MG GT Review

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 13 сен 2024
  • MG GT yang dinanti-nantikan dilancarkan rasmi sebagai Sedan Sportif dengan harga terjangkau.
    .
    Kan membali? dangar dulu ulasan amba mengenai MG GT dengan dua jenis varian ani. jom kitani kupas dalam -dalam.
    .
    Muka depan seperti ikan jerung dengan lampu depan sipit jenis SAIC LED apatah lagi rim dua ton berukuran 17" sudah menarik minat dikalangan anak muda kitani.
    .
    MG GT, yang diperkenalkan pada 2012 direka khusus untuk pemandu moden dengan gaya hidup bergaya, fungsi dan kemewahan dengan harga mampu milik dibawah B$30k kebawah.
    .
    MG GT memperkenalkan 2 varian GT iaitu model pengecas turbo 1.5L yang mengagumkan dengan kotak gear dwi klac basah tiga ruang tiga kelajuan, mencapai kuasa kuda maksimum 173 PS dan tork maksimum 275N.m dengan pecutan 0-100 km/j dalam 8 saat.
    .
    Varian kedua dilengkapi dengan enjin 1.5L yang sangat cekap dengan transmisi pembolehubah pintar MEGA Tech CVT. Enjin ini ialah versi generasi keempat enjin 1.5L aspirasi semulajadi yang dibangunkan sepenuhnya oleh SAIC Motor, bersama transmisi iCVT pintar 8-kelajuan bertaraf dunia. Enjin 1.5L mempunyai penarafan penjimatan bahan api yang luar biasa, dengan hanya 5.7L setiap 100 km.
    .
    Reka bentuk Sedan sukan itu menyepadukan reka bentuk beprinsipkan "Passionate Intelligent" ke dalam reka bentuk dan gayanya.
    .
    Kedua-dua varian GT dilengkapi lampu depan LED dengan lampu nyalaan siang LED untuk memberikan pencahayaan yang luar biasa pada waktu malam dan siang.
    .
    Ciri-ciri lain yang terdapat dalam GT ialah sistem penulenan habuk udara, sistem kemasukan tanpa kunci pintar, butang tekan mula dan banyak lagi. Skrin sentuh warna pelbagai fungsi 10-inci sebagai unit kepala pusat menyepadukan penghawa dingin, MG Pilot dan juga sistem hiburan, termasuk Apple CarPlay dan Android Auto.
    .
    #mantuka #mantukabrunei #brunei #bruneidarussalam #mg #mggt #premiermotorcosdnbhd #sportsedan #bruneinews #bruneicars #bruneifm

Комментарии • 4