Lontaran joran pantai Okuma Nemesis Surf rod (12 Nov 2019)- Read Description

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 8 окт 2024
  • Pandangan peribadi GKPP terhadap joran pantai Okuma Nemesis Surf 420 (14 kaki)
    Ciri-ciri
    Blank joran ibarat "kosong" dan tidak padu. (Sewaktu dengan
    joran pantai jenama Xpuyu)
    Lembut dan halus di tip joran dan sangat ringan berbanding
    semua joran pantai jenama Banax.
    Harga sekitar RM250+
    KELEBIHAN:
    -Bunyi libasan agak "tajam" dan berbunyi seperti libasan
    rotan/sebat.
    -Harga mampu milik (sekitar Rm250+)
    -Ringan
    Kalau joran pantai jenama Banax yang kebiasaannya agak keras
    dan tebal sesuai untuk tarik spesies ikan pari yang kerap melekap
    di dasar, Okuma Nemesis surf ini sesuai untuk tarik ikan seperti
    kurau, senangin, siakap, talang,todak daripada pesisiran pantai.
    Ada orang pernah kata, kalau hujung joran keras sangat apabila
    tarik spesies yang kerap buat larian padu atau lompatan di
    permukaan air, ianya mudah terlepas.
    KELEMAHAN:
    -Kemungkinan tidak dapat tampung batu ladung atas saiz 8 apabila
    lontaran dibuat. (Melentur banyak di hujung joran)
    -Hujung joran melentur banyak walaupun ikan sekadar anggaran
    500gram.
    -Tidak dapat libas jarak jauh berbanding joran model Banax.
    -Sekiranya terkena penangan spesies ikan pari, kemungkinan
    memakan masa agak lama untuk dinaikkan.

Комментарии • 56