“Sekel” /Kaki Lembu Masak Lemak Lengkuas | Masakan Orang Jawa di Malaysia

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 25 авг 2024
  • “Sekel Lembu Masak Lemak Laos”
    Menu ini merupakan tradisi dari keluarga Kami. Penyediaan agak rumit kerana kita kena “ngolahi” atau dalam bahasa yang mudah difahami adalah memprosesnya. Bermula dari membakar untuk menghilangkan bulu di kaki lembu, mengikis dan membersihkan bahagian kaki yang telah dibakar, merebus sehingga bahagian daging terpisah dari tulang dan setelah itu barulah dipotong kecil-kecil sehinggalah dimasak.
    Masakan ini sebenarnya resepi yang diperturunkan dari kedua embah (atok dan nenek) sebelah emak nenek yang berketurunan Jawa berasal dari Indonesia. Menu ini tidak selalu dijumpai dan tidak mudah didapati. Ianya hanya disediakan sewaktu Musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha dan kalau ada kenduri-kenduri tertentu sahaja.
    Kerja memproses kaki lembu ini sebenarnya yang sukar dan merumitkan sehingga tak semua orang akan mencermatinya. Cara memasak dan kaedahnya menyediakan menu ini amat mudah sebernya. Lain keluarga yang berketurunan Jawa di Malaysia, lain menunya. Namun, ini adalah menu yang kerap disediakan oleh keluarga kami.
    Berikut telah ditunjukkan cara-cara memasak “Sekel Lembu Masak Lemak Lengkuas”
    #wongjowo
    #menujawa
    #masakanorangjawa
    #orangjawa
    #sekellembu
    #masakmasak
    #kulinerjawa

Комментарии •