Syarahan Guru Bangsa: Apa dan Kenapa? | Faisal Tehrani

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 25 авг 2024
  • Selepas siri pertama Syarahan Guru Bangsa bulan lalu, kini ia akan diteruskan dengan siri kedua untuk syarahan yang seterusnya. Namun dalam langkah ke hadapan, perlu untuk kami berhenti sebentar dan melakukan pertanyaan-pertanyaan penting kepada sosok di sebalik yang mewarnai idea Siri Syarahan Kolektif Guru Bangsa iaitu Dr. Faizal Musa yang terkenal dengan nama penanya, Faisal Tehrani.
    Pertanyaan-pertanyaan ini adalah semacam bentuk penegasan, untuk ia diperkongsikan, bukan hanya kepada kami tetapi kita semua, perihal mengapa bersungguhnya idea Siri Syarahan Kolektif Guru Bangsa perlu dilestarikan.
    Masyarakat luar dilihatnya sering memugar idea-idea guru bangsa mereka. Kalau di India, Romila Thapar terus dibincangkan. Di Iran, Ali Shariati juga sama, berterusan dibincangkan. Kenzaburō Ōe di Jepun berterusan diangkat. Dan Indonesia juga sama. Maka, Siri Syarahan Guru Bangsa membawa semangat yang sama. Ikuti temu bual Bersama Faisal Tehrani mengenai hala tuju dan tujuan utama penganjuran kuliah kolektif ini.
    -
    Sertai saluran WhatsApp: whatsapp.com/c...
    Beli buku: kawahbuku.com
    Baca zine: kawahbuku.com/...
    Send us likes on TikTok:
    / kawahbuku
    Check us out on Instagram:
    / kawahbuku
    Follow us on Twitter:
    / kawahbuku

Комментарии •