(SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION RUclips) CONTOH-CONTOH HADITH PALSU 2. HADITH PALSU KEDUA "Sesiapa mengerjakan empat rakaat solat pada malam Ahad, ia membaca pada setiap rakaatnya Fatihatul kitab dan 15 kali Qulhuwallahu Ahad, Allah akan memberikan kepadanya pada hari kiamat nanti pahala orang yang membaca al-Quran sebanyak 10 kali dan pahala orang yang beramal dengan kandungan al-Quran. Pada hari kiamat nanti dia akan keluar dari kuburnya dalam keadaan wajahnya seperti bulan pada malam purnama. Allah akan memberi kepadanya dengan setiap rakaat (rakaat yang telah dikerjakannya) seribu bandar dari mutiara. Dalam setiap bandar ada seribu istana dari zabarjad. Dalam setiap istana ada seribu rumah daripada yakut. Dalam setiap rumah ada bilik besar daripada kasturi. Dalam setiap bilik besar itu pula ada seribu katil. Di atas setiap katil ada seorang bidadari. Dan di hadapan setiap bidadari pula ada seribu dayang dan seribu pelayan." [Hadith ini terdapat dalam kitab-kitab "al-maudhuat" Ibnu al-Jauzi, as-Suyuti dan Ibnu Qayyim dan juga di dalam kitab Ihya Ulumuddin] KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA i. Hadith ini palsu dan di dalamnya ada beberapa orang perawi "majhul" (tidak dikenali). ii. Ibnu al-Jauzi mengatakan sanadnya "gelap". 3. HADITH PALSU KETIGA Sesiapa bersembahyang pada hari Rabu dua belas rakaat ketika matahari sudah naik agak tinggi di mana dia membaca setiap rakaat Fatihatul kitab satu kali, ayat al-Kursi, Qulhuwallahu Ahad (Surah al-Ikhlas) tiga kali dan al-Mu'awwizatain tiga kali nescaya berserulah malaikat di sisi arasy, "Wahai hamba Allah, mulakanlah semula amalanmu, kerana Allah telah mengampunkan dosamu yang lalu. Allah juga mengangkat azab kubur, kesempitan kubur dan kegelapannya daripadamu. Allah juga mengangkat kesukaran-kesukaran pada hari kiamat daripadamu. Dan diangkatkan baginya pada hari itu amalan seseorang nabi". [Hadith ini terdapat di dalam Ihya Ulumiddin dan kitab karangan Sheikh Abdul Qadir al-Jilani] KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA al-Iraqi (ulama' yang men"takhrij" kitab Ihya Ulumuddin) mengatakan ianya hadith "murakkab" (hadith yang direka-reka sanadnya). 4. HADITH PALSU KEEMPAT "Sesiapa mengerjakan dua rakaat solat pada hari Selasa di antara solat Zohor dan Asar di mana dia membaca di dalam rakaat pertamanya Fatihatul kitab (surah al-Fatihah) dan ayat al-Kursi seratus kali, dalam rakaat kedua pula ia membaca Fatihahul kitab dan Qulhuwallah (Surah al-Ikhlas) seratus kali dan berselawat pula kepada Muhammad seratus kali, Allah mengurniakan kepadanya pahala orang yang berpuasa bulan Rajab, Syaaban dan Ramadhan. Ia juga mendapat pahala seperti orang yang mengerjakan haji ke Baitillah. Ditulis juga baginya kebajikan sebanyak bilangan orang yang beriman kepada Allah s.w.t. dan bertawakkal kepada-Nya." [Hadith ini ada dalam kitab karangan Sheikh Abdul Qadir al-Jilani] KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT al-Iraqi berkata hadith ini mempunyai sanad yang lemah.
(SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION RUclips)
CONTOH-CONTOH HADITH PALSU
2. HADITH PALSU KEDUA
"Sesiapa mengerjakan empat rakaat solat pada malam Ahad, ia membaca pada setiap rakaatnya Fatihatul kitab dan 15 kali Qulhuwallahu Ahad, Allah akan memberikan kepadanya pada hari kiamat nanti pahala orang yang membaca al-Quran sebanyak 10 kali dan pahala orang yang beramal dengan kandungan al-Quran. Pada hari kiamat nanti dia akan keluar dari kuburnya dalam keadaan wajahnya seperti bulan pada malam purnama. Allah akan memberi kepadanya dengan setiap rakaat (rakaat yang telah dikerjakannya) seribu bandar dari mutiara. Dalam setiap bandar ada seribu istana dari zabarjad. Dalam setiap istana ada seribu rumah daripada yakut. Dalam setiap rumah ada bilik besar daripada kasturi. Dalam setiap bilik besar itu pula ada seribu katil. Di atas setiap katil ada seorang bidadari. Dan di hadapan setiap bidadari pula ada seribu dayang dan seribu pelayan." [Hadith ini terdapat dalam kitab-kitab "al-maudhuat" Ibnu al-Jauzi, as-Suyuti dan Ibnu Qayyim dan juga di dalam kitab Ihya Ulumuddin]
KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA
i. Hadith ini palsu dan di dalamnya ada beberapa orang perawi "majhul" (tidak dikenali). ii. Ibnu al-Jauzi mengatakan sanadnya "gelap".
3. HADITH PALSU KETIGA
Sesiapa bersembahyang pada hari Rabu dua belas rakaat ketika matahari sudah naik agak tinggi di mana dia membaca setiap rakaat Fatihatul kitab satu kali, ayat al-Kursi, Qulhuwallahu Ahad (Surah al-Ikhlas) tiga kali dan al-Mu'awwizatain tiga kali nescaya berserulah malaikat di sisi arasy, "Wahai hamba Allah, mulakanlah semula amalanmu, kerana Allah telah mengampunkan dosamu yang lalu. Allah juga mengangkat azab kubur, kesempitan kubur dan kegelapannya daripadamu. Allah juga mengangkat kesukaran-kesukaran pada hari kiamat daripadamu. Dan diangkatkan baginya pada hari itu amalan seseorang nabi". [Hadith ini terdapat di dalam Ihya Ulumiddin dan kitab karangan Sheikh Abdul Qadir al-Jilani]
KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA
al-Iraqi (ulama' yang men"takhrij" kitab Ihya Ulumuddin) mengatakan ianya hadith "murakkab" (hadith yang direka-reka sanadnya).
4. HADITH PALSU KEEMPAT
"Sesiapa mengerjakan dua rakaat solat pada hari Selasa di antara solat Zohor dan Asar di mana dia membaca di dalam rakaat pertamanya Fatihatul kitab (surah al-Fatihah) dan ayat al-Kursi seratus kali, dalam rakaat kedua pula ia membaca Fatihahul kitab dan Qulhuwallah (Surah al-Ikhlas) seratus kali dan berselawat pula kepada Muhammad seratus kali, Allah mengurniakan kepadanya pahala orang yang berpuasa bulan Rajab, Syaaban dan Ramadhan. Ia juga mendapat pahala seperti orang yang mengerjakan haji ke Baitillah. Ditulis juga baginya kebajikan sebanyak bilangan orang yang beriman kepada Allah s.w.t. dan bertawakkal kepada-Nya."
[Hadith ini ada dalam kitab karangan Sheikh Abdul Qadir al-Jilani]
KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT
al-Iraqi berkata hadith ini mempunyai sanad yang lemah.
10 Nov 24☝️