Fettuccine Chicken Prego Carbonara Mushroom

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 7 сен 2024
  • Fettuccine Chicken Prego Carbonara Mushroom
    Resepi ini mudah disediakan dan sangat sedap. Resepi ini boleh menghasilkan 5 - 6 hidangan. Bahan-bahannya mudah didapati dan boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing - masing, contohnya ayam boleh digantikan dengan sausage, udang atau sotong dan boleh juga tambah brokoli. Pasta ada pelbagai jenis di pasaran, untuk resepi ini saya gunakan fettuccine boleh juga digantikan dengan pasta jenis spaghetti, penne dan macaroni.
    Bahan untuk merebus Fettuccine:
    Air secukupnya
    1 paket Fettuccine, 500 gram
    1 sudu kecil garam
    Nota:
    1) Disarankan sebelum memasak pasta hendaklah mengikut arahan pada paket pasta tersebut.
    2) Jangan overcook
    Bahan-bahan untuk kuah:
    Dada ayam (banyaknya terpulang masing-masing)
    1 tin Prego carbonara mushroom
    3 kotak kecil susu segar penuh cream (boleh tambah mengikut kesesuaian)
    1 tin cendawan butang
    1 biji bawang Holland
    3 ulas bawang putih
    Lada hitam secukup rasa
    1 atau 2 keping keju
    Parsley (Italian herbs kering)
    Garam secukup rasa
    Minyak zaitun
    _______________________________
    Music Title: Happy and Joyful Children
    Music Link: • Happy Children Backgro...
    (Video diambil pada: 29 Julai 2019)

Комментарии • 7