Air mata Siti Hasmah menitis di Shah Alam

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 15 сен 2024
  • Tun Dr Mahathir Mohamad segera berdiri dan tunduk memberi tanda hormat kepada pemimpin dan perwakilan yang berkumpul di Shah Alam hari ini ketika namanya disebut sebagai pertaruhan terbaik dapat diberikan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang.
    Isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pula menjadi sebak dan menitiskan air mata apabila Ketua Setiausaha HARAPAN Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan pendirian rasmi mereka hari ini.
    Sebelum ini memang nama Dr Mahathir disebut-sebut akan dicalonkan pakatan terbabit untuk menjadi perdana menteri jika berjaya menguasai Putrajaya.
    Bagaimanapun khabar itu kekal menjadi cakap-cakap biasa kerana wujud rasa tidak puas hati di kalangan sesetengah penyokong HARAPAN apabila nama bekas perdana menteri itu dipilih.
    Hari ini secara rasmi Dr Mahathir dipilih sebagai calon perdana menteri, manakala Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail menjadi timbalannya.
    Dr Wan Azizah dilihat sempat menenangkan Dr Siti Hasmah ketika tokoh yang disegani ramai itu menahan perasaan apabila nama suaminya diumumkan Saifuddin.

Комментарии • 402

  • @hazwanwan4566
    @hazwanwan4566 6 лет назад +16

    sy dari indonesia terharu rsa malaysia berani mereformasikan diri...sblum terlambat,jgn mcm indonesia sampai miskin papa kedana bru berani reformasi,selagi malaysia blom bangkrut sgt malaysia harus berani...salam reformasi dari indonesia...

  • @anwarnuar2168
    @anwarnuar2168 6 лет назад +326

    Perjuangan rakyat lahir dari air mata dan keringat.. bukan dari dedak mahu pun jawatan . Tahniah Tun M !!

    • @PCOSAMUDERAPTwf
      @PCOSAMUDERAPTwf 6 лет назад +4

      BETUL SGT TU GENG2 JAMAL PONDAN DAH PANAS PUNGGUNG ...PUAK2 NI LA YG CUBA NK PERTAHANKAN DEDAK DARI NAJIB SUPAYA NEGARA DI KUASAI OLEH BNAJIS...RAKYAT PERLU KEMBALIKAN ZAMAN KEGEMILANGAN TUM WAKTU DULU...BRG TK NAIK HARGA BRG PON MURAH...

    • @drsamrdmas8420
      @drsamrdmas8420 6 лет назад

      MerahSilu Nuar
      Melalut lah lu ni

    • @anwarnuar2168
      @anwarnuar2168 6 лет назад +2

      al ezry .. mat sabu bleh jd PM, tp lebih sesuai jd menteri penerangan sbb bleh cuci otak2 umngok yg dah lama karat..

    • @anwarnuar2168
      @anwarnuar2168 6 лет назад +3

      al ezry .. bila dah ramai yg tk efisien ia akn merosakan umno itu sendiri, sbb tu Tun tk bleh nk pulih umno lg.. sbb tu juga parti ppbm di tubuhkan supaya org umno dpt bina parti baru.. sistem yg lama dah sebati dgn hidup mereka.. buat sistem baru balik.. skrg umno mmg benar2 dah rosak, rosak oleh tangan mereka sendiri ...

    • @muhamadlutfi4026
      @muhamadlutfi4026 6 лет назад +2

      kenapa tak bagi dkt mat sabu??mat sabu boleh tak bro2 sekalian😅

  • @nooraidaibrahim1075
    @nooraidaibrahim1075 6 лет назад +237

    Mereka ini memang berjiwa besar..walaupun menderita puluhan tahun..tetapi utk rakyat keluarga ini sanggup ketepikan peribadi...saya rasa parti yg mendakwa pejuang islam pun tidak mampu berbuat demikian....syabas kpd semua pendukung ph...kamu semua terhebat...hebat..

    • @irishque
      @irishque 6 лет назад +1

      setuju!

    • @ONMYWAYSS
      @ONMYWAYSS 6 лет назад

      Noor Aida Ibrahim ye btul datok jeh yg brsungguh dan sygkan negara juga rakyat buktinya bekas pm lain x nak ambik tahu bile negara kucar kacir..

    • @AhmadAhmad-wj2xc
      @AhmadAhmad-wj2xc 5 лет назад +3

      Kakakakaka menderitalah sangat

    • @aliffmra8519
      @aliffmra8519 4 года назад

      Salam 2020

    • @wahabahmadft3786
      @wahabahmadft3786 3 года назад

      @@aliffmra8519 ft CT cv bu cv cv

  • @jeffreywilliamgoldenberg3416
    @jeffreywilliamgoldenberg3416 6 лет назад +67

    Alhamdulillah...mudah-mudahan ada perubahan besar yang lebih membela nasib rakyat. Insyakallah...kepimpinan Dr.Mahathir tidak boleh di ragui.

  • @kakyah1234
    @kakyah1234 6 лет назад +17

    semoga tun mahathir dn tun siti asmah sentiasa dikurniakn kesihatan yg baik hingga dn sentiasa dlm rahmat dn lindungan allah swt..aamiin..

    • @wankhairi6775
      @wankhairi6775 6 лет назад +1

      SYABAS PD TUN M DN DR. WAN AZIZAH....DUA CALON YG TRBAIK....TABIK JUGA PD PH...GOOD LUCK

  • @tupaidebab436
    @tupaidebab436 6 лет назад +196

    ya allah mudahkan semua...demi kami semua melayu cina india..hidup lebih aman damai lebih maju lebih harmoni lebih beriman

  • @erikestradasitanggang2831
    @erikestradasitanggang2831 6 лет назад +4

    Saya warga negara Indonesia, sungguh amat kagum dengan kebesaran hati dan jiwa para negarawan yang diperlihatkan disini. Soalan pribadi, masa lalu dan segala perkara yang tidak menyenangkan perasaan dikesampingkan demi kepentingan yang lebih besar dan mulia, demi bangsa, negara dan kedaulatan rakyat.
    Salam hormat saya untuk yang terhormat Tun Datuk Seri Dr. Mahathir dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
    Semoga semangat mereka dapat ditauladani olek kita rakyat Indonesia dan Malaysia agar selalu akrab dan tidak saling hujat sesama saudara serumpun bangsa.
    Salam hormat dari Sumatera

  • @rudy83yap89
    @rudy83yap89 6 лет назад +23

    Ni lah titisan air mata isteri tun m.. Setia dan sentiasa mnyokong tun m.. Terbaik tun m.. Kmi rakyat malaysia.. Syg tun m.. Memang layak. D nobat kn.. Jd pm.. Berpengalaman luas.. Harap malaysia pulih dan x tercemar nama nya.

    • @jomkomenmintapendapat5803
      @jomkomenmintapendapat5803 5 лет назад +1

      Rudy83 Yap dulu titisan air mata rayat sekarang dah jadi titisan air kencing tun untuk rayat

  • @dapurWAWC
    @dapurWAWC 6 лет назад +74

    Tahniah Tun Dr Mahathir / Dr Wan Azizah dan PH 👍😍

  • @kamarulsheddek7846
    @kamarulsheddek7846 6 лет назад +29

    Kepada semua pemimpin, penggerak dan penyokong Pakatan Harapan..ayuh kita yakinkan rakyat untuk memberi mandat kepaa barisan ini..pedulikan segala tohmahan dan cacian dari mereka yang berhasad dengki..tumpukan kepada usaha membela kebajikan rakyat dan membebaskan Malaysia dari segala permasalahan yang mencengkam kini..saya yakin jika barisan ini dan kita semua benar benar untuk memperjuangkan kebenaran dan keadilan serta kesaksamaan,Allah sentiasa berada dengan kita semua dan mempermudahkan kita untuk menghala ke arah itu..berserahlah kepada Allah kerana Dia pembela orang orang yang hendak memenangkan kebenaran,keadilan dan kesejahteraan..

  • @guyfawkes6359
    @guyfawkes6359 6 лет назад +9

    Congratulations and Thank You Mr Mahathir ,you've done it again May God Bless you of your deed. My Blessing also goes to those who fully supported Mr Mahathir.

  • @sharuddinabdullah134
    @sharuddinabdullah134 6 лет назад +18

    syabas tun Dr mahathir dan juga wan azizah mudah - mudah inshaallah,,,

  • @azmijaff2405
    @azmijaff2405 6 лет назад +28

    Tahniah Tun dan Dato Seri Dr. Wan Azizah diatas perlantikan anda

  • @imdamuji9227
    @imdamuji9227 6 лет назад +62

    Sebaknya tengok tun hasmah menangis, tun m dan tun hasmah gagah meneruskan perjungan 😢

  • @106farah
    @106farah 6 лет назад +69

    Semoga apa yg dirancang menjadi kenyataan.. Smg allah memberkati perjuangan ini.. Kepada dia kita berserah..

    • @106farah
      @106farah 6 лет назад +1

      al ezry secara peribadi x kisah org baru atau org lama.. Keputusan yg diambil mstlah hasil dr perbincangan dr semua pihak.. Kita sbg rakyat x pyh gaduh2.. Kita pangkah je yg mana kita nak.. Seterusnya tawakkal.. Sedangkan dlm adik beradik pun x sama minatnya..

    • @sitirogayah1558
      @sitirogayah1558 6 лет назад

      Aamiin.

    • @ikmalfauzi9413
      @ikmalfauzi9413 6 лет назад

      Sekarang DAH Menjadi Kenyataan

    • @anullisyaf2829
      @anullisyaf2829 4 года назад

      Masih menunggu manifesto menjadi kenyataan

  • @warlordloo
    @warlordloo 6 лет назад +26

    Untuk Rakyat Malaysia Demi Rakyat Malaysia

  • @MegaBayu7
    @MegaBayu7 6 лет назад +13

    A great history in the making. Bravo n Congratulations.

  • @farahfatah5194
    @farahfatah5194 6 лет назад +29

    Syabas Tun and Pakatan Harapan!
    I hope we change the government this time.

  • @NOFRI_MISTERI_OFFICIAL
    @NOFRI_MISTERI_OFFICIAL 6 лет назад +2

    Saya dri indonesia mengucapkan selqmat buat TUAN TUN M...semoga ALLAH SWT selalu melindungi ....selamat berjuang ...basmi semua KORUPTOR2 YG ADA DI MALAYSIA...wqlau saya bukan rakyat malaysia ..tapi saya tau pengorbananmu....SAYA BANGGA DGN RAKYAT MALAYSIA yg telah BENAR2 MEMILIH ORANG YG TEPAT untuk memimpin...pesan saya " PIMPINLAH UMATMU JAGA AKIDAH..JAGA IMAN...SATUKAN RAKYAT MELAYU ... " amin...

  • @sundarmuniandy3249
    @sundarmuniandy3249 6 лет назад +10

    Terbaik Parti Harapan. Harapan Rakyat Malaysia.

  • @muhammadikbal2956
    @muhammadikbal2956 6 лет назад +183

    Dah terbukti perjuangan pkr bukan untuk anwar saja,tapi perjuangan pkr untuk rakyat,buktinya mahathir seorang manusia yang menzalimi ketua umum mereka anwar ibrahim,mereka sanggup ketepikan dendam pribadi mereka terhadap mahathir,kalau hanya dengan melantik mahathir menjadi pm,boleh meyakini orang melayu untuk menyokong ph,dan dengan sokongan orang melayu terhadap ph,maka mudah lah bn yang diketuai umno di jatuhkan,maka mereka rela mahathir jadi pm dengan syarat terjadi reformasi dalam pentakbiran negara,yang akhirnya dapat menyelamatkan kemusnahan negara dan rakyat,tabik pkr dan anwar ibrahim👍🏻👍🏻👍🏻

    • @robindranathrobindranath7191
      @robindranathrobindranath7191 6 лет назад

      Muhammad Ikbal great

    • @robindranathrobindranath7191
      @robindranathrobindranath7191 6 лет назад

      Muhammad Ikbal well said.

    • @lizaha27
      @lizaha27 3 года назад

      sb Mahathir masuk penjara jumpa Anwar dan berjanji akan melepaskan jawatan PM kepada Anwar bila Anwar keluar penjara...dan logo yg PH guna masa pilihanraya adalah logo PKR sb madey tahu logo ini yg akan menang besar walaupun dia tak join venture....menyemak saja dia ni...ambil kesempatan atas kebaikan dan keluhuran hati seorang Islam sejati iaitu Dato'seri Anwar Ibrahim...cuma kesian kat rakyat yg mengundi PKR dgn harapan Anwar jadi PM tapi akhirnya akibat kerakusan ahli-ahli MP yg dipilih rakyat mereka pula ikut suka mereka memilih calon PM mereka sendiri lepas ni tak perlu buat pilihanraya suruh aje ahli-ahli MP ni mengundi... menyusahkan rakyat aje

    • @kerrenektxmalaysiasingspor6647
      @kerrenektxmalaysiasingspor6647 2 года назад

      Harapan untuk kencing rakayat janji tk blh tunai..rakyat dan yg mna diorang undi PH kena kencing

  • @datusriilynceobamalarch4188
    @datusriilynceobamalarch4188 6 лет назад +8

    Datin sri wan azizah adalah yg terbaik,rintangan hidup yg berliku2 allah yg maha kuasa menentukan ini.Wanita pertama malaysia jadi tpm

    • @nilamsari-ui1fe
      @nilamsari-ui1fe 6 лет назад

      Datu Sri Ilynce Obama Larch btol tu aku sokong. Aku lg sokong klau datin wan azizah jd pm. Dia la pengasas PKR hingga trtubuh nya PAKATAN.

    • @lenovolenovo7553
      @lenovolenovo7553 6 лет назад

      Datu Sri Ilynce Obama Larch

  • @AriEl-jr9zs
    @AriEl-jr9zs 6 лет назад +11

    #Tahniah... Semoga Menjadi Pasukan Yang Hebat

  • @fatinsakurakedah2807
    @fatinsakurakedah2807 6 лет назад +1

    Aku pon rasa sedih sejak tgok diorang suma bersorak mahathir sbg pm ke 7.. Hidup pakatan harapan.. Hidup malaysia aman dan harmoni.. Semoga umur tun M dan siti hasmah dan wan azizah serta kuncu2 pemimpin ph dipanjangkan lagi .. Akhirnya doakan ku dimakbulkan.. Syukur ya allah. Tq ya allah.. 💗💗💕💕

  • @haniruzbayu4269
    @haniruzbayu4269 6 лет назад +2

    Mengalir airmata bila melihat video ini.. betapa besarnya pengorbanan dan perjuangan mereka demi rakyat

  • @mie75yunus65
    @mie75yunus65 6 лет назад +4

    huh aku pulok naik sebok...moga melayu dan rakyat malaysia mampu dipertahankan..Ya allah panjangkanlah usia Tun dan Dato' sri Anwar Ibrahim..

  • @hzsenpai8970
    @hzsenpai8970 6 лет назад +6

    Panjangkanlah umur Tun M !! 😭😭😭

  • @akgrimr5002
    @akgrimr5002 6 лет назад +29

    Aku xkisah pon sapa pm parti mana bentuk kerajaan..yg pntg wkil politik yg dilantik jujur melakukan tugas dn jangan mentekedarah duit rakyat

  • @anwaryusof5871
    @anwaryusof5871 6 лет назад +39

    Sori terkeluar air mata...

  • @demandmoviemalaysia2406
    @demandmoviemalaysia2406 6 лет назад +84

    Please make malaysia great again...

  • @malayatable3818
    @malayatable3818 6 лет назад +7

    Pemimpin ph membuktikan mereka berjiwa besar dlm berjuang utk rakyat.

  • @norsam54
    @norsam54 6 лет назад +1

    InsyaAllah Wan Azizah jadi wanita solehah yg pertama menyandang jawatan PM selepas Tun M.

  • @robindranathrobindranath7191
    @robindranathrobindranath7191 6 лет назад +1

    Wan azizah must be such a nice lady. Despite what this tun family has done to her she has the heart to comfort them.

  • @adityawarman4628
    @adityawarman4628 6 лет назад +15

    Jika memank berhasil menguasai putra jaya. Dan Mahatir kembali memimpin Malaysia.. Maka sudah pasti dunia akan melihat Malaysia kembali. Karena beliau adalah pemimpin yang sanggup memperbaiki citra Malaysia saat ini di mata dunia karena kepakaran, pengalaman, relasi, dan pemikiran beliau sangat di akui dunia dan mempunyai hubungan hubungan yang baik entah itu dengan negara2 Islam, Eropa, dan Asia khusus nya. Semoga Malaysia aman dan damai hingga selesai pemilihan raya. Amin.. salam 🇲🇨🇲🇾

  • @arveenemoss6797
    @arveenemoss6797 6 лет назад +3

    Hidup Tun..kami rakyat mlysia sokong tun

  • @PCOSAMUDERAPTwf
    @PCOSAMUDERAPTwf 6 лет назад +43

    KAMI RINDU DAN SENANG HIDUP ZAMAN TUMMMMM...

  • @politikbebas2335
    @politikbebas2335 6 лет назад +3

    Ko tgk org yg x sombong...TUN siap bangun tunduk hormat lagi...LOVE TUN

  • @SamsungNote-lw9je
    @SamsungNote-lw9je 6 лет назад

    Allah hu akhbar...aku berbangga aku antara ribuan orang yg hadir dalam majlis ini...

  • @mohankrishnasamy1456
    @mohankrishnasamy1456 6 лет назад +2

    Mother.
    Don't cry. You husband is a great soul . We respect him. And support him.

  • @capybarasgf
    @capybarasgf 6 лет назад +3

    The love she had for her husband is so real its like raining here on my face :’))) may Allah bless their souls for willing to sacrifice their retired-phase just for us malaysians

  • @kelisaawoiz6538
    @kelisaawoiz6538 6 лет назад +26

    respect tun

  • @HambaAllah-kx1hv
    @HambaAllah-kx1hv 6 лет назад +3

    Bila nak mengundi? Dah tak sabar nak undi Tun M ni. Tahniah Tun M 👍

  • @timchen5299
    @timchen5299 6 лет назад

    God bless Tun & Tun Siti Hasmah always & give them good health!
    Tun Siti Hasmah Contoh Yang Terbaik First Lady Malaysia!

  • @melissar5261
    @melissar5261 6 лет назад +2

    Semua rakyat Malaysia sayangkan Tun Mahathir. Satu kemenangan yg dinantikan bertahun tahun lamanya dah terjawap.....alhamdulilah

  • @koploplo4737
    @koploplo4737 6 лет назад

    Kami meneteskan air mata,terharu dn bangga,,perjuangan rakyat selama 60tahun akhirnya tercapai,,dengn kemenangan yg sangat mutlak,,,selamat PH,PKR,DAP,AMANAH,PPBM,,MOGA ALLAH sentiasa memberikan kesehatan,kemudahan,,dalam menjalankan amanat rakyat,,,TAHNIAH DAN SUKSESS,,,,

  • @elvieyung2223
    @elvieyung2223 6 лет назад +1

    mengalir air mata tgk Tun M. .sptutnya msa ni Tun M dan istri berehat sprti nenek dan datuk kita tetapi krna Tun M mahu brjuang untk rkyat Tun M tetap smngt.smoga Tuhan pnjngkn umur Tun M dan isteri. .

  • @Dante440x
    @Dante440x 6 лет назад

    I cried watching this and I still shed tears every time I watch this. How Wan Azizah comforting Siti Hasmah when she started crying. She didn't cry because Tun Mahathir became a Prime Minister again but the trust that Rakyat put on him again. I'm sure she advised him on certain wrong doing of Tun Mahathir previously. Anwar's family has forgiven him, this is the real reformation. Rising above hatred. This is good example to Rakyat. Now people love Mahathir truly and wholeheartedly including myself. Respect to Wan Azizah for standing along side Mahathir and family, Respect Tun Mahathir for having a heart to forgive himself and move on. He promised and kept it. This is a worthy election of a Prime Minister, thank you Pakatan Rakyat, thank you DAP, thank you Amanah, thank you Keadilan. I am the 80's born generation of Indian and now I am proud to be a Malaysian! Ini baru betul Merdeka!!!!!

  • @marssilaabidin6451
    @marssilaabidin6451 6 лет назад +45

    Muga ekonomi msia makmur kembali.

  • @epitepit8432
    @epitepit8432 6 лет назад +19

    Tgk bagaimana dulu bermusuh tetapi demi kepentingan agama bangsa dan negara. Tak saba aku nak berpimpin spt mereka ni..kembalikan Malaysia yg gemilang spt sebelum ni...

  • @georgianageorgiana5879
    @georgianageorgiana5879 5 лет назад

    Tun Siti Hasnah and Wan Azizah❤️both great and humble women behind the great men.

  • @ONMYWAYSS
    @ONMYWAYSS 6 лет назад +3

    Datok mahathir harus dipuji bukan dikeji, dan layak jd pemimpin kerana datok mahathir tidak pernah gagal mnjadi ketua rumah tangga buktinya datok org yg setia dan berpendirian teguh juga disiplin 93 tahun bukan semua org mampu bertahan hidup yg penuh suka duka, rintangan juga kesakitan, kesempitan dalam hidup, untuk menjaga hati semua org lebih2 lagi anak2 dan istri tercinta dgn nenek, pangkat sy sebagai cucu harus hormat dan contohi datok yg mampu mnjaga hati semua org dan buat org semua rasa senang... Setianya datok dgn nenek itu cukup membuktikan layaknya mnjadi seorang pemimpin dan tidak pernah kecoh atau dikaitkn org tentang hubungan datok dgn nenek.. Hal ini sudah cukup membuktikan datok mempunyai hati yg berjiwa rakyat..

  • @Aih-oq7sw
    @Aih-oq7sw 6 лет назад +1

    Hidup Tun M❤️
    Sesiapa yang kutuk Tun M sila ambil cermin & tanya apa yang telah sumbangkan untuk negara.

  • @safhamdan1688
    @safhamdan1688 6 лет назад

    mata kita masuk habuk tiba tiba.....Tun M. you the Legend among the legend

  • @dvilistiq
    @dvilistiq 6 лет назад +4

    Yeah tun m. Kembali..kegemilangan pendidikan, ekonomi, dan sumber tenaga pekerjaan akan baik pulih..tun.m adalah insan yg mementingkan pendidikan...tdk berkira dgn sistem pendidikan ...kembalikan semula era semngat para penyelidik utk membuat kajian dgn adanya bantuan, dana yg disalurkan bagi memudahkan pelajar menjalankan kajian dgn jayanya

  • @redacolorllc4205
    @redacolorllc4205 6 лет назад

    Ya Allah kami memohon Kau berilah kekuatan zahir dan batin serta segarkan tubuh badannya dan afiatkan kesihatan kpd ayahanda TunM dan keluarga juga rakan2 beliau dan kami hambaMu rakyat Malaysia. Ya Allah sahutilah doa kami dan iringilah gerak laku beliau, rakan2nya juga kami hambaMu rakyat Malaysia dlm taufikMu Ya Rahman Ya Rahim. Solu to s.a.w. Amiin3x.....

  • @BryanWong
    @BryanWong 6 лет назад

    Perasaan Tun Siti tu yang sentuh hati. Airmata keluar terkenang suami yang kian usia 92 masih memperjuang politic Negara. Airmata risau kerana faham pengorbanan yang perlu dibuat oleh suami dan juga terkenang balik yang pahit manis, pedih pilu yang telah dilalui keluarga Tun Siti. Perasaan kerisauan seorang isteri,nenek,ibu.

  • @chaamdshah5491
    @chaamdshah5491 6 лет назад +3

    Maafkan kami Tun Siti Hasmah, kerana terpaksa meminjam jasa, bakti dan akal suamimu #TunM demi mengembalikan kesejahteraan Malaysia. Kami tahu Tun Siti Hasmah risau dgn keadaan beliau, kami juga begitu. Tp apakan daya, kami masih memerlukan khidmat #TunM utk memastikan generasi akan dtg hidup senang dan tidak merasa beban. Panjangkan umur Tun. Syg #TunM 💕🍃

  • @perantau8072
    @perantau8072 6 лет назад +21

    Tun bangun terus tunduk hormat. Lame pulak tu... Aku undi pakatan harapan! Harap tahun ni aku kawen,gst dah dihapuskan,harga minyak dan kawalan harga barang stabil. Yg paling penting kembalikan zaman subsidi... Pas dan bn sila mereput!! Aku sebagai pengundi berdaftar tidak mengambil mne2 bahagian parti politik atau mne2 ngo hidup sebagai rakyat biasa,dgn ini AKU BERI KUASA YANG ADA PADA AKU UNDI PAKATAN HARAPAN DI DUN DAN PARLIMEN!!!

  • @schabiey878
    @schabiey878 6 лет назад

    Semoga Allah s.w.t&Rasullullah s.a.w beri kekuatan pada mereka demi perjuangan mereka. Yg ihklas..........

  • @patrisiajauji2255
    @patrisiajauji2255 6 лет назад

    Allahu Akbar!!!, Alhamdulillah..takdir Allah SWT..mereka terpilih..berkat doa2 rakyat..Allah perkenankan.. setiap sesuatu yg terjadi pasti ada hikmahnya.. kesabaran,penat lelah,tidak berputus asa dan sebagainya dlm perjuangan..pasti nampak hasilnya.. semoga perjuangan mereka kerana Allah,diberi kesihatan, rahmat, dipermudahkan segala urusan dan berjaya cemerlang..mengembalikan senyuman bahagia seluruh rakyat Malaysia dan Malaysia berjaya cemerlang...Tahniah dan terima kasih kepada semua pemimpin yg pernah bbakti kepada rakyat dan negara..yg baik kita ambil yg tidak baik kita jadikan sempadan..manusia tiada yg sempurna..selagi masih hidup ujian akan sentiasa ada,kadang kita tersilap dan kadang kita betul dalam perancangan..kita merancang Allah jua lah penentu- Nya..sya sangat bsyukur dan bangga menjadi rakyat Malaysia..biarpun berbilang bangsa,kadang kita bergaduh sesama dan sebagainya,tapi apa yg menariknya..kita tetap bersatu hati..demi kebaikan bersama..tetaplah kita bersatu teguh,bercerai kita roboh.. Alhamdulillah Tahniah dan terima kasih rakyat Malaysia..

  • @yanlau1116
    @yanlau1116 Год назад

    Air mata untuk memohon rasa simpati dari pada Puan Azizah

  • @holybangcats2665
    @holybangcats2665 6 лет назад

    Akhirnya Allah makbulkan doa rakyat.....tanggal 10 May 2018..Tun diangkat menjadi PM Malaysia yg ke 7..

  • @muhdhanif1048
    @muhdhanif1048 6 лет назад +1

    Di sini bermula segala perjuangan ke arah pru14... memori manis

  • @gta6malaysia
    @gta6malaysia 6 лет назад +9

    Aku menangis tengok video ni.. x tau kenapa....

  • @rusleebujang5502
    @rusleebujang5502 6 лет назад +33

    Terbaikkkkk ph hidup tun

  • @aidilzakuan9930
    @aidilzakuan9930 6 лет назад

    Ya mereka yg hebat... Tahniah Tun.. Mudah mudahan negara kta kembali dgn keadaan yg baik

  • @ahmadfakhrurazi2445
    @ahmadfakhrurazi2445 6 лет назад

    terlalu banyk jasa tun kita di malaysia ini.kami tidak lupa jasa tun.semoga sihat selalu.

  • @Reformist101
    @Reformist101 6 лет назад +5

    bila nama Tun diumum penyokongnya bersorak "Hidup Tun". Bila nama Wan Azizah pula diumum penyokongnya bersorak "Reformasi". PH harus memikirkan satu tagline yang terpakai sebagai satu pakatan yang kukuh tanpa hiraukan parti mana.

  • @zainiabdullah621
    @zainiabdullah621 6 лет назад +3

    Inn Sya Allaah jadi kenyataan Aamiin Ya Rabb !

  • @jayatissa6028
    @jayatissa6028 6 лет назад +6

    Tun Mahathir calon PM terbaik. Jangan dengar cakap orang BN bahawa PH tiada calon lain. Mungkin mereka bimbang kerana rata rata komen media sosial menyokong PH. Media arus perdana tak payah cerita.

  • @kokwengleong2303
    @kokwengleong2303 6 лет назад +2

    Tun Siti Hasmah, the real 1st Lady of Malaysia! What she portrays is grace & traditional value of Asians, always supportive of her husband, & she earns the respect of all the people of Malaysia regardless of race & background. I am always proud to have her as our leader during my primary & secondary school time, & now, after becoming a medical specialist, am proud to have her back as again as our 1st Lady!

  • @nakata5156
    @nakata5156 6 лет назад

    Bila lihat muka ayah tun hati rasa mcm sedih mau menangis pun ada,we love you ayah tun,saya amat bangga ayah tun kembali,
    #respect

  • @rakyatmalaysia1406
    @rakyatmalaysia1406 6 лет назад +37

    najib takut pada tun...ini kali tun btl2 marah pada najib yang byk mnyusahkan rakyat,,btl2 tun nk sumbat najib rosmah dan org2 umno dlm tahanan sungai buluh...tun susah payah maju kan negara malaysia, najib rosmah dan sekutunya btl2 merosakan negara ini, bila kita tgk negara kita ni beserabut dibuat oleh najib,
    mesti tun buat balik ISA, masak lah najib kali ni.mana dia nk lari daa

  • @vivie1512
    @vivie1512 6 лет назад

    Y ALLAH, menangis q setiap melihat muka beliau, semoga sllu d beri kesehatan
    D mudahkn segala urusan beliau, amiiiinnn y rabbal alamiiinn

  • @nonirini6711
    @nonirini6711 6 лет назад

    menitis air mata tengok datin sri wan azizah😭😭😭wanita hebat wanita sabar wsnita pejuang...semoga selalu sehat

  • @simisstrimilzie8376
    @simisstrimilzie8376 6 лет назад +1

    terima kasih DATUK SERI ANWAR IBRAHIM kerana semangatmu.berjuang demi mnyatukan 4 parti

  • @wanhamizanwanhassan132
    @wanhamizanwanhassan132 6 лет назад

    T'niah tun hasma alhamdulillah ahirnya kerajaan bertukar tangan.

  • @ottoq2590
    @ottoq2590 6 лет назад

    ya Allah. tertitis air mata ku. semoga perjuangan pakatan harapan tercapai dengan jayanya..

  • @adyofficial1801
    @adyofficial1801 6 лет назад

    22 tahun yg lama di kau menjadi pemimpin.. pemodenan negara telah d lakukan.. tun M kmi sgt memerlukan tun.. kmbali lah mimpin negara ini.. kami syg tun M kami doakan tun smoga Allah panjangkan usia mu #respectTunM

  • @thatone8085
    @thatone8085 3 года назад

    Kampong spirit is very high that cannot be expressed with words that the arabs can never be malays. I love malay people. 2021

  • @kejorabiru1895
    @kejorabiru1895 6 лет назад +1

    terharu aku tengok video ni.. tergambar jelas perjuangan pakatan harapan untuk mengangkat kembali malaysia sebagai sebuah negara yang disegani..

  • @azleealiff921
    @azleealiff921 6 лет назад

    kami sebagai rakyat bersemangat semula dengan kehadiran tun m as our prime minister yg ke 7...mga tun m sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik...

  • @TheShida77
    @TheShida77 6 лет назад

    Tun M sangat terserlah gentleman nye bila berdiri memberi penghormatan kepada Puan Wan Azizah ketika diumumkan sebagai Tim.perdana Menteri.

  • @lulunkzh1535
    @lulunkzh1535 6 лет назад

    Saya TKi indonesia berharap tun dan puan smoga menjadi pemimpin harapan rakyat malaysia,aku rindu sosok tun dan anwar kalau bliau berduet insyaalllah malaysia akan lebih sejahtera seperti dulu.

  • @nurmd2109
    @nurmd2109 6 лет назад +1

    tun menebus kesalahannya pada anwar dulu dengan.menjatuhkan bn pada 10 mei 2018....betapa cantik perancangan Allah untuk rebuild our country

  • @nrsryazain3359
    @nrsryazain3359 6 лет назад +1

    Nampak x betapa sayangnya dr.siti hasmah dekat Tun M...sbb dorang punya cinta pada negara ikhlas sgt, semangat drg nak bgunkan balik MY yg maju mcm dlu ..bukan macam Najib&Ros tu borak lebih apa pun tarak

  • @zuera4744
    @zuera4744 6 лет назад

    syg Tun M&isteri...air mata wanita..menahan 1001 rasa...smoga mereka selalu drahmati Allah dlm pjuangan thdap bangsa&negara...

  • @bundasari9103
    @bundasari9103 6 лет назад

    Ya allah ikut nanggis aku semoga sehat selalu dan suses pemimpin negara ini aman dan damai 👍👍

  • @andrewdelacruz2064
    @andrewdelacruz2064 6 лет назад

    A historic day when both Tun M and Wan Azizah were chosen as both Prime Minister and DPM candidates for the coming GE14.
    And as we all already know, both Tun M and Azizah became PM and DPM when Pakatan Harapan captured Putrajaya through people's power. SYABAS MALAYSIA!!

  • @yhanbuilders3263
    @yhanbuilders3263 2 года назад

    Teringat ini wanita hebat ada pada diri Wan Azizah Wan Ismail di sebut bakal jd TPM malah tunduk seperti malu bukan bangga kelihatnya

  • @sarifahsaidi7664
    @sarifahsaidi7664 6 лет назад +6

    Terbaik ...akhir nya kedua parti bersatu menentang kezaliman si najib...tu laa harap kan pagar ..pagar makan padi sekarng baru siapa .dan siapa ..syukur laa hendak nya . Harp2 gulung tikar laa sinajib

  • @missaprell8959
    @missaprell8959 6 лет назад

    ya allah menitis air mata..sungguh tabah hati mereka

  • @frozenice1584
    @frozenice1584 6 лет назад

    Freedom and justice win!!!!! Allah sentiasa bersama2 org yg sabar...kemenangan yg di harungi dgn air mata dan darah di bawah pimpinan rejim najib...akhir nya kita berjaya mengharungi nya bersama2 pemimpin berjiwa rakyat...Alhamdulillah syukur kepada Allah...takbir!!! Allahuakbar

  • @fakhribadlisham1242
    @fakhribadlisham1242 6 лет назад +1

    Alhamdulillah, pernah diberi kesempatan menikmati kepimpinan dua insan hebat ni Tun Dr. Mahathir & Anwar Ibrahim satu ketika dulu.
    Siapa yang pernah merasai pasti akan setuju bahawa gandingan inilah yang paling hebat dalam sejarah Malaysia. Im really miss that moment! Masa tu hidup aman damai. Keharmonian antara kaum jelas terasa. Kerukunan antara Melayu sangat kuat. Kita dilimpahkan dengan kemakmuran yang tak terhingga. Setiap orang bangga menjadi rakyat Malaysia. Moga dapat merasai kebahagiaan macam tu balik.
    My vote totally goes to PH in this election, for sure!

    • @nilamsari-ui1fe
      @nilamsari-ui1fe 6 лет назад

      Fakhri Badlisham btol. Itu yg aku impikn zman gmilang gandingan beliau. Mudah2an

    • @ayahbo6589
      @ayahbo6589 6 лет назад +1

      zaman tun jd perdana menteri dan dsai jd timbalan perdana menteri sy masi budak2..tp kesan dari kepimpinan kedua2 pemimpin hebat ini dapat dirasai..

  • @NikAshrafRazaliYT
    @NikAshrafRazaliYT 6 лет назад +10

    Tun mahathir nangis jugak kan tuu? Nampak macam nangis...

  • @dewimutika7761
    @dewimutika7761 6 лет назад

    Semoga sehat selalu panjang umur Tun Mahathir...menjadi pemimpin yang Amanah...Aamiin...

  • @fellydee3540
    @fellydee3540 6 лет назад

    Xsalah malaysia dapat PM perempuan suatu hari nt kn? I adore semangat kerakyatan YB Wan Azizah💪💪💪

  • @redacolorllc4205
    @redacolorllc4205 6 лет назад

    DS Wan Azizah seorang wanita yh cekal tabah sabar dan baik hati. Saya kagum beliau. Saya cemburu sifat yg ada padanya kerana saya kekurangan itu. Seorang isteri ibu dan ahli politik. DSWan Azizah hanya Allah melindungi YAB. Juga bonda Tun Siti Hasmah.

  • @abullabul882
    @abullabul882 6 лет назад

    otai kalaw da turun critew..ini malaysia dia punya la. hidup Tun..semoga Allah memberkati setiap langkah dan usaha kita semua..semoga DSAI cpat dikeluarkn..dr kcik aku tgk dia berjuang..xsabar nk tgk dye menarik nafas yg lega..

  • @fairuzmuhammad7716
    @fairuzmuhammad7716 6 лет назад

    Im a singaporean im so happy finally semua berakhir tahniah dr wan azizah dan tun mahathir.