia ini) sebelum melihat tempatnya di syurga. Dia juga dapat memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya yang mana semua mereka sudah pasti masuk neraka".
KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT
i) Ibnu al-Jauzi mengatakan hadith ini maudhu' dan di dalam sanadnya terdapat beberapa perawi yang tidak dikenali (majhul).
ii) Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith palsu (al-maudhuat)