Potato Bun lembut seperti kapas | TIPS meroti

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 10 сен 2024
  • Bismillahirrahmanirrahim,
    Potato Bun yang lembut seperti kapas, kegemaran kami sekeluarga. Lihat video, on kan volume dan baca tips di bawah. Sukatan di bawah adalah untuk 2 adunan. Jika baru kali pertama mencuba anda boleh buat 1 adunan dulu. Separuhkan sukatan untuk semua bahan.
    Selamat mencuba 🥰
    Bun Kentang/Potato Bun
    📷 @surianti_kitchen
    .
    🔵 500 gram tepung high protein (tepung roti)
    📌 jika gunakan tepung gandum pun boleh, sama kuantitinya tapi tekstur roti akan berubah menjadi kasar sedikit selepas 3 hari (tak ketara sangat pun)
    🔵 100 ml air sejuk dari peti ais
    🔵 50 gram ais kiub
    🔵 120 gram ubi kentang
    🔵 30 susu tepung
    🔵 100 gram gula pasir
    🔵 60 g marjerin
    🔵 2 sudu kecil yis kering
    🔵 2 biji telur saiz besar (gred A atau B)
    🔵 1 sudu kecil garam
    Bahan-bahan Sos Kastard :
    🔵 200 ml susu cair
    🔵 2 sudu besar gula
    🔵 2 sudu besar tepung kastad
    RALAT : 4:39
    dalam video sepatutnya saya tulis uli antara 20-30 minit, harap maaf atas kesilapan
    ----------------------
    TIPS jika gunakan breadmaker (BM) :
    📌 masukkan bahan cair dulu baru masukkan bahan kering
    📌 gunakan sepenuhnya air sejuk dari peti ais (sebanyak 150 ml )sebab ais kiub tak sesuai digunakan, takut BM rosak
    📌 pilih fungsi “knead” untuk menguli, biasanya menggunakan mixer lebih cepat dohnya elastik
    📌 uli 30 minit dulu dan check, jika belum mendapat tekstur doh yang elastik seperti saya tunjuk dalam video, mesti sambung lagi uli. Berapa lama lagi ? Anda yang menguli, anda sambil check doh tu elastik atau tidak✌️
    ----------------------
    TIPS jika uli gunakan tangan :
    📌 boleh satukan semua bahan dalam mangkuk dan gunakan 150 ml air biasa (suhu bilik) , kalau gunakan air sejuk peti ais takut kebas pula tangan
    📌 uli sehingga doh menjadi licin dan elastik seperti dalam video, berapa minit bergantung pada kekuatan tenaga tangan anda. Tapi yang pastinya memang lama. Sis tak boleh uli gunakan tangan sebab tangan tak cukup kuat
    Instagram : / surianti_kitchen
    Facebook : m.facebook.com...
    RUclips : / suriantikitchen
    #jendeladapursurianti #resepi #bukuresepi #sedap #foodblogger #foodporn #foodie #instafood #foodstagram #home #homemade #homesweethome #teatime #minumpetang #rotisurianti #potatobun

Комментарии • 217

  • @SuriantiKitchen
    @SuriantiKitchen  3 года назад +22

    RALAT : minit 4:39
    dalam video sepatutnya saya tulis uli antara 20-30 minit, harap maaf atas kesilapan

    • @intansoffiana7741
      @intansoffiana7741 3 года назад

      Nak tanya.. oven 100l apa yang tahan ye? Saya guna morgan tak sampai setahun dah rosak😫

    • @aria_wyc12
      @aria_wyc12 3 года назад +2

      sy cari description kalau guna tepung biasa. xde. ada tulis di mana?

    • @Tyra-fz2ux
      @Tyra-fz2ux 3 года назад

      Sis, lepas keluarkan dr mixer tu xperlu ttup or biarkan doh tu kembang dlu ke? Mmg lps kluakn doh tu trus bentukkn doh ye.. Lg 1 xperlu buang angin ke doh tu ye

    • @nurridanabdhan4361
      @nurridanabdhan4361 3 года назад

      @@intansoffiana7741 Sy pun pakai Morgan, yg besar tu, alhamdulillah, so far so good, tetapi memang ada problem sedikit bila membaking, suhu nya mcm x stable

    • @nurridanabdhan4361
      @nurridanabdhan4361 3 года назад +1

      @@Tyra-fz2ux Tak perlu sis, actually lebih mudah resepi ni..just bulatkan bentuk doh, tunggu kembang..terbaik

  • @junesatar4253
    @junesatar4253 2 месяца назад +1

    assalamualaikum puan...saya dah buat roti guna resepi puan nih...saya guna tepung gandum biasa je kebetulan stok tepung roti dah habes...alhamdulillah menjadi elok lembut dan gebu...walaupon tekstur agak kasar sikit selepas 3 hari tapi tetap lembut....terima kasih atas perkongsian resepi ni..in fact saya banyak guna resepi2 puan yang lain dan semuanya menjadi elok moga puan terus dimurahkan rezeki insyaallah

  • @hanakostitches
    @hanakostitches 3 года назад +13

    Bestnyaaa tengok video ni. Semua benda akak explain dari A sampai Z. Susah nak jumpa orang buat video macam ni. Cakap pon mudah faham sesuai untuk beginner baker.

  • @nurridanabdhan4361
    @nurridanabdhan4361 3 года назад +3

    Kemarin baru buat, sangat lembut, mengujakan....mula2 ada problem, mgkin disebabkan, Sy guna tepung roti yg expired pada 4 ogos, ketulan ais terlebih sedikit, terlebih 3 gm, mula2 dah kecewa, tapi sy biarkan roti tu mengembang lebih lama, hasil nya awesome....pengajarannya, perlu sabar

  • @dalilahhuda1811
    @dalilahhuda1811 3 года назад +6

    Baru try tadi. Alhamdulillah jadi. Cuma susu tepung ada sikit je dekat rumah, so pakai sikit je tapi ok je roti still lembut elok. Terima kasih atas resepinya.

  • @adzlindaibrahim7064
    @adzlindaibrahim7064 3 года назад +6

    Saya dh buat byk kali dan share resepi ngan kwn2. Mmg dijamin kejadian nya cantik dan rasanya mmg sedap. Terima kasih Surianti kitchen semuga bertambah murah rezeki. Aamiin

  • @nurdinazuraini9186
    @nurdinazuraini9186 3 года назад +5

    Alhamdulillah saya dh try buat, memang betul2 gebu and lembut!!.. 3 hari pon still roti tu lembut😍 lepas ni blh la buat bnyk kali😆

  • @latipahsaleh4918
    @latipahsaleh4918 3 года назад +2

    Alhamdulillah..baru je buat..menjadi gebu gebas.. family suka makan panas2..habis
    Tqvm sis..moga Allah permudahkn urusan dunia n akhirat, tambah barokah rezekinya.. aamiin 🤲

  • @aziaidayuawang5012
    @aziaidayuawang5012 Год назад

    Tq tq alhamdulillah jadi & lembut sgt walaupun guna tpg gandum bakers choices je, guna breadmaker & betul2 follow tips, xderhaka langsung 😁, buat separuh adunan je, guna bekas 9inci, sedang elok... excited sgt, 1st time wat roti jadi... topping tu xjadi, keras terus jd kuih kastard bila dah sejuk, tp sy masuk air sikit & blender, selamatttt 😅

  • @anirambat
    @anirambat 2 года назад +1

    Sedapnya. My favourite 🤩🤩🤩

  • @fadhad661
    @fadhad661 3 года назад +1

    Alhamdulillah jadi sedap gebu gebas walaupun guna separuh tepung roti dan separuh tepung gandum sbb stok tepung roti x cukup. Will repeat 👍😊

  • @maggmagdaline3513
    @maggmagdaline3513 3 года назад +2

    Tq...sbb sangat menjadi. Video sis ini sangat berkesan dan paling simple senang utk di fahami.. Tq sngat2 utk berbagi video resepi dan tips utk buat bun. 😊👍👍👍👍. Terbaikkk

  • @davidsolomon5043
    @davidsolomon5043 Год назад

    Wah terima kasih banyak resepinya, sedap makan dgn
    Aiskrim

  • @rosmawatiismail4127
    @rosmawatiismail4127 3 года назад +2

    Alhamdullilah, dah cuba setengah adunan memang lembut. Terbaik!

  • @jannahusiella6572
    @jannahusiella6572 2 года назад

    Saya dah cuba ikut betul3 resepi diatas. Memang menjadi. Happy sangat sebab selama ni buat roti tak pernah menjadi! Thank you kak share resepi & tips.. ❤️❤️❤️

  • @rizrmohds4617
    @rizrmohds4617 2 года назад

    Penerangan yang sangat jelas. Syabas. Terima kasih Surianti👍. Satu lagi...saya suka suara manja Surianti...serak2 lemak manis disukai ramai...🥰

  • @sitiaishah4935
    @sitiaishah4935 3 года назад +3

    Nampak sedap dan senang nak faham.nak cubalah.

  • @letchumeer
    @letchumeer 3 года назад +14

    Very soft and fluffy buns. Highly recommended recipe! I had to half the recipe. Made about 11 buns. Awesome with tea!

  • @amcla1886
    @amcla1886 Год назад

    Alhamdulillah.. terima kasih atas resepi puan surianti.. resepi anti gagal.. 1st time cuba terus jadi..

  • @leeselias9617
    @leeselias9617 Год назад

    Baru try tadi. Roti soft sgt. Sedap cuma guna mixer the baker boleh guna speed 3 saja so lama sikit buat. Tak puas hati sambung 30 min ngan bm

  • @annahazwani4745
    @annahazwani4745 3 года назад +1

    Adoiii peberet ni cicah kopi

  • @halijahalias258
    @halijahalias258 3 года назад

    Sy bru try..mmg gebu n lembut..sy suka tgk resepi surianti kitchen sb sng fhm,jelas n ade tips skali yg jrg2 org nak share..

  • @izzatiksywl9300
    @izzatiksywl9300 2 года назад

    Sy bru buat td alhamdulillah rotinya lembut kadar manisnya ngam2 elok. Bole buat lg. Tq atas resepinya☺

  • @sitihaizana1188
    @sitihaizana1188 3 года назад

    Alhamdulillah..dgn izin Allah mnjadi roti saya...t.kasih share ilmu.

  • @mettakaruna1534
    @mettakaruna1534 3 года назад +2

    terima kasih Puan Sue di atas perkongsian ilmu,penerangan yg sgt terperinci dan mudah difahami.dah x sabar nak try...

  • @NurulHuda-zv9pl
    @NurulHuda-zv9pl 3 года назад +1

    Terima kasih atas resipi puan. Tips yg sgt berguna, first time buat boleh jadi dgn jayanya. Family semua suka. Mmg lembut macam kapas. Semoga puan surianti sekeluarga dimurahkan rezeki. Aamiin.

  • @animali8070
    @animali8070 3 года назад

    الحمدلله
    terima kasih Puan, muga Puan sekeluarga di murahkan rezeki

  • @nurleeana8771
    @nurleeana8771 3 года назад +2

    Assalamualaikum kak surianti. Alhamdulillah sy dah cuba. Sebanyak 2 kali dan memang sgt di sukai keluarga. Terima kasih 🥰

  • @chaiqucrs948
    @chaiqucrs948 3 года назад

    This is the best recipe I have ever made... Thank you for sharing....👍👍👍👍👍👍

  • @zaihamid78
    @zaihamid78 3 года назад +1

    Alhamdulillah..
    tq share resipi roti kentang.
    sedap..moga terus success.

  • @missblommy
    @missblommy 3 года назад +2

    Alhamdulillah, senang faham penerangan Puan 😊 Saya Baru try resepi ni.

  • @surayahanaifah5659
    @surayahanaifah5659 3 года назад +1

    Roti potato Su nampak gebu dan cantik...tak sabar aunty nak cuba buat...tq

  • @ziaramli5114
    @ziaramli5114 3 года назад

    Dah try buat roti harini.. Sedap alhamdulillah... Dok syok guna mixer nk uli tepung skali stop tgh jln. Kudrat tangan juga penyudah janji pass window pane siap🤣😅

  • @radziahsalim6136
    @radziahsalim6136 2 года назад

    video resepi yg sangat menarik. Penuh dgn tips yg fantastic!!! Thanks Surianti. You're amazing!!

  • @akmanorakma2534
    @akmanorakma2534 3 года назад +1

    Salam Admin..
    tkasih ats perkongsian ilmu,tips meroti elastik..mmg menjadi lh..

  • @zaitonbakri3905
    @zaitonbakri3905 3 года назад

    Sukur allamdulah pagi pagi dapat resepi roti kentang t Kaseh

  • @asnalizaasnawi8012
    @asnalizaasnawi8012 3 года назад

    Tqsm ats ilmunya.... Sgt mudah difahami.... I wanna try it soon... smg murah rezeki dan dalam rahmat Allah selalu...

  • @nuraqilahadlin5524
    @nuraqilahadlin5524 3 года назад +1

    dah buat tadi..allhamdulilah menjadi👍👍..sedap dan lembut

  • @dapurmaksofia778
    @dapurmaksofia778 3 года назад

    Lembuuut nya kak

  • @nszninety467
    @nszninety467 3 года назад

    Dh cuba..memang menjadi..family suka..skali hadap je habis😋..tq share resepi🥰

  • @nailyhusna5971
    @nailyhusna5971 3 года назад +1

    Terima kasih utk resipi ni. Inshaa Allah saya akan cuba. Saya suka channel puan, faham sangat sangat dgn penerangannya 🥰

  • @afrina921
    @afrina921 3 года назад

    Terima kasih cikgu, sy dh buat kakak n mak sy puji sedap dan lembut. Sy buat semua manual uli tgn dkt 2 jam jugak sb nak sampai tahap elastik tu mmg lembut roti kemudian bila spray air tu mmg roti jd moist. Sy kurangkan gula juga sb anak buah Baby n mak (kencing manis) nak makan sekali.

    • @SuriantiKitchen
      @SuriantiKitchen  3 года назад

      Alhamdulillah terima kasih😍

    • @momok6978
      @momok6978 Год назад

      Tk perlu penat uli berjam jam.cara saye lps campur sume bahan peram je adunan tu dlm 2 jam.lps 2 jam bru uli .nnti doh akan lembut senang uli .20 minit doh akan kalis

  • @norainiejusoh6792
    @norainiejusoh6792 Год назад

    Tq sis share resepi sy nk try bt☺️👍

  • @cicimisuri5724
    @cicimisuri5724 2 года назад

    Terima kasih resepi ye kak saya da terai alhamdullah menjadi😍

  • @lurun90900
    @lurun90900 3 года назад

    Alhamdulillah sy dh cuba resepi dan mnjdi...lembut sngt2

  • @jannahcookbook
    @jannahcookbook 3 года назад +1

    selalu beli je potato bun ni..hihi..terima kasih share recipe

  • @dz_channel9962
    @dz_channel9962 3 года назад

    Lembutnya.. Kena cuba ni

  • @MBRimus
    @MBRimus 3 года назад +1

    Dah cuba.sedap n lembut.tq byk2😍

  • @ainarif107
    @ainarif107 3 года назад

    Thank you so much puan Suriati, sy dah lama nak buat roti tapi asyik tak jadi. Ikut tips ni satu2 roti sy sgt gebu dan sedap. Suka sgt!! semoag murah rezki puan atas ajaran

  • @rosnahhashim6019
    @rosnahhashim6019 Год назад

    Saya dah buat 3 adunan skli.. menjadi .. skrg tgh bakar

  • @norhayatibaharin2353
    @norhayatibaharin2353 3 года назад

    Terimakasih ur xplanation is sgt jelas ....u r being blessed...

  • @ettyliaettihad6899
    @ettyliaettihad6899 3 года назад

    Terima kasih atas resipi. Memang menjadi ❤️

  • @wansukiman1239
    @wansukiman1239 3 года назад

    Sedapnya roti, lembut n gebu..blh la try buat lps ni..tq resepinya.

  • @norhasnisalleh9217
    @norhasnisalleh9217 3 года назад +1

    Terima kasih. Nk cuba nnti🥰

  • @suarimi590
    @suarimi590 3 года назад +1

    Sedapnya weiiiiiii Cuba buat la nanti kalau ada masa Semoga menjadi TQ

  • @amalina1039
    @amalina1039 3 года назад

    Sedap..nmpk gebu👍

  • @edensawi81
    @edensawi81 3 года назад

    Thanks for sharing

  • @dapurinspirasicikgulizaahm823
    @dapurinspirasicikgulizaahm823 3 года назад

    Sedapnya....

  • @habibahrozali1347
    @habibahrozali1347 3 года назад

    Terima kasih for the resepi

  • @azianzakaria6879
    @azianzakaria6879 3 года назад

    Terima ksih resepinye..In Syaa Allah saye akn cube...

  • @azharabubakar2919
    @azharabubakar2919 3 года назад

    Alhamdulillah..... tq 🌹

  • @mahadizayusof9227
    @mahadizayusof9227 3 года назад

    tq sis saya dh buat ikut resepi mmg menjadi.

  • @lamandapur9521
    @lamandapur9521 3 года назад

    terimakasih kak su kongsi resepi.....

  • @saddiahsaddiah3372
    @saddiahsaddiah3372 3 года назад

    Terima kasih bagi resepi.

  • @naninurainni6531
    @naninurainni6531 3 года назад

    Boleh cuba main masak2 dgn anak la..sbb roti kentang mahal...sekarang..👍

  • @farahnorazlin7686
    @farahnorazlin7686 3 года назад

    Wowww esok sy nk buat lahh!

  • @surayahanaifah5659
    @surayahanaifah5659 3 года назад +1

    asalamualakum Su...terima kasih share resepi....aunty nak buat untuk cucu cucu aunty semua....sebab semua suka potato bun...selalu beli je...sekarang dah boleh buat sendiri...thank you Su😘❤️🌹

    • @SuriantiKitchen
      @SuriantiKitchen  3 года назад +1

      Waalaikumsalam aunty🥰alhamdulillah silakan

  • @roslinabtabubakar7330
    @roslinabtabubakar7330 3 года назад +1

    Tq share resepi sis.. ni nak gi bakery cari barang n balik nak try buat la..❤️

  • @tyrazami4773
    @tyrazami4773 3 года назад

    Baru buat tadi, menjadi. Gebu sangat. Sy buat guna BM. Uli doh 2x. T kasih atas perkongsian resepi. Moga murah rezeki. Minta halal resepi ya sis..

    • @safinah91
      @safinah91 3 года назад +1

      Salam akak. Tumpang tanya, kalau guna breadmaker, kenapa tak elastic ye? Akak punya elastic tak? Akak guna brand ape BM dan function ape?

    • @tyrazami4773
      @tyrazami4773 3 года назад

      @@safinah91 akk guna pensonic. make sure resepi jgn derhaka tau.. hihi... uli doh 2x... mmg kurg elastic tp jadi je bila bakar nt

    • @safinah91
      @safinah91 3 года назад

      @@tyrazami4773 yeke. Sama macam saya. Pensonic. Saya uli 3x kak. Haha. Sbb nak elastic punya pasal. 😂😂 Ini pon tgh bakar. Akak pakai function 12 ke?

    • @tyrazami4773
      @tyrazami4773 3 года назад

      @@safinah91 pakai funtion 11 dear. jadi cntik.. elastic je nt..

    • @safinah91
      @safinah91 3 года назад

      @@tyrazami4773 ok baik akk.tq2 tlg jawabkan

  • @elnielianimayor5026
    @elnielianimayor5026 3 года назад

    Teringin nk cuba resepi sis.. belum ada kesempatan nk buat. Insallah next time

  • @aziahabubakar2181
    @aziahabubakar2181 3 года назад

    Assalamualaikum Saya dah buat mmg gebu suami kata kurang manis 2 ketul juga suami makan. Terima kasih kongsi resepi❤️

    • @SuriantiKitchen
      @SuriantiKitchen  3 года назад

      Wslm, alhamdulillah sis😍tq sudi mencuba. Ya saya buat versi roti kurang manis, kalau nak manis kena paipkan custard tu lebih kat bahagian atas roti

  • @haydanjuhaf7806
    @haydanjuhaf7806 3 года назад

    Sy dh try alhamdulillah menjadi dan sedap

  • @mrssly6823
    @mrssly6823 3 года назад

    Tqsm kongsi resepi roti ni Cikgu. Suami saya suka sangat Potato Bread. Insha allah saya akan cuba resepi Cikgu. Harap roti saya jadi cantik macam roti cikgu. Hihi

  • @UmmiAtiyahAtifsKitchen
    @UmmiAtiyahAtifsKitchen 3 года назад

    Sedapnya kak suu😍😍

  • @mawarmerah613
    @mawarmerah613 3 года назад

    Assalamualaikum Su..trma kasih perkongsian resepinya..semoga dimurahkan rezeki selalu..Aamiin..

  • @azuraukor2456
    @azuraukor2456 3 года назад

    Potato bun simple yaa....mohon copy resipinya sis

  • @sharmilamila5254
    @sharmilamila5254 2 года назад

    Ok

  • @noorsidahsalleh5210
    @noorsidahsalleh5210 3 года назад

    suka resepi sis😘😋😋siap...😘

  • @shikinsaerah
    @shikinsaerah 3 года назад

    Sedap ni. Suka bli buat stok 😁😁😁

  • @fauziahali4568
    @fauziahali4568 3 года назад

    Tq bg resepi yg awesome ni...siap dgn tip lg...terbaik👍🏻👍🏻👍🏻xsabar nk cuba

  • @Amir-bu1hn
    @Amir-bu1hn 3 года назад +4

    Mixer x de yang pencangkuk utk roti, lenguh TANGAN nak uli smpai elastic😭🤣🤣

  • @RabiatulAdawiyah-ju1ky
    @RabiatulAdawiyah-ju1ky 2 месяца назад

    Assalamualaikum kak..nk tnye boleh ke susu tepung tu sye nk ganti dgn susu fullcream dlm kotak tu boleh ke?diye mnjadi ke ? Takut lembik k je😢

  • @lyndaelin174
    @lyndaelin174 3 года назад +1

    Sedap nampak.. Adunan ni boleh jugak ke kalu nk masukkan inti.. Kacang merah. 😁

  • @zainabjailani1310
    @zainabjailani1310 Год назад

    Bole sy tau guna pengadun jenama apa dan oven jenama apa?

  • @azienurul9002
    @azienurul9002 3 года назад +1

    Maaf sis nk tnya,kalau x guna telor brpe sukatan air ye?

  • @nesahshareef723
    @nesahshareef723 3 года назад

    Tq sis

  • @basrisulaiman629
    @basrisulaiman629 11 месяцев назад

    KLau guna bread maker resell taylor nak guna menu nombor berapa. Mohon pencerahan

  • @muhammadalfateh8546
    @muhammadalfateh8546 Год назад

    Klu guna resepi ni buat roti loaf boleh x ye..

  • @taemoon6251
    @taemoon6251 Год назад

    Nk tny, saya dh ikut sukatan yg diberikn tpi knp sya x dpt byk adunan mcm tu ya?

  • @AmiraAinSyafiqahF
    @AmiraAinSyafiqahF 3 года назад

    Nak tanya boleh ke castard lebihan tu dijadikan filling roti ? Nk letk dlm roti ? Boleh ke ? 🤗 tkde effect pape ke pada roti hehe was was sbb first time nk cuba

  • @user-xz9wj2zr2n
    @user-xz9wj2zr2n 2 месяца назад

    Salam nk tanya pelembut roti tk perlu letak ke

  • @afiqahnzr1512
    @afiqahnzr1512 3 года назад

    Saya dah try buat, sangat gebu dan lembut. Cuma custard tu kenapa ye bila sejuk jadi berketul

  • @achasha1236
    @achasha1236 Год назад

    kalau skip kentang boleh buat roti lain x

  • @diananabila6399
    @diananabila6399 2 года назад

    Tepung kastard tu tepung org buah kuih raya jugak ke

  • @norasmahahmad2429
    @norasmahahmad2429 3 года назад +1

    Macam mana resepi yang menggunakan tepung kentang sis?

  • @halimahalip5259
    @halimahalip5259 3 года назад

    Salam kak surianti. Kalau guna telur medium size nak guna tiga atau dua sahaja ya?

  • @muhammadalfateh8546
    @muhammadalfateh8546 Год назад

    Sy dah try buat..family kata sedap dan lembut walaupun dah 2 hari..cuma suami kata, klu lebihkan kentang boleh ke?

    • @SuriantiKitchen
      @SuriantiKitchen  Год назад

      Maaf, saya tak pernah cuba menukar sukatan selain dari yang ditunjuk dalam video. Tak pasti hasilnya

    • @muhammadalfateh8546
      @muhammadalfateh8546 Год назад

      @@SuriantiKitchen ok sis..terima kasih..halalkan sy guna resepi ni ye..moga bertambah mewah rezeki sis sekeluarga..Aamiin⁴⁴

  • @ramlahjaleh5794
    @ramlahjaleh5794 3 года назад

    Share tq

  • @syahidaazzrul3164
    @syahidaazzrul3164 2 года назад

    Boleh guna tak readymade mashed potato yg dah siap bancuh?

  • @fadhlanzainal
    @fadhlanzainal 3 года назад +1

    Assalamualaikum. Boleh saya dapatkan pandangan pasal brand & model oven yg baik? Anak bongsu saya darjah 5, dia minat sangat bakar roti & kek, tp oven sedia ada saya mcm tak konsisten kepanasan & kawalan suhu. Boleh saya dapatkan pandangan sahabat sahabat sekalian? Terima kasih 😁

    • @nurulaina9374
      @nurulaina9374 3 года назад

      thebaker bagus kak. harga ok but quality cun

    • @fadhlanzainal
      @fadhlanzainal 3 года назад

      @@nurulaina9374 terima kasih