Terima kasih banyak kepada semua yang menonton dan mengikuti travelogue kami! Untuk membantu kami tingkatkan engagement, jangan lupa tinggalkan komen di bawah. Korang boleh kongsikan pengalaman sendiri atau ajukan soalan, kami akan cuba balas secepat mungkin. Sokongan korang amat kami hargai! ❤❤❤
Alhamdulillah, syukur sangat dengar video ni dinanti-nantikan! Terima kasih banyak atas sokongan. InsyaAllah, nanti kitorang akan usahakan buat compilation step by step untuk mudahkan lagi perkongsian cara-caranya. Stay tuned, dan terima kasih sekali lagi! 😊
Terima kasih banyak juga atas sokongan. Kitorang memang seronok dapat berkongsi setiap pengalaman. InsyaAllah, vlog Cairo dan Oman akan coming soon tak lama lagi, harap korang enjoy nanti! 😊
Just discovered yr channel and he been binge watching. It’s very helpful on tips. Vanilla is adorable and makes me laugh when she merajuk. Emir is going to be a heartthrob. Keep the videos coming.
Thank you so much for watching and supporting the channel! We're really glad the tips have been helpful for you. Haha, Vanilla is quite the character, always merajuk! And Emir, well, he's growing up too fast. We’ll keep making more videos, and really appreciate you sticking around with us. 😊 ❤️
Stop marathon kat sini dulu sebab tak sanggup nak menanggung seksa tunggu next eps 😅 Thank you kak she & family bawak kitorang virtual holiday and share banyak tips yang best-best ♥Doakan saya semoga dapat travel ke banyak negara jugak lepas ni
Terima kasih banyak sebab ikut virtual holiday dengan kitorang sekeluarga, seronok dapat share tips dengan korang. Amin, moga lepas ni korang pun dapat travel ke banyak negara. Kitorang doakan yang terbaik untuk korang yer 🥰
What I want most in my life is to go to Hajj. I have an amputated right foot, and I want to go to Hajj. It's my only wish before I die. Please help me with this matter before I die.❤
terima kasih, jumpa vlog story baru utk ronda2 tenangkan fikiran bersama2 berjalan melihat tmpt org. doakan dpt juga bawa isteri2 dan anak2 umrah dan ziarah. moga leaving the nest sekeluarga sentiasa sihat dan diperbanyakan rezi yg berkat. aminn.... vanilla comel dgn abgnya yg hebat... moga jd anak yg soleh dan solehah... insyaAllah
Amin ya Rabb! Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat. InsyaAllah, moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan untuk bawa isteri dan anak-anak ke Tanah Suci. Semoga kita semua terus diberi kesihatan dan keberkatan dalam setiap langkah. Vanilla & Emir pun kirim salam, moga anak-anak kita semua membesar jadi anak yang soleh dan solehah. Amin 😊
RM750 per pax tu ground cost je tau untuk 4 hari. Kos mungkin boleh rendah lagi kalau ambil hotel 3 star atau hotel yang jauh sikit. Kalau boleh tackle tiket flight & accommodation, kos keseluruhan untuk yang nak buat Umrah DIY akan jadi sangat-sangat murah. 😊
Aamiin! Semoga korang sekeluarga dapat mengerjakan umrah dan diberi keberkatan serta pengalaman yang bermakna di sana nanti. Kitorang doakan yang terbaik untuk korang dan semoga urusan untuk buat umrah nanti dipermudahkan, insyaAllah! 🥰🥰🥰
You're welcome! Glad the vlog was helpful. Good luck with your 96H visa, hope everything goes smoothly! Kalau ada apa-apa soalan, tanya jer. InshaAllah kitorang akan cuba jawab. 😊😊
Terima kasih banyak! Betul tu, scammer memang ada kat mana-mana. Alhamdulillah, gembira kalau perkongsian ni bermanfaat. Stay tuned untuk next video, insyaAllah tak lama lagi! 😊
Terima kasih juga sebab sudi tengok travelogue kami kak.. Semoga akak dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah dekat Mekah & Madinah selama sebulan seperti yang akak hajatkan 🥰
Masa peak hours guna app Careem, caj dia sebenarnya cuma SAR31 je untuk jarak 6KM. Kami dapat harga SAR50 pun nasib baik staf hotel yang baik hati tolong deal mintak murah sikit. Kalau tak, asalnya dia nak caj sampai SAR80 😅
Salam, untuk kumpul points boleh tentukan dulu nak kumpul points yang mana sama ada krisflyers miles, enrich miles, bigpoints etc. Kalau macam kitorang, kitorang pilih untuk kumpul krisflyers miles jadi kitorang guna cc yang conversion ke krisflyers rendah 7000/11000 points = 1000 krisflyers miles macam UOB. Bank-bank lain pun ada, boleh try go through dulu specific requirement & benefit kad sebelum apply 😊
Salam, kitorang guna travel organizer. InsyaAllah kitorang cuba buat video cara kitorang pack barang sebelum travel dalam bentuk vlog. Kalau nak view yang simple version boleh refer reels ni sebab ada share sebelum trip umrah hari tu 😊 instagram.com/reel/C0-sRMFB1uq/?igsh=ZHFsOG1ic3Vmc2cz
@@LeavingTheNest okay tq so much, sbb bila tgk korg guna public transport mcm bas kan nak kene gerak banyak, guna dua bag besar dan stroller. Ktorg kalau pergi india ritu mak aih, bag bersepah. Tq korg
Waalaikumsalam! Terima kasih banyak atas sokongan! Senang hati dapat kongsikan pengalaman Umrah DIY. Jika ada soalan atau tips yang ingin ditanya, jangan segan-segan ya! 🥰🥰🥰
Salam, kitorang sewa pocket wifi dengan roaming man, ambil plan Middle East, boleh cover Bahrain, Egypt, Israel, Jordan, Kuwait, Oman, Qatar, Saudi Arabia, United Arab Emirates (UAE) 👍😊
Kitorang biasanya guna booking.com, tapi untuk trip kali ni, kitorang book terus dari website Hyatt. Harga dia lebih murah, dan dalam masa yang sama boleh kumpul point. Point tu nanti boleh guna untuk redeem yang seterusnya. 😊
salam kak nak tanya, kos rm 750 per person tu x including tiket flight KL - jeddah - KL kan , macam mana nak cari tiket KL-jeddah-KL dgn harga paling murah ya ? atau via kl-manila/cebu-dubai-jedah-kl macam route kak tu , TQ ! smoga Allah limpahkan lagi rezeki kak atas sharing ni utk beri inspirasi kami yg x mampu nak pergi umrah dgn harga agent rm 9-10K sorang utk pergi via DIY , aamin
Wasalam, RM750 tu ground kos per pax untuk 96 jam (4 hari ) Umrah Transit di Mekah sahaja. Sebab kitorang travel dari Manila-Dubai & balik Malaysia transit Mekah. Transit program ni boleh apply free Visa untuk maksimum stay 96 jam sahaja. Dan hanya boleh apply kalau fly guna 2 airlines nk sahaja, Flynas & Saudia. Dan, kita juga boleh dapat 50% diskaun masa beli tiket haramain (purchase melalui website Flynas/Saudia). Untuk Asia Tenggara ni, kita ada banyak option untuk travel dengan murah sebab ada beberapa hub. Untuk dapat tiket murah boleh survey ticket yang start perlajanan dari Jakarta/Manila/KL/Bangkok. Atau boleh juga plan transit ke Maldives dulu, sebelum ke AbuDhabu/Dubai. Sebab dari sana ke Jeddah(Mekah)/ Madinah banyak option yang sangat murah. Okay setel bab Umrah DIY Transit. Sekarang kita cakap pasal kos untuk buat Umrah & Ziarah DIY biasa (bukan transit). 😊 Normal kos untuk KL-Jeddah/Madinah dalam range RM2500-RM3500 return. Kalau dapat bawah pada tu kira sangat murah. Kitorang pernah dapat return tiket RM600 Jakarta-Madinah-Jakarta naik MAS. Kalau travel secara country hoping, dan UAE termasuk dalam list negara yang korang akan lawat. Ni peluang yang sangat baik untuk buat Umrah. Buat Umrah DIY dari UAE ni memang senang dan jimat. Kalau terbang dari Abu Dhabi ke Madinah, tiket flight boleh dapat sekitar RM200 je. Sebab Abu Dhabi ada Hab low cost airlines Wizz Air. Kitorang sarankan masuk melalui Madinah dan balik ikut Jeddah. Sebabnya, airport Madinah tak sesak sangat berbanding Jeddah. Sebab biasanya, jemaah akan turun Jeddah buat Umrah dulu sebelum ziarah, jadi bila kita lawan arus, kita tak perlu bersesak dekat airport yang boleh makan masa berjam-jam. Masuk melalui Madinah pun ada kelebihannya. Kain ihram boleh beli kat sana dengan harga sekitar SAR15-20, jadi luggage tak berat sangat. Pakaian pun boleh lebih santai. Kalau terus terbang ke Jeddah, dari airport lagi dah kena pakai ihram (bagi lelaki) sebab nak niat ihram bila melepasi miqat atas flight. Bab penginapan, pilih hotel yang dekat dengan Masjidil Haram, dalam 300 meter. Lebih dari tu, agak jauh untuk berjalan kecuali ambik hotel yang provide free shuttle ke masjid. Kalau nak lebih selesa, boleh pilih hotel 4 atau 5 bintang dengan harga sekitar RM600-800 satu malam untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak, termasuk sarapan. Tapi kalau tak ambil sarapan, boleh jimat sebab makan kat luar lebih murah dan masa pun lebih fleksibel. Untuk Mekah, kitorang rekomen Hyatt Regency Jabal Omar sebab dekat dan selesa. Boleh book melalui booking.com, Agoda, atau terus kat website rasmi Hyatt. Kelebihan book direct dengan website, boleh kumpul points untuk redeem stay seterusnya bawah chain Hyatt. Jangan book terlalu awal atau lambat; dalam 2 minggu sebelum sampai tu waktu sesuai. Kalau tak, harga boleh cecah ribu-ribu untuk 1 malam. Di Madinah, senang sikit sebab Masjid Nabawi bentuknya segi empat. Mana-mana hotel pun dekat dengan pagar masjid. Kalau nak dekat dengan bahagian lelaki, pilih hotel dekat gate 35/36 atau 7-10. Untuk perempuan, gate 11-14 atau 28-31. Boleh juga masuk ikut main entrance di gate 20-22. Madinah tak berbukit macam Mekah, jadi mana-mana hotel pun okay asalkan sesuai dengan bajet. Pasal visa, rakyat Malaysia ada 3 pilihan: • eVisa: SAR395, termasuk insurans perubatan. Multiple entry, valid 90 hari untuk setahun. Apply kat website rasmi Visit Saudi Arabia. • Visa on Arrival: SAR300, insurans perubatan SAR95. Multiple atau single entry 90 hari, valid untuk setahun, bergantung kepada kelulusan kementerian. Sampai je kat airport Saudi, guna self-service kiosk atau terus ke pejabat passport control untuk apply. • Transit Visa (96 jam stopover): Percuma, insurans perubatan SAR95. Single entry, valid 96 jam je. Boleh apply masa beli tiket Saudia Airlines atau Flynas. Dapat diskaun 50% untuk tiket Haramain Train. Apply melalui website airlines Saudia atau Flynas. Untuk pengangkutan, boleh guna e-hailing macam Careem atau Uber. Kitorang biasa guna Careem sebab dah biasa dan lebih murah. Dari Madinah Airport ke Masjid Nabawi jaraknya dalam 20km, jadi naik e-hailing je dah cukup. Dari Jeddah Airport ke Masjidil Haram di Mekah, jaraknya 90km. Ada beberapa pilihan: • Bas: Sekitar SAR25 • E-hailing: Sekitar SAR200 ke atas • Haramain Train: Ekonomi bermula SAR69, Business bermula SAR111 (harga berubah ikut masa dan permintaan). Sampai di Haramain Station Mekah, kena naik bas (SAR2) untuk ke Masjidil Haram. Kalau datang berempat atau lebih, naik van mungkin lebih berbaloi. Naik e-hailing lebih mudah sebab terus hantar depan hotel. Kalau tak boleh check-in lagi, at least boleh drop luggage dulu. Kalau dari Madinah ke Mekah, Haramain Train harga bermula dari SAR224 (Ekonomi) dan SAR380 (Business). Tiket Haramain boleh beli di kiosk, kaunter, atau website. Beli kat kiosk dan kaunter mungkin lebih mahal dari website. Tapi kadang-kadang website Haramain ada isu dengan pembayaran guna kad kredit/debit. Sistem dia kadang-kadang slow, jadi kalau bernasib baik, semua okay. Nusuk Apps Nusuk ni apps untuk book slot buat Umrah atau masuk Raudhah. Setakat ni, belum wajib book slot untuk Umrah. Cuma, nak masuk bahagian Mataf (tempat tawaf) depan Kaabah, lelaki wajib pakai ihram. Kalau pakai biasa, tak dibenarkan masuk. Tujuannya untuk kurangkan kesesakan. Nak buat tawaf sunat depan Kaabah pun kena pakai ihram. Untuk masuk Raudhah, wajib book slot. Bergantung kepada kekosongan kuota. Nak masuk banyak kali pun boleh asalkan book awal-awal. Dan bermula 1 Feb 2025, setiap jemaah diwajibkan semula untuk ambil vaksin meningococcal. Semoga info ni membantu korang yang nak buat Umrah DIY. Dengan persediaan rapi, insyaAllah perjalanan ibadah korang akan lancar dan diberkati. 😊
@@LeavingTheNest tq kak she sudi sharing in depth dan take a long time utk explain in detail , insyaAllah sy n others will benefit from this utk misi umrah diy kami kelak , insyaAllah ....smoga pahala jariah juga utk kak sekeluarga..aamin 🤲
@@LeavingTheNest maaf kak she , lupa nak tanya , yg flight murah dari manila - dubai - jeddah -msia tu the best , cheapest dan easiest utk kami cari dan filter the easiest way guna traveloka ke ?
Waalaikummusalam Kami tak buat tawaf wada’ sebab kekangan masa. Untuk pengetahuan, tawaf wada’ memang wajib untuk orang yang menunaikan haji, sebab Nabi Muhammad SAW pernah pesan agar tawaf ini menjadi ibadah terakhir sebelum meninggalkan Makkah. Arahan ini memang khusus untuk jemaah haji semasa peristiwa Hajjatul Wada’. Kalau lepas buat umrah pula, tawaf wada’ ni sunat je, tak wajib. Namun, ia sangat digalakkan untuk dilakukan. Majoriti ulama’ berpendapat ia tidak wajib, tapi kalau nak buat, itu lagi afdhal. 😊 maktabahalbakri.com/1328-hukum-tawaf-wada-ketika-umrah/
Betul tu, kadang-kadang dengan pak Arab ni, kena banyak bersabar. Kalau kita minta elok-elok pun belum tentu dapat layanan yang baik. Memang ada yang kurang toleransi, terutama kat tempat-tempat macam airport ni. Benda ni memang lumrah, kat mana-mana pun boleh jadi. Tapi takpe, kita rileks je, cuba lagi atau cari jalan lain. Asalkan niat kita baik dan bersabar, insyaAllah perjalanan kita dipermudahkan. Yang penting, kita jangan cepat naik angin, sebab nanti tambah serabut je. 😂😂😂 Memang dugaan sikit bila travel ni, tapi pengalaman macam ni la buat kita lagi matang dan pandai handle situasi. 🥰🥰🥰
Sekarang dorang dah tak check. Tapi kitorang satu family memang ambik vaksin influenza setiap tahun, and both our kids memang dah ambik pneumococcal. Meninggococcal je dah expired masing2, tapi kitorang tak ambik pun haritu 🥹
@@LeavingTheNest okay thanks en..lagi satu ade book timing buat umrah dlm nusuk apps ke? sbb dalam tu ade raudah timing dgn umrah timing tu..umrah diy perlu book dari situ ke or boleh saja pergi timing kita sendiri?
sy br pulang dr umrah pertama sy sbtu lpas,semasa umrah, byk juga keadaan perlukn bimbingan Mutawwif dr segi flow proses,hukum n perincian..mungkin sbb sy pertama kali,cuma sy nk tahula diy ni mcm mne Pengisian nya adakah hnya ibadah shj?.mksud nya tiada pergi ziarah2 sirah2 Nabi ke?.
Kitorang travel selama dua minggu mula dari Filipina, kemudian ke UAE, dan seterusnya kitorang ambil keputusan untuk buat umrah transit (stopover transit visa) sebelum balik Malaysia. Ini kali ketiga kitorang menunaikan umrah, dan pengisian ziarah kami dah buat masa umrah pertama dan kedua. Untuk transit kali ini, tempoh yang dibenarkan hanya 96 jam. Kalau diikutkan, memang sempat untuk ziarah Madinah dengan day trip, tetapi kami lebih fikirkan keselesaan anak-anak, supaya tak terlalu penat. Jadi, kitorang memilih untuk fokus sepenuhnya di Mekah untuk kali ini.🤗
@@LeavingTheNest sy tahu ade dlm video tersebut puan bagitahu yg ini umrah ketiga puan dgn fmily,mksud sy jika hendah umrah diy semata2 pergi Mekah & Madinah shj, ade ke pengisian nya?.sbb kte tiada mutawwif utk bawa & cerita sirah2 Nabi tu.
Terima kasih atas soalan yang baik. Saya bukan Puan, saya husband puan. 😊 Untuk umrah DIY, walaupun tiada mutawwif tetap, masa kita sebenarnya lebih fleksibel. Kita boleh urus masa sendiri dan susun aktiviti ikut keselesaan serta kelapangan masa. Jika inginkan pengisian lebih mendalam mengenai sirah Nabi, kita boleh sewa kereta dan hire mutawwif khusus untuk menerangkan sirah sepanjang ziarah ke tempat-tempat bersejarah. Pengisian sirah tetap boleh dilakukan walaupun umrah DIY. Banyak perkongsian lengkap mengenai cara-cara dan tips untuk umrah DIY yang boleh dirujuk melalui group Facebook, Telegram dan platform lain yang berkongsi pengalaman. 😊
@@LeavingTheNest baik,sy sedsng mengkaji betul ke umrah diy jauh lebih jimat & baik dari segi susun atur masa sendiri beserta pengisian nya,sbb sy hndak ke sana lg tp fhm kos di sana agak tinggi jika melalui agensi,cuma diy ni perlu lebih berani,arif dlm segala proses n hukum2,jika ade video yg melakukn umrah diy di mekah & madinah shj,sy mahu menimba ilmu juga,terima kasih tuan.
@ahmadfadhilalias725 Betul, umrah DIY memang jauh lebih jimat, dan tuan pun dah ada pengalaman pergi sebelum ini, jadi ni pun satu kelebihan besar. Tuan kena lebih bijak susun masa ikut keselesaan sendiri dan pastikan pengisian di Mekah dan Madinah berjalan lancar. Untuk DIY ni memang perlu keberanian dan kefahaman yang mendalam tentang proses dan hukum, tapi banyak platform yang sediakan panduan, termasuk video-video yang tunjuk secara terperinci. Kalau tuan nak timba ilmu lebih lanjut, saya cadangkan cari group di media sosial, ada banyak yang kongsi tips dari pengalaman mereka. Jangan risau, ilmu boleh ditambah dan kos pun boleh dikawal. Semoga urusan tuan dipermudahkan 😊
Kami tak buat tawaf wada’ sebab kekangan masa. Untuk pengetahuan, tawaf wada’ memang wajib untuk orang yang menunaikan haji, sebab Nabi Muhammad SAW pernah pesan agar tawaf ini menjadi ibadah terakhir sebelum meninggalkan Makkah. Arahan ini memang khusus untuk jemaah haji semasa peristiwa Hajjatul Wada’. Kalau lepas buat umrah pula, tawaf wada’ ni sunat je, tak wajib. Namun, ia sangat digalakkan untuk dilakukan. Majoriti ulama’ berpendapat ia tidak wajib, tapi kalau nak buat, itu lagi afdhal. 😊 maktabahalbakri.com/1328-hukum-tawaf-wada-ketika-umrah/
😊😊😊 Sebenarnya, tujuan kitorang galakkan umrah DIY adalah untuk bagi peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan supaya dapat jejakkan kaki ke Tanah Suci. Kosnya jauh lebih jimat, dan ilmu untuk melaksanakan umrah boleh diperoleh secara percuma dari kursus di masjid atau Tabung Haji. Namun, bagi mereka yang kurang yakin tetapi ada kemampuan, kami sangat syorkan untuk mendapatkan bantuan dan khidmat dari travel agent. Mereka yang mahu keselesaan dan bimbingan penuh juga boleh pilih travel agent kerana mereka akan uruskan semua keperluan. Jadi, setiap orang ada pilihan yang sesuai mengikut bajet dan keselesaan masing-masing 😊.
@@LeavingTheNest betul, setuju. skrg umrah jd semacam ke arah perniagaan dan harga x semua mampu. semoga tuan dan puan sekeluarga dimurahkan rezeki dan dpt buat byk lagi content mcm ni.
@afiffirfannafri3261 Terima kasih atas sokongan dan doa yang baik! Memang betul, dengan kos yang semakin tinggi, tak semua mampu untuk tunaikan umrah. Sebab itulah kitorang cuba kongsikan cara umrah DIY ini supaya lebih ramai boleh ikut jejak ke Tanah Suci dengan bajet yang lebih rendah. Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dapat terus berkongsi ilmu dan pengalaman. Teruskan sokongan dan nantikan lebih banyak content yang akan datang, insyaAllah! 🥰🥰🥰
Kalau nak buat umrah setiap hari pun sempat. Cuma bergantung kepada kudrat masing-masing jer. Dan mengikut pandangan ulama, umrah afdhal dilakukan sekali sahaja dalam satu perjalanan. Namun, melakukan tawaf sunat secara berulang kali di Masjidil Haram lebih digalakkan kerana ia adalah ibadah yang besar pahalanya dan boleh dilakukan bila-bila masa. Dan semua ini bergantung kepada kemampuan fizikal dan keadaan seseorang, jadi tak perlu membebankan diri. 😊
Assalamualaikum nak tanya guard kat situ Ada marah tak kalau ambil gambar atau video kat masjidil haram ngan masjid nabawi ? inshallah bulan depan pergi umrah takut pula kalau nak ambil gambar sana kena marah 😅
Waalaikumussalam! Jangan risau, sekarang ni ambil gambar atau video di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dah jadi lebih fleksibel. Ramai je jemaah ambil gambar kenangan, asalkan tak mengganggu ibadah orang lain atau tak buat rakaman secara keterlaluan. Cuma, elak ambil gambar terlalu dekat dengan orang yang sedang solat untuk hormati privasi. Kalau ada guard tegur, biasanya mereka cuma ingatkan kita untuk fokus pada ibadah. InshaAllah, semoga perjalanan umrah nanti dipermudahkan 😊
Betul, asalkan kita tak mengganggu jemaah lain, insyaAllah tak ada masalah. Ramai je yang rekod dalam raudhah untuk simpan kenangan. Paling penting, kita pastikan niat sentiasa ikhlas dan berhati-hati supaya tak terjatuh dalam sifat riak. 😊
Kami tak buat tawaf wada’ sebab kekangan masa. Untuk pengetahuan, tawaf wada’ memang wajib untuk orang yang menunaikan haji, sebab Nabi Muhammad SAW pernah pesan agar tawaf ini menjadi ibadah terakhir sebelum meninggalkan Makkah. Arahan ini memang khusus untuk jemaah haji semasa peristiwa Hajjatul Wada’. Kalau lepas buat umrah pula, tawaf wada’ ni sunat je, tak wajib. Namun, ia sangat digalakkan untuk dilakukan. Majoriti ulama’ berpendapat ia tidak wajib, tapi kalau nak buat, itu lagi afdhal. 😊 maktabahalbakri.com/1328-hukum-tawaf-wada-ketika-umrah/
Kami tak buat tawaf wada’ sebab kekangan masa. Untuk pengetahuan, tawaf wada’ memang wajib untuk orang yang menunaikan haji, sebab Nabi Muhammad SAW pernah pesan agar tawaf ini menjadi ibadah terakhir sebelum meninggalkan Makkah. Arahan ini memang khusus untuk jemaah haji semasa peristiwa Hajjatul Wada’. Kalau lepas buat umrah pula, tawaf wada’ ni sunat je, tak wajib. Namun, ia sangat digalakkan untuk dilakukan. Majoriti ulama’ berpendapat ia tidak wajib, tapi kalau nak buat, itu lagi afdhal. 😊 maktabahalbakri.com/1328-hukum-tawaf-wada-ketika-umrah/
Kami dah pernah ke Madinah dan melawat makam Nabi Muhammad masa buat Umrah DIY kali pertama tahun 2016 & Umrah DIY kedua tahun 2019. Untuk Umrah DIY kali ni kami cuma fokus di Mekah sebab visa transit percuma yang diberikan cuma 96 jam. So instead of berkejar-kejar Jeddah-Mekah-Madinah-Mekah-Jeddah dalam masa 4 hari, kami pilih untuk manfaatkan masa yang ada dengan beribadah di Masjidil Haram. 😊
Terima kasih banyak kepada semua yang menonton dan mengikuti travelogue kami! Untuk membantu kami tingkatkan engagement, jangan lupa tinggalkan komen di bawah.
Korang boleh kongsikan pengalaman sendiri atau ajukan soalan, kami akan cuba balas secepat mungkin.
Sokongan korang amat kami hargai! ❤❤❤
alhamdulillah... video ni la yg kami tunggu2... harap nanti ada compilation step by step macam mana cara2nya, terima kasih.
Alhamdulillah, syukur sangat dengar video ni dinanti-nantikan! Terima kasih banyak atas sokongan. InsyaAllah, nanti kitorang akan usahakan buat compilation step by step untuk mudahkan lagi perkongsian cara-caranya. Stay tuned, dan terima kasih sekali lagi! 😊
Terima kasih kak she sekeluarga selalu share setiap benda in detail. Appreciate the effort. Tak sabar nak tengok vlog Cairo dan Oman lepas ni 😊
Terima kasih banyak juga atas sokongan. Kitorang memang seronok dapat berkongsi setiap pengalaman. InsyaAllah, vlog Cairo dan Oman akan coming soon tak lama lagi, harap korang enjoy nanti! 😊
Thank you kak She always share tips yang best and bermanfaat. Tak sabar nak tunggu next vlogs!
Terima kasih banyak kin! Seronok dengar kalau semua orang dapat manfaat, Terima kasih sebab support kitorang, Appreciate it! 😊
Alhamdulillah Terrrbaeek bro... Jadi motivasi untuk umat
Alhamdulillah, terima kasih! Semoga lebih ramai diberikan rezeki untuk mengerjakan umrah buat sekian kalinya juga. Aamiin. 😊
Just discovered yr channel and he been binge watching. It’s very helpful on tips. Vanilla is adorable and makes me laugh when she merajuk. Emir is going to be a heartthrob. Keep the videos coming.
Thank you so much for watching and supporting the channel! We're really glad the tips have been helpful for you. Haha, Vanilla is quite the character, always merajuk! And Emir, well, he's growing up too fast. We’ll keep making more videos, and really appreciate you sticking around with us. 😊 ❤️
Stop marathon kat sini dulu sebab tak sanggup nak menanggung seksa tunggu next eps 😅 Thank you kak she & family bawak kitorang virtual holiday and share banyak tips yang best-best ♥Doakan saya semoga dapat travel ke banyak negara jugak lepas ni
Terima kasih banyak sebab ikut virtual holiday dengan kitorang sekeluarga, seronok dapat share tips dengan korang. Amin, moga lepas ni korang pun dapat travel ke banyak negara. Kitorang doakan yang terbaik untuk korang yer 🥰
What I want most in my life is to go to Hajj. I have an amputated right foot, and I want to go to Hajj. It's my only wish before I die. Please help me with this matter before I die.❤
Amin 😊
@@LeavingTheNest ❤️❤️❤️❤️❤️🙏🙏🙏🙏🙏
terima kasih, jumpa vlog story baru utk ronda2 tenangkan fikiran bersama2 berjalan melihat tmpt org. doakan dpt juga bawa isteri2 dan anak2 umrah dan ziarah. moga leaving the nest sekeluarga sentiasa sihat dan diperbanyakan rezi yg berkat. aminn.... vanilla comel dgn abgnya yg hebat... moga jd anak yg soleh dan solehah... insyaAllah
Amin ya Rabb! Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat. InsyaAllah, moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan untuk bawa isteri dan anak-anak ke Tanah Suci. Semoga kita semua terus diberi kesihatan dan keberkatan dalam setiap langkah. Vanilla & Emir pun kirim salam, moga anak-anak kita semua membesar jadi anak yang soleh dan solehah. Amin 😊
@@LeavingTheNest amin insyaAllah
Wow murah betul la 750 per pax tq kak she share 😍😍😍😍
RM750 per pax tu ground cost je tau untuk 4 hari. Kos mungkin boleh rendah lagi kalau ambil hotel 3 star atau hotel yang jauh sikit.
Kalau boleh tackle tiket flight & accommodation, kos keseluruhan untuk yang nak buat Umrah DIY akan jadi sangat-sangat murah.
😊
Alhamdulillah mudahan dapat kami sekeluarga buat umrah diy dalam masa terdekat.Terima kasih she
Aamiin! Semoga korang sekeluarga dapat mengerjakan umrah dan diberi keberkatan serta pengalaman yang bermakna di sana nanti. Kitorang doakan yang terbaik untuk korang dan semoga urusan untuk buat umrah nanti dipermudahkan, insyaAllah! 🥰🥰🥰
tq for the vlog, will be my refs for utk dptkan visa 96H tu, Thanks a lot!!
You're welcome! Glad the vlog was helpful. Good luck with your 96H visa, hope everything goes smoothly! Kalau ada apa-apa soalan, tanya jer. InshaAllah kitorang akan cuba jawab. 😊😊
Scamer dimana2 kan 😂😂😂Terbaik perkongsiannya…banyak tips yg diperolehi….tunggu nex video lak👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
Terima kasih banyak! Betul tu, scammer memang ada kat mana-mana. Alhamdulillah, gembira kalau perkongsian ni bermanfaat. Stay tuned untuk next video, insyaAllah tak lama lagi! 😊
T.kasih ...akak mahu sebln d mekah dan sebln di medina..
Terima kasih juga sebab sudi tengok travelogue kami kak.. Semoga akak dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah dekat Mekah & Madinah selama sebulan seperti yang akak hajatkan 🥰
Kami pun naik teksi dari stesen train ke hotel safwa di caj sar50
Masa peak hours guna app Careem, caj dia sebenarnya cuma SAR31 je untuk jarak 6KM. Kami dapat harga SAR50 pun nasib baik staf hotel yang baik hati tolong deal mintak murah sikit. Kalau tak, asalnya dia nak caj sampai SAR80 😅
Assalamualaikum, nak tanya pasal kredit kad, boleh cadangkan kad apa yang bagus untuk kumpul points untuk travel 😊
Salam, untuk kumpul points boleh tentukan dulu nak kumpul points yang mana sama ada krisflyers miles, enrich miles, bigpoints etc.
Kalau macam kitorang, kitorang pilih untuk kumpul krisflyers miles jadi kitorang guna cc yang conversion ke krisflyers rendah 7000/11000 points = 1000 krisflyers miles macam UOB. Bank-bank lain pun ada, boleh try go through dulu specific requirement & benefit kad sebelum apply 😊
She n Haikel, mcm mana korang boleh pack barang2 smua hanya dgn dua luggage je? Kagum betul? Sorting mcm mana? Nnti boleh la buat video😊
Salam, kitorang guna travel organizer. InsyaAllah kitorang cuba buat video cara kitorang pack barang sebelum travel dalam bentuk vlog. Kalau nak view yang simple version boleh refer reels ni sebab ada share sebelum trip umrah hari tu 😊
instagram.com/reel/C0-sRMFB1uq/?igsh=ZHFsOG1ic3Vmc2cz
@@LeavingTheNest okay tq so much, sbb bila tgk korg guna public transport mcm bas kan nak kene gerak banyak, guna dua bag besar dan stroller. Ktorg kalau pergi india ritu mak aih, bag bersepah. Tq korg
Alhamdullilah, Boleh saya tahu abg pakai apa camera?
Pakai hp. Camera setting 4K 60fps 😊
Thank u
Welcome 🤗
Assalamualaikum. Best tengok Umrah DIY..
Waalaikumsalam! Terima kasih banyak atas sokongan! Senang hati dapat kongsikan pengalaman Umrah DIY. Jika ada soalan atau tips yang ingin ditanya, jangan segan-segan ya! 🥰🥰🥰
Salam.. boleh tau hotel yg awak stay di mekah?@@LeavingTheNest
Salam, kitorang stay dekat Hyatt Regency Jabal Omar 👍😊
@@LeavingTheNest alhamdullilah.. terima kasih atas balas jwb nye..
Btw antara yg terbaik umrah diy i watch..
Sama-sama. 😊😊😊
assalam , boleh suggestkan pocket wifi n pakai plan apa? tq
Salam, kitorang sewa pocket wifi dengan roaming man, ambil plan Middle East, boleh cover Bahrain, Egypt, Israel, Jordan, Kuwait, Oman, Qatar, Saudi Arabia, United Arab Emirates (UAE) 👍😊
Menarik! Nak tanya masa umrah bagasi kita airline simpan ke dapat ?
Bagasi kena ambil lepas sampai airport sebab transit lebih 24 jam 👍😊
Hotel kat Makkah hotel apa sis
Dekat Mekah kami stay dekat Hyatt Regency Jabal Omar 😊
hi, nak tnye book hotel pakai apps ape ye?
Kitorang biasanya guna booking.com, tapi untuk trip kali ni, kitorang book terus dari website Hyatt. Harga dia lebih murah, dan dalam masa yang sama boleh kumpul point. Point tu nanti boleh guna untuk redeem yang seterusnya. 😊
salam kak nak tanya, kos rm 750 per person tu x including tiket flight KL - jeddah - KL kan , macam mana nak cari tiket KL-jeddah-KL dgn harga paling murah ya ? atau via kl-manila/cebu-dubai-jedah-kl macam route kak tu , TQ ! smoga Allah limpahkan lagi rezeki kak atas sharing ni utk beri inspirasi kami yg x mampu nak pergi umrah dgn harga agent rm 9-10K sorang utk pergi via DIY , aamin
Wasalam, RM750 tu ground kos per pax untuk 96 jam (4 hari ) Umrah Transit di Mekah sahaja.
Sebab kitorang travel dari Manila-Dubai & balik Malaysia transit Mekah. Transit program ni boleh apply free Visa untuk maksimum stay 96 jam sahaja.
Dan hanya boleh apply kalau fly guna 2 airlines nk sahaja, Flynas & Saudia.
Dan, kita juga boleh dapat 50% diskaun masa beli tiket haramain (purchase melalui website Flynas/Saudia).
Untuk Asia Tenggara ni, kita ada banyak option untuk travel dengan murah sebab ada beberapa hub. Untuk dapat tiket murah boleh survey ticket yang start perlajanan dari Jakarta/Manila/KL/Bangkok.
Atau boleh juga plan transit ke Maldives dulu, sebelum ke AbuDhabu/Dubai. Sebab dari sana ke Jeddah(Mekah)/ Madinah banyak option yang sangat murah.
Okay setel bab Umrah DIY Transit. Sekarang kita cakap pasal kos untuk buat Umrah & Ziarah DIY biasa (bukan transit). 😊
Normal kos untuk KL-Jeddah/Madinah dalam range RM2500-RM3500 return. Kalau dapat bawah pada tu kira sangat murah. Kitorang pernah dapat return tiket RM600 Jakarta-Madinah-Jakarta naik MAS.
Kalau travel secara country hoping, dan UAE termasuk dalam list negara yang korang akan lawat. Ni peluang yang sangat baik untuk buat Umrah.
Buat Umrah DIY dari UAE ni memang senang dan jimat. Kalau terbang dari Abu Dhabi ke Madinah, tiket flight boleh dapat sekitar RM200 je. Sebab Abu Dhabi ada Hab low cost airlines Wizz Air.
Kitorang sarankan masuk melalui Madinah dan balik ikut Jeddah. Sebabnya, airport Madinah tak sesak sangat berbanding Jeddah. Sebab biasanya, jemaah akan turun Jeddah buat Umrah dulu sebelum ziarah, jadi bila kita lawan arus, kita tak perlu bersesak dekat airport yang boleh makan masa berjam-jam.
Masuk melalui Madinah pun ada kelebihannya. Kain ihram boleh beli kat sana dengan harga sekitar SAR15-20, jadi luggage tak berat sangat. Pakaian pun boleh lebih santai. Kalau terus terbang ke Jeddah, dari airport lagi dah kena pakai ihram (bagi lelaki) sebab nak niat ihram bila melepasi miqat atas flight.
Bab penginapan, pilih hotel yang dekat dengan Masjidil Haram, dalam 300 meter. Lebih dari tu, agak jauh untuk berjalan kecuali ambik hotel yang provide free shuttle ke masjid. Kalau nak lebih selesa, boleh pilih hotel 4 atau 5 bintang dengan harga sekitar RM600-800 satu malam untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak, termasuk sarapan. Tapi kalau tak ambil sarapan, boleh jimat sebab makan kat luar lebih murah dan masa pun lebih fleksibel.
Untuk Mekah, kitorang rekomen Hyatt Regency Jabal Omar sebab dekat dan selesa. Boleh book melalui booking.com, Agoda, atau terus kat website rasmi Hyatt. Kelebihan book direct dengan website, boleh kumpul points untuk redeem stay seterusnya bawah chain Hyatt.
Jangan book terlalu awal atau lambat; dalam 2 minggu sebelum sampai tu waktu sesuai. Kalau tak, harga boleh cecah ribu-ribu untuk 1 malam. Di Madinah, senang sikit sebab Masjid Nabawi bentuknya segi empat. Mana-mana hotel pun dekat dengan pagar masjid.
Kalau nak dekat dengan bahagian lelaki, pilih hotel dekat gate 35/36 atau 7-10. Untuk perempuan, gate 11-14 atau 28-31. Boleh juga masuk ikut main entrance di gate 20-22.
Madinah tak berbukit macam Mekah, jadi mana-mana hotel pun okay asalkan sesuai dengan bajet.
Pasal visa, rakyat Malaysia ada 3 pilihan:
• eVisa: SAR395, termasuk insurans perubatan. Multiple entry, valid 90 hari untuk setahun. Apply kat website rasmi Visit Saudi Arabia.
• Visa on Arrival: SAR300, insurans perubatan SAR95. Multiple atau single entry 90 hari, valid untuk setahun, bergantung kepada kelulusan kementerian. Sampai je kat airport Saudi, guna self-service kiosk atau terus ke pejabat passport control untuk apply.
• Transit Visa (96 jam stopover): Percuma, insurans perubatan SAR95. Single entry, valid 96 jam je. Boleh apply masa beli tiket Saudia Airlines atau Flynas. Dapat diskaun 50% untuk tiket Haramain Train. Apply melalui website airlines Saudia atau Flynas.
Untuk pengangkutan, boleh guna e-hailing macam Careem atau Uber. Kitorang biasa guna Careem sebab dah biasa dan lebih murah. Dari Madinah Airport ke Masjid Nabawi jaraknya dalam 20km, jadi naik e-hailing je dah cukup.
Dari Jeddah Airport ke Masjidil Haram di Mekah, jaraknya 90km. Ada beberapa pilihan:
• Bas: Sekitar SAR25
• E-hailing: Sekitar SAR200 ke atas
• Haramain Train: Ekonomi bermula SAR69, Business bermula SAR111 (harga berubah ikut masa dan permintaan). Sampai di Haramain Station Mekah, kena naik bas (SAR2) untuk ke Masjidil Haram.
Kalau datang berempat atau lebih, naik van mungkin lebih berbaloi.
Naik e-hailing lebih mudah sebab terus hantar depan hotel. Kalau tak boleh check-in lagi, at least boleh drop luggage dulu.
Kalau dari Madinah ke Mekah, Haramain Train harga bermula dari SAR224 (Ekonomi) dan SAR380 (Business).
Tiket Haramain boleh beli di kiosk, kaunter, atau website. Beli kat kiosk dan kaunter mungkin lebih mahal dari website.
Tapi kadang-kadang website Haramain ada isu dengan pembayaran guna kad kredit/debit.
Sistem dia kadang-kadang slow, jadi kalau bernasib baik, semua okay.
Nusuk Apps
Nusuk ni apps untuk book slot buat Umrah atau masuk Raudhah. Setakat ni, belum wajib book slot untuk Umrah. Cuma, nak masuk bahagian Mataf (tempat tawaf) depan Kaabah, lelaki wajib pakai ihram.
Kalau pakai biasa, tak dibenarkan masuk. Tujuannya untuk kurangkan kesesakan. Nak buat tawaf sunat depan Kaabah pun kena pakai ihram.
Untuk masuk Raudhah, wajib book slot. Bergantung kepada kekosongan kuota. Nak masuk banyak kali pun boleh asalkan book awal-awal.
Dan bermula 1 Feb 2025, setiap jemaah diwajibkan semula untuk ambil vaksin meningococcal. Semoga info ni membantu korang yang nak buat Umrah DIY. Dengan persediaan rapi, insyaAllah perjalanan ibadah korang akan lancar dan diberkati. 😊
@@LeavingTheNest tq kak she sudi sharing in depth dan take a long time utk explain in detail , insyaAllah sy n others will benefit from this utk misi umrah diy kami kelak , insyaAllah ....smoga pahala jariah juga utk kak sekeluarga..aamin 🤲
@penakebenaran Nanti kalau ada part yang tak jelas tanya je. Kalau saya tahu dan sempat , saya akan cuba jawab InshaAllah 😊
@@LeavingTheNest maaf kak she , lupa nak tanya , yg flight murah dari manila - dubai - jeddah -msia tu the best , cheapest dan easiest utk kami cari dan filter the easiest way guna traveloka ke ?
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين
اللهم صل على سيدنا محمد
Pertama kali saya tengok org tadah tangan berdoa dengar taklimat 😂😂
Tu pentingnya bahasa arab 😂
Assalam. Keluar dari mekah tak perlu tawaf wada ke
Waalaikummusalam
Kami tak buat tawaf wada’ sebab kekangan masa. Untuk pengetahuan, tawaf wada’ memang wajib untuk orang yang menunaikan haji, sebab Nabi Muhammad SAW pernah pesan agar tawaf ini menjadi ibadah terakhir sebelum meninggalkan Makkah. Arahan ini memang khusus untuk jemaah haji semasa peristiwa Hajjatul Wada’.
Kalau lepas buat umrah pula, tawaf wada’ ni sunat je, tak wajib. Namun, ia sangat digalakkan untuk dilakukan. Majoriti ulama’ berpendapat ia tidak wajib, tapi kalau nak buat, itu lagi afdhal.
😊
maktabahalbakri.com/1328-hukum-tawaf-wada-ketika-umrah/
Ktorg dlu pun masa kat aiport tu nak mintak elok2 wheelchair dia x bagi. Padahal ada tu. Dia x layan. Pak arab ni mmg dia tak tolerance betoi
Betul tu, kadang-kadang dengan pak Arab ni, kena banyak bersabar. Kalau kita minta elok-elok pun belum tentu dapat layanan yang baik. Memang ada yang kurang toleransi, terutama kat tempat-tempat macam airport ni.
Benda ni memang lumrah, kat mana-mana pun boleh jadi. Tapi takpe, kita rileks je, cuba lagi atau cari jalan lain. Asalkan niat kita baik dan bersabar, insyaAllah perjalanan kita dipermudahkan. Yang penting, kita jangan cepat naik angin, sebab nanti tambah serabut je. 😂😂😂
Memang dugaan sikit bila travel ni, tapi pengalaman macam ni la buat kita lagi matang dan pandai handle situasi. 🥰🥰🥰
Kalau nak book hotel sis guna apa?
Biasanya guna booking(dot)com. Tapi untuk hotel kat Mekah ni, kitorang book dari apps World of Hyatt sebab lagi murah rate dia 👍😊
boleh tnye; vaksin pneumococcal and influeza vaksin wajib amik ke? diorg akan check ke d sana?
Sekarang dorang dah tak check. Tapi kitorang satu family memang ambik vaksin influenza setiap tahun, and both our kids memang dah ambik pneumococcal. Meninggococcal je dah expired masing2, tapi kitorang tak ambik pun haritu 🥹
@@LeavingTheNest okay thanks en..lagi satu ade book timing buat umrah dlm nusuk apps ke? sbb dalam tu ade raudah timing dgn umrah timing tu..umrah diy perlu book dari situ ke or boleh saja pergi timing kita sendiri?
@norasikinalias9514 Untuk umrah dah tak perlu booking slot dekat Nusuk. Nak masuk Raudhah je yang masih perlu perlu book slot dekat apps Nusuk 👍
@@LeavingTheNest ok faham..terima kasih byk encika ats sharing 👍👍
sy br pulang dr umrah pertama sy sbtu lpas,semasa umrah, byk juga keadaan perlukn bimbingan Mutawwif dr segi flow proses,hukum n perincian..mungkin sbb sy pertama kali,cuma sy nk tahula diy ni mcm mne Pengisian nya adakah hnya ibadah shj?.mksud nya tiada pergi ziarah2 sirah2 Nabi ke?.
Kitorang travel selama dua minggu mula dari Filipina, kemudian ke UAE, dan seterusnya kitorang ambil keputusan untuk buat umrah transit (stopover transit visa) sebelum balik Malaysia.
Ini kali ketiga kitorang menunaikan umrah, dan pengisian ziarah kami dah buat masa umrah pertama dan kedua.
Untuk transit kali ini, tempoh yang dibenarkan hanya 96 jam. Kalau diikutkan, memang sempat untuk ziarah Madinah dengan day trip, tetapi kami lebih fikirkan keselesaan anak-anak, supaya tak terlalu penat. Jadi, kitorang memilih untuk fokus sepenuhnya di Mekah untuk kali ini.🤗
@@LeavingTheNest sy tahu ade dlm video tersebut puan bagitahu yg ini umrah ketiga puan dgn fmily,mksud sy jika hendah umrah diy semata2 pergi Mekah & Madinah shj, ade ke pengisian nya?.sbb kte tiada mutawwif utk bawa & cerita sirah2 Nabi tu.
Terima kasih atas soalan yang baik. Saya bukan Puan, saya husband puan. 😊
Untuk umrah DIY, walaupun tiada mutawwif tetap, masa kita sebenarnya lebih fleksibel. Kita boleh urus masa sendiri dan susun aktiviti ikut keselesaan serta kelapangan masa.
Jika inginkan pengisian lebih mendalam mengenai sirah Nabi, kita boleh sewa kereta dan hire mutawwif khusus untuk menerangkan sirah sepanjang ziarah ke tempat-tempat bersejarah. Pengisian sirah tetap boleh dilakukan walaupun umrah DIY.
Banyak perkongsian lengkap mengenai cara-cara dan tips untuk umrah DIY yang boleh dirujuk melalui group Facebook, Telegram dan platform lain yang berkongsi pengalaman. 😊
@@LeavingTheNest baik,sy sedsng mengkaji betul ke umrah diy jauh lebih jimat & baik dari segi susun atur masa sendiri beserta pengisian nya,sbb sy hndak ke sana lg tp fhm kos di sana agak tinggi jika melalui agensi,cuma diy ni perlu lebih berani,arif dlm segala proses n hukum2,jika ade video yg melakukn umrah diy di mekah & madinah shj,sy mahu menimba ilmu juga,terima kasih tuan.
@ahmadfadhilalias725 Betul, umrah DIY memang jauh lebih jimat, dan tuan pun dah ada pengalaman pergi sebelum ini, jadi ni pun satu kelebihan besar.
Tuan kena lebih bijak susun masa ikut keselesaan sendiri dan pastikan pengisian di Mekah dan Madinah berjalan lancar.
Untuk DIY ni memang perlu keberanian dan kefahaman yang mendalam tentang proses dan hukum, tapi banyak platform yang sediakan panduan, termasuk video-video yang tunjuk secara terperinci. Kalau tuan nak timba ilmu lebih lanjut, saya cadangkan cari group di media sosial, ada banyak yang kongsi tips dari pengalaman mereka.
Jangan risau, ilmu boleh ditambah dan kos pun boleh dikawal. Semoga urusan tuan dipermudahkan 😊
Tawaf wida buat biler?
Kami tak buat tawaf wada’ sebab kekangan masa. Untuk pengetahuan, tawaf wada’ memang wajib untuk orang yang menunaikan haji, sebab Nabi Muhammad SAW pernah pesan agar tawaf ini menjadi ibadah terakhir sebelum meninggalkan Makkah. Arahan ini memang khusus untuk jemaah haji semasa peristiwa Hajjatul Wada’.
Kalau lepas buat umrah pula, tawaf wada’ ni sunat je, tak wajib. Namun, ia sangat digalakkan untuk dilakukan. Majoriti ulama’ berpendapat ia tidak wajib, tapi kalau nak buat, itu lagi afdhal.
😊
maktabahalbakri.com/1328-hukum-tawaf-wada-ketika-umrah/
Assalamualikum. Duduk hotel mane ye?
W’salam..
Kami duduk dekat Hyatt Regency Jabal Omar 😊
Boleh bagi exact date?
Exact date umrah ni ke? Kami pergi minggu terakhir December 2023 👍
Zamzam 12 riyal,sampai Malaysia depa jual rm130
Mungkin sebab susah nak bawak balik, 1 passport boleh beli satu je 🥹
aaaaaaaa travel agent iz shaaaaaakingggggg
😊😊😊
Sebenarnya, tujuan kitorang galakkan umrah DIY adalah untuk bagi peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan supaya dapat jejakkan kaki ke Tanah Suci.
Kosnya jauh lebih jimat, dan ilmu untuk melaksanakan umrah boleh diperoleh secara percuma dari kursus di masjid atau Tabung Haji.
Namun, bagi mereka yang kurang yakin tetapi ada kemampuan, kami sangat syorkan untuk mendapatkan bantuan dan khidmat dari travel agent. Mereka yang mahu keselesaan dan bimbingan penuh juga boleh pilih travel agent kerana mereka akan uruskan semua keperluan.
Jadi, setiap orang ada pilihan yang sesuai mengikut bajet dan keselesaan masing-masing 😊.
@@LeavingTheNest betul, setuju. skrg umrah jd semacam ke arah perniagaan dan harga x semua mampu. semoga tuan dan puan sekeluarga dimurahkan rezeki dan dpt buat byk lagi content mcm ni.
@afiffirfannafri3261 Terima kasih atas sokongan dan doa yang baik! Memang betul, dengan kos yang semakin tinggi, tak semua mampu untuk tunaikan umrah. Sebab itulah kitorang cuba kongsikan cara umrah DIY ini supaya lebih ramai boleh ikut jejak ke Tanah Suci dengan bajet yang lebih rendah.
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dapat terus berkongsi ilmu dan pengalaman. Teruskan sokongan dan nantikan lebih banyak content yang akan datang, insyaAllah! 🥰🥰🥰
kalau transit 96 jam tu sempat buat umrah berapa kali yee?
Kalau nak buat umrah setiap hari pun sempat. Cuma bergantung kepada kudrat masing-masing jer.
Dan mengikut pandangan ulama, umrah afdhal dilakukan sekali sahaja dalam satu perjalanan.
Namun, melakukan tawaf sunat secara berulang kali di Masjidil Haram lebih digalakkan kerana ia adalah ibadah yang besar pahalanya dan boleh dilakukan bila-bila masa. Dan semua ini bergantung kepada kemampuan fizikal dan keadaan seseorang, jadi tak perlu membebankan diri. 😊
Assalamualaikum nak tanya guard kat situ Ada marah tak kalau ambil gambar atau video kat masjidil haram ngan masjid nabawi ? inshallah bulan depan pergi umrah takut pula kalau nak ambil gambar sana kena marah 😅
Waalaikumussalam! Jangan risau, sekarang ni ambil gambar atau video di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dah jadi lebih fleksibel.
Ramai je jemaah ambil gambar kenangan, asalkan tak mengganggu ibadah orang lain atau tak buat rakaman secara keterlaluan. Cuma, elak ambil gambar terlalu dekat dengan orang yang sedang solat untuk hormati privasi. Kalau ada guard tegur, biasanya mereka cuma ingatkan kita untuk fokus pada ibadah. InshaAllah, semoga perjalanan umrah nanti dipermudahkan 😊
@@LeavingTheNest kalau Kat dalam raudhah xde masalah juga kan?
Betul, asalkan kita tak mengganggu jemaah lain, insyaAllah tak ada masalah. Ramai je yang rekod dalam raudhah untuk simpan kenangan. Paling penting, kita pastikan niat sentiasa ikhlas dan berhati-hati supaya tak terjatuh dalam sifat riak. 😊
Salam, visa pelawat ke visa umrah?
Salam, kami guna free visa transit dari Saudia Airlines 👍
Tawaf wada buat lepas maghrib ke?
Kami tak buat tawaf wada’ sebab kekangan masa. Untuk pengetahuan, tawaf wada’ memang wajib untuk orang yang menunaikan haji, sebab Nabi Muhammad SAW pernah pesan agar tawaf ini menjadi ibadah terakhir sebelum meninggalkan Makkah. Arahan ini memang khusus untuk jemaah haji semasa peristiwa Hajjatul Wada’.
Kalau lepas buat umrah pula, tawaf wada’ ni sunat je, tak wajib. Namun, ia sangat digalakkan untuk dilakukan. Majoriti ulama’ berpendapat ia tidak wajib, tapi kalau nak buat, itu lagi afdhal.
😊
maktabahalbakri.com/1328-hukum-tawaf-wada-ketika-umrah/
Kami tak buat tawaf wada’ sebab kekangan masa. Untuk pengetahuan, tawaf wada’ memang wajib untuk orang yang menunaikan haji, sebab Nabi Muhammad SAW pernah pesan agar tawaf ini menjadi ibadah terakhir sebelum meninggalkan Makkah. Arahan ini memang khusus untuk jemaah haji semasa peristiwa Hajjatul Wada’.
Kalau lepas buat umrah pula, tawaf wada’ ni sunat je, tak wajib. Namun, ia sangat digalakkan untuk dilakukan. Majoriti ulama’ berpendapat ia tidak wajib, tapi kalau nak buat, itu lagi afdhal.
😊
maktabahalbakri.com/1328-hukum-tawaf-wada-ketika-umrah/
Terbaik x ziarah nabi