Qasidah Salaf - Salamun Salamun Kamiskil Khitam II

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 12 сен 2024
  • سَلاَمٌ سلام كَمِسْكِ الْخِتَامِ
    Salam dan salam sebagai penutup yang baik
    عَلَيْكُمْ أُحَيْبَابَنَا ياكِرَام
    Atasmu wahai kekasih-kekasihku yang mulia
    ومَنْ ذِكْرُهُمْ أُنْسُنَا فِي الظَّلاَم
    Dengan mengingat mereka terdapat ketenteraman
    ونُوْرٌ لَنَا بَيْنَ هذا الأَنَام
    Dan cahaya bagi kami di antara manusia sejagat
    سَكَنْتُمْ فُؤَادِيْ وربِّ العِبَاد
    Demi Allah! Engkau bertempat dalam hatiku
    وأَنْتُمْ مَرَامِي وأَقْصَى الْمُرَاد
    Kamu sekelian adalah maksud dan tujuanku
    فَهَلْ تُسْعِدُونِي بِصَفْوِ الْوِدَاد
    Tidakkah kau berikan padaku cinta yang suci
    وهَلْ تَمْنَحُوْنِي شَرِيْفَ الْمَقَام
    Dan tidakkah kau berikan padaku kedudukan yang mulia
    أنَا عَبْدُكُمْ يا أُهَيْلَ الْوَفَا
    Aku adalah pembantumu wahai orang-orang yang mulia
    وفِي قُرْبِكُمْ مَرْهَمِي والشِّفَا
    Dekat denganmu adalah ubat dan kesembuhan bagiku
    فلاَ تُسْقِمُوْنِي بِطُوْلِي الْجَفَا
    Maka janganlah kau sakiti aku dengan berjauhan dariku
    ومُنُّوْا بِوَصْلٍ ولَوْ فِي الْمَنَام
    Dekatkanlah aku denganmu walau hanya dalam mimpiku
    أَمُوْتُ وأَحْيَا عَلَى حُبِّكُم
    Aku mati dan hidup dalam keadaan mencintaimu
    وذُلِّي لَدَيْكُمْ وعِزِّي بِكُمْ
    Aku merasa hina dihadapanmu, dan bersamamu aku mulia
    ورَاحَاتُ رُوْحِي رَجَا قُرْبِكُمْ
    Ketenteraman jiwaku adalah berharap untuk dekat denganmu
    وعَزْمِي وقَصْدِيْ إِلَيْكُمْ دَوَام
    Azam dan tujuanku sentiasa padamu
    فَلاَ عِشْتُ إِنْ كانَ قَلْبِي سَكَنْ
    Aku tak akan hidup senang jika hatiku tenteram
    إلَى الْبُعْدِ عَنْ أَهْلِهِ والْوَطَن
    Dengan berjauhan dari orang-orang yang bersih hati dan tanah air mereka
    ومَنْ حُبُّهُمْ فِي الْحَشَا قدْ قَطَن
    Atau jauh dari orang-orang yang bertempat dalam lubuk hatiku
    وخَامَرَ مِنِّي جَمِيْعَ الِْعظَام
    Dan telah bercampur dengan seluruh badanku
    إِذَا مَرَّ بِالْقَلْبِ ذِكْرُ الْحَبِيْب
    Bila hati terdengar nama orang yang dikasihi
    ووَادِي الْعَقِيْقِ وذَاكَ الْكَثِيْب
    Dan lembah ‘Aqiq (satu lembah di Madinah) serta negeri itu
    يَمِيْلُ كَمَيْلِ الْقَضِيْبِ الرَّطِيْب
    Hatiku akan bergerak (kerana senang) sebagaimana dahan pokok yang bergoyang
    ويَهْتَزُّ مِنْ شَوْقِهِ والْغَرَام
    Dan akan bergetar kerana rindu dan cinta
    أموتوومازرت ذاك الفنا
    Aku akan mati, tapi ku tak pernah kunjungi kebinasaan itu
    وتلك الخيام و فيها المنى
    Juga kemah yang didalamnya terdapat harapan
    ولم أدن يوما مع من دنا
    Tak ku dekati pada saat itu orang yang dekat
    للثم المحياو شرب المدام
    Untuk mengecup wajah itu hingga memabukkan
    لإِنْ كَانَ هَذَا فَيَا غُرْبَتِي
    Kalaulah aku berjauhan darimu, aku akan merasa terasing
    ويَا طُوْلَ حُزْنِي ويَا كُرْبَتِي
    Alangkah sedih dan merananya aku
    وَلِيْ حُسْنُ ظَنٍّ بِهِ قُرْبَتِي
    Aku memiliki prasangka baik, dari itu aku dapat mendekatimu
    برابي و حسبي به يا غلام
    Dengan tuhanku, cukuplah bagiku wahai kawan
    عَسَى اللهُ يَشْفِي غَلِيْلَ الصُّدُوْر
    Semoga Allah mengobati hati yang sakit
    بِوَصْلِ الْحَبَائِبْ وَفَكِّ الْقُيُوْد
    Dengan berdekatan dengan para kekasih, juga dengan melepaskan ikatan
    فَرَبِّي رَحِيْمٌ كَرِيْمٌ وَدُوْد
    Sungguh Allah Maha Pengasih, Pemurah, Pemberi kasih sayang
    يَجُوْدُ عَلَى مَنْ يَشَا بِالْمَرَام
    Yang memberi kepada siapa yang di kehendaki-Nya

Комментарии • 10