Sambal Ijo buat stock banyak-banyak

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 7 сен 2024
  • Kali ni Che Nom nak masak sambal, bukan sebarang sambal tapi sambal hijau atau sambal ijo ala-ala rumah Padang. Bagi Che nom sambal ni menarik sangat sebab warnanya hijaunya tu. Kita guna bahan-bahan yang bewarna hijau dan ada acara untuk kekalkan warnanya.
    Che Nom masak banyak-banyak dan botolkan, senang nak makan dengan ayam goreng ke, dengan bilis petai ke..lele/keli ke..atau makan dgn nasik panas cukup terbaik.
    Resepi asal dari Chef Eddy Siswanto, Che Nom suka sangat tengok chef masak. Memang menjadi dan sedap sambal ijo ni, cuma apa yang berbeza dari resepi asal Che Nom tambah tomato aja. Hasilnya memang pekat, pedas dan padu. Anda kena cuba ye.
    //Bahasa Melayu
    -------------------------
    Bahan-bahan:
    450g cili padi hijau
    150g cili besar hijau
    1-2 biji tomato hijau
    30g ikan bilis
    2-3 cwn minyak masak
    2-3 biji bawang merah kecil
    1 biji bawang holland
    5 ulas bawang putih
    Garam secukup rasa
    1 sb serbuk seasoning/msg
    4 helai daun limau purut
    //English
    -------------------------
    Ingredients:
    450g green bird's eye chillies
    150g green chillies
    1-2 green tomatoes
    30g anchovy
    2-3 cups cooking oil
    2-3 shallots
    1 yellow onion
    5 cloves garlic
    Salt to taste
    1 tbsp seasoning powder
    4 kaffir lime leaves
    Instagram: bit.ly/CheNomIn...
    Twitter: bit.ly/CheNomTw...
    Facebook: bit.ly/CheNomFa...
    Jenama Pisau: chenom.my/pisa...
    Model Blender: chenom.my/blen...
    #resepichenom

Комментарии • 291

  • @mhab-ts7oi
    @mhab-ts7oi Год назад +110

    Terima kasih che nom. .
    Kalau nak tahan lama boleh kukus selepas dibotolkan dalam 40 minit. Guna pengukus biasa pun boleh.

    • @CheNom
      @CheNom  Год назад +20

      Perkongsian yang bermanfaat. Terima kasih 👍

    • @junaidahsabaruddin844
      @junaidahsabaruddin844 Год назад +2

      Jual ke tu cam mana nak dapat kanya ye

    • @noraina8198
      @noraina8198 Год назад +4

      Slm maaf kukus dgn botol yg brtutup rapat tu ke tuan

    • @roznazlann6026
      @roznazlann6026 Год назад +10

      Microwave pun boleh...sy biasa lepas blend cili giling. Saya akan microwave 1 atau 2 minit ikut banyak mana cili giling...kemudian, biarkan sejuk betul2. Baru simpan peti sejuk. 2 bulan pun masih tak naik kulat

    • @surayaismail6950
      @surayaismail6950 Год назад +8

      X meletop ke botol tu klu di kukus . Ahh risau

  • @goobat7565
    @goobat7565 Год назад +162

    Terima kasih che nom. Alhamdulillah anak² suka. Terima kasih sekali lagi, isteri saya mengidap kenser. Belum sihat lagi. Buat masa ni saya masak untuk keluarga. Alhamdulillah kebanyakkan resepi che nom saya dah Cuba..mantap.

    • @darmalazemi6953
      @darmalazemi6953 Год назад +19

      Semoga Allah berikan kesembuhan buat isteri

    • @ssgreengarden2508
      @ssgreengarden2508 Год назад +6

      Tahniah encik..suami dan ayah mithali..semoga Allah sembuhkan isteri encik

    • @anitawahab9476
      @anitawahab9476 Год назад +4

      Semoga isteri encik cepat sembuh 🤲🏻🤲🏻

    • @usiimz9868
      @usiimz9868 Год назад +4

      Semoga ALLAH LIMPAHKAN berkat buat tuan n fmly..semoga ALLAH pmudahkan urusan semua

    • @faithmd902
      @faithmd902 Год назад +3

      Semoga cepat sembuh isteri Encik

  • @tetet0621
    @tetet0621 Год назад +56

    Terima kasih Che Nom sudah featuring sambal khas dari kampung saya, Padang. Dapat ilmu baru pula dr Che Nom yaitu guna bawang holland instead of shallot - untuk memjaga warna hijau tetap cerah. Karena memang selalunya, warna sambal berubah gelap, mungkin karena guna shallot saja. Bukan bawang holland
    Mau share sikit kebiasaan saya buat sambal ini. Terakhir sekali saya tambah cuka masak (vinegar), kemasaman sesuai selera. Cuka ini, selain memberi sedikit rasa masam, akan jadikan sambal lebih awet.
    Sekali lagi, terima kasih Che Nom utk tips nya

    • @nuraazman375
      @nuraazman375 6 месяцев назад +1

      Berapa banyak cuka untuk letak?

  • @user-np8rj1df4y
    @user-np8rj1df4y 10 месяцев назад +3

    Dah buat resepi nie...mmg sedap...klu mkn kat kedai sorang dah RM7. So beli ayam seekor kenyang mkn utk sekeluarga.

  • @ainitan7324
    @ainitan7324 Год назад +13

    Smbal hijau sy boleh buat nasi goreng, tumis sayur kangkung, kailan, tauge, kcg pjg, buncis, terung, kacang botol, kobis... Byk la lah tumis sayur boleh letak smbal hijau ni. Klu tumis sayur ni ada sy letak pes tomyam cikit. Wow kesedapan nya lg power. Sy Dh cuba. Memang sedap. Kpd sape2 boleh cuba smbal hijau ni letak pes tom. Memang sedap. Tbaik sy bg 5 bintang. Tq che nom

  • @beverleyseeto978
    @beverleyseeto978 Год назад +16

    Thankyou for the English translation of the ingredients. Melbourne Australia.

  • @rozitamajid9721
    @rozitamajid9721 Год назад +8

    Jika sya makan di kedai minang, mesti ada sambal ni

  • @rintofrans7195
    @rintofrans7195 Год назад +6

    Hy che nom,,selamat malam,,saya maria.saya orng Indonesia.
    Saya senang melihat che nom memasak
    Senang dn mudah untk kita mengikutinya ok sekian dn terkasih& selamat tahun baru ya ibu....

  • @burgergorengdragon3332
    @burgergorengdragon3332 Год назад +9

    Ada satu kaedah lagi iaitu steam semua jenis lada,tomato dan bawang2.sebab klodi rebus hilang khasiat dan rasanya dalam rebusan.Klo di steam enzym dalam semua lada2 akan hilang dan produk tahan lama.Saya cuma berkongsi ilmu dan mungkin bermanfaat.terima kasih.

  • @346872
    @346872 Год назад +6

    Saya dah buat utk stok bulan puasa. Saya tambah petai sebab suka petai. Tapi memang sedap sangat. Recommended recipe. Tq Che Nom kongsi resepi. Mmg terbaik

  • @greenyellow1200
    @greenyellow1200 Год назад +16

    Seminggu sekali saya akan buat sambal ikan bilis untuk stok seminggu.. bila letih balik dari kerja tak perlu fikir nak masak apa 🥰

  • @dewijuita7422
    @dewijuita7422 Год назад +1

    Saya mmg suka sambal ijo Che Nom..semua boleh mkn..ubi rebus,goreng2an,mkn ngn nasik. Pendek kata blh lawan ngn semua..ikan keli ke semua boleh

  • @norem6595
    @norem6595 3 месяца назад

    Alhamdulillah syukur...
    Tk atas perkongsian yg BAROKAH....
    Dah cuba....SEDAP....
    Subhanallah !!! Alhamdulillah!!! AllahuAkbar!!!
    💙💙💙
    Sallallahu 'Ala Muhammad

  • @wanhey3571
    @wanhey3571 25 дней назад

    Terima kasih daun keladi.
    Alhamdulillah
    Syukur sentiasa
    Aamin.

  • @nursyuhada9539
    @nursyuhada9539 Год назад +1

    Stok untuk org istimewa dalam hidup Ker tu,,untung la org tu,,smoga Che Nom bahagia bersama yg tersayang,,

  • @ainitan7324
    @ainitan7324 Год назад +1

    Che nom sambal hijau ni sy buat sy bahagi 2(.1) sambal hijau. Ori(2).sy letak kicap sedikit n kicap pekat hitam. Memang sedap lah. Rasa cam sambal hitam. Tq che nom bg resepi sambal hijau ni.

  • @tommipermana
    @tommipermana Год назад +2

    Terimakasih resepnya sambal ijo paling favorit banget mantap banget sukses selal Che nom

    • @CheNom
      @CheNom  Год назад

      Terima kasih Tommi 😄

  • @zulkiflimuhamad9315
    @zulkiflimuhamad9315 4 месяца назад

    Resepi Che Nom semua terbaik..Semua bermanfaat..Sy doakn Che Nom sihat dan bertambah rezeki dan pahala oleh Allah..

  • @syahelziqry6499
    @syahelziqry6499 Год назад +2

    Blh bt stok utk bulan puasa nanti. Anak² semua kaki nyambal. Memang laju je abis nanti😂.
    Alhamdulillah terima kash Che Nom resipinya.

  • @rinnanur7538
    @rinnanur7538 Год назад +22

    Boleh buat ikut cara Che Nom ni. Sambal ijau/ijo memang sedap. Makan dengan ubi rebus atau lempeng memang padu. Sambal penyet cara che Nom saya dah buat tak berhenti makan...hahaha. Terima kasih che Nom berkongsi ilmu ini.
    Selamat Tahun Baru 2023 ❤

  • @zurhann83
    @zurhann83 Год назад +2

    Saya suka cara che nom masak nakpak natural sangat

    • @CheNom
      @CheNom  Год назад

      Terima kasih Zurhann 😊

  • @shariffahmj7391
    @shariffahmj7391 Год назад +7

    Salam Che Nom. Terima kasih share resepi ni...Saye minat dgn semua masakkan Che Nom Semoga terus majua...Akan Cuba resepi sambal ijo ni 😊🙏👍👍👍 ❤️from 🇸🇬

    • @CheNom
      @CheNom  Год назад

      Terima kasih Shariffah 😊❤️

  • @hanierahmad5532
    @hanierahmad5532 12 дней назад

    Pecah liur..Hari tu kwn bg sikit sedap mkn.. so hari nie pi beli bahan n try buat.. 🙈nyam..nyam..nyam

  • @yah65
    @yah65 Год назад +13

    Bila bila masa, boleh kita guna, jimat masa..tengok pun dah nampak kesedapannya..nanti nak buatla..👍🥰😘🌹😍

    • @CheNom
      @CheNom  Год назад +6

      Sedap kalau makan dengan keli goreng , ayam goreng ..selamat mencuba 😊

    • @yah65
      @yah65 Год назад +2

      @@CheNom bestnya..nak buatla..in Shaa Allah👍👍👍👍 terimakasih

    • @fadzilahsarip3230
      @fadzilahsarip3230 Год назад +1

      @@CheNom makan ngan ubi rebus pun sedap ni

    • @lynnn_
      @lynnn_ Год назад

      @@CheNom macam mana nak tahu dah masak ke belum. berapa minit kena masak?

  • @maznahismail5017
    @maznahismail5017 Год назад +5

    Terima kasih cik Nom atas perkongsian ilmu..nak buatlah utk anak bawa balik ke Kolej. Mesti sedap/pembuka selera mkn dgn nasi panas..

  • @sakinahsakinah6739
    @sakinahsakinah6739 Год назад +1

    X payah beli lagi,buat je cara che nom.Pasti sedap❤️❤️❤️❤️❤️

  • @alyaninadia1005
    @alyaninadia1005 Год назад

    Duk terpikir nak bawa sambal kering aoa lah pi haji nanti, terus Allah bagi ilham tengok youtube che nom.
    Nak bawak sambal ni buat bekal masa haji nanti

  • @ismankahar5814
    @ismankahar5814 2 месяца назад

    Sedap ni boleh makan cecah dengan lempeng..he3

  • @nasrol24
    @nasrol24 Год назад +1

    Sambal ni kalau makan dengan udang harimau baru lepas pancing perhh meleleh fresh,Selalu buat dulu,

  • @fadzilahsarip3230
    @fadzilahsarip3230 Год назад +4

    Boleh lah buat stok utk anak bujang nnt. Tq Che Nom resepinya 😍😍

  • @salbiahabu8399
    @salbiahabu8399 Год назад +1

    Asalamuakum cik nom saya akan cuba buat sambal hijau. It is my favorite sambal hijau tky for the resipi. I will make it tky very much it look nice and taste.

  • @nasilemak1515
    @nasilemak1515 Год назад +1

    Tq che nom..bg idea buat lauk bulan puasa untuk yg bujang ni ha..

  • @noorazizahnasarudin9250
    @noorazizahnasarudin9250 Год назад +2

    Waalaikumsalam Che Nom. Terima kasih berkongsi resepi kesukaan saya yang sangat sedap menyelerakan ini

  • @milahzainal6006
    @milahzainal6006 Год назад +2

    terima kasih che nom prkongsiannya 👍🏻❤️❤️❤️ smoga che nom d murahkn rezeki sllu.. Aamiin 🤲🏻

  • @WoBuXihuan
    @WoBuXihuan Год назад +2

    Fried duck with Sambal Ijo.. Delicious

  • @linglingchuah4662
    @linglingchuah4662 Год назад +1

    Adui sedapnya Che Nom, nanti saya akan cuba resepi ni.

  • @mindieclaire4410
    @mindieclaire4410 Год назад

    Sure is best in the world...Tarima kaseh....misti nak masak

  • @alicesara1407
    @alicesara1407 Год назад +1

    Mmg sedap sambal nie..nk buat nasi goreng guna sambal nie pun bleh..😋😋👍👍

  • @samnangvideos
    @samnangvideos Год назад +2

    Really happy seeing Your recipe and thanks for sharing this beautiful video 🙏❤️❤️❤️

  • @salsaripah9781
    @salsaripah9781 Год назад +2

    Terima kasih resepinya ye che nom

  • @suhidahr6515
    @suhidahr6515 Год назад +5

    Terima kasih karena telah berbagi resepinye Che Nom 🙏🏻🙏🏻🙏🏻

  • @nadianabila4734
    @nadianabila4734 Год назад

    Mentang2 tgh tgk video2 che nom buat sambal utk stok Ramadhan, keluar pula iklan minyak buasir. Peringatan xnk bg mkn pedas sgt time puasa nnt. Hahahahaa

  • @nurhaziqamily9703
    @nurhaziqamily9703 Год назад +1

    Dah lama tunggu resepi ni dri che nom.. Tq kak... Boleh buat stok utk makan apa2 je

  • @j3f00at
    @j3f00at 10 месяцев назад +1

    Thank you Cik Nom . Must be yummy. 👍❤️

  • @irnard6532
    @irnard6532 Год назад

    Boleh buat niaga ni…. Tq che nom. Semoga dimurahkan rezeki + pahala mgalir tnpa henti amin

  • @zubaidahismail2384
    @zubaidahismail2384 Год назад

    Comel kuali Che Nom tu...saya suka

  • @wawayusof2556
    @wawayusof2556 Год назад +2

    Sedap Nyer…Bau Sampai KL…😊😊😊

  • @emiliahassan819
    @emiliahassan819 Год назад

    Suka sambal ijo ni sy suka MKN simple mace ni nt nk buat ikut Che nom

  • @mimizara6005
    @mimizara6005 Год назад +2

    Saya buat stock untuk bulan puasa,jimat masa untuk sediakan lauk sahur tinggal goreng telor,ayam atau ikan saje,makan bersama ulam atau sayur..

  • @Shah-qd9xy
    @Shah-qd9xy Год назад +1

    Terima kasih che nom ...
    Saya baru nak buat yeahhh
    Terbaik la che nom ..
    Che nom
    Happy new year 2023

  • @kalsomkadir
    @kalsomkadir Год назад

    Celur cili tu nak nmpk cantik kalernya campurkan minyak dan gula sikit dlm air panas tu

  • @sazara
    @sazara Год назад +1

    sambal ijo sedap dan nikmat sangat ,....

  • @LiliNenggolan2
    @LiliNenggolan2 Год назад +2

    Wah byk bgt kka sambal ijo nya

    • @CheNom
      @CheNom  Год назад

      Iya, bikin stok di kulkas 😆

  • @nuramiraazreen234
    @nuramiraazreen234 7 месяцев назад

    ❤❤❤.. Terima kasih Che nom....TERBAIK.

  • @seisahibrahim5099
    @seisahibrahim5099 Год назад +1

    Aslm Che Nom, sya shre ya
    sdp nya sambal ijou ni
    tksih Che Nom
    semoga dlimphkn rezeki ...Aamiin...

    • @CheNom
      @CheNom  Год назад +1

      Wslm Seisah. Silakan share..Amin 🤲😊

  • @santaiberilmu3660
    @santaiberilmu3660 Год назад

    Terima kasih Che Nom. Barakallahu fik 🤲🏻. Jazakillah khairan Kathiran 🤲🏻♥️🥰

  • @nooraine8307
    @nooraine8307 Год назад

    Ni kalau mkn dgn nasi panas brtambah² nasi sdp sgt,terimaksh Che Nom share resepi kali ni

  • @sugandhit88
    @sugandhit88 Год назад +1

    Wah padu banget

  • @supermom_2023
    @supermom_2023 Год назад +1

    Terimakaseh chenom aunty suka sgt dg presentaiion chenom you make it look simple dn galakan org utk mencuba lebih2lagi org yg berusia macam kat sini!🙏👍👌🤗tq dear

    • @CheNom
      @CheNom  Год назад

      Sama2. Selamat Tahun Baru aunty 😊

    • @supermom_2023
      @supermom_2023 Год назад

      @@CheNom happy new year may god bless you n familly with goodhealth,happiness n surounded with love

  • @ainitan7324
    @ainitan7324 Год назад +1

    Assalamualaikum che nom. Sedapnya sambal hijau ni. Sy Dh cuba buat.Ya Allah sedap nya smbal hitam ni. Sy bg 5 bintang. Rugi sape2 yang tak cuba sambal ni. Tbaik.

  • @batrisyaafirah
    @batrisyaafirah Год назад

    Pasti di cuba.baru siang tadi buat pes samnal penyet che nom buat stok cicah2 dgn nasi

  • @NoorHassikin
    @NoorHassikin 5 месяцев назад

    terima kasihh saya nak cuba lahh

  • @idamaznan1759
    @idamaznan1759 Год назад +3

    Memang menunggu resepi sambal hijauni drpd sis, alhamdulillah ade jgk, kene try conferm sedapni. Thx Che Nom🥰🥰

  • @uummii125
    @uummii125 Год назад +5

    Terima kasih Che Nom❤. Memang kena buat ni… tengok pun dah terliur😊

  • @nurhanaibrahim162
    @nurhanaibrahim162 Год назад

    Asalamualaykum wrb hi everyone.
    Sedapnya mashallah best ikan bilis dan chili halal semua tak ada wine babi atau tidak halal.Bersih kuku tak pjang tak pegang dgn tangan.Bagus nampak tangan je Bersih bagus very organized akan cuba..Senang resrpi sensing klau nak manis sikit tambah honey madu jgan jadi diabetic.
    Best source utk protein ikan bilis omega fat untuk otak dan chili bagi jgan jadi grmok inc rate of metabolism.. Tk jkkhir bagus Makanan Msia sedap dan healthy.. video pun terbaik.Good job mashallah..

  • @wiwin4192
    @wiwin4192 Год назад +1

    Wahh.. sdp tu che nom, sy dah slalu buat

    • @CheNom
      @CheNom  Год назад

      😄👌👍

  • @ghzali6934
    @ghzali6934 Год назад

    Wow sambal peberet ni kak kalau mkn nasi padang

  • @rosmahwahid8566
    @rosmahwahid8566 Год назад +1

    Waalaikumsalam Che Nom baik hati🥰. nampak sedap,😋nk try buat lah.

  • @previntharaja686
    @previntharaja686 Год назад

    Sambal ijo kini kegemaran anak saya juga

  • @hasnidaselamat6137
    @hasnidaselamat6137 Год назад

    Alhamdulillah. Terima kasih Che Nom

  • @nurulkamiliyyahleaderFLP
    @nurulkamiliyyahleaderFLP Год назад

    Wa 'alaikumussalam. MashaaAllah Tq share resepi

  • @Phoebegb
    @Phoebegb Год назад

    Macam sambal ciri khas kat padang jer.

  • @linda8707
    @linda8707 Год назад

    Sedap nya .nak buat pulaa rasa nya

  • @khalifahutsmaniyyah
    @khalifahutsmaniyyah Год назад

    Aa macam kedai makan Padang ni. Sedap sangat ni

  • @snazwaniealin
    @snazwaniealin Год назад +1

    Muzik kt akhir video tu kuat sgt..nak dgr tips tp x jelas😊
    tapi video masakan che nom mg terbaik..sng nak follow..terima kasih

    • @CheNom
      @CheNom  Год назад

      Terima kasih bagi feedback 😄

  • @samsulbahari4925
    @samsulbahari4925 Год назад +1

    Che Nom...next buat sambal nyok,sambal penyet dan sambal ala thai..@sambal asia tenggara.

  • @masniedlamsin9618
    @masniedlamsin9618 Год назад

    Terbaik .. tq chenom

  • @finijeffry2341
    @finijeffry2341 Год назад

    Salam kak Che Nom tq ye resepi ni..balik dari bercuti saya nak buat.

  • @Pesonazirah3448
    @Pesonazirah3448 Год назад +2

    Oh baru tau cara gimana bt sambal ijo .. nk bt jgk lah nati Hehe 😁

  • @cqajagsaw
    @cqajagsaw 7 месяцев назад

    sedap dah cuba. skrg ni sy tgh cari resepi mcm sambaleena ni.. siapa tahu cara masakkan dia

  • @junainahjunainah5359
    @junainahjunainah5359 Год назад

    tq Che Nom.blh lah buat niaga😊

  • @Kamariah708
    @Kamariah708 Год назад +1

    Sedap nyo Che Nom. Kejap lagi nak buat lah. Resipi Che Nom sentiasa sesuai dengan citarasa selera saya. Terima kasih Che Nom. Legen pinggan ter

  • @lilijay8516
    @lilijay8516 Год назад

    Baru lps buat.. sedap

  • @dinamahmud7115
    @dinamahmud7115 Год назад +1

    Assalamualaikum che nom.. Please buat resepi cendol terbaikkk, edisi utk niaga.. Sy Nak buat niaga nt🥺

  • @dillaloveart
    @dillaloveart Год назад

    T.kasih che nom..
    Nnt sy nk cuba buat.. 👌🥰

  • @kayyisaraissa3779
    @kayyisaraissa3779 Год назад

    Wah!! Terima kasih banyak2 che nom.. Favourite nie.. !!💖💖

  • @hasmahhassan6372
    @hasmahhassan6372 Год назад

    ya Allah.. laparnyerr tgk.. kne buat ni🤤

  • @norshafinazhusain584
    @norshafinazhusain584 Год назад

    Memang kena Cuba ni..Tima kasih cik nom..😘😘😘

  • @hurriyah123
    @hurriyah123 Год назад +1

    Masya Allah 👍.. TQ 🙏👍❤️

  • @ainulbariahibrahim8492
    @ainulbariahibrahim8492 Год назад

    Tq boleh ar cuba bulan puasa nih😅

  • @zyaab2578
    @zyaab2578 Год назад

    Berminyaknya...

  • @MHMusic-Hub
    @MHMusic-Hub Год назад

    Hi.. macam sedap.. 😊

  • @aircoway69
    @aircoway69 Год назад +4

    memang sedaplah sambal ijo che nom, dah rasa ketagih dengan sambal ni. setiap nak makan nasi mesti letak sambal ni. dah rasa tak pedas dia dah haha!

    • @CheNom
      @CheNom  Год назад +2

      Anak sulung Che Nom lidah dia kebal pedas. Bersudu2 makan selamber 😂

  • @tokeykwong
    @tokeykwong Год назад

    Aduh mantap sambal ijo ni teman

  • @topsepuluh2023
    @topsepuluh2023 Год назад

    terima kasih che nom, menjadi saya buat sendiri 😀

  • @aminahaminahabdrahim89
    @aminahaminahabdrahim89 Год назад +1

    Che nom..ada 1 lagi tips botol tu..
    Rebus susah nk angkat.
    Che nom kukus je.
    Lagi 1 bakar dalam oven suhu 80c hingga 100c 15-20 minit.

    • @CheNom
      @CheNom  Год назад

      Terima kasih infonya

  • @lalanakitchentv
    @lalanakitchentv Год назад

    Thank you che Nom...

  • @norhanaanna_2000
    @norhanaanna_2000 Год назад

    terimakasih cik nom ..dah cuba ..nicesss ..

  • @lokuihuay7650
    @lokuihuay7650 Год назад +1

    Delicious.👍

  • @Missgee520.
    @Missgee520. Год назад

    Rinduu suara che nom🥰