235 : FESTIVAL MAKANAN JAWA DAN MASAK NASI AMBENG di KG ENDAH MERIAH ( MJJANA ): EP235

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 4 окт 2024
  • FESTIVAL MAKANAN JAWA DAN MASAK NASI AMBENG : EP 235
    NASI AMBENG
    1. Sudah menjadi tradisi Masyarakat Jawa dahulu, nasi ambeng kerap dijadikan hidangan atau berkat khususnya semasa majlis kenduri kendara. Berkat merupakan bungkusan makanan sebagai buah tangan. Tanda ingatan tuan rumah kepada tetamu.
    2. Nasi ambeng dalam dulang besar, dilapik dengan daun pisang akan dibahagi-bahagikannya mengikut jumlah anggota yang mengepung dulang itu. Itulah berkat Namanya. Berkat dibawah pulang untuk dinikmati bersama keluarga.
    3. Menurut sumber Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor atau PADAT, nasi ambeng adalah salah satu menu masakan orang jawa yang telah diangkat oleh negeri Selangor sebagai sejenis menu makanan jawa. Pada kebiasaannya
    SET NASI AMBENG MENGANDUNGI
    Nasi putih
    Serunding kelapa
    Mee goreng
    Ayam engkong ungkep
    Rempeyek kacang
    Ikan masin bulu ayam, dan
    Sambal goreng jawa iaitu
    campuran soon, tempe,
    tahu kering, kentang dan
    kacang panjang
    4. Kini kebanyakan adat itu mula ditelan zaman. Adat memberi berkat masih diteruskan. Bezanya sekarang, berkat disediakan dalam bekas dan lauk pauk yang diasingkan dan lebih presentable dan tahan lebih lama.
    5. Ada juga nasi ambeng yang disediakan dalam dulang kecil iaitu mini nasi ambeng yang boleh dimakan oleh 3 atau empat orang. Di kg Endah juga ada pengusaha persendirian yang menjual nasi ambeng sedemikian dengan harga serendah RM10 sebekas.
    PERTANDINGAN MASAKAN JAWA
    6. Satu pertandingan Masakan jawa berasaskan nasi ambeng diadakan di kg Endah sempena program SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA (HPBS) PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2023 yang diadakan di Kg. Endah, Banting Selangor.
    7. Pada 18 nov 2023, seawal jam 8 pagi peserta telah menyediakan bahan-bahan nasi ambeng. Peserta pertandingan juga dikehendaki menyediakan getuk ubi.
    8. Getuk ubi juga merupakan satu lagi makanan jawa tradisional yang boleh dijadikan sebagai pencuci mulut atau desert. Dengan berasaskan ubi kayu, ia direbus empuk. Kemudian dicampur dengan kelapa muda dan gula serta digaul rata. Rasanya manis, masin lemak. Satu gabungan rasa tradisi yang boleh menjadi ketagih kelazatannya.
    9. Sebenarnya ramai penduduk Kg.Endah yang berbakat menyediakan, apa lagi makan nasi ambeng kerana majoriti penduduk adalah berketurunan jawa.
    10. Memandangkan penyediaannya agak rumit dan ia ada dijual secara komersial oleh penduduk Kg. Endah, ramai yang mengambil jalan mudah dengan hanya membeli atau menempahnya sahaja. Antara pengusaha nasi ambeng di Kg. Endah ialah Hj. Othman Satimin, Pn. Sukmaliah dan Pn. Suraya.
    MENOBATKAN PEMENANG (foto nasi ambeng)
    11. Inilah suasana pertandingan yang sempat dirakam.
    Kriteria pemilihan pemenang termasuk kaedah mengekalkan ciri-ciri nasi ambeng dari segi rasa, cara dan kreativiti hidangan.
    12. Ayam adalah lauk utama dalam penyediaan nasi ambeng selain dari rasa serunding kelapa. Justeru rasa masakan ayam itu sendiri mempengaruhi rasa nasi amben. Nasi Ambeng yg sedap bergantung kepada rasa masakan ayamnya. Sedap ayam dan serunding, sedaplah nasi ambengnya.
    PENYAMPAIAN HADIAH (penyampaian hadiah di dewan)
    13. Penyampaian hadiah dan saguhati disampaikan oleh YAB MB Selangor. Majlis dihadiri oleh wakil-wakil dari pelbagai jabatan seluruh negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan, NGO dan orang ramai.
    14. Pengisian program kali ini termasuk Festival Makanan Jawa. Pengunjung berpeluang membeli belah pelbagai produk tempatan masakan jawa seperti punten, sate, lepet, sawot, lemper, tuntuman, ketiwol, bubur somsom, kuih kemboja, koci, keluban, semarang, selain dari pelbagai menu yang lain dijual.
    15. Terdapat juga produk makanan yang berasaskan ubi kayu. Dikatakan orang jawa memang terkenal dengan kerajinan bercucuk tanam termasuk menanam ubi sebagai makanan ruji satu masa dahulu.
    16. Antara produk yang boleh diolah berasaskan ubi yang terkenal di kg Endah ialah kerepek, getuk, ketiwul, tapai, lemeat dan seangkatan dengannya. Seperti juga nasi ambeng, produk berasaskan ubi ini juga banyak dijual dan mudah diperolehi di Kg. Endah. Antaranya Pn. Dewi, CTI Kerepek, Pn. Lina dan ramai lagi. Kebanyakan makanan ini juga boleh diperolehi dan dinikmati di Morib Coconut Shake sambil menikmati kesegaran air kelapa muda dan menghirup coconut shake pelbagai perisa.
    17. Yang ini pula tempe, satu lagi produk jawa. Saya pernah makan tempe yang diolah seperti nugget di TUDmas café di Sg. Merab. Sementara di Kg. Endah ini terdapat juga pengusaha tempe iaitu Pn. Juniah, En. Roslan dan Aidil. Tempe adalah makanan exotic yang boleh dipelbagaikan menunya jika pandai mengolahnya seperti lontong, tempe salai, lodeh, kerepek dan seumpamanya.
    PECAL JAWA
    #nasiambeng
    #festivalmakananjawa
    #tempe
    #banting
    #kualalangat
    #makananjawa
    #kerepekpisang
    #kerepekubi
    #getuk
    #pertandinganmemasakmakananjawa
    #planmalaysiaselangor
    #kgendah

Комментарии • 2

  • @alenwibisono4608
    @alenwibisono4608 10 месяцев назад

    Tahniah kaka, karena dapat mengeluarkan video yang bermanfaat kepada semua orang..terutama untuk warga niaga Kpg Endah..❤

  • @TAKSOL123
    @TAKSOL123 10 месяцев назад

    Nice vlog