Alhamdulillah baru tgk sebab cari tmpt lain tak jumpa. rupanya Allah rezeki kn jumpa tok mi punya channel. ما شاء الله، semoga jdi amal jariah dan Allah kurniakan kesihatan yg baik kpd tok mie untuk melakukan amal soleh, aamiin. terima kasih ats ilmunya.
Sy nak cuba buat sabun homemade nie ntk kulit yg sensitif.Terima kasih Tok Ni diatas perkongsian ilmu ini.Madu dicampur dgn pudina sesuai tak ntk kulit.
SABUN KECANTIKAN🌹🌹 9 Februari 2021 . . "Kawan Kak Teh suruh tanya bagaimana umi jaga kulit." "Kenapa? Kulit umi cantikkah?" Hati saya mula berbunga tatkala anak saya menjawab, "Masih segar, tidak kusam macam orang yang seusia umi," kata anak memuji. Huish, tak mandi saya! "Sejak dulu umi hanya minum air kosong dan air kelapa saja. Agen detoks paling baik bagi umi." "Umi juga tak suka sebarang produk kecantikan. Masa di maktab dulu sahaja umi guna Nutri Metics selepas itu umi hanya gosok-gosokkkan kulit muka dengan tomato, timun. Apa-apa saja yang ada di dapur." "Umi takut produk kecantikan akan rosakkan kulit muka. Umi tak percaya sehingga umi jumpa Aunty Auzer Nazeha. Masa berkursus membuat produk berasaskan sarang walit. Umi terpikat dengan produk yang diajar. Natural, alami tanpa kimia," ujar saya Saya petik kata-kata Zeha, yang bagi saya dia sifu herba. Semua khasiat herba hadam dalam benaknya. Katanya, "Produk kimia memang kesannya cepat berbanding yang alami. Namun selain tidak bagus untuk kecantikan kulit pada jangka masa panjang, tanpa kita sedar kandungan kimia yang ada dalam produk tersebut akan memecahkan dinding kulit dan terus ke salur darah." "Bukan sahaja kulit muka kita akan rosak, kita juga berdepan risiko kesihatan." Hari ini saya kongsikan cara membuat sabun kecantikan yang saya guna. Bukan suatu yang mudah untuk berkongsi sesuatu yang telah menjana pendapatan sampingan saya. Saya halalkan. Saya berkarya untuk sebarkan kebaikan. Malah sabun yang seberat 70gm itu saya hanya jual dengan harga RM30 sahaja dan ada peminatnya tersendiri. Asas pembuatan sabun kecantikan ini boleh ditambah nilai. Kita boleh tukar EO apa yang kita nak guna. Kita juga boleh tukar minyak zaitun apa yang kita nak. Boleh saja minyak avocado, jojoba atau argan. Kita yang buat. Ikut suka kita nak masukkan apa. Alhamdulillah kulit muka saya masih cerah. Kalau gadis remaja usia 22 tahun bertanya tentulah matanya menilai kulit saya masih sedap dipandang. Saya lebih suka gunakan 'base sabun untuk sabun kecantikan yang saya buat. Saya hanya perlu tambahkan essential oil, madu, minyak zaitun dan sarang burung walit. Dalam video saya tidak masukkan 'xract sarang walit kerana tidak mahu sesiapa yang ingin mencuba terasa terbeban jika bahan itu tiada. Kuantiti EO yang digunakan juga hanya asas sahaja. Kita boleh tambah mengikut kesesuaian. Jika ingin pudarkan parut, 'frankinsence' eo perlu masukkan lebih. Jika ingin kulit cerah kita boleh lebihkan papaya dan lemon. Untuk mengelakkan keradangan akibat cuaca tidak menentu, menyebabkan kulit jadi sensitif boleh lebihkan eo kunyit ( tumeric eo) Jom! Kita lihat cara-cara membuat sabun kecantikan! #dapurtokmi
Saya nak cuba buat sabun kecantikan homemade. Masalah saya tak tahu nak dapat bahan spt bes sabun. Minyak essential dan sebagainya. Di kedai mana ia di jual. Boeh tak guna minyak wangi bau bunda ros kasturi dan lain2 bauan. Kesemua minyak wangi ni ada akahol. Terima Kasih.
Minyak wangi tiada nilai untuk kecantikan sebab kandungannya hanya pewangi dan alkohol. Base sabun ada dijual di shoppe. EO boleh guna young living atau tanamera. Pastikan yang asli tanpa campuran pewangi. Namun jika nak guna sekadar minyak zaitun dan madu juga okey. Cuma tidak dicadangkan minyak wangi bimbang bahaya pada kulit
soap base ni kena panas n then boleh campur terus dgn ramuan.. klu lye micro pearl @ flakes ni nk kena bancuh dgn air suling dahulu... beza dia kat situ je kan..
Boleh saja tak pakai tapi kurang berkesan. Eo fungsi merawat kulit. Boleh guna young living atau eo yang kualiti gred A. Boleh google atau cari di lazada.
EO Frankinsense, EO Tumeric, EO Lemon lebih baik fungsi sebagai pencerah. Saya cadangkan guna eo sebab ia xtract tumbuhan yang terbaik. Cth: 1 titik eo lemon perlu puluhan biji lemon. Sudah tentu berbeza dengan lemon biasa. Sama juga dengan kunyit. Kita mungkin dapat warnanya sahaja daripada 100 gm kunyit tapi khasiatnya sangat berbeza dengan beberapa titik eo kunyit/tumeric
Assalamualaikum,akak ❤️. Saya nak cuba buat sabun dan semua barang itu ada jual di shoppee. Saya nak cuba buat sabun seperti ini jadi ke akak? I sudu kelulut, 1sudu sebuk kemuning hitam dan 1sudu minyak zaitun, Jadi ke sabun saya itu kalau saya buat seperti itu,akak?
Okey saja, cuma pastikan kemuning hitam itu sesuai atau tidak untuk muka. Campur apa-apa insya-Allah sabun akan mengeras juga, tapi sama ada sesuai untuk muka itu akak tak pasti
Bila pakai base sabun ni kita dah tak perlu guna NaOH sebab base tu dibuat, sudah dimasukkan sekali untuk senang dibuat sabun. NaOH wajib ada ada dalam sabun. Syarat paling penting. Kalau sabun cair potassium Hydroxide. NaOH tu garam jenis high alkali. Nama scientific saja konon bunyi glamor. Natrium tu kan garam. Nama glamour jer.
Minyak yang sesuai untuk kulit, vco, avocado, jojoba. Semua boleh guna. Nak guna minyak masak pun boleh, tapi yakin ke nak guna di muka? Kalau nak berbisnes pun tergamak ke nak jual pabila kita sendiri tak tergamak nak guna
@@hananidaud1540 mksud saya.. di luar suhu bilik je. tak perlu peti ais ka?? budak baru nak up.. hehe. oo tak perlu wrap. letak dekat tapau macam tu? oya.. kalau jual selalu berapa harga ya?
Saya jual atas permintaan. Ikutkan sabun tak ada xpire, kata pengajar. Biasa homemade saya buat atas permintaan, tak simpan lama. Tapi ada yang dah setahun, bila guna kesannya masih sama.
Alhamdulillah baru tgk sebab cari tmpt lain tak jumpa. rupanya Allah rezeki kn jumpa tok mi punya channel. ما شاء الله، semoga jdi amal jariah dan Allah kurniakan kesihatan yg baik kpd tok mie untuk melakukan amal soleh, aamiin. terima kasih ats ilmunya.
Terima kasih cikgu halalkan ilmu cikgu dunia dan akhirat... Insya Allah saye cuba buat
Jika kita kurang kan salah satu enssen oil kunyit dari pencerahan kulitnya boleh putih x kulit muka... Cikgu
Terima kasih halal ya ilmunya
Terima kasih ilmu yg bermenfaat puan berbagi untok kami..
Sy nak cuba buat sabun homemade nie ntk kulit yg sensitif.Terima kasih Tok Ni diatas perkongsian ilmu ini.Madu dicampur dgn pudina sesuai tak ntk kulit.
Madu dan mint sangat bagus utk kulit. Tapi essencial oil frankincense, tumeric, cinamon lebih baik utk pudarkan parut dan untuk kulit cerah
Assalamualaikum..maaf nk tanya pewarna sabun tu untuk apa ya..sebab tak faham juga
mana nk beli sis bahan ii ni semua? sy nk buat sabun sendiri jgk tp tkthu nk beli kt mne and product yg blh letak kt muka
Sabun tu tak letak pewarna. Asli daripada minyak zaitun dan madu
@@sitinurnajehah7998 base sabun boleh beli di shopee. EO pula boleh beli yang tanamera atau young living
mana nak dapat kn lemon yg dalam botol tuh
@@apex3680 young living eo, tanamera eo
terima kasih kerana berkongsi ilmu
Tq berkongsi...Sy nk Cuba resepi ni nnti...
Bes sabun apa itu cek gu
@@azaidalfarizi1972 cari saja dalam shopee
Saya share
boleh tau ukatan setiap bhn yg digunakan
250gm base sabun
2 sudu kecil minyak zaitun
1 sudu kecil madu biasa atau kelulut.b
EO sudah diterangkan dalam video. 1ml sama dengan 10 titik
Slm saya nk tanya kalau guna herba powder sukatan nya macam mana plk ye
Maaf, tak pernah guna
SABUN KECANTIKAN🌹🌹
9 Februari 2021
.
.
"Kawan Kak Teh suruh tanya bagaimana umi jaga kulit."
"Kenapa? Kulit umi cantikkah?"
Hati saya mula berbunga tatkala anak saya menjawab,
"Masih segar, tidak kusam macam orang yang seusia umi," kata anak memuji.
Huish, tak mandi saya!
"Sejak dulu umi hanya minum air kosong dan air kelapa saja. Agen detoks paling baik bagi umi."
"Umi juga tak suka sebarang produk kecantikan. Masa di maktab dulu sahaja umi guna Nutri Metics selepas itu umi hanya gosok-gosokkkan kulit muka dengan tomato, timun. Apa-apa saja yang ada di dapur."
"Umi takut produk kecantikan akan rosakkan kulit muka. Umi tak percaya sehingga umi jumpa Aunty Auzer Nazeha. Masa berkursus membuat produk berasaskan sarang walit. Umi terpikat dengan produk yang diajar. Natural, alami tanpa kimia," ujar saya
Saya petik kata-kata Zeha, yang bagi saya dia sifu herba. Semua khasiat herba hadam dalam benaknya.
Katanya, "Produk kimia memang kesannya cepat berbanding yang alami. Namun selain tidak bagus untuk kecantikan kulit pada jangka masa panjang, tanpa kita sedar kandungan kimia yang ada dalam produk tersebut akan memecahkan dinding kulit dan terus ke salur darah."
"Bukan sahaja kulit muka kita akan rosak, kita juga berdepan risiko kesihatan."
Hari ini saya kongsikan cara membuat sabun kecantikan yang saya guna. Bukan suatu yang mudah untuk berkongsi sesuatu yang telah menjana pendapatan sampingan saya.
Saya halalkan. Saya berkarya untuk sebarkan kebaikan. Malah sabun yang seberat 70gm itu saya hanya jual dengan harga RM30 sahaja dan ada peminatnya tersendiri.
Asas pembuatan sabun kecantikan ini boleh ditambah nilai. Kita boleh tukar EO apa yang kita nak guna. Kita juga boleh tukar minyak zaitun apa yang kita nak. Boleh saja minyak avocado, jojoba atau argan.
Kita yang buat. Ikut suka kita nak masukkan apa.
Alhamdulillah kulit muka saya masih cerah. Kalau gadis remaja usia 22 tahun bertanya tentulah matanya menilai kulit saya masih sedap dipandang.
Saya lebih suka gunakan 'base sabun untuk sabun kecantikan yang saya buat. Saya hanya perlu tambahkan essential oil, madu, minyak zaitun dan sarang burung walit.
Dalam video saya tidak masukkan 'xract sarang walit kerana tidak mahu sesiapa yang ingin mencuba terasa terbeban jika bahan itu tiada.
Kuantiti EO yang digunakan juga hanya asas sahaja. Kita boleh tambah mengikut kesesuaian. Jika ingin pudarkan parut, 'frankinsence' eo perlu masukkan lebih.
Jika ingin kulit cerah kita boleh lebihkan papaya dan lemon. Untuk mengelakkan keradangan akibat cuaca tidak menentu, menyebabkan kulit jadi sensitif boleh lebihkan eo kunyit ( tumeric eo)
Jom!
Kita lihat cara-cara membuat sabun kecantikan!
#dapurtokmi
As salam sis..nak tny barang2 nk buat sabun ni..pki asing ke?maksud sy senduk, mangkuk or slmt cmpur ngn kite pki harian
Boleh saja
Assalam..nak tanya..camna nk dptkn EO yg Ori ye..risau kt pasaran Byk yg tiruan..
Boleh young living, tapi dulu akak dapatkan produk dari Auzar Nazeha. Boleh ke messenger fb dia
T.kasih respon☺️
Assalamualaikum pn..saya pn ida ..nk tanye dekat mne ye.. kita boleh dapat kan semua bahan2 ni..
Shoppe pun ada
Shoppe ada
Kalau nak buat sabun aloe vera mcm mana pula
Boleh saja guna aloe vera biasa. Cuci bersih. Buang kulit dan getah kuning, blend dan campur dalam bes sabun. Boleh letak separuh daripada madu
Salam,maaf nk tnya base sabun tu ade bahan kimia x..
Sedikit yang dibenarkan, tapi tidak berbahaya. Kalau tak letak langsung tak beku. Macam buat sabun homemade jugalah.
Assalamualaikum tok mi kt mna nk beli brg2 tu semua
Kat shoppe ada
Klu kita buat sabun shaca inci nk buat mcm mna yer boleh bagi pencerahan tak puan
Boleh saja tukar minyak zaitun dengan minyak sacha inci
Sis boleh guna minyak kelapa, anggu
Boleh, minyak kelapa zara cuma baunya kurang wangj
Saya nak cuba buat sabun kecantikan homemade. Masalah saya tak tahu nak dapat bahan spt bes sabun. Minyak essential dan sebagainya. Di kedai mana ia di jual. Boeh tak guna minyak wangi bau bunda ros kasturi dan lain2 bauan. Kesemua minyak wangi ni ada akahol. Terima Kasih.
Minyak wangi tiada nilai untuk kecantikan sebab kandungannya hanya pewangi dan alkohol. Base sabun ada dijual di shoppe. EO boleh guna young living atau tanamera. Pastikan yang asli tanpa campuran pewangi. Namun jika nak guna sekadar minyak zaitun dan madu juga okey. Cuma tidak dicadangkan minyak wangi bimbang bahaya pada kulit
Hi cikgu kat mane beli perisa tu ..n apaa nmaa kat shpee
Antara soap base transparent dgn oppo soap mana yg ok.. apa yg beza
Dua-dua okey. Tapi menurut cikgu saya, transparent lebih lembut di muka. Buih juga lebih banyak, ramai yang suka
soap base ni kena panas n then boleh campur terus dgn ramuan.. klu lye micro pearl @ flakes ni nk kena bancuh dgn air suling dahulu... beza dia kat situ je kan..
mcm soap base klu dah siap tu selepas dia mengeras boleh pakai terus ke...klu kita pakai yg serbuk punya boleh tak..
Maaf nak tanya pewarna tu ambik pewarna minuman ke
Warna tu asli daripada madu
Boleh saja pewarna makanan. Tapi saya tak letak pewarna. Cukup warna ori daripada madu saja
Salam.tokni boleh dapatkan dimana bahan2 tu?
EO boleh guna keluaran Young Living
Terima kasih tok ni.
Assalammualaikum macamana jika nak oder
Waalaikumussalam. Boleh hantar pesanan kat messenger
Assalamualaikum..... tumpang tanya...apa bezanya bes sabun dengan lye ya
Guna bes mudah. Cuma tambah beberapa bahan, cairkan, tunggu beku dah boleh guna. Biasa ambil masa sejam dua saja
Ok..... terima kasih
Cmna nk cri eo tu??klu xpkai xpe ke??
Boleh saja tak pakai tapi kurang berkesan. Eo fungsi merawat kulit. Boleh guna young living atau eo yang kualiti gred A. Boleh google atau cari di lazada.
Nk oder ada no wasap tk
Boleh. 013-9020586
Boleh guna untuk muka ke
Memang untuk muka
Bolih x klo sy gunakan serbuk kunyit yg di cpr sdkit air dn almond oil menggantikan papaya oil dn vit E. T. Kasih.
Boleh saja, tapi kalau guna eo kunyit kesannya lebih baik
Lepas buat sabun guna base soap tu. .sabun tu dah bole guna terus ke atau tunggu kering lama bru pakai
Apabila beku dan sejuk sudah boleh terus diguna.
@@hananidaud1540 terima kasih pencerahannya
Assalamualaikum..saya nak tanye bes sabun tu sejenis sabun jugak ke
Ya. Sabun asas sahaja
Bahaya tak base sabun tu
Assalamualaikum kak maaf sy nk tnye klu sy nk bt sabun dari kunyit cmpur dgn timun..blh ke guna bhan2 yg akk tunjuk tu
Boleh tambah eo kunyit. Kalu nak guna kunyit hidup dan timun elok buat sabun yang tak guna base sabun.
@@hananidaud1540 jadi sy prlu ltak ape ye sbb sy Bru firstime nk bt sabun kunyit dgn timun...
EO Frankinsense, EO Tumeric, EO Lemon lebih baik fungsi sebagai pencerah. Saya cadangkan guna eo sebab ia xtract tumbuhan yang terbaik. Cth: 1 titik eo lemon perlu puluhan biji lemon. Sudah tentu berbeza dengan lemon biasa. Sama juga dengan kunyit. Kita mungkin dapat warnanya sahaja daripada 100 gm kunyit tapi khasiatnya sangat berbeza dengan beberapa titik eo kunyit/tumeric
@@hananidaud1540 bahan2 tu ade dekat shopee ke kak
Base sabun dan eo ada kat shopee. Tapi kalau guna eo young living pun bagus. Kita dah tahu kualiti dia bagaimana.
sis guna minyak zaitun yg mna satu?
Virgin olive oil
Dekat mana beli bes sabun tu akak.
Shopee ada. Insya-Allah
Taip asas sabun. Pilih gliserin soap. Dalam shopee rm8.00 untuk 500gm
Assalamualaikum,akak ❤️.
Saya nak cuba buat sabun dan semua barang itu ada jual di shoppee.
Saya nak cuba buat sabun seperti ini jadi ke akak?
I sudu kelulut, 1sudu sebuk kemuning hitam dan 1sudu minyak zaitun,
Jadi ke sabun saya itu kalau saya buat seperti itu,akak?
Okey saja, cuma pastikan kemuning hitam itu sesuai atau tidak untuk muka. Campur apa-apa insya-Allah sabun akan mengeras juga, tapi sama ada sesuai untuk muka itu akak tak pasti
Terima kasih,akak ❤️
Assalamualaikum nak tanya sikit, kat mana nak beli base sabun ni
Kat shopee ada jual
Maaf muzik lebih kuat dari penerangan.???
Kalau madu sama lemon saja boleh beku tak
Guna eo dalam sabun okey. Ini toturial pembuatan sabun. Memang saya guna madu dan lemon sebagai agen pencerah
Kalau saya buat buh madu soap bes pastu buh lemon boleh jd beku tak
1. lepas buat teus boleh guna atau kena tunggu seperti buat sabun biasa tu 4 minggu baru boleh guna.?
Boleh terus guna sebab kita buat dengan sabun asas/base. Cuma tambah beberapa bahan terutama eo
@@hananidaud1540 maaf nak tnya..sabun ni tahan berapa lama..ade expired ke
@@rajanurzuhairarajaothman8339 beritahu cikgu saya ikutkan tiada luput cuma letak saja 2 tahun.
Sume tu nk bli kt mne ye?
Base sabun dan eo ada saja di shopee atau lazada. Tapi tokmi beli dengan tenaga pengajar produk
Base dan eo ada saja dijual di Shopee dan Lazada. Insya-Allah. Boleh juga guna eo Young Living
Sorry Anggur?
Akk bes sabun tu apa yaaa
Sabun asas. Ada dijual di shopee
Bes Sabun tu Apa...sodium hydroxide ke?
Bila pakai base sabun ni kita dah tak perlu guna NaOH sebab base tu dibuat, sudah dimasukkan sekali untuk senang dibuat sabun. NaOH wajib ada ada dalam sabun. Syarat paling penting. Kalau sabun cair potassium Hydroxide. NaOH tu garam jenis high alkali. Nama scientific saja konon bunyi glamor. Natrium tu kan garam. Nama glamour jer.
Maksud nya base soap campur lye dh tersedia dlm tu cuma pnskan je kan..
@@redhunterstudio ya. Panaskan dengan teknik double boil. Kemudian masukkan bahan-bahan termasuk eo
teknik double boil tu pakai periuk kukus nasi boleh je kan
@@redhunterstudio Boleh saja. Cair dalam oven pun boleh
BPA HARGA bes sabun Tu nak bli
Shopee murah saja
Nk daptkn bahan2 tu kt mne ye?
Boleh dapat di Shopee dan Lazada juga. Cuba google clear base soap
Berapa lama sabun tu nak mengeras dan boleh pakai ye kak?
Sekejap saja. Dalam 2 jam lebih lepas tu boleh terus guna
Assalam puan,base sabun tu bahan dia drp apa ya?berbahaya tak utk muka
There is no side effect sbb guna bahan-bahan natural, unless kalau ada allergy dgn bahan natural tu.
@@hananidaud1540 owh,ad expired tak base soap tu?
Kalau x ada minyak zaitun,minyak apa lagi boleh guna sis?
Minyak yang sesuai untuk kulit, vco, avocado, jojoba. Semua boleh guna. Nak guna minyak masak pun boleh, tapi yakin ke nak guna di muka? Kalau nak berbisnes pun tergamak ke nak jual pabila kita sendiri tak tergamak nak guna
@@hananidaud1540 owh..slain daripada minyak itu,klau minyak rambut jenis zaitun tu dapat x sis? 😅 ingin tau juga dpt ke x..sbb mau belajar 🤭
@@hananidaud1540 minyak kelapa yng kita buat sendri dapat jugakan sis?
Hai nak tanya minyak apa pun boleh atau mesti kena guna Zaitun
Boleh saja minyak apa yang bagus utk kulit. Tapi takkan nak guna minyak masak kot🤭
@@hananidaud1540 tq ya... hehe mn tau tak jmpa minyak zaitun..
@@hananidaud1540 oya penyimpanan dia macam mana ya??
Simpan macam biasa, tapi perlu wrap.
@@hananidaud1540 mksud saya.. di luar suhu bilik je. tak perlu peti ais ka??
budak baru nak up.. hehe.
oo tak perlu wrap. letak dekat tapau macam tu? oya.. kalau jual selalu berapa harga ya?
Bau wangi tak sabun ni?
Nak tanya sabun ni blh dijual x?? Dn tahan berapa lama??
Saya jual atas permintaan. Ikutkan sabun tak ada xpire, kata pengajar. Biasa homemade saya buat atas permintaan, tak simpan lama. Tapi ada yang dah setahun, bila guna kesannya masih sama.