Mengingati Rustam Sani: Pergulatan Seorang Nasionalis Malaysia | Melawan Lupa

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 12 сен 2024
  • Seorang sarjana, intelektual awam dan pemikir politik yang berada dalam kelasnya tersendiri, Rustam A. Sani telah pergi meninggalkan kita pada hari ini, 13 tahun yang lalu. Pemergiannya pada usia yang boleh dikira muda, mengejutkan ramai orang terutamanya mereka yang rapat mengikuti wacana sains sosial di Malaysia.
    Dari buah fikirnya, terhasil rencana, makalah serta buku yang membincangkan persoalan penting buat masyarakat Malaysia amnya dan orang Melayu khususnya. Polemik "Melayu Baru" suatu ketika dulu telah diracik dengan lebih halus oleh Rustam dalam penulisan beliau untuk memberikannya suatu nafas yang lebih segar dalam konteks Malaysia yang majmuk. Dari ketajaman fikiran Rustam juga telah lahir idea 'bangsa idaman' menerusi konsep Bangsa Malaysia yang menjadi teras kepada Wawasan 2020. Beberapa gagasan penting lain seputar persoalan nasional turut dinukilkan oleh Rustam dalam teks-teks beliau dan beliau jugalah sosok yang gencar menganjurkan suatu takrif baharu nasionalisme Malaysia yang dikembang dari nasionalisme Melayu.
    Dalam peringatan ini, Prof Jomo Kwame Sundaram dan anak perempuan Rustam, Puan Ariani telah berkongsikan sisi-sisi Rustam yang jarang diperlihatkan kepada khalayak, dan anekdot kehidupan seorang sarjana besar yang pernah menabur daya fikir dan usaha tenaga yang luhur untuk sebuah cita-cita melahirkan bangsa idaman bernama Bangsa Malaysia.
    -
    Browse the audio #podcast​:
    Spotify: open.spotify.c...
    Apple Podcasts: podcasts.apple...
    Google Podcasts: www.google.com...
    -
    Sertai saluran WhatsApp: whatsapp.com/c...
    Beli buku: kawahbuku.com
    Baca zine: kawahbuku.com/...
    Send us likes on TikTok:
    / kawahbuku
    Check us out on Instagram:
    / kawahbuku
    Follow us on Twitter:
    / kawahbuku

Комментарии • 2

  • @murkanata
    @murkanata Год назад +1

    Allahyarham Rustam A. Sani orang hebat yang tidak bisa dilupakan sepanjang masa... hebat dalam menulis hebat dalam bertutur dan hebat dalam keilmuan sosiologi dan antropologi di UKM dan Malaysia termasuk di Indonesia. Rustam dan Abdul Halim Ali pula telah menggagas meninjau kembali pemikiran Sosiologi-Antropologi di Malaysia dan Indonesia melalui Simposium Kebudayaan Indonesia-Malaysia (SKIM) yang dimulai Tahun 1985 yang secara berterusan dilakukan secara bergantian di Malaysia dan Indonesia yang berazaskan daripada pemikiran yang tumbuh dan wujud dari minda dan alam budaya Nusantara. Gagasan SKIM itu melemah dan mati suri sejak Tahun 2015.... Tapi pemikiran Rustam tetap dicatatkan dalam perkembangan sosiologi dan antropologi di FSKK....

  • @zainudinzdin4331
    @zainudinzdin4331 2 года назад

    Terbaik. Unsung hero .Byk sejarah yg tersembunyi.