SEMBANG KERETA: Ketahui kelemahan Nissan X-TRAIL NT32. Rosak di usia 4 tahun

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 6 окт 2024
  • Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu yang subscribe canel ini..kurniakanlah hidayahMu kepada mereka dan keluarganya.. amin...
    like..comment..subscribe..
    Tujuan video ini dibuat bukanlah untuk mencari kelemahan atau kekurangan sesebuah kenderaan atau brand kenderaan tersebut, tetapi aku hanya ingin kongsikan pengalaman owner kereta ini sepanjang beliau memiliki NISSAN X-TRAIL NT32 2015 selama 4 tahun.

Комментарии • 177

  • @mysimple_diy1822
    @mysimple_diy1822 Год назад +13

    1. Acond XT ni bila kita set pada mode AUTO, dia akan baca suhu outside temp.. Jika suhu luar dalam 33-35C, kita kena set 27C pada blower kabin dalam... Kalau set rendah lagi mmg lama2 system acond akan rosak... tangkap pada thermo sensor sebab stress pada compressor aircond. Perbezaan suhu luar dan dalam kabin tu kita kena sentiasa peka dan adjust 5-6 darjah sahaja perbezaan.. Paling rendah pun sy set pada 24C je dah sejuk. Kereta jepun atau Conti yang jenis aircond digital ni memang tak boleh set rendah sangat bawah dari 23C… memang kompressor cepat kong.
    2. Berkaitan isu tkde pikap ni.. XT didatangkan dgn kotak gear CVT tiptronik. Bila kita nk memotong / pikap, kita kena set ECO off dan masuk ke tiptronik mode yang 7 speed tu... Masa tu lah kita akan rasa enjin terlebih power.. walaupun setakat 2.0cc dh cukup. Gear ratio tiptronik utk memotong ialah pada gear 3 dan 4... dan main rpm antara 3k hingga 4.5k. Jangan tarik lebih dari 5k rpm... Lagi satu kalau nak jaga gearbox CVT tu, elok tukar minyak CVT setiap 40k dengan filter dia sekali. Ikutkan SC suh 80k baru tukar tapi lama sangat tu… Takut korang yang suka long distance bawak 3-4 jam non stop tu akan hanguskan minyak gbox CVT tu. Seeloknya kalau long distance tu berhentilah kat RnR setiap 1jam atau 1 jam setengah. Kan ada timer alert kat desboard tu.. sebab tu lah ada drive timer alert tu untuk kita berhenti rehat dan sejukkan gearbox oil cooler XTrail.
    3. ECO mode off dan masuk tiptronik mode juga penting semasa bawa full load passenger dan barang2 cth ketika long distance travel balik kampung. Dapat kurangkan engine stress dan jaga engine temp.
    4. Pagi2 biasa aku akan panaskan enjin dulu dalam 2-3 minit dan on blower tanpa Acond. Bila temp dah naik.sikit baru on aircond switch. Kalau start dan terus jalan pun boleh je tapi jangan on aircond compressor... on blower je dulu. Ini cara aku jg aircond system la... So far dh 7 tahun aircond masih ok. Cuma 2 tahun lepas tukar condensor je sebab bocor kena batu... XT ni grill bawah bumper tu luas sangat. Senang batu melantun masuk... Kena rm500 settle..
    5. Lain2 komplen tkde.. masih steady utk short atau long distance dan planning utk continue pakai lg 2 tahun sebelum upgrade lain.. Benda2 teknikal mcmni TC mmg tk bagitau owners sebab under warranty cuma kita sharing supaya sama2 dpt jaga jentera kesayangan korang masing2..

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  Год назад +2

      Terbaik boss share info cara2 jagaan nissan XTRAIL. Boleh juga dipraktikkan untuk keta2 lain ni. Sy pin ye komen anda 👍🏼

    • @fighterberdadamelayukimakR4
      @fighterberdadamelayukimakR4 3 месяца назад +2

      ​@@nikmohdakmal
      Bro nik Terbaik suka tgk style,Jenis pendam tp memahami,salute style Bro..
      Penumpang T30 xt impul hadir ..
      @diy
      Rasa isu Cvt xperlu kutuk, exora mpv Bapa pada sy,lenjan habis xda masalah belum lagi banding T32 dgn x70..

    • @fighterberdadamelayukimakR4
      @fighterberdadamelayukimakR4 3 месяца назад +2

      ​@@nikmohdakmalsupport ters lama hadir

    • @fighterberdadamelayukimakR4
      @fighterberdadamelayukimakR4 3 месяца назад +2

      ​@@nikmohdakmalTerbaik bro done layan² vd .

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  3 месяца назад +1

      Pendam tapi memahami ye?🤔😅😅 1st time dengar istilah tu 😂😂. Btw tq boss hadir 👍🏼👍🏼

  • @pathmanathanbijiayan9291
    @pathmanathanbijiayan9291 3 года назад +16

    Masalah aircond saya xtrail tahun 2016 dah selesai Hanya 180 settle .Masalah Sama seperti di atas so I pun dah chk banyak kedai and last I bawa Nissan coz dia memang tinggi dalam 5k. So I tak puas hati I try Cari kedai aircond Kat ipoh berapa bayk yg bole last2 I dpt thu Ade seorg specialist aircnd bagithu i suruh buat aircon flash so I pun try buat masalah selesai thank to God. Byk kedai Tarak mesin flash so Cari kedai yg ada flash dia bole bgi compressor Kita hidup balik. Jgn la buang duit lagi utk masalah aircnd kawan2

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  3 года назад +1

      Wow. Murah tu. kalo nak compare dengan rm5k. Huhu apa nama kedai tu boss?kalo sudi boleh share2 kat sini. Mana tau orang lain nanti lene masalah sama ke. Boleh dia rujuk bengkel specialist yg boss dah pegi tu 😊

    • @rodyummatrody9368
      @rodyummatrody9368 3 года назад +1

      Assalamualaikum,saya pun masalah sama boleh tuan beri tahu nama kedai x? Terima kasih

    • @jackyk2229
      @jackyk2229 2 года назад +2

      bro klu tempat keluar air aircond Ada minyak kompressor keluar ,apa barang rosak, no Tel kedai tu Masih Ada ke

    • @dan_willy
      @dan_willy Год назад +2

      Sama juga di sini. Aircond selalu buat hal bila jalan jauh.

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  Год назад +2

      Banyak jugak owner yg bermasalah dengan aircond ye

  • @ahmr4152
    @ahmr4152 Год назад +3

    Alhamdulillah. 2016-2022. Blm ada mslh. Bateri tukar 2021. Tayar tukar 2022. Yg lain semua msh ok. Alhamdulillah. Runsing dengar pengalaman shbt lain

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  Год назад

      Alhamdulillah terbaik rezeki bos dapat yg tak buat hal. Rezeki tak salah alamat bossku 👍🏽. Tq share pengalaman boss. Semoga yg masih takut2 tu terbuka minda mereka untuk beli n pakai model ni. Design cantik. Sejujurnya sy sendiri pun berkenan sebenarnya 😅😂

  • @johnsonbai2136
    @johnsonbai2136 11 месяцев назад +3

    Kira ok lah dlm Masa 4 tahun Bru rosak....jgn Bru sbln dah rosak....mana2 kreta pun mmg Ada komponenan yg prlu tukar klu dah menjangkau 4 tahun....

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  11 месяцев назад

      tapi yang ralat nye ngam2 lebih mileage @ ngam2 tempoh warranty habis dia rosak tu..huhu

  • @azminuddinafandi559
    @azminuddinafandi559 Год назад +2

    Nissan x trail 2015, tiada masalah langsung. Mileage 160k. Sudah 7.5 tahun, baru2 ini air-conditioning masalah. Mungkin bocor condenser sbb wear and tear. Okay lah. Tukar barang dan upah lebih kurang 2k. Berbaloilah pakai ini kereta.

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  Год назад

      Alhamdulillah boss dapat kereta yg 'jaga' tuannya. Mungkin sebab boss pun jaga dia elok. Servis ikut jadual. Kalo boleh share cara boss pakai n jaga keta mungkin boleh dijadikan panduan kepada owner2 lain. Condenser 7.5taun baru tukar ok laa tu. Lagipun kedudukan dia kat luar n bahagian depan. Terdedah pada batu2 kecil masa bergerak

  • @syafrizalafif1334
    @syafrizalafif1334 3 месяца назад +1

    Baru plan nk amik t31. Engine mr20de. Harap2 xda major problem mcm t30

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  3 месяца назад

      Kasi jadi boss. Ok. Sedap naik. Haritu travel jalan bukit2 n tak rata, cenerlang perfomnye. Pemanduan yg fun

  • @mohdyusoff1356
    @mohdyusoff1356 2 года назад +2

    Saya pakai tahun ke 4 memang ada masalah econ,tkr habis semua brg habis dlm rm4k br ok,skrg ni mcm2 masalah yg datang,panel window

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  2 года назад

      Masuk 4 tahun dah lebih mileage dah tamat waranti. Pandai betul diorang set. Huhu terima kasih boss atas perkongsian. Panel window tu jadi camana tu boss?

  • @arfazafirah7664
    @arfazafirah7664 3 года назад +4

    Satu penyesalan yg amat bg saya selepas sayabeli xtrail..beli baru tahun 2017..masalah model ni.. Livina lg tahan lasak..
    Saya dah jual dan BERJANJIi takkan beli lg kereta nissan.. ITULAH NISSAN TERAKHIR YG SAYA BELI..... Kereta mahal tp tak padan dgn kualiti.....

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  3 года назад +1

      Ooo sebelum ni penah pakai livina ye. Skang pakai xtrail masalah sama ke macam ni?kenapa laa nissan tak improve demi kepentingan pelanggan. Kalo hilang pelanggan kan susah

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  3 года назад +1

      Ooooo sori. Dah jual xtrail

    • @wanzihan5639
      @wanzihan5639 3 года назад +1

      Jual lg tenang....

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  3 года назад

      @@wanzihan5639 jodoh bersama xtrail tak panjang 😢

  • @mjlutsinar1515
    @mjlutsinar1515 Год назад +2

    Baru plan nak ambil 2017 punya...dah test drive...mmg A++...stakat test drive tu mmg trbaik la..mohon pndangan sahabat2 otai2 semua...🙏🙏...nk beli...tp perasaan ragu2 tu still ad...sbb ad penglaman pahit dlu msa pkai peugeot..

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  Год назад +1

      Memang A++ drive keta ni. Boss cuba scroll komen2 sini. Ada je cerita positif dari owner. Kenapa ada yg elok n tak elok tu punca dia sy sendiri pun tak dapat siasatan penuh 😅😅. Peugeot model apa boss pakai dulu?peugeot pun terbaik jugak hasil ciptaannye. Tapi bab ketahanan tu banyak cerita pulak sy dengar 😔

    • @mjlutsinar1515
      @mjlutsinar1515 Год назад +1

      @@nikmohdakmal 3008 1st model...tu la...confuse sy nk beli yg mna...nk mohon pndpt abg la...skang sy ad 3 pilihan SUV yg sy plan nk beli...Xtrail T32 2017 ni (Used Car) Honda BRV 2018 (Used Car + Under Honda Warranty 1 Yr) & Toyota Rush 2019 (Personal + Under Warranty 2 Yrs + Mark up harga)...confuse sy bang nk angkat yg mna, mohon bgi pndgn mana yg trbaik berdasarkan abg punya penglaman...😢🙏🙏🙏🤲

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  Год назад +1

      @@mjlutsinar1515 ishhh. Susah nau nak jawab soalan tu boss. Huhu Nissan. Honda. Toyota. Kalo tanya sy,baik amek yg paling baru. Rush 2019. Warranty lg. Nissan body cun. Nampak gagah. 2.0cc 2wd. 2.5cc 4wd. Honda body compact,lincah di jalanan. Jalan bandar senang diurus. 1.5cc. Toyota pun 1.5cc jugak kan?body besar sikit. Balance la utk jalan jauh n dekat. Tapi ada member complain dah. Jalan jauh berbukit2 dia tak selincah br-v. Katanya laa. Sy belum try lagi. Kesimpulan yg sy boleh buat camni boss.
      Kalo utk kegunaan dia lebih kepada travel,selesa,spacious sy pilih Nissan X-Trail
      Kalo 50-50 antara kegunaan bandar dan travel sy pilih Toyota Rush
      Kalo lebih kegunaan kat bandar sy pilih Honda BR-V
      Tapi kalo boss rasa nk secure dari segi ketahanan,risau cepat rosak ke,baik boss pilih yg paling baru n paling lama waranty dia. Sekian dari saya 😅✌🏽

    • @mjlutsinar1515
      @mjlutsinar1515 Год назад

      @@nikmohdakmal trbaik bang...mmg membntu komen abg ni....tqtqtq brother...

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  Год назад +1

      @@mjlutsinar1515 peugeot 3008 tu sedap bawak boss. Sy penah test drive model tu. Turbo kan?tapi bab ketahanan sy tak tahu la camana sebab tak sampai sehari pun experience 😅😅

  • @mr.pozenband2143
    @mr.pozenband2143 9 месяцев назад +1

    Tanya jiran yang guna Nissan X-Trail T32... Jawapan sama ... Masalah aircond jugak ...Harga Rm1800 untuk repair

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  9 месяцев назад

      Harap2 facelift model ni dah diupgred siap2 laa dari kilang

  • @shammaziz7639
    @shammaziz7639 Год назад +1

    Beli 2016, dah jalan 250k km, takat lani major problem aircond , tukaq compressor and cooling coil 2.4k, warranty tahun, alhamdulillah selesai masalah, tukaq 2021, driving best, minyak save, 140 speed mmg comfort,

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  Год назад

      Betul tu boss. Selesa. Taun lepas sy guna untuk long distance. Naik cameron turun ipoh pegi penang patah balik. Selesa. Cuma minyak tu pada sy fair. Tak jimat,tak juga kuat. Mungkin sebab naik turun bukit kot. Speeding tak memgecewakan. Btw tq atas perkongsian sebagai owner 👍🏼

  • @shamriarif5797
    @shamriarif5797 2 года назад +1

    Ya betul saya punya kereta xrail 2016 pun sama 2019 buat hal aircond rosak panas tiap kali jalan jauh lebih 100km drive..hantar center service dia ckp coil aircond bucur .. tapi kalau bucur kenapa bila jalan dekat dia xpanas sejuk pulak..harga tukar baru rm3k siap pasang..

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  2 года назад

      Umo 3tahun dia buat hal ye. Adoii. Waranti dah habis ye time kene tu?jem betol betul cakap boss. Kalo bocor nape dekat2 dia ok bila jauh je buat hal ye tak?kena tunggu pomen ekon mai komen. Rungkaikan masalah sebenar kes ekon x-trail model ni

  • @juekftravel4930
    @juekftravel4930 4 месяца назад +2

    Skrg dh 2024 harga bawah 50k

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  4 месяца назад

      Betul boss. X70 pun lingkungan tu dah harga seken dia. Tepuk dada tanya tangan nak pegang stereng mana satu 😂😂

  • @hafizzanjan6790
    @hafizzanjan6790 Год назад +1

    Kereta saya dh brapa kali servis xsmpai setahun econ jd panas blk. Tiap kali servis 2,3 ratus mcm2 depa suggest sruh buat. Last sebelum pkp p satu kedai ni dia suggest buat flushing rm100 lps buat smpai la sejuk ja econ.. flushing econ ni sebenarnya maintenance utk econ bkn tggu econ xsejuk br p servis..

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  Год назад

      Oooo baik2. Tq boss share info. Selalunya setahun sekali jadual servis ekon kan?

    • @hafizzanjan6790
      @hafizzanjan6790 Год назад +1

      @@nikmohdakmal cantik setahun skali

  • @hxriders
    @hxriders 5 лет назад +2

    haa tq for sharing....

  • @ruzainizainuddin
    @ruzainizainuddin 2 года назад +2

    Setakat ni dah pakai dari tahun 2016 sampai tahun ni... Pernah tuko compressors aircond dengan ganti bearing wheel 1... Lain2 setakat ni takde... Absorber pun belum ganti lg... 😂
    Tempat paling Jauh dah pergi setakat ni pulau Pinang...
    Seram seram jugak la banyak bace review org lain...
    Hopefully bertahan lah...

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  2 года назад

      Alhamdulillah. Tq sharing boss. Ada gud review untuk dijadikan pedoman. Maksudnya tak semua akan rosak mengikut part yg sama. Semoga xtrail boss terus berkhidmat dengan cemerlang. Sejujurnya,sy sendiri pun admire model ni. Penah drive long distance. Selesa n perfom bagus. Cuma tang ketahanan jangka masa panjang tu memghantui diri sy sehingga kini. Ni dah tengok komen boss ni akan menaikkan rasa minat tu kembali 🤭😅😂

    • @ruzainizainuddin
      @ruzainizainuddin 2 года назад +1

      @@nikmohdakmal bagi sy ketahanan bergantung cara penggunaan kot... Macm sy pernah pakai honda city 2007 SEL 7 speed, ramai kata transmission problem... Sy jual pun pada tahun 2020 nk kurangkan kereta... Jual pun dlm keadaan baik... Lg upgrade performance dan adjustable hilowsofthard... Paling Jauh perlis sampai sempadan wang kelian... Konsep2 xtrail ni sama dgn honda city ni dgn system Cvt yang mana utk long distance Dia baik dan Honda SEL tu mendaki wang kelian takde jerk dan smooth... So Bile gune xtrail yg menggunakan cvt jugak, sy faham la knpe banyak complain dengan transmission tersebut rosak.. Walaupun xtrail V2 dan V3 dah upgrade transmission Xcvt...

    • @ruzainizainuddin
      @ruzainizainuddin 2 года назад +1

      @@nikmohdakmal ruclips.net/video/p0MohQbkvhQ/видео.html
      Ni city lame dulu

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  2 года назад +1

      @@ruzainizainuddin ada betulnya jugak tu. Cara guna n penjagaan yg betul boleh melanjutkan usia sesuatu part kereta. Tengok city boss tu terjaga elok je. Confirm buyer tak menyesal beli dari tangan boss 👍🏽

    • @ruzainizainuddin
      @ruzainizainuddin 2 года назад +1

      @@nikmohdakmal tu la... Zaman pkp, anak dah ramai... Takleh tanggung lg... Terpaksa kulepaskan... 😂

  • @syadaamilin4334
    @syadaamilin4334 16 дней назад +1

    Kenapa tak try tukar relay dulu...ke dah confirm compressor rosak...kekadang relay jer problem

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  16 дней назад

      @@syadaamilin4334 betul jugak tu. Tapi kalo tak silap owner cakap dah bawak ke nissan sc. sc tu yg cek n kata kompressor. Alang2 waranti tamat itu yg bawak pegi bengkel luar tu. Kalo tak silap macam tu laa cerita dia

  • @altisbiru4983
    @altisbiru4983 2 года назад +1

    saya pengguna xtrail model tahun 2016. secara keseluruhannya mmg tak berbaloi. masalah compressor aircond, enjin takde power kalau nak memotong dan yang tak bestnya harga jatuh menjunam banyak sgt.

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  2 года назад +1

      Tq boss share pengalaman. Kalo 2.5cc mungkin lagi power enjinnya. Bab harga tu betul kata boss. Ada tertengok jugak market seken dia 2hari lepas. Sian pulak. Harga jatuh teruk. Tapi secara peribadinya sy suka design bentuk body dia

  • @Hailmi
    @Hailmi 5 лет назад

    Masalah aircond mmg boleh buat marah..... Kalau aircond boleh pening, mmg pening la..... Tq atas perkongsian.

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  5 лет назад

      hahaha betul boss..viva 5tahun pun takde masalah ekon lagi..adehhhh..tq boss sudi view 👌😄👍

  • @Amad1977-WOW
    @Amad1977-WOW 2 года назад +2

    Saya rasa aircond problem nie Tan Chong punya part problem..sebab saya owner subaru forester 2016 ( Subaru bawah Tan Chong juga) pon selalu ada masalah aircond compressor dan condenser.. kalau tanya mana2 owner Subaru Forester SJ (2014-2018) , aircond dia 80% failure rate selepas 3 tahun..ramai tak tahu kena servis aircond dia lebih kerap....aircond dia kena servis tiap2 tahun utk mengelak compressor rosak

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  2 года назад

      Tq for sharing bro. Baru sy tahu subaru pun bawah tan chong jugak. Boss. Nak tanya. Dalam komuniti subaru tu ada tak yg pakai fully imported. Macam cbu. Kalo cbu maknanya dia tak melalui tan chong laa kan?kot2 laa ada beza di situ

    • @Amad1977-WOW
      @Amad1977-WOW 2 года назад +1

      @@nikmohdakmal Memang yg grey import terus dari jepun rasanya takde maslah aircond..tapi mungkin ada masalah standard Subaru boxer engine..oil leaks dan engine makan minyak..utk prob no2 tuh, kena pakai minyak 5W-40 lebih pekat so dia tak mudah "burn"..

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  2 года назад

      @@Amad1977-WOW maknanya teori boss tu betul laa kan?masalah ni dari tan chong. Kena ada saluran betul untuk cust komplen masalah ni. Dan pihak sana kena ambil tindakan. Sebab sy sendiri pun minat model ni sebenarnya. Hehe naik sedap. Lampu terang. Cukup sifat. Jalan malam tak tisau. Cuma risaukan kerosakan komponen2 jela 😢😢

  • @saifulnizam
    @saifulnizam 5 лет назад

    Masalah aircond pulak ye. Nice sharing!

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  5 лет назад

      yup..owner hampir2 jual dah tu..erkkk 😅

  • @pengembara8016
    @pengembara8016 4 года назад +2

    Satu perkongsian yang sangat menarik. Terus LIKED & SUBDCRIBED bang...👍👍

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  4 года назад +1

      Pengembara alhamdulillah. Capai target audiens. Tq boss 👌🏽👍🏽👍🏽😄

  • @zaidi_foffyfuyyo7669
    @zaidi_foffyfuyyo7669 Год назад +2

    Saya punya beli 2018. Beli masa tu RM118800 tanpa downpayment / trade-in. Sekarang ada masalah aircond. Tanya kedai mengapa aircond tak sejuk selepas lebih kurang 45 minit - 1 jam perjalanan. Nasib baik foreman tu berpengalaman. Dia suruh letak temperature 24-25 selsius sahaja. Mungkin ada kerosakan termostate. Sampai sekarang ok cuma ada bau pada awal start blower.
    Aku hanya hantar 3 kali shj ke servis center sebab harga potong leher servis. Dah 3 buah Nisaan aku guna. Puas hati kalau betul tempat servis dihantar.. Mmg kompressor dari China X-Trail ni.

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  Год назад

      Terbaik perkongsian boss. Maknanya masih berfungsi laa ekon tu cuma kena ejas tang suhu je. 24-25 celcius kira sejuk lagi laa. Waranty masih ada lagi ke tu boss?takut batal je sebab 3x je masuk pusat servis. Tapi kan. Realitinya barang seken dah banyak masuk di pasaran untuk model ni. Masih ada harapan menggunakan certain2 part yg seken ori yg harga boleh dengar daripada baru ori. Hehe

    • @mysimple_diy1822
      @mysimple_diy1822 Год назад +2

      Condensor bocor tu.. cuba check belakang bumper. Ada kesan minyak..

    • @zaidi_foffyfuyyo7669
      @zaidi_foffyfuyyo7669 Год назад +1

      @@mysimple_diy1822 bumper depan kan? Belum check lagi. Terima kasih.

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  Год назад

      Betul boss. Disebalik bumper depan. Kalo tak silap,kedudukan dia di depan radiator. Bumper,kondensor,radiator

    • @user-be2yh5rz5u
      @user-be2yh5rz5u 11 месяцев назад

      Now aircond xtrail tuan masih ok ke?

  • @junaidisukiman798
    @junaidisukiman798 Год назад +1

    dh 2023 ni bang..Makin byk xtrail atas jln..so bgus ke tak ni??

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  Год назад

      Bagus ke tak bagus tu subjektif boss. Haha jawapan paling selamat 😂😂😂 camni boss. Kalo boleh hadap dengan common problem dia,kalo mampu untuk sara kos menten dia,kira ok jer. Cuma video ni dibuat berdasarkan pengalaman owner memiliki model ni selama beberapa tahun. Tapi kalo bab pemanduan dia untuk long distance tu kira best la. Stabil dan selesa. Lampu pun terang gila. Layan jalan bukit memalam dengan penuh yakin

  • @asrulazani1644
    @asrulazani1644 2 года назад +1

    Masalah gearbox pun ada jugak. 5 tahun pakai gearbox dah problem

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  2 года назад

      Adoii naya boss. Tq sudi share. Berapa kos kerugian tu?ke masih under warranty?

  • @80badboyz
    @80badboyz 2 года назад +6

    Terima kasih boss buat review ni,,nasib baik la terjumpa video ni..kensel terus nak beli x-trail..

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  2 года назад +1

      👌🏽 wc boss. Kita bukan nak kondem mana2 produk. Cuma nak share pengalaman owner sepanjang memilikinya. Boleh jer kalo boss nak beli. Manatau rezeki boss dapat yg elok ke 😅😁

    • @mysimple_diy1822
      @mysimple_diy1822 Год назад

      Semua brand kete pun ada masalah tersendiri... Tk perlu takut sebab beli baru ada waranti kilang...

  • @lahhalola7792
    @lahhalola7792 5 лет назад +1

    Baikkk bos...info yg berguna

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  5 лет назад

      tq support boss..kita share apa yang ada..huhu

  • @tareeqaziz4793
    @tareeqaziz4793 5 лет назад +1

    ku doa kau berjaya bro. terbaik 👍👍👍

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  5 лет назад +1

      tq bro..doaku sama mengiringimu 🙏👍

  • @iammuslim542
    @iammuslim542 10 месяцев назад +1

    Model 2023 t32 mc masih masalah aircond ke.sbb ingat nak amik.tp bile baca nie risau plok rasa.mohon pencerahan

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  10 месяцев назад

      Model baharu mungkin dah di enhance kan. Cuba tanya yang pakai model ni tahun 2020 ke atas. Mustahil kalo Nissan tak setelkan masalah dalam masa bertahun2

  • @suechannelmanjah3521
    @suechannelmanjah3521 4 года назад +1

    Sama la xtrail sy pon macam tu dh tukar coil varm pon sama panas bila dh Jalan 10 ke 15 km bole tukar ke valve tu

  • @ayahsporting40
    @ayahsporting40 4 года назад +1

    Jus nk share x trail sy gearbox dh ade bunyi2. Pomen kate bearing. Baru jer antar workshop td dia kate repair siap pasang sume ~RM1900. Esok petang siap. Kite tgk cmna. X trail sy sama tahun 2015 warranty 3 thn hmmm... tp so far ac ok sejuk. Mileage ~50k km.

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  4 года назад

      tq Ayah Sporting sudi share..aduhai,habis je waranti terus kena ye..buat kat nissan ke bengkel luar?harap2 ada laa waranti..dapat seminggu pun ok dah..dari tak dapat langsung..rm1900 tuu..esok update sikit yah..nak tau jugak macam mana dia pegi 😅😄

    • @shaifulsafar
      @shaifulsafar 4 года назад +1

      Tolong share status terkini ttg kereta tuan....dan jika boleh beritahu sekali dimana bengkel yg repair. Thanks.

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  4 года назад +1

      @@shaifulsafar itula..tertunggu2 jugak ni 😁😁

    • @ayahsporting40
      @ayahsporting40 4 года назад +2

      Kete alhamdulilah dh okay kene ~2k siap pasang sume. Masalah dia ialah ade satu high speed bearing housing dia dh give way. Tunggu masa jer nk pecah bederai. Dh tukar so far smpi skg back to normal mcm baru. Dh bwk dekat 500km. Kedai dekat2 ampang waterfront can call Ah Seng 012-2122721. 2 hari siap. Service 👍👍👍👍👍

    • @shaifulsafar
      @shaifulsafar 4 года назад

      @@ayahsporting40 terima kasih tuan...terbaik

  • @user-be2yh5rz5u
    @user-be2yh5rz5u 11 месяцев назад +1

    Model 2.5 2015-2017 dgn 2018 berbeza tak bos?

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  11 месяцев назад

      Tak pasti pulak sy. Tapi kalo 2019 di mata kasar ada nampak beza dia. Grill dia lebih besar. Dari segi enjin, suspension n features dia sy tak pasti

  • @zukarnainzainiah4108
    @zukarnainzainiah4108 2 года назад +1

    Cukuplah pakai nissan sekali memang bermasalah econ dan gearbox Toyota /honda juga yg terbaik

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  2 года назад

      No komen boss. Tapi ada je nissan hasilkan model baek. Yg sy perasannye lepas dia combine dengan renault ada terperasan la komplen ke atas beberapa model nissan. Harap nissan improve balik la. Naya pembeli

  • @NorthBORNEO63
    @NorthBORNEO63 Год назад +1

    Ya , air cond. Bermasalah.

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  Год назад

      🤦🏻‍♂️ nasib badan. Berapa lama pakai model ni boss?

    • @NorthBORNEO63
      @NorthBORNEO63 Год назад +1

      2016. Tahun ke 5 dia kondem. 1 kali bikin smua😑😑😑. Compressor dia bunyi

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  Год назад

      @@NorthBORNEO63 tak sempat claim warranty la ye?Naya betul. Berapa kos kerugian tu bos?

  • @VFEinc
    @VFEinc 3 года назад +1

    Sekarang dah tahun 2021....isu CVT Gearbox xtrail ni dah selesai belum ??? Sebab saya ada plan nak beli. Kalau ikut hati nk beli X70. Tp sebab wife yg beli 😅..dia nak xtrail jugak....

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  3 года назад

      Oooo cvt gearbox pun masalah jugak ke menda ni?alahai nape laa nissan camni. Kalo nak jugak tunggu facelift version. Selalunya mana2 company keta diorang akan baiki pada facelift version. Maknanya penghujung sesuatu model tu dia akan keluar dengan sempurna dah. X70 not bad boss. Banyak feedback positif dari kebanyakan penggunanya

    • @VFEinc
      @VFEinc 3 года назад +1

      @@nikmohdakmal ya bang...banyak isu xtrail ni masalah gearbox...aircond masalah no2. Itu untuk model 2015-2017. Model yang latest ni tak pasti.

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  3 года назад

      @@VFEinc kalo dah confirm banyak masalah buat apa mencari lagi ye tak?sy pun dalam kepala terlekat x70 kalo bab suv ni 😅😅

    • @azrularif8115
      @azrularif8115 3 года назад +2

      Sy pakai Xtrail 2017, gearbox cvt dah tukar seketul ngam2 at 100000km. Nasib baik beli tahun 2017 ada warranty nissan 3 thn + 4 thn tan chong unlimited mileage. Klu tak mau nangis nak tukar gearbox dekat RM20k. Overhaul atau rebuild pon mau cecah RM10k. Dan bukan sy sahaja mengalami masalah sama, boleh dikatakan kebanyakan model 2.5 4wd.

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  3 года назад +1

      @@azrularif8115 ooooo boss punya 2.5cc ye?servis minyak gear brapa km skali boss?selalunya 20k km kne tukar kan. Sy ada dengar jugak nissan lambat tukar minyak gear. Betul ke?atau sekadar khabar angin

  • @HezHazrizal
    @HezHazrizal 5 лет назад

    Terbaik bang.. Salam kenalan dari channel HezHazrizal dari teamcardock

  • @asramchearifin982
    @asramchearifin982 2 года назад +1

    Ohh cukup laa kena model t30 byk mslh brg halfcut pun bukan murah asyik benda sama prob

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  2 года назад

      Oyeke?tak familiar sy kalo model t30. Tapi apa yg sy tau barang dia memang banyak kat halfcut. Kalo yg neoturbo tu jadi rebutan lagi. Ape yg selalu rosak tu bos?

  • @MSChannel1969
    @MSChannel1969 5 лет назад

    👍👍

  • @MelorFood
    @MelorFood 5 лет назад

    👍

  • @ahmadnalzam2421
    @ahmadnalzam2421 2 года назад +1

    Br target nak beli xtrail. Lps tgk video ni cancel. Cr kete lain lah.

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  2 года назад +1

      Alamak. Dah hilang 1 buyer. Huhu tapi tu laa. Sy just share apa problem dia. Yg rasa holeh hadap beli je. Sebab masing2 punya rezeki kadang sama. Kadang tak sama. Mungkin yg rosak ni 1 dalam 1000unit. 900unit lagi elok sampai 15-20taun 😅😅

  • @SAZTUBE
    @SAZTUBE 5 лет назад

    huhuhu...terbaek...Fuhhhhh!

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  5 лет назад

      tq boss..selalu sapot 👍👍 fuhhhhhhh 😉

  • @sitimaslizah7367
    @sitimaslizah7367 Год назад +1

    Sy guna x trail 5 tahun.. kompressor dah rosak.. dah berbunyi2..😢

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  Год назад

      Masuk 5tahun confirm dah void warranty kan?ada 2 pilihan. 1 buat kat service centre. 1 lagi buat kat bengkel luar. Kalo bengkel luar masih ada lagi 3pilihan. Tukar kompressor baru atau seken halfcut atau recond

  • @Littlesun2007
    @Littlesun2007 Год назад +2

    Knp pintu utama xleh buka Dari luar...pintu lain boleh

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  Год назад

      Kemungkinan pin yg bersambung antara door handel dengan shaft penarik lock dalam pintu terlucut ataupun tapak shaft dekat door handle tu patah. Kebanyakan kes pintu takleh bukak sebab tu la kalo dari salah satu side (luar atau dalam)

    • @Littlesun2007
      @Littlesun2007 Год назад +1

      @@nikmohdakmal ouhhh...Ada masalah pada sistem ke?sbb bila start enjin luar n dalam boleh buka..tpi bila guna kunci lepas start enjin tak BOLEH buka Dari luar

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  Год назад +1

      @@Littlesun2007 oooo macam tu ke?ingatkan masalah teknikal je. Selalunya dia macam ni, time gerak je dia lock kan?bila stop,parking jap,kalo teus buka dari luar memang tak boleh. Kena buka pintu dari dalam dulu sekali. Tutup. Pastu baru boleh buka dari luar. Once jalan dia autolock. N mostly keta skang,utk aspek safety,lock macam mana pun kalo dari dalam tetap boleh buka. Sebab incase kalo emergency,diorang taknak ada yg terperangkap di dalam. Kalo keta awak tu memang setiap masa tak boleh buka dari luar lepas on enjin dan lepas dah buka dari dalam sekali,itu dah macam alarm system failure tu. Kena p cek dekat ss. Kalo ada lagi waranty insyaAllah foc

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  Год назад

      @@Littlesun2007 cuba main kunci tu balik. Kot la kunci tu akan lock bila sekali buka. Kot kena pusing reset kunci lagi sekali ke

    • @Littlesun2007
      @Littlesun2007 Год назад +2

      @@nikmohdakmal abg cm ne nk reset erk?
      Klu reset yg sistem dlm kereta
      Ada apa² jdi ke pada sistem lock control kunci?

  • @HazeeqAutoReview
    @HazeeqAutoReview 5 лет назад

    baek boss ad explain untuk ESC dan TRC

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  5 лет назад +1

      tu pon jenuh jugak cari fakta 😂😂😂

    • @HazeeqAutoReview
      @HazeeqAutoReview 5 лет назад

      @@nikmohdakmal hahaha biasa la tu....janji content mantoppp

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  5 лет назад +1

      ahahaha aku punye konten berterabur..tak sistematik..apepun tq support 😉👍👍

  • @jaybondjane
    @jaybondjane 4 года назад +1

    Aircond xtrail famous bila on sejuk, lama2 tak rasa. Condenser bocor. Saya tukar condenser je rm600 total masuk labor, alhamdulillah terus semua elok, dah 6 bulan pakai.
    Edit : saya beli 2nd hand tahun 2015, dah pakai 6 bulan. Beli2 memang ada problem aircond tu. terus tukar.

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  4 года назад +1

      Kann?memang masalah laa aircond dia ni. Huhu walaupun kalah tang aircond, tang lain pulak dia menang kan. Handling bole tahan padu jugak ni. Tq boss sharing 👍🏽👍🏽

    • @jaybondjane
      @jaybondjane 4 года назад +1

      Nik Mohd Akmal hehe itula dia. Kereta bagusla, drive pun selesa, handling pun boleh tahan hebatnya tapi suv kan, tak boleh nak kona baring la haha.

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  4 года назад +1

      Zainal Ariff haha giler ada hati nak kona baring dengan suv?haha tapi kalo lowerd tak taula. Kalo model sebelum ni T30 kalo tak silap. Yang tu ada orang buat lowerd. Pastu salin halfcut jepun punya,neo tebo. Stok saja pun 280hp kalo tak silap. Huhu

    • @suechannelmanjah3521
      @suechannelmanjah3521 4 года назад +1

      Betul ke condenser problem sebab sama xtrail saya pon camtu bila on sejuk dh lama Jalan panas ke on off balik

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  4 года назад

      Dah bawak p jumpa pomen belum?sy kalo nak bagi keputusan pun jap lagi kalo salah kang kene kecam pulak. Hehe tapi kalo dah simptom tu seakan2 tu,55% kemungkinan betul dah laa tu kot. Ape pun bawak p jumpa pomen dulu laa sebaiknya

  • @roslanabdul5081
    @roslanabdul5081 3 года назад +1

    A failed product from Nissa

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  3 года назад

      Ataukah company luar yang buat sistem ekon?macam vendor ke camtu?sian kat pengguna laa camtu. Sian kat nissan jugak. Nama gah jadi down disebabkan benda ni. Harap2 nissan panggil balik model ni untuk selesaikan masalah ekon ni

    • @roslanabdul5081
      @roslanabdul5081 3 года назад +1

      @@nikmohdakmal kalau Nissan Tan Chong spesis yg pentingkan kepuasan pengguna dah lama dia recall utk masalah aircond gearbox absorber mounting engine..sebab dh ramai terkena..belum 5 tahun dah jahanam.

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  3 года назад

      @@roslanabdul5081 betul jugak tu boss. Cara dia buat tu macamla dia dominan sangat dalam industri automotif global nih. Tak perlu tunggu report dari customer,report dari pusat servis tu yg main peranan sepatutnya. Boss pun salah1 daripada mangsa ke

  • @subcriberswithoutvideoch-bk4en
    @subcriberswithoutvideoch-bk4en 5 лет назад

    Goodjob

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  5 лет назад

      saja cuba2..aku buat canel ni based on aku punya masalah..nk beli keta baru tak mampu,so beli kete seken..kete seken plak mesti ada penyakit dia,apa yg slalu rosak,brapa hrga spare part ape sume tu..so aku pn pikir baik aku review kete yg org dah pakai..apa pengalaman dia sepanjang memiliki kete tersebut..harap2 ada laa yg mendapat manfaat dr video aku..wlaupon editing tahpape..hahahaha

    • @subcriberswithoutvideoch-bk4en
      @subcriberswithoutvideoch-bk4en 5 лет назад

      Ooo

  • @lahhalola7792
    @lahhalola7792 5 лет назад

    Baikkk bos...info yg berguna

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  5 лет назад +1

      ape yang ade aku share je..tak baik simpan sorang2 😉😂

    • @lahhalola7792
      @lahhalola7792 5 лет назад +1

      Betol tu broo..teruskan...selamat berjaya

    • @nikmohdakmal
      @nikmohdakmal  5 лет назад

      @@lahhalola7792 aminn..tq bro 👍😉

  • @mrmrsbullion8727
    @mrmrsbullion8727 5 лет назад

    👍👍