MA Galeri Seni Kg Bujang

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 25 авг 2024
  • Galeri Seni Kampung Bujang
    Laporan/foto: Othman Arif (Alor Setar)
    KUALA MUDA - Galeri Seni Kampung Bujang yang dibangunkan pada tahun 2009 adalah hasil daripada semangat kemuafakatan komuniti kampung itu sendiri bagi memelihara serta mempamerkan kepada orang ramai pelbagai bentuk alatan tradisional seperti alatan dapur, alatan menuai padi dan lain-lain yg pernah digunakan oleh masyarakat melayu tempatan pada zaman dahulu.
    Senibina rumah yang berkonsepkan kampung tradisi ini mempamerkan pelbagai barangan dan alatan tradisional di dalamnya seperti Tenggala, Sempiong Ikan, Kukur Kelapa, Lesung Padi, Acuan Cendol, Cebuk Air dan banyak lagi.
    Sikap penduduk kampung bujang ini haruslah dipuji kerana selain menghargai nilai seni dan estetika barangan lama, ianya juga memberi peluang kepada golongan generasi baru untuk melihat dan mengenal serta memperoleh manfaat.
    Galeri seni yg terletak di daerah Kuala Muda, Kedah ini sentiasa mengalu-alukan kehadiran pengunjung tanpa dikenakan sebarang bayaran.
    Pengunjung hanya perlu menghubungi pihak jawatan kuasa kampung jika berhasrat untuk masuk ke galeri ini.
    Sumber : Malaysia Aktif

Комментарии •