251 : MJJANA MENYANTUNI BESAN JERTEH & KE RUMAH SAHABAT, DR. AZIZAH : EP251

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 4 окт 2024
  • MENYANTUNI BESAN JERTEH DAN KE RUMAH SAHABAT, DR. AZIZAH : EPISOD 251
    Setelah sekian lama besan pertama kami dari Jertah tidak bertandang kerana routine rawatan kesihatan di Jerteh, kali ini mereka cuba meluangkan masa untuk datang ke Putrajaya.
    Kebetulan cuti sekolah dan seperti yang dirancang cuti sekolah dua minggu ini hakimah akan spend masa Bersama family kami di Putrajaya. Kebetulan juga pada hujung tahun nanti kami akan mengadakan majlis aqiqah cucu ke 8 dan Zamri akan balik masa tu untuk menjemput mereka.
    Beza kali ini saya tidak menyediakan pelbagai juadah seperti mana kalau kami ke Jerteh kerana pelbagai factor. Oleh itu kami hanya dapat menjamu makan malam di Umai Café dan bersarapan di dPatin futsal. Kesuntukan masa menyebabkan kami melakukan perjumpaan di Putrajaya. Malah balik kampung pun tidak sempat.
    Alhamdulillah dengan izinNya dapatlah adik beradik Dr. Sapiah datang ke rumah kami diPutrajaya. Antaranya ialah Anis, Ateh dan Ngah dan anak menantunya.
    Dalam kunjungan mereka kali ini sempat juga kami ziarah saudara melalui perkahwinan iaitu dr. azizah Nordin di Kg. Abu Bakar Baginda yang bakal mengerjakan umrah minggu hadapan
    Sebuah rumah agam yang dihias begitu rapi dan indah dalamnya. Kami diminta tunggu sebentar kerana bersungguh-sunggu beliau hendak menjamu dengan masakan hasil tangan beliau. Memang berbaloi menunggu bukan lama pun, memang sedap segala masakannya terutama bihun special tu. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak.
    Dr. Azizah Nordin ini merupakan seorang yang berilmu dan berpendidikan tinggi, rajin menulis dan menghasilkan banyak buku-buku, tanpa jemu sentiasa memberi motivasi kepada anak-anak muda. Terima kasih daun keladi, Panjang umur kita berjumpa lagi.
    #layanbesanjerteh
    #mjjana
    #cutisekolahpenghujung2023
    #ziarahdrazizah
    #rohanajasman

Комментарии •