Fendi Mencuba Nasi Kenduri HAMPIR PUPUS Di Kapitan PENANG! | Makan Makan Bersama Fendi

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 9 сен 2024
  • Restoran Kapitan yang berlokasi di Pulau Pinang semestinya merupakan salah satu Restoran yang amat terkenal dan sentiasa banjiri dengan pelanggan dari pelusuk dunia. Hidangan istimewa mereka seperti Nasi Beriyani dan Naan Tandoori merupakan tarikan utama mereka yang membuatkan semua pelanggan akan datang lagi ke Restoran ini.
    Kali ini, Fendi mengunjungi Restoran baharu mereka iaitu Kapitan D'Signature dimana mereka menghidangkan menu-menu yang agak berbeza dari Restoran Kapitan sebelum ini. Suasana Restoran Kapitan D'Signature juga amat selesa untuk menikmati makanan di sini.
    Menu-menu yang dihidangkan di Kapitan D'Signature merupakan menu-menu hasil ciptaan ahli keluarga pemilik Kapitan seperti Nasi 5 Kari Sooru, Romali Butter Chicken Set, Lamb Shank dengan Nasi Mandi dan bermacam-macam lagi!
    📍Lokasi » Kapitan D'Signature
    Lebuh Chulia, Georgetown 10200, Pulau Pinang
    ☎️ Telefon » 010 - 221 7011
    Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
    Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti RUclips, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
    Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.

Комментарии • 92