ANAK SUSAH MAKAN SAYUR, Resepi berkhasiat untuk anak, Stok Sayur Homemade, Vegetable Stock

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 10 сен 2024
  • VEGETABLE STOCK PASTE (SALT FREE)
    BAHAN-BAHAN
    ● 200 g Batang Saderi/Celery Stick *
    ● 250 g Lobak Merah *
    ● 100 g Bawang Holland *
    ● 100 g Tomato *
    ● 150 g Timun (Optional) *
    ● 50 g Cendawan *
    ● 1 Biji Bawang Putih *
    ● 1 Daun Bay Kering/Dried Bay Leaf * (Optional)
    ● 6 tangkai fresh Herbs seperti Rosemary, Sage dan Parsley..Ezniey x de so Ezniey just guna yang kering sahaja.
    ● 15 g Minyak Zaitun
    KAEDAH PENYEDIAAN 1 (THERMOMIX USER)
    ■ Masukkan bahan2 bertanda dalam mixing bowl dengan bantuan spatula kisar 10 saat/speed 7. Scrape down tepi2 mixing bowl dan kisar lagi selama 3 saat/speed 7.
    ■ Tambahkan minyak, mix herbs dan kemudian menggunakan Simering basket di tempat measuring cup, masak selama 30 minit/Varoma/speed 2. Adunan bahan akan menjadi pekat,likat dan sedikit kering.
    ■ Pindahkan dalam bekas yang bersesuaian atau letakkan dalam ice cube trays, sejukkan dahulu diluar sebelum di simpan di freezer. Bila da beku, keluarkan dari Ice Cubes tray dan simpan dalam peti sejuk beku dan keluarkan apabila hendak digunakan sahaja. Ianya tahan 3 bulan di Freezer dan kurang 2 minggu di Chiller.
    KAEDAH PENYEDIAAN 2 (NON THERMOMIX USER)
    ■ Masukkan bahan2 bertanda dalam Blender/ Food Processor. Jika blender kecil..masukkan 3 batch atau lebih bersesuaian dgn kapasiti blender..pastikan sayur2an dipotong halus sebelum blender.
    ■ Panaskan minyak dan masakkan bahan yang telah diblend tadi sehingga betul2 kering dan pekat..semasa masak, tambahkan Mix Herbs kedalam paste.
    ■ Pindahkan dalam bekas yang bersesuaian atau letakkan dalam ice cube trays, sejukkan dahulu diluar sebelum di simpan di freezer. Bila da beku, keluarkan dari Ice Cubes tray dan simpan dalam peti sejuk beku dan keluarkan apabila hendak digunakan sahaja. Ianya tahan 3 bulan di Freezer dan kurang 2 minggu di Chiller.
    .
    .
    Kalau nak tengok cara pembuatan boleh tengok di link youtube ni tau
    • ANAK SUSAH MAKAN SAYUR...

Комментарии •