Ep27 - Sebelum Melaka: Champa menurut Dr. Alinor, Bahagian II | Menjadi Malaysia

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 12 сен 2024
  • Menyambung perbincangan dari minggu lepas dan siri #MenjadiMalaysia, Dr. Alinor bermula dengan perbincangan mengenai asal usul nama Champa berdasarkan kajian-kajian yang pernah dibuat oleh para pengkaji Champa, antaranya kerajaan tersebut bermula dengan nama Champa-Desa, dan Champa-Pura-nama-nama yang diberikan sendiri oleh orang Cam. Dr. Alinor turut menghuraikan teori nama Champa yang berasal dari sebuah kota di India, dengan membentangkan sejarah Universiti Nalanda, sebuah pusat pengajian terbesar bagi agama Buddha di mana terdapatnya sebuah asram (kolej) yang diberi nama Asram Srivijaya. Dr. Alinor turut menerangkan kaedah pemetaan (mapping) dalam pengkajian sejarah dengan membawa contoh bagaimana dakwaan bahawa bertapaknya Islam di Champa boleh dibuktikan.
    -
    Layari saluran audio #podcast:
    Spotify: open.spotify.c...
    Apple Podcasts: podcasts.apple...
    Google Podcasts: www.google.com...
    -
    Sertai saluran WhatsApp: whatsapp.com/c...
    Beli buku: kawahbuku.com
    Baca zine: kawahbuku.com/...
    Send us likes on TikTok:
    / kawahbuku
    Check us out on Instagram:
    / kawahbuku
    Follow us on Twitter:
    / kawahbuku

Комментарии • 6

  • @Ilham-ri7yn
    @Ilham-ri7yn 3 года назад +2

    Serius, kuat ingatan Dr. Alinor

  • @Tobeng
    @Tobeng 3 года назад +2

    Seronoknya dengar Dr Alinor ni beri penjelasan.

  • @shahrimanshahnaz7008
    @shahrimanshahnaz7008 Год назад +1

    Sy pernah terbaca lama dahulu dr sumber pengkaji orientalis bhw sejak sebelum kelahiran Nabi Muhammad saw telah ada sebuah perkampungan org arab di selatan china iaitu di Guanzhou, mereka terdiri drp para pedagang. Mereka sentiasa saling berhubungan dgn saudara2 arab mereka drp tanah arab drp sejak zaman jahiliyah pra Islam sehingga ke zaman pasca Islam. Umum mengetahui bhw jalan perdagangan timur barat bukan sahaja melalui jalan darat iaitu Silk Road tp juga melalui jalan laut.
    Selepas tanah arab menerima Islam, perkampungan arab di Guonzhou itu turut menerima Ialam secara beransur2 sejak zaman para sahabat dan tabi'in lg. Mmg wujud sebuah masjid lama di guanzhou yg berdiri sejak zaman para sahabat lg.
    Dlm tempoh ratusan tahun selepas itu bilangan mereka itu semakin ramai dan akhirnya terjadi satu peristiwa perbalahan kaum di antara bangsa arab guonzhou ini dgn penduduk local china yg tak berpuashati dgn org arab ini atas isu2 tertentu. Terjadi pembunuhan besar2an dan org2 arab ini dihalau keluar drp china. Ada di antara mereka berundur ke selatan dan sampai ke Champa atau Vietnam skrg dan bermukim di sana. Tidak mustahil bhw Islam yg tuan2 kata dtg dr arah timur itu adalah sebahagiannya disebarkan oleh org2 arab china ini dan of coz para mubaligh islam yg menyinggah atau berdagang dgn mereka.

  • @hayaaguzel2207
    @hayaaguzel2207 9 месяцев назад

    pakar Cham studies di Malaysia ni ialah Dr Zain Musa, bekas pensyarah di Atma UKM. Beliau fasih berbahasa Cham, Khmer dan Perancis kerana mendapat Phd di Sorbonne. Pra-syarat Cham studies adalah dapat akses kepada sumber perancis yang menjad menjadi sumber urama. Sumber dalam bahasa Inggeris sangat sedikit. Sarjana seperti Dr Alinor dan Prof Shaharir bukanlah pakar dalam Cham studies kerana mereka ada kepakaran sendiri dalam Math Studies. Kebolehan dalam bahasa Cham, Khmer dan French tiada pada mereka. Dengan hanya merujuk pada sumber bahasa Inggeris dan Melayu, kita sebenarnya akan menghadapi masalah dalam merujuk prime sources.

  • @wanmerah
    @wanmerah 3 года назад +2

    membangkitkan