(SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION RUclips) 3. 00:06:07 HADITH PALSU KETIGA Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila tiba tahun 150, maka sebaik-baik anak-anakmu ialah anak-anak perempuan. Apabila tiba tahun 160 pula, maka manusia yang terbaik pada masa itu ialah yang tiada tanggungan". Kami bertanya, "Apakah maksud, 'manusia yang tiada tanggungan' itu?". Jawab Nabi s.a.w., "Iaitu orang yang tidak mempunyai anak, tidak banyak pula perbelanjaannya (orang miskin)". KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA i. Ibnu Jauzi berkata hadith ini tiada nilai langsung. ii. Tujuan pereka hadith ini ialah untuk melemahkan umat Islam seperti menggalakkan umatnya hidup miskin dan hidup sendirian tanpa tanggungjawab. Walaupun ianya tidak diendahkan oleh masyarakat umum, hadith palsu ini mungkin mempengaruhi mereka yang jahil tentang hadith Nabi dan menganggapnya sahih. 4. 00:08:05 HADITH PALSU KEEMPAT "Apabila tiba tahun 380, kepada umatku, halallah kepada mereka hidup membujang dan bertapa di atas puncak-puncak gunung". KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT i. Hadith ini dimasukkan dalam kitab 'al-maudhuat', kitab-kitab yang mengumpulkan hadith palsu. ii. Di dalam sanadnya ada perawi bernama Sulaiman bin Isa, seorang pereka hadith. iii. Hadith ini menggambarkan bahawa berkahwin adalah wajib sebelum tahun 380H dan ia juga menggalakkan amalan bertapa di kalangan umat Islam. iv. Ada hadith sahih tentang fitnah di akhir zaman, tetapi ianya tidak menyatakan tarikh berlakunya dengan tepat dan tidak menyatakan amalan bertapa.
(SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION RUclips)
3. 00:06:07 HADITH PALSU KETIGA
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila tiba tahun 150, maka sebaik-baik anak-anakmu ialah anak-anak perempuan. Apabila tiba tahun 160 pula, maka manusia yang terbaik pada masa itu ialah yang tiada tanggungan". Kami bertanya, "Apakah maksud, 'manusia yang tiada tanggungan' itu?". Jawab Nabi s.a.w., "Iaitu orang yang tidak mempunyai anak, tidak banyak pula perbelanjaannya (orang miskin)".
KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA
i. Ibnu Jauzi berkata hadith ini tiada nilai langsung.
ii. Tujuan pereka hadith ini ialah untuk melemahkan umat Islam seperti menggalakkan umatnya hidup miskin dan hidup sendirian tanpa tanggungjawab. Walaupun ianya tidak diendahkan oleh masyarakat umum, hadith palsu ini mungkin mempengaruhi mereka yang jahil tentang hadith Nabi dan menganggapnya sahih.
4. 00:08:05 HADITH PALSU KEEMPAT
"Apabila tiba tahun 380, kepada umatku, halallah kepada mereka hidup membujang dan bertapa di atas puncak-puncak gunung".
KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT
i. Hadith ini dimasukkan dalam kitab 'al-maudhuat', kitab-kitab yang mengumpulkan hadith palsu.
ii. Di dalam sanadnya ada perawi bernama Sulaiman bin Isa, seorang pereka hadith.
iii. Hadith ini menggambarkan bahawa berkahwin adalah wajib sebelum tahun 380H dan ia juga menggalakkan amalan bertapa di kalangan umat Islam.
iv. Ada hadith sahih tentang fitnah di akhir zaman, tetapi ianya tidak menyatakan tarikh berlakunya dengan tepat dan tidak menyatakan amalan bertapa.