@@raymondej3023 Sepatutnya kalau scroll gimbal dial, camera akan bergerak ke atas atau ke bawah saja dan drone tidak bertukar arah. Kalau tukar mode joystick pun, gimbal dial takkan memberi kesan pada arah pergerakan drone. Cuba calibrate gimbal dan controller dulu tengok kalau ada perubahan. Kalau tidak kena hantar service center la untuk periksa.
Ya..itu yang problem dia skrg.,saya scroll gimbal dial carema turun atas bawah dan drone pusing sekali. Saya cuba buat rc calibration. Joystick sebelah kiri kalau tolak kiri kanan x berfungsi. Cuba tolak depan dan belakang saja berfungsi. Mmng dia problem kah ni?
Jalil R ada satu lagi Doc. Kalau hilang signal atau gangguan signal ke apa ke drone tetap akan automatik balik semua selagi cukup bateri. Walau sejauh mana, setinggi mana, kita tak nampak drone kita (saya ni masih terbang selagi nampak drone je... kalau dah tak nampak tu mula macam nak kena heart attack) Terima Kasih Doc.
Jalil R Terima kasih Doc. Petang tadi akhirnya memberanikan diri menghilangkan isyarat drone. Berpeluh jugak. Alhamdulillah dia balik.🤣🤣🤣. Cuma ralat bila bukak frekuensi cuma ada satu rangkaian sahaja 2.4mhz. Tak pe lah. Dapat drone pun bersyukur sangat dah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi.
nice video .. saya dari sabah .. kerana video tuan saya telah ambil keputusan untuk membeli drone MM ni tapi masih menunggu ketibaan drone maklumlah d sabah memang lama baru sampai but masa menungu itu saya ambil untuk belajar lebih berkenaan dengan mm ..
Bergantung pada budget bro. Kalau tanya saya yang mempunyai nilai terbaik dari segi harga dan fungsi keseluruhan semestinya *mavic mini* . Tapi kalau ada duit lebih, boleh terus beli *mavic air 2* kerana mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti _obstruction avoidance_ dan kemampuan isyarat yang lebih stabil. Jadi takda la nak fikir pasal _upgrade_ lagi pada masa hadapan. Drone-drone lain yang saya tidak pernah terbangkan tapi mendapat review yang _descent_ seperti Hubsan zino dan FIMI X8 pun boleh dipertimbangakn selain model-model lama Dji seperti Spark dan Mavic Air 1 (Kemampuan isyarat wifi tidak sebaik mini) 😁
Liputan talian telefon tidak diperlukan untuk menerbangkan drone. Boleh terbang macam biasa. Cuma tanpa liputan talian, peta lokasi tidak dapat dipaparkan tapi itu bukan masalah sebab drone ada unit GPS untuk tentukan lokasi.
bang nk tanya sikit..sy dr seremban...knp drone sy tak sampai 300m..singal lost..wifi pun 0..i cuma guna antena yg control punya je..bang blh jelas ke knp jadi mcm tu
Bro kena tengok lokasi di mana bro terbang. Kalau dekat kawasan perumahan atau komersial yang banyak _wifi polution_ memang signal wifi tak stabil dan tak boleh pegi jauh. Cadangan saya, cuba tukar frekuensi kepada 5.8GHz secara manual. Biasanya frekuensi 5.8GHz lebih stabil dan mampu pergi lebih jauh. Kalau masih tak boleh terbang jauh, mungkin kena tukar ke lokasi yang jauh dari kawasan perumahan dan komersial 😊
Ada banyak kedai yang jual tapi selalu stok terhad. Saya selalu nampak di droneskaki.com dan _N4 Camera store_ . Boleh tengok di _Shoppe store_ mereka. 😊
Assalamualaikum Sahabat, mohon bantuan dan ingin tahu, saya baru 4 memiliki mavic mini ni,tp yg peliknya kenapa tak ada Quickshot. Untuk ambil video roket.
@@JalilR Dah buat tp kuar camera&video je, untuk Quickshot mmg x ada, ramai yg komen punca memori kad, mmg pun sbb sy guna memori pasa mlm, lum ada modal beli yg orinye, tgu bajet,pas tu sy cuba,klu betul ngam lah. Terima kasih sahabat kerana sudi berkongsi ilmu.
Assalamualaikum Sahabat Ok masalah Tempoh hari yg tiada Quickshot tu dah pun selesai, puncanya dari memori kad, skg dah dah letak memori kad yg original baru boleh guna Quickshot, tp klu memori yg lokel x akan kuar Quickshot. Alhamdulillah syukur dah boleh guna Quickshot amat bangga sekali. Terima kasih sahabat atas segala kesulitan.
Channel ni mmbuatkan sy lg cpt nk grab dji mavic mini..penerangan y bagus,tenang dan mudah difahami..semoga channel ni terus berjaya dan lbih dikenali bkn stkt di malaysia malahan di rantau asia amnya..
Alhamdulillah, selepas video ke 2 berkaitan mavic mini yg tuan post akhirnya sya bersetuju utk memilikinya.. Sehinggalah video ke 3 yg saya lihat ini.. Sy belajar sesuatu.. Tuan berjaya mewujudkan NILAI dalam video. Mohon izin untuk berlajar dengan tuan.
tumpang tanya. untk model fcc hanya ada 5.8ghz saja kan.persoalan saya 5.8ghz coverage kecil tetapi kenapa dji claim blh terbang sejauh 5km?persoalan kedua jika kita mnggunakan parabolic reflector + yagi antena dlm waktu yg sama adakah signal lebih baik? terima kasih
terbaik bro atas penerangannya.. saya baru sahaja beli MM ni.. belum buka kotak lagi.. nak study dulu.. hehe.. setelah melihat video bro ni.. saya akan subscribe channel bro...untuk video2 berkait mavic mini ni.. terbaik bro.. info sgt bermanfaat untuk saya yang baru nk guna Mavic Mini.. sebelum ni fly Mjx bugs 5w je..
Hi, boleh review tak bagaimana pula kalau guna DJI Mavic ni guna app Fake Map. Katanya fake map digunakan di dji mini dapat boostkan jarat sejauh 4km. boleh cuba tengok di channel yang mengunakan app fake map. review please
Pernah ada perancangan nak guna _Fake GPS_ tapi leceh sikit sebab kena guna Android phone (saya pengguna iOS). Tapi perbezaan CE dan FCC dalam mavic mini adalah ketentuan _hardware_ jadi saya tidak rasa akan ada perbezaan signifikan jika menggunakan _Fake GPS_ (manipulasi perisisan) . Cukup dengan penggalak isyarat saya mampu terbang sehingga 3.8 KM. Tapi mungkin pada masa akan datang kalau ada peluang saya akan cuba juga. Terima kasih bro atas cadangan 😊
Mengikut teori, di kawasan tanpa gangguan isyarat wifi, frekuensi terbaik untuk memberi jarak paling jauh adalah 2.4 GHz. Tetapi dalam ujian saya sendiri, kebanyakan jarak melebihi 3km saya capai dengan frekuensi 5.8GHz. Yang terbaik adalah membuat eksperimen frekuensi terbaik di satu-satu kawasan tersebut.
bro saya buat site survey kat depan bangunan MARA KL..Max Height 8m saya x berjaya naik ke 18m .. betul bro ckp bangunan tinggi memang xde chance nak naikkan drone
@@thaqifhero7734 Kalau jatuh tiba-tiba tu mesti ada faktor luaran atau software/hardware defect. Biasanya bila hilang isyarat, drone akan 'hover' untuk seketika. Jika isyarat tidak pulih, secara automatik drone akan kembali ke _home point_ (firmware terkini membolehkan kita membuat tetapan samada membiarkan drone terus _hover_ , landing serta-merta atau _return to home_ )
Bergantung pada budget dan penggunaan. Dua drone ini berada dalam segmen berbeza. Entry level vs midrange. Harga pun berbeza (RM 1599 vs RM 3299). Fungsi yang paling signifikan adalah sistem transmisi occusync 2.0 yang lebih stabil, rakaman 4k dan sensor elak halangan dalam mavic air 2 berbanding transmisi wifi dan rakaman 2.7 k dalam mavic mini. Drone Dji mini 2 yang baru dilancarkan mempunyai fungsi yang lebih hampir dengan mavic air 2 (occusync & 4k), tapi pada harga yang lebih tinggi berbanding mini (RM 1899). Jadi kalau ada budget lebih, saya cadang ambik mavic air 2 sebab lebih selamat sebab ada sensor dan transmisi lebih stabil. Kalau budget terhad, mungkin boleh consider dji mini 2 yang lebih compact (sesuai bawak travel) dan mempunyai fungsi yang ditambah baik 😊 Mavic mini invol.co/cl1qdmf Mavic air 2 invol.co/cl1qeqy Dji mini 2 invol.co/cl1qoos
Dari segi harga dan fungsi *Fimi X8* lagi dekat dengan *Dji Mini 2* . Kalau ikut pendapat saya, produk dari Dji lebih reliable dan mempunyai nilai barang terpakai yang lebih baik. *Mavic mini* mempunyai nilai terbaik kerana lebih murah dan fungsinya tidak terlampau jauh ketinggalan. *Mavic air 2* pula berada pada segmen yang lebih tinggi dan semestinya fungsi yang ditawarkan lebih baik (sensor halangan, transmisi lebih baik dsb.). Harganya pun hampir 2 kali ganda mavic mini. Tapi kalau ada kemampuan saya sangat sarankan ambil mavic air 2 😊
@@nasharuddinhamid7416 bagus ambik model rasmi untuk Malaysia iaitu model CE. Kalau beli FCC pun dia akan ikut lokasi di mana drone diaktifkan. Kalau di Malaysia, jarak maksimum akan ikut standard CE. Lagi satu kalau nak claim warranty lebih mudah kalau beli model rasmi 😊 Bro boleh beli dari link ni kalau berminat: invol.co/cl1qeqy
@@JalilR kalau untuk travel memang better CE bang .. atau amik FCC ? Sebab saya kaki jalan bang .. takut yang model CE tak boleh terbang jauh dekat negara lain ..
Klo blh en, sy nk thu malaysia skrng ni klo nk main drone kna ad permit tk? Kira klo sy bli dji mavic, mini 2 atau 3 ni just untuk hobby, amik shot gmbr , tgk permandangan cmtu. Pening research ad kta blh, ad kta kna sman mnta spe2 sni jelaskan tq :)
Soalan yang baik bro😄 Saya telah menghantar satu email kepada bahagian drone/ UAS CAAM berberapa hari yang lepas untuk bertanyakan hal ini. Masih belum dijawab. Nanti sudah ada jawapan saya akan update.
Tersusun rapi content bro jalil, saya dah beli mm 5 hari lepas... brani fly 300 meter je sebab kejab2 lost signal tu yg x branie nk fly sampai 1000 meter , tgk mavic air 2 teruja la pulak😎,
Terbaik Dr. Penerangan yang detail dan jelas. Penerangan tetapan seperti ini sgt bermanfaat utk beginner bagi menghasilkan kualiti imej/video yg terbaik. Saya baru bercadang utk membeli DJI MM. Disebabkan MM ini ringan, boleh jelaskan tentang kestabilan penerbangannya? Maksudnya, jika angin yang kuat datang secara tiba-tiba, kebarangkalian MM utk terhempas itu macam mana ya?
Terima kasih tuan. Kebarangkalian untuk terhempas atau _fly away_ memang ada memandangkan *mavic mini* adalah drone yang ringan dan telah banyak laporan tentang ini. Namun langkah pencegahan perlu sentiasa diambil seperti elakkan terbang ketika cuaca tidak baik atau elakkan terbang di kawasan yang kita ketahui mempunyai tiupan angin kuat. Jika kita sudah mengambil semua langkah berjaga-jaga namun dilanda angin kuat secara tiba-tiba, apa yang biasa saya buat adalah turun ke altitude yang lebih rendah untuk mengurangkan kesan angin dan jika perlu, melakukan pendaratan cemas untuk mengelakkan kemalangan. Di sini penting untuk kita terbang di lokasi yang kita sudah biasa.
Jalil R terima kasih Dr. Jawapan yg jelas. Saya suka cara Dr jelaskan sesuatu, dalam video mahupun dalam tulisan. Senang untuk difahami. Sememangnya terbaik. YT channel ini sangat bermanfaat bagi saya dan didoakan YT channel ini terus maju. Sentiasa sokong 👍🏿👍🏿👍🏿 Tak sabar nak tengok unboxing utk MA2 dan ujikaji ciri-ciri yg menarik padanya walaupun tak mampu nak beli 😅
Theoretically dalam WiFi wave concept..sepatutnya 2.4ghz boleh pergi lagi jauh compare to 5/5.8ghz..tapi tuan dah proved sebalik nya...terbaik! By the way, the video clean, neat and sound technical..keep it up!
Bro..nk tnya..nak mempunyai drone sebegini harusla perlu memiliki lesen atau permit dari pihak polis..bagaimana ingin mahu mendaftar kepada pihak berwajib ye???
Saya telahpun menghantarkan satu email kepada CAAM untuk bertanyakan hal ini tapi belum lagi mendapat jawapan. Nanti sudah mendapat balasan akan saya kemaskini bro. Tapi secara ringkasnya semasa musim PKP, sebarang aktiviti drone memang memerlukan permit CAAM dan kebenaran polis. Persoalannya adalah selepas tamat PKP apakah prosedurnya. Menurut pemahaman saya berdasarkan *Peraturan Penerbangan Awam 2016* , tiada kebenaran khusus diperlukan untuk menerbangkan drone ringan
Ya bro..tapi bila website CAAM..CAAM memberitahu di mana drone yang bawah 20kg perlu ada lesen..bayaran rm250 dan yang melebihi 20kg perlu membayar sekurang kurangnya rm1k Lesen drone ini perlu di ambil sbb risau terkena pesawat yg brada di udara dan xbleh terbang melebihi 400m..betul kan?? Tp xpe bro..pasal hal yg bro email kepada CAAM tu nant bro bagitahu ye video seterusnya..saya tggu video dari bro🙂
Saya suka channel tuan... Slain vdio yg menarik... Lontaran kata Amat teratur... Dan bahasa yg digunakan Amat tinggi.. Disebab kn vidio meredah lautan tuan, 2 3 kali Saya mnonton sehingalah Saya mmiliki sebuah drone mavic mini
Terbaik tuan 👍🏽 Saya berbesar hati kerana video saya yang tak seberapa itu memberi inspirasi kepada tuan sehingga memiliki *Mavic mini* . Terbang dengan selamat 😊
Terbaik bossskur 👍 memang d tungu next video nya,kita baru nak strt mavic mini ni,org tu dah nak strt mavic air 2 dah😅😅😅 terima kasih sahabat atas pencerahan signal booster dan update terbaru dji fly Mavic Mini..sangat bermanfaat senang dfahami dgn bahasa Malaysia yang baik👍semoga terus sukses dalam berkarya Sahabat 👍
Content yg sangat kemas dan menarik! Planning nk amik Mini SE basic. Tau Mini 2 lagi bagus, tp budget tight hehe. Harap leh la mampu sampai 2.5km sebab nk terbang area perumahan
Assalamualaikum Bang, sy baru je berjinak dgn drone ni 2 hari 😅 ade buat fews research but might not fully understand it.. sy ade few issue nk set up GPS, RTH etc mostly sy nk tahu pasal safety especially bila drone lost connection..kalau berkelapangan boleh abng buat details skit 😅 sy DJI MINI SE. Terima kasih bang
Salam.. tuan, nk tanya adakah perbezaan seperti fcc dan ce akan memainkan peranan pada jarak terbang dji mini 2? Sebab kebanyakan yang saya tengok dia orang cakap fcc range dia lebih jauh berbanding ce.
Untuk dji mini 2, penentuan samada mode fcc atau ce ditentukan oleh software, maknanya dji app akan kesan lokasi mana kita terbangkan drone. Jika di kawasan CE, maka drone secara automatic akan berada dalam mode CE. Kesimpulannya, model mana yang kita beli tidak penting kerana ia bergantung kepada kawasan penerbangan.
Sallam tuan, saya ada soalan sikit pasal system mavic mini ni, berkenaan dgn map, boleh ke kita set fence (pagar) cth saya bermain di kawasan padang bola, jadi saya pagarkan kawasan padang bola untuk bermain dan tidak boleh keluar dari kawasan padang bola tu.. jadi had limit pernerbangan di dlm kawasan padang bola sahaja. Ada ke system mcm tu kat drone tu.
Setakat yang saya tahu aplikasi Dji Fly tiada fungsi tersebut. Kawasan _Geo fencing_ memang telah ditetapkan di dalam aplikasi untuk tempat-tempat larangan terbang.
Pendapat saya tentang frequency mana lagi baik antara 2.4 dengan 5.8 sama je. Dia bergantung kawasan drone tu terbang. value 2.4 dengan 5.8 tu sebagai filter/channel yang di set transmitter dgn receiver. Ambil contoh frequency radio, tempat kita duduk channel radio sinar fm dengar jelas pastu kat tempat lain radio era pula dengar jelas. Sekadar pendapat. Maaf kalau salah🤣🤘
Terima kasih atas pendapatnya bro. Frekuensi 2.4GHz menjadi kurang stabil terutamanya di kawasan residensi dan komersial adalah disebabkan penggunaan frekuensi 2.4GHz untuk kebanyakan peralatan telekomunikasi dan wifi internet. Ini menimbulkan pertembungan isyarat dan gangguan transmisi antara alat kawalan dan drone. Manakala frekuensi 5.8GHz pula lebih stabil untuk situasi yang sama disebabkan secara relatifnya tidak banyak persaingan dari segi laluan gelombang radio yang terpancar dari alat kawalan ke drone dan sebaliknya 😊
Boleh pergi jauh bergantung pada persekitaran. Module wifi tersedia dalam drone. Majoriti drone menggunakan kawalan radio wifi. In fact occusync dalam drone dji terkini pun adalah variant wifi yang dipertingkatkan 😊
@@JalilR ohh mcm tuu.. sy nak beli mm1 tp org kata terbang tak boleh jauh . Sy nak terbang dpat 1km pun jadi laa bang . Drone yg skrg ad boleh 300m je tak puas hehe
Cara penyampaian yang bagus..mudah difahami..saya baru nak pakai mavic mini...sebelum ni pakai spart aje.
Terbaik penerangan...terima kasih
Terima kasih bang ☺️
Terbaik terima kasih tas perkongsian vidoe
Alfitri Mayate terima kasih kerana menonton😊
Cantik bukit jana
😊
@@JalilR dekat rumah saya
Oo yaka...Lorong/Jalan Bukit berapa?
Jalan bukit 11
suka betul dgr abang bercakap. pengunaan bahasa yang bagus
Terima kasih 😊
Nice info bro.. tq soo much
Thanx for the view😊
@@JalilR ur welcome bro..
Assalamualaikum bang,macam mana nak tahu frequensi tu
Lokasi, Bukit Jana, Kamunting..my hometown..😀😀👍👍
Betul bro. Apa khabar orang kampung 😄
@@JalilR baik..alhamdulillah, saya dok tgh berkira2 nak beli mavic mini..skrg ni guna DJI spark ja since 2017..
Kualiti video u tube ni cantik
Terima kasih bro 😊
Sangat2 berguna Video RUclips ni terima Kasih kerana memberi banyak manfaatnya.
Slmt mlm bro,..nak tumpang tanya.blm tau lg setting remote ni..mmng buta ni.😅function remote mcm x berfungsi sblh kiri.
function apa bro? joystick, button atau gimbal dial?
Joystick dgn gimbal. Bila main gimbal, drone pusing dgn camera gerak sekali. Setting ke yg buat ni?
Kan biasa joystick sebelah kiri kalau tolak tepi biasa akan pusing.tekan bawah dia kebawah kan. Ni dekat gimbal pula dia using sekali dgn camera
@@raymondej3023 Sepatutnya kalau scroll gimbal dial, camera akan bergerak ke atas atau ke bawah saja dan drone tidak bertukar arah. Kalau tukar mode joystick pun, gimbal dial takkan memberi kesan pada arah pergerakan drone. Cuba calibrate gimbal dan controller dulu tengok kalau ada perubahan. Kalau tidak kena hantar service center la untuk periksa.
Ya..itu yang problem dia skrg.,saya scroll gimbal dial carema turun atas bawah dan drone pusing sekali. Saya cuba buat rc calibration. Joystick sebelah kiri kalau tolak kiri kanan x berfungsi. Cuba tolak depan dan belakang saja berfungsi. Mmng dia problem kah ni?
Terima Kasih Doc. Video yang terang jelas dan menarik.
Terima kasih kembali tuan 😊
Jalil R ada satu lagi Doc. Kalau hilang signal atau gangguan signal ke apa ke drone tetap akan automatik balik semua selagi cukup bateri. Walau sejauh mana, setinggi mana, kita tak nampak drone kita (saya ni masih terbang selagi nampak drone je... kalau dah tak nampak tu mula macam nak kena heart attack) Terima Kasih Doc.
@@humamuddinabusamah Ya sejauh mana pun drone pergi, kalau hilang isyarat ia akan kembali ke homepoint secara automatik.
Jalil R Terima kasih Doc. Petang tadi akhirnya memberanikan diri menghilangkan isyarat drone. Berpeluh jugak. Alhamdulillah dia balik.🤣🤣🤣. Cuma ralat bila bukak frekuensi cuma ada satu rangkaian sahaja 2.4mhz. Tak pe lah. Dapat drone pun bersyukur sangat dah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi.
Sy pakai hx link antena..cube review bang
nice video .. saya dari sabah .. kerana video tuan saya telah ambil keputusan untuk membeli drone MM ni tapi masih menunggu ketibaan drone maklumlah d sabah memang lama baru sampai but masa menungu itu saya ambil untuk belajar lebih berkenaan dengan mm ..
Terima kasih dan tahniah atas pembelian drone baru😊 Sabah di mana? Semoga drone cepat sampai dan terbang dengan selamat ☺️
@@JalilR Sebelah Utara tuan Daerah Pitas... terima kasi tuan masih menunggu dengan sabar ... nak buat content dengan drone lepas dapat nanti..
Yefraim Yef Terbaik bro👍🏽 Nanti ada rezeki boleh buat content sama2😁 Air terjun Kg Bongkol dalam video bro mmg cantik kalau buat rakaman drone situ.
@@JalilR Boleh bro buli atur saya memang selalu bawa orang pergi air terjun tu.. saya suda follow ig tuan apa2 nanti boleh just Dm..
minta suggestion drone yg sesuai untuk org baru....
Bergantung pada budget bro. Kalau tanya saya yang mempunyai nilai terbaik dari segi harga dan fungsi keseluruhan semestinya *mavic mini* . Tapi kalau ada duit lebih, boleh terus beli *mavic air 2* kerana mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti _obstruction avoidance_ dan kemampuan isyarat yang lebih stabil. Jadi takda la nak fikir pasal _upgrade_ lagi pada masa hadapan. Drone-drone lain yang saya tidak pernah terbangkan tapi mendapat review yang _descent_ seperti Hubsan zino dan FIMI X8 pun boleh dipertimbangakn selain model-model lama Dji seperti Spark dan Mavic Air 1 (Kemampuan isyarat wifi tidak sebaik mini) 😁
Jalil R tq untuk info
Jalil R price untuk mavic air berape ye
Bang kenapa saya punyw MM tak ada wifi indicator geng...sya punya fmc version punya....still baru guys..
update baru
Ya lepas update terkini ia bertukar kepada ikon bar bertulis RC
@@JalilR owh....patut lah...hahhahaha...thank you @jalil R.....
PM HARGA BOS AREA BANGI
Harga basic set RM1500+. Boleh semak di mana2 online store. Saya tak jual drone.
Maaf nk bertanya hehe mcm mna nk tukar 2.4 ke 5.8???
kwsan pnerbangan yg xde liputan talifon pintar xdpat diterbangkan?
Liputan talian telefon tidak diperlukan untuk menerbangkan drone. Boleh terbang macam biasa. Cuma tanpa liputan talian, peta lokasi tidak dapat dipaparkan tapi itu bukan masalah sebab drone ada unit GPS untuk tentukan lokasi.
Penjelasan yang baik terima kasih
Terima kasih bang 😊
Sangat” membantu bossku mantap
saudara tggl di mana ye
Terbaik...bagus ayat boss..menggunakan bahasa melayu hampir 100%..sangat menarik.
Terima kasih boss 😊
Bagus bro..penerangan sgt jelas 👍👍
Terima kasih bro 😊
Padu video bro.Thorbaik
Terima kasih bro😊
bang nk tanya sikit..sy dr seremban...knp drone sy tak sampai 300m..singal lost..wifi pun 0..i cuma guna antena yg control punya je..bang blh jelas ke knp jadi mcm tu
Bro kena tengok lokasi di mana bro terbang. Kalau dekat kawasan perumahan atau komersial yang banyak _wifi polution_ memang signal wifi tak stabil dan tak boleh pegi jauh. Cadangan saya, cuba tukar frekuensi kepada 5.8GHz secara manual. Biasanya frekuensi 5.8GHz lebih stabil dan mampu pergi lebih jauh. Kalau masih tak boleh terbang jauh, mungkin kena tukar ke lokasi yang jauh dari kawasan perumahan dan komersial 😊
Jalil R terima kasih bro..sok sy cuba 5.8ghz signal..dh order booster..pasal mco tk smpi lg 😁😁..
tuan pakai booster ape ya.. bole bantu🤝
Saya guna signal booster sunnylife
bang boleh tanya tak macam mana kita nak beli version fcc
Ada banyak kedai yang jual tapi selalu stok terhad. Saya selalu nampak di droneskaki.com dan _N4 Camera store_ . Boleh tengok di _Shoppe store_ mereka. 😊
Bang nak tanya. Berkenan dgn mavic mini ni. Cuma beza after buy antara fcc dgn ce. Adakah dr segi warranty claim.
Assalamualaikum
Sahabat, mohon bantuan dan ingin tahu, saya baru 4 memiliki mavic mini ni,tp yg peliknya kenapa tak ada Quickshot. Untuk ambil video roket.
Ada tu bro. Tekan ikon atas butang record, dan pilih quickshot. Pilihan Rocket nombor 2.
@@JalilR
Dah buat tp kuar camera&video je, untuk Quickshot mmg x ada, ramai yg komen punca memori kad, mmg pun sbb sy guna memori pasa mlm, lum ada modal beli yg orinye, tgu bajet,pas tu sy cuba,klu betul ngam lah.
Terima kasih sahabat kerana sudi berkongsi ilmu.
Assalamualaikum Sahabat
Ok masalah Tempoh hari yg tiada Quickshot tu dah pun selesai, puncanya dari memori kad, skg dah dah letak memori kad yg original baru boleh guna Quickshot, tp klu memori yg lokel x akan kuar Quickshot.
Alhamdulillah syukur dah boleh guna Quickshot amat bangga sekali.
Terima kasih sahabat atas segala kesulitan.
@@mohdnazri962 Quick Shot tu fungsi untuk apa ye??
@@tibergaming9064 rakaman video antar sudut contoh sekeliling kiri@kanan,ambil secara roket dan dll.
Channel ni mmbuatkan sy lg cpt nk grab dji mavic mini..penerangan y bagus,tenang dan mudah difahami..semoga channel ni terus berjaya dan lbih dikenali bkn stkt di malaysia malahan di rantau asia amnya..
Terima kasih tuan 😊
Terbaik boss.
Terima kasih boss 😊
Video bagus, banyak maklumat berguna! Thank you
Terima kasih 😊
terima kasih 💯mudah di fahami dan tutur kata dalam percakapan sangat tsusun rapi 👍🏻salam dari negeri bawah bayu Sabah !
Terima kasih kembali kerana menonton tuan☺️
Saya punya dji mini se 700 meter ja bosku, kenapa ya?
nice... thanks share... ada rezeki mmg nak beli nanti..
Thank you. Insyallah rezeki akan datang 😊
Skit lagi masa dpt la sy blu dji mm ni i'm so excited!!
Semoga hajat memiliki mavic mini tercapai 😊
@@JalilR Amin!! Tq
Asslm tuan jalil. Prsamaan brapa kilometer kjauhan nya dan bateri ketahanan
Alhamdulillah, selepas video ke 2 berkaitan mavic mini yg tuan post akhirnya sya bersetuju utk memilikinya.. Sehinggalah video ke 3 yg saya lihat ini.. Sy belajar sesuatu.. Tuan berjaya mewujudkan NILAI dalam video. Mohon izin untuk berlajar dengan tuan.
Terima kasih tuan. Insyallah hanya berkongsi apa yang termampu 😊
Sya mohon untuk menjadi idol saya
wow bukit jana....
Bro masa video ini kamu setting berapa high return to home?
Saya set 90m untuk RTH
OK bos
@@JalilR mavic mini kamu masih bagus ke?
Masih bagus dan masih digunakan ☺️
tumpang tanya. untk model fcc hanya ada 5.8ghz saja kan.persoalan saya 5.8ghz coverage kecil tetapi kenapa dji claim blh terbang sejauh 5km?persoalan kedua jika kita mnggunakan parabolic reflector + yagi antena dlm waktu yg sama adakah signal lebih baik? terima kasih
Channel ini sangat bermanfaat terbaik
Terima kasih bro 😊
Boss.. Mna mau beli booster tu
Boleh beli online di shopee.com atau lazada. Banyak pilihan sana 😊
Good info brooo
Thank you bro 😊
Nda juga habis battery ka boss?
Habis ju juga tapi sempat la sampai _homepoint_ 😊
dji mini memang takde active track ke bg
Takde
@@JalilR ok bg..terima kasih bg
Seperti biasa. Penggunaan Bahasa Melayu yang tersangat baik. Puas hati dengan penerangan tuan.
Terima kasih tuan😊
terbaik bro atas penerangannya.. saya baru sahaja beli MM ni.. belum buka kotak lagi.. nak study dulu.. hehe.. setelah melihat video bro ni.. saya akan subscribe channel bro...untuk video2 berkait mavic mini ni.. terbaik bro.. info sgt bermanfaat untuk saya yang baru nk guna Mavic Mini.. sebelum ni fly Mjx bugs 5w je..
Terima kasih bro. Boleh jugak tengok video-video saya yang terdahulu mengenai mavic mini. Terbang dengan selamat 😊
Hi, boleh review tak bagaimana pula kalau guna DJI Mavic ni guna app Fake Map. Katanya fake map digunakan di dji mini dapat boostkan jarat sejauh 4km. boleh cuba tengok di channel yang mengunakan app fake map. review please
Pernah ada perancangan nak guna _Fake GPS_ tapi leceh sikit sebab kena guna Android phone (saya pengguna iOS). Tapi perbezaan CE dan FCC dalam mavic mini adalah ketentuan _hardware_ jadi saya tidak rasa akan ada perbezaan signifikan jika menggunakan _Fake GPS_ (manipulasi perisisan) . Cukup dengan penggalak isyarat saya mampu terbang sehingga 3.8 KM. Tapi mungkin pada masa akan datang kalau ada peluang saya akan cuba juga. Terima kasih bro atas cadangan 😊
Untuk kawasan kampung sawah padi kurang gangguan frekuensi, mana lebih baik digunakan isyarat 2.4 atau 5.8. Yg tuan pernah cuba.
Mengikut teori, di kawasan tanpa gangguan isyarat wifi, frekuensi terbaik untuk memberi jarak paling jauh adalah 2.4 GHz. Tetapi dalam ujian saya sendiri, kebanyakan jarak melebihi 3km saya capai dengan frekuensi 5.8GHz. Yang terbaik adalah membuat eksperimen frekuensi terbaik di satu-satu kawasan tersebut.
@@JalilR terima kasih. Yang lepas saya capai 1.3km frekuensi auto. Rasanya auto tu 5.8ghz. Mendebarkan juga bila Screen hp gelap. Akan cuba manual.
Terbaiklah penerangannya bro.. Jelas dan tepat.. Salam dari Mr.Chilabaey Official..
Terima kasih bro 😊
Mavic mini ni versi fcc k? Kalo versi ce ada ke 2.4 n 5.8?
Versi CE. Ada.
salam tuan..nk terbangkan drone perlu ada lesen/permit ke?mohon pencerahan..
bro saya buat site survey kat depan bangunan MARA KL..Max Height 8m saya x berjaya naik ke 18m .. betul bro ckp bangunan tinggi memang xde chance nak naikkan drone
Terbaik cara penyampaian kemas, penuh info dan jelas, first time tgk channel ni terus sub..
Terima kasih bro😊
Kalau lost signal macam trputus wifi drone tk jatuh scara tiba2 ke ?
Kalau hilang isyarat, fungsi _Return to Home_ akan diaktifkan dan drone akan kembali ke tititk asal penerbangan secara automatik.
Jalil R so tkde istilah drone jatuh secara tiba2 la kan bang ? Sbab sy ada tngok di youtube sblum ni yg drone mavir 2 pro jatuh tiba2 sbab lost signal
@@thaqifhero7734 Kalau jatuh tiba-tiba tu mesti ada faktor luaran atau software/hardware defect. Biasanya bila hilang isyarat, drone akan 'hover' untuk seketika. Jika isyarat tidak pulih, secara automatik drone akan kembali ke _home point_ (firmware terkini membolehkan kita membuat tetapan samada membiarkan drone terus _hover_ , landing serta-merta atau _return to home_ )
baik lah bro..stiap mnit vdio ada tajuk cuting
rasa nak sambar aje mavic 2 air
sambar satu bang 😊
Jalil R rasa memang nak ambik ne..Tpi tengah.. Kumpul duit ne. 😂😂😂
Bang, mna lgi bgus, signal booster atau yagi antena
Saya tak pernah pakai antena yagi jadi tak bole nak komen. Tapi selama saya guna parabolic signal booster, hasilnya agak memuaskan.
Tuan, , mana lebih baik utk beli drone..di kedai atau secara online...tuan sendiri beli di mana?
Saya lebih suka beli online. Tak perlu ke kedai terutamanya musim pandemik ni. Kalau tengok di Shopee.com ada banyak pilihan 😊
Mantap bro. Penjelasan sangat bagus..
Terima kasih bro 😊
Sangat jelas informasinya.suka penjelasan video² tentang dji.salam kenal🙏
i dont understand
how come your distance range is up to 2km
i only 100m its going disconnected
Ini video kedua bro saya tonton.. Tidak syak lagi.. Bro memang expert.. Penerangan bro kemas dan sesuai jadi rujukan
Terima kasih bro. Teruskan menonton video-video saya yang akan datang😊
Perhhh hebat bro boleh gi 3km sy pg 2.5km pon dah patah balik... Padu bro
Lebih 2 KM pun dah kira mantap tu bro 😁
Hahahaha takut jgk pegi jauh2 ni... Kat perak ni kawsn kg mst leh g 3km
hampir2 mcm kopi2 go sahabat nie ckp... layan2
Patutla ada seorang sahabat tu cadangkan saya buat video cerita seram 🤣
@@JalilR hahaha.. terbaik sahabat, cara percakapan tarik minat sy.. semoga maju channel sahabat.
Boleh tanya En kalau I baru mahu beli Drone dan adakah beli mavic mini atau mavic air 2? I tak pernah main Drone
Bergantung pada budget dan penggunaan. Dua drone ini berada dalam segmen berbeza. Entry level vs midrange. Harga pun berbeza (RM 1599 vs RM 3299). Fungsi yang paling signifikan adalah sistem transmisi occusync 2.0 yang lebih stabil, rakaman 4k dan sensor elak halangan dalam mavic air 2 berbanding transmisi wifi dan rakaman 2.7 k dalam mavic mini. Drone Dji mini 2 yang baru dilancarkan mempunyai fungsi yang lebih hampir dengan mavic air 2 (occusync & 4k), tapi pada harga yang lebih tinggi berbanding mini (RM 1899). Jadi kalau ada budget lebih, saya cadang ambik mavic air 2 sebab lebih selamat sebab ada sensor dan transmisi lebih stabil. Kalau budget terhad, mungkin boleh consider dji mini 2 yang lebih compact (sesuai bawak travel) dan mempunyai fungsi yang ditambah baik 😊
Mavic mini invol.co/cl1qdmf
Mavic air 2 invol.co/cl1qeqy
Dji mini 2 invol.co/cl1qoos
Terima Kasih Sbb sharing..amat membantu 😊
Terima kasih kembali 😊
mantap....
Terima kasih 😊
Bang kalau saya nak beli prefer beli Fimi X8 SE or beli DJI MAVIC MINI ni je ?? Atau tunggu mavic air 2 sahaja ?
Dari segi harga dan fungsi *Fimi X8* lagi dekat dengan *Dji Mini 2* . Kalau ikut pendapat saya, produk dari Dji lebih reliable dan mempunyai nilai barang terpakai yang lebih baik. *Mavic mini* mempunyai nilai terbaik kerana lebih murah dan fungsinya tidak terlampau jauh ketinggalan. *Mavic air 2* pula berada pada segmen yang lebih tinggi dan semestinya fungsi yang ditawarkan lebih baik (sensor halangan, transmisi lebih baik dsb.). Harganya pun hampir 2 kali ganda mavic mini. Tapi kalau ada kemampuan saya sangat sarankan ambil mavic air 2 😊
@@JalilR so bang .. saya kalau mavic air 2 ada CE version kan ? So better amik yang version mana ?
@@nasharuddinhamid7416 bagus ambik model rasmi untuk Malaysia iaitu model CE. Kalau beli FCC pun dia akan ikut lokasi di mana drone diaktifkan. Kalau di Malaysia, jarak maksimum akan ikut standard CE. Lagi satu kalau nak claim warranty lebih mudah kalau beli model rasmi 😊 Bro boleh beli dari link ni kalau berminat:
invol.co/cl1qeqy
@@JalilR kalau untuk travel memang better CE bang .. atau amik FCC ? Sebab saya kaki jalan bang .. takut yang model CE tak boleh terbang jauh dekat negara lain ..
Ulasan menarik. pada minit 5.50 cadangan RTH dibatalkan. adakah berisiko jika signal wifi tidak bersambung kembali?
Jika signal wifi tidak bersambung untuk beberapa ketika, fungsi RTH akan diaktifkan secara automatik dan drone akan kembali ke homepoint
Klo blh en, sy nk thu malaysia skrng ni klo nk main drone kna ad permit tk? Kira klo sy bli dji mavic, mini 2 atau 3 ni just untuk hobby, amik shot gmbr , tgk permandangan cmtu. Pening research ad kta blh, ad kta kna sman mnta spe2 sni jelaskan tq :)
kena daftar CAAM utk mendapatkan kelulusan ut terbangkan drone ke...?
Soalan yang baik bro😄 Saya telah menghantar satu email kepada bahagian drone/ UAS CAAM berberapa hari yang lepas untuk bertanyakan hal ini. Masih belum dijawab. Nanti sudah ada jawapan saya akan update.
Terbaik bro
Terima kasih bro 😊
Mantap
Terima kasih tuan 😊
Tersusun rapi content bro jalil, saya dah beli mm 5 hari lepas... brani fly 300 meter je sebab kejab2 lost signal tu yg x branie nk fly sampai 1000 meter , tgk mavic air 2 teruja la pulak😎,
Tahniah bro atas pembelian Mavic Mini. Terbang dengan selamat 😊
Brpe ehh harge mavic mini?.. mcm teringin nk beli laa.. gmbo die mmg jelas habis..
@@mshahrul3198 kalo combo rm1990, sarankan kalo beli ambik combo
Terbaik tuan. 👍👍👍Berkali tonton untuk lebih memahami..😁
bang kenapa drone saya terbang 233m dh lost connection
Terbaik Dr. Penerangan yang detail dan jelas. Penerangan tetapan seperti ini sgt bermanfaat utk beginner bagi menghasilkan kualiti imej/video yg terbaik. Saya baru bercadang utk membeli DJI MM. Disebabkan MM ini ringan, boleh jelaskan tentang kestabilan penerbangannya? Maksudnya, jika angin yang kuat datang secara tiba-tiba, kebarangkalian MM utk terhempas itu macam mana ya?
Terima kasih tuan. Kebarangkalian untuk terhempas atau _fly away_ memang ada memandangkan *mavic mini* adalah drone yang ringan dan telah banyak laporan tentang ini. Namun langkah pencegahan perlu sentiasa diambil seperti elakkan terbang ketika cuaca tidak baik atau elakkan terbang di kawasan yang kita ketahui mempunyai tiupan angin kuat. Jika kita sudah mengambil semua langkah berjaga-jaga namun dilanda angin kuat secara tiba-tiba, apa yang biasa saya buat adalah turun ke altitude yang lebih rendah untuk mengurangkan kesan angin dan jika perlu, melakukan pendaratan cemas untuk mengelakkan kemalangan. Di sini penting untuk kita terbang di lokasi yang kita sudah biasa.
Jalil R terima kasih Dr. Jawapan yg jelas. Saya suka cara Dr jelaskan sesuatu, dalam video mahupun dalam tulisan. Senang untuk difahami. Sememangnya terbaik. YT channel ini sangat bermanfaat bagi saya dan didoakan YT channel ini terus maju. Sentiasa sokong 👍🏿👍🏿👍🏿 Tak sabar nak tengok unboxing utk MA2 dan ujikaji ciri-ciri yg menarik padanya walaupun tak mampu nak beli 😅
Power bro...finally keluar juga video ni..dah berminggu2 tunggu..hehe
Haha😆 Sibuk sikit beberapa minggu ni tak sempat nak siapkan video awal 😊 Terima kasih atas sokongan 👍🏽
trbaik..minat nak ambil satu dron utk ambil video dri pandangan atas..ada tak dron yg boleh bertahan lebih 40min diatas ..?
Setakat ini drone yang boleh bertahan sehingga 40 minit penerbangan adalah *Autel evo 2* 😊
Theoretically dalam WiFi wave concept..sepatutnya 2.4ghz boleh pergi lagi jauh compare to 5/5.8ghz..tapi tuan dah proved sebalik nya...terbaik!
By the way, the video clean, neat and sound technical..keep it up!
Terima kasih tuan 😊
Boleh dapatkan contact sy baru sahaja memiliki tapi masih belum buat setup atau sebarang penerbangan
Boleh PM saya di facebook facebook.com/Jalil50
Bestnye mavic air 2. 4k wow.
😊
@@JalilR hrga mavic mini brpa boskuuu
Nur syazwani Wanie122 Basic set boleh dapat dalam RM1500
Assalammualaikum bro...utk dji Mavic mini...antenna booster mne yg sesuai?
Saya guna *sunnylife* .Harga tak mahal dalam RM20 dan hasilnya memuaskan ☺️
@@JalilR sbb tgk Di you tube..mcm2 jenama ade..tu yg comfius tu...
Bro..nk tnya..nak mempunyai drone sebegini harusla perlu memiliki lesen atau permit dari pihak polis..bagaimana ingin mahu mendaftar kepada pihak berwajib ye???
Saya telahpun menghantarkan satu email kepada CAAM untuk bertanyakan hal ini tapi belum lagi mendapat jawapan. Nanti sudah mendapat balasan akan saya kemaskini bro. Tapi secara ringkasnya semasa musim PKP, sebarang aktiviti drone memang memerlukan permit CAAM dan kebenaran polis. Persoalannya adalah selepas tamat PKP apakah prosedurnya. Menurut pemahaman saya berdasarkan *Peraturan Penerbangan Awam 2016* , tiada kebenaran khusus diperlukan untuk menerbangkan drone ringan
Ya bro..tapi bila website CAAM..CAAM memberitahu di mana drone yang bawah 20kg perlu ada lesen..bayaran rm250 dan yang melebihi 20kg perlu membayar sekurang kurangnya rm1k
Lesen drone ini perlu di ambil sbb risau terkena pesawat yg brada di udara dan xbleh terbang melebihi 400m..betul kan?? Tp xpe bro..pasal hal yg bro email kepada CAAM tu nant bro bagitahu ye video seterusnya..saya tggu video dari bro🙂
@@namasayaepol Itu bayaran untuk mendapatkan permit bagi kerja-kerja komersial rasanya
Ohh..mcm tu..xpela bro..apapun tggu email dari CAAM yg bro antar tu ok untum pengesahan selanjutnya ok..apapun kami disini mnggu video bro seterusnya pasal lesen ini 😄
Saya suka channel tuan... Slain vdio yg menarik... Lontaran kata Amat teratur... Dan bahasa yg digunakan Amat tinggi.. Disebab kn vidio meredah lautan tuan, 2 3 kali Saya mnonton sehingalah Saya mmiliki sebuah drone mavic mini
Terbaik tuan 👍🏽 Saya berbesar hati kerana video saya yang tak seberapa itu memberi inspirasi kepada tuan sehingga memiliki *Mavic mini* . Terbang dengan selamat 😊
Insyallah tuan... Terimakasih
Terbaik bossskur 👍 memang d tungu next video nya,kita baru nak strt mavic mini ni,org tu dah nak strt mavic air 2 dah😅😅😅 terima kasih sahabat atas pencerahan signal booster dan update terbaru dji fly Mavic Mini..sangat bermanfaat senang dfahami dgn bahasa Malaysia yang baik👍semoga terus sukses dalam berkarya Sahabat 👍
Terima kasih atas dokongannya sahabat 😊
Content yg sangat kemas dan menarik! Planning nk amik Mini SE basic. Tau Mini 2 lagi bagus, tp budget tight hehe. Harap leh la mampu sampai 2.5km sebab nk terbang area perumahan
Kedai mana nak dapatkan drone ni bro, harga yg berpatutan..
Boleh tengok di Shopee.com bro. Banyak seller sediakan tawaran kupon potongan harga. boleh dapat murah dari biasa.
Mavic Mini sesuai tak untuk yg baru bermula,atau boleh suggest model apa ?
Sangat sesuai bagi yang tidak pernah menerbangkan drone. Mavic mini adalah drone pertama saya 😊
@@JalilR t.ksh...jual kat sy mavic mini tu..hehhehe
Assalamualaikum Bang, sy baru je berjinak dgn drone ni 2 hari 😅 ade buat fews research but might not fully understand it.. sy ade few issue nk set up GPS, RTH etc mostly sy nk tahu pasal safety especially bila drone lost connection..kalau berkelapangan boleh abng buat details skit 😅 sy DJI MINI SE. Terima kasih bang
Salam.. tuan, nk tanya adakah perbezaan seperti fcc dan ce akan memainkan peranan pada jarak terbang dji mini 2? Sebab kebanyakan yang saya tengok dia orang cakap fcc range dia lebih jauh berbanding ce.
Untuk dji mini 2, penentuan samada mode fcc atau ce ditentukan oleh software, maknanya dji app akan kesan lokasi mana kita terbangkan drone. Jika di kawasan CE, maka drone secara automatic akan berada dalam mode CE. Kesimpulannya, model mana yang kita beli tidak penting kerana ia bergantung kepada kawasan penerbangan.
@@JalilR jd apakah cara dia untuk mendapatkan jarak penerbangan yang lebih jauh?
saya sarankan bro lepasni buat video cerita seram😁😁 suara sesuai hihi
Hahaha komen ni memang terbaik 😂🤣
Jalil R betul ni bro tak tipu.. apa kata pelbagaikan content dalam sebuah chanel.. lagi menarik hihi
@@afiqrozi3888 Hihi insyallah akan dipertimbangkan 😄
Tak sabar tunggu bang buka kotak mavic air 2. Terima kasih juga sebab memartabatkan bahasa kita 😊
Terima kasih kembali bang 😊
Terbaik penerangan bro!! Nice video content 👍👍👍
Terima kasih bro 😊
Sallam tuan, saya ada soalan sikit pasal system mavic mini ni, berkenaan dgn map, boleh ke kita set fence (pagar) cth saya bermain di kawasan padang bola, jadi saya pagarkan kawasan padang bola untuk bermain dan tidak boleh keluar dari kawasan padang bola tu.. jadi had limit pernerbangan di dlm kawasan padang bola sahaja. Ada ke system mcm tu kat drone tu.
Setakat yang saya tahu aplikasi Dji Fly tiada fungsi tersebut. Kawasan _Geo fencing_ memang telah ditetapkan di dalam aplikasi untuk tempat-tempat larangan terbang.
Pendapat saya tentang frequency mana lagi baik antara 2.4 dengan 5.8 sama je. Dia bergantung kawasan drone tu terbang. value 2.4 dengan 5.8 tu sebagai filter/channel yang di set transmitter dgn receiver. Ambil contoh frequency radio, tempat kita duduk channel radio sinar fm dengar jelas pastu kat tempat lain radio era pula dengar jelas. Sekadar pendapat. Maaf kalau salah🤣🤘
Terima kasih atas pendapatnya bro. Frekuensi 2.4GHz menjadi kurang stabil terutamanya di kawasan residensi dan komersial adalah disebabkan penggunaan frekuensi 2.4GHz untuk kebanyakan peralatan telekomunikasi dan wifi internet. Ini menimbulkan pertembungan isyarat dan gangguan transmisi antara alat kawalan dan drone. Manakala frekuensi 5.8GHz pula lebih stabil untuk situasi yang sama disebabkan secara relatifnya tidak banyak persaingan dari segi laluan gelombang radio yang terpancar dari alat kawalan ke drone dan sebaliknya 😊
Bang nak tnya . Betul ke mavic mini 1 boleh pergi jauh ? Sebab masih guna wifi kan ?
Boleh pergi jauh bergantung pada persekitaran. Module wifi tersedia dalam drone. Majoriti drone menggunakan kawalan radio wifi. In fact occusync dalam drone dji terkini pun adalah variant wifi yang dipertingkatkan 😊
@@JalilR ohh mcm tuu.. sy nak beli mm1 tp org kata terbang tak boleh jauh . Sy nak terbang dpat 1km pun jadi laa bang . Drone yg skrg ad boleh 300m je tak puas hehe
Hi, morning bro. Nak tanya, berapa jauh spec ce ni boleh terbang pernah bro fly. ? Bro Guna ce mode ke?
Paling jauh pernah sampai 3.8km CE mode dengan _signal booster_ 😊
Ok..thanks bro for info..kena beli booster lah ni..hehe