Review Fishing rod G-TECH SWIN SURF 425 | 30 JUNE 2020

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 20 окт 2024

Комментарии • 129

  • @amysyaz4616
    @amysyaz4616 2 года назад +1

    Bang Rod mne yg okay daiwa San stomm atau banax impeller okay bgi komen sikit tau mana satu nk beli kita baru nk berjinak dalam bidang surf 🙏

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  2 года назад +2

      Salam bang! terima kasih kerana sudi hadir! Pertama sekali, saya sebenarnya tidak ada peluang untuk memiliki atau merasai daiwa sandstorm, namun daripada saya kata tidak tahu langsung, izinkan saya kongsi pendapat dan jgua maklumat yang saya dapati daripada sahabat lain ye~
      Baik, kalau ditanyakan saya, memang saya lebih minat banax impeller sebabsaya pernah sekali meminjam member punya banax impeller 15kaki dan cuba membuat lontaran, ternyata ianya sedap kerana selepas libasan dibuat, joran banax impeller ini rasa macam ada SPRING yang membuatkan kita rasa "sedap" sejurus libasan dibuat.. warna luaran banax impeller pun boleh tahan cantik, macam warna lipan~
      banax impeller bukan cincin fuji ( tahan karat) , namun daiwa sandstorm dikatakan cincin fuji.. namun bagi saya, cincin fuji atau tidak, saya pernah pakai joran banax formula ( bukan cincin fuji) , dah hampir 4 tahun cecah air, cincinnya masih dalam keadaan yang baik~ syaratnya lepas memancing, kena cuci dan lap kering itu sudah pasti, dan juga elak daripada joran tersebut sering jatuh.
      saya baca koemn daripada sahabat lain ( info yang saya dapat , saya kongsi pada abang ye~, cuba tengok komen pada posting ini
      facebook.com/groups/1191993357822398/search/?q=daiwa%20sandstorm
      Ada dalam kalangan sahabat kita berkata daiwa sandstorm ini lembut.. tapi memang betul sebab apabila saya telah buat sedikit penyelidikan, saya mendapati berat ladung yang boleh ditampung oleh daiwa sandstorm adalah 100-250gram , dan kalau banax impeller , adalah 100-300gram.
      Namun semuanya terpulang pada keputusan abang, kalau saya, memang saya akan capai banax impeller bang~
      lagipun, setahu saya sebagai pekerja tce tackles cawangan paya rumput melaka, sekarang KEBANYAKKAN JORAN BANAX SUSAH hendak mendapatkannya, banax impeller yang harga lumrah rm700+, ada penjual juga yang jual dengan harga rm1000 dekat shopee!
      daiwa sandstorm bukan barangan limited dan setahu saya masih ada peluang untuk mendapatkannya dengan mudah di pasaran luar sana, jadi memang bukan pilihan saya, apa2 pun memang saya akan pilih banax impeller~ bunyi libasannya pun sedap juga, ada bunyi zapppp~

    • @AnglerMuaroLasak
      @AnglerMuaroLasak Год назад

      @@GroupKakiPancingPantai okay.

  • @alongcasterjohor
    @alongcasterjohor 4 месяца назад

    Bagun ni. Tempat saya kawasan tebing berbatu.. tak risau terhentak batu.... Pari pulak banyak mega2..…. Mantap....

  • @istongkat8475
    @istongkat8475 4 года назад +4

    Terbaikkk...byk ilmu dpt...

  • @ziziangler
    @ziziangler 4 года назад +2

    Mantappp.. nice teknik balingan

  • @alongbrutel9721
    @alongbrutel9721 5 месяцев назад

    Rod ni sesuai pantai yang bertebing batu.. seperti kawasan kuari....tak risau terkena batu....

  • @mohdsaufi594
    @mohdsaufi594 4 года назад

    Mantap sifu...saya pkai batu 160gram...
    Sesedap rasa,masa Buat libasan..joran pun tak gegar Sampai ke pangkal..

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 года назад +1

      Yup, saya rasa dia macam Banax formula juga sebelum tu saya buat review tentang Banax formula,siap letak batu saiz 3,5 dan satu spark plug boleh baling lagi, cuma tak boleh pakai kudrat banyak

  • @hbi4371
    @hbi4371 4 месяца назад

    Mantap bos.. Ada rasa tergerak hati nak memiliki nya.. Apa pendapat bos sy beli yang 15ft.. Saya dah pegang memang kecil taklah besar pemegang nya.. Apa pendapat bos?

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 месяца назад

      Selamat malam bang! terima kasih.. ye saya masih suka joran surfcast ( pantai) yang pemegangnya kecik ataupun halus berbanding yang besar sebab lebih selesa dan penting tidak mudah lucut daripada genggaman.. saya pernah beli pemegang yang besar sikit iaitu AJIKING ATOM SURF ROD 15 kaki, memang kekadang pegangan kurang kukuh dan adakalanya mudah lucut sebab besar.. kalau nak jujur, tak selesa sangat semasa melayan ikan.. sekarang saya pakai banax impeller 15 kaki, pemegang dia kiranya saiz sederhana, tapi boleh la, masih sedap melayan ikan~

  • @rahmanAG
    @rahmanAG Год назад

    Nak tanye bro kenapa angler jarang guna rod surf black hanter 12 kaki saye tegok kat youtube takde pun angker guna rod tu adakah rod balck hanter surf ajiking itu kurang kuat?

  • @imranmohdshah364
    @imranmohdshah364 4 года назад +2

    Mantap bos...

  • @claimtestimonies
    @claimtestimonies 4 года назад +2

    Mantap sahabat💪💪💪

  • @DakZamFishing
    @DakZamFishing 4 года назад

    Like.. mantap masta. Sentiasa memberi info dan penerangan yg jelas.. terbaikk

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 года назад

      Terima kasih bang! semoga anda juga terus maju ke hadapan! Tahniah untuk 1k subcribers ye!

  • @haikaljamaluddin8626
    @haikaljamaluddin8626 3 года назад

    Mantap sifu..nk tanye banding swin surf dgn banax impeller mane lebih padu

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 года назад

      BANAX IMPELLER
      1)Harga lumrah RM650+
      2)Blank diameter(ketebalan blank) lebih kurang sama dengan SWIN SURF
      3) Bahagian pertama joran (Pemegang) sebesar syiling 20sen
      4) Ada rasa spring dan melantun sikit lepas libasan dibuat, jadi rasa sedap sikit dan tidak mudah tersasar.
      --------------------------------------
      GTECH SWIN SURF
      1)Harga lumrah RM530+
      2) Blank diameter (ketebalan blank) lebih kurang sama dengan SWIN SURF
      3) Bahagian pertama joran (Pemegang) sebesar syilling 10sen
      4) Keras terus, rasa macam melibas sebatang kayu, tidak melantun, kena pandai kawal supaya labuh umpan tidak tersasar.
      Kesedapan balingan = Banax impeller, sebab dia berspring sikit lepas libasan.
      Keselesaan = Gtech swin surf, sebab pemegang kecil saiz syilling 10sen, tapi perlu kekuatan lebih untuk melibas.

  • @izzancristiano
    @izzancristiano 3 года назад

    Hai branden sy nk tnya rod surft 450 daiwa windcast ok ke x..tlg buat review pasal rod ni..

  • @kendi5736
    @kendi5736 3 года назад

    Mantab brada..banyak reviuw lah..buat pemula..

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 года назад

      Salam dan terima kasih juga kerana sudi hadir! Sesungguhnya buat masa sekarang ini saya lebih fokus untuk menyimpan wang bagi membeli satu komputer riba baru untuk memudahkan proses pengolahan rakaman untuk dimuatnaikkan dekat RUclips! Andai kata kalau ada yang sudi menaja joran saya pasti akan buat review!

  • @cafirafira7130
    @cafirafira7130 4 года назад +2

    Nice demo....

  • @hannisasongko5978
    @hannisasongko5978 3 года назад

    Keren . 👍🏿👍🏿👍🏿👍🏿 ..joran yg second ada ngk bang 😁😁 .kalo ada boleh lah Ambil 1 ja

  • @hairulhisyam5518
    @hairulhisyam5518 4 года назад +1

    Tuan brendon...Klu ikut percentage..brape tahap sensitivity rod ni ye?ring nye pun mcm kecik ekh?mcm tkot2 je tali nk kuar mase melibas.. 🙃

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 года назад +1

      Salam bang, panggil saya Branden dah cukup baik tu, baik bang. Sebenarnya saya tidak berapa pasti istilah abang mengenai sensitiviti tersebut, tapi pada pendapat peribadi saya, sensitiviti joran G TECH SWIN SURF ini adalah RENDAH.
      Tapi dalam istilah saya sendiri bagi sensitiviti, maksud saya adalah joran G TECH SWIN SURF ini dia KURANG sensitive sebab apabila ikan kecil mengetu umpan, joran ini tidak berapa kelihatan tarikkan di hujung joran(mungkin sebab rod agak padu dan keras), serta tidak melengkung banyak apabila mengena ikan kecil. Saya berpendapat bahawa joran keras seperti G TECH SWIN SURF dan BANAX FORMULA adalah kurang sensitive, tapi beraksi pantas. Beraksi pantas dalam istilah saya adalah merujuk kepada joran yang keras dan tegang. Ikan bersaiz mega tarik je, anda segera sentap dengan kuat tanpa berasa was-was joran akan patah.

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 года назад +1

      Betul bang, cincinnya memang sangat kecil berbanding kebanyyakan model banax , khasnya banax formula yang memiliki hujung cincin yang besar. tapi memang lancar gila tali dia pergi, memang tiada masalah..
      Rasa saya bab ini kena fokus pada mesin. Sebab dalam rakaman saya pakai mesin panjang lebar gelendung, tali 15 atau 20lb je, jadi tali pun keluar laju tanpa masalah. Namun, sudah tentu tali utama kena ikat dan sambung pada sebarang tali benang berkekuatan 40lb , bagi elak daripada putus pada permulaan balingan. Kalau pakai mesin seperti banax SX, rasanya tidak dapat pergi jauh sebab gelendung sempit, tetapi ada juga yang pakai untuk joran pantai. Tiada halangan sebenarnya, janji pemancing itu berasa selesa, namun kemungkinan tidak dapat pergi jauh. Secara jujurnya, saya dapat rasa yang joran G TECH SWIN SURF ini setakat ini adalah yang paling jauh balingan saya, dan juga joran yang pantai yang paling mahal di rumah saya iaitu RM530++.. yang lain model banax semua sekitar RM350+ je.
      Ada satu joran yang amat sensitive iaitu OKUMA NEMESIS SURF. huujung dia lembut dan halus sangat.. ikan kecil getu je nampak jelas tarikkannya kadang-kala ingatkan ikan besar yang baham umpan. Biasa kita letak batu saiz 7 pada G TECH SWIN SURF ATAU BANAX FORMULA, lenturan di hujung joran tidak kelihatan, tapi untuk OKUMA NEMESIS, batu setakat saiz 4 je dah nampak lenturan di hujung! tapi yang saya pelik dia tertulis berat yang boleh ditampung adalah maksimum 300gram! BIAR BETUL? hahah

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 года назад +1

      G TECH SWIN SURF bagi saya setakat ini memang sedap pakai.. cuma bunyi libasan tidak sekuat Banax magic plus yang dalam tidak berapa padu dan ringan.

    • @hairulhisyam5518
      @hairulhisyam5518 4 года назад

      Ok brenden...info baik...terima kasih byak2..

    • @kosng_enm4057
      @kosng_enm4057 4 года назад

      @@GroupKakiPancingPantai Sifu next video boleh tunjukkan sikit sifu punya setting tali mainline tu...sambung tali guna fg knot ke mcm mana...

  • @iwayanmayun6684
    @iwayanmayun6684 2 года назад

    Kalau di banding gtec spin surf,mna yang lebih bagus actionnya bos.

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  2 года назад

      Salam bang! Kedua2 spesifikasi pun sama, sebab beberapa tahun lalu saya pernah nampak perbandingan nya..cuma spin surf tu dia warna hitam bukan, dan kalau swin surf warna biru ini permukaan/ bahagian pemegang jorannya licin sikit berbanding spin surf. Sebab spin surf permukaannya tidak disaluti dengan gam epoxy sebab itu bila bahagian pemegang joran kena air dia tak berapa licin. Apa2 pun saya suka swin surf hanya kerana warna birunya yang cantik

  • @aminyonkou4658
    @aminyonkou4658 4 года назад +2

    Terbaik vid 👍🏻

  • @KoyFishing
    @KoyFishing 4 года назад

    Jauh pergi tu.. Terbaik 👍👍

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 года назад

      haha Terima kasih bang, tapi selalu orang yang baling dekat tu yang dapat ikan baik2 seperti kerapu! Tapi tengok tempat juga kot..

  • @kosng_enm4057
    @kosng_enm4057 4 года назад +1

    Padu bossku!!!👍

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 года назад

      Terima kasih bang! rasanya saya pernah tengok komen daripada username ini!

  • @pemancingrakit1399
    @pemancingrakit1399 4 года назад

    Review lg bos rod pantai..terbaik review😁😁

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 года назад +1

      Salam dan terima kasih kerana sudi hadir bang! boleh, kalau ada yang sudi menajakan saya. hahaha sebab buat masa ini saya dah kurang bajet nak beli joran baru untuk review.. sebenarnya masih kumpul duit untuk beli komputer riba baru daripada joran , sebab nak memudahkan proses pengolahan rakaman untuk dimuatnaikkan dekat RUclips!

  • @hairulhisyam5518
    @hairulhisyam5518 4 года назад +1

    Cengginihhhh...👍👍👍👌!!

  • @amysyaz4616
    @amysyaz4616 2 года назад

    Bang review sikit rell evo surf 8000 okay x.?

  • @rexzaadventure8765
    @rexzaadventure8765 4 года назад

    Nice branden, done folo, saya yg jumpa tadi petang di pantai klebang melaka😉

  • @shahfipjb1510
    @shahfipjb1510 Месяц назад

    bos sambungan joran rpat elok ke .

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  Месяц назад

      @@shahfipjb1510 hi bang! Ye rapat, tapi kebiasaannya untuk joran pantai yang saya baru beli, selalu saya gosok 2-3 kali, setiap sambungan, pakai kertas pasir supaya dia mudah masuk.. dia kena masuk lebih daripada separuh, bahagian hitam pada hujung penyambung tu, supaya lebih kukuh bang.

  • @muhammadal-hafiz9438
    @muhammadal-hafiz9438 2 года назад

    terbaik abg 👍🏾👍🏾👍🏾👍🏾

  • @sayutidarusa6738
    @sayutidarusa6738 4 года назад

    Price yg lbh kurg sama..mana berbaloi utk dapat sama ada gtech swin/spin surf vs banax impeller

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 года назад +2

      Salam bang! Ambik je g tech swin surf, saya amat berpuas hati secara jujurnya. Daripada segi kehalusan batang pemegang dan warna biru metallic nya!

    • @sayutidarusa6738
      @sayutidarusa6738 4 года назад

      Maaf bertanya lagi..apa beza spin & swin surf..ke same je quality..beza design sahaja?🤔

  • @salampenakmancing6176
    @salampenakmancing6176 2 года назад

    Jogja hadir maz bozz mantap bener joran nya👍

  • @ragil87
    @ragil87 3 года назад +1

    Berapa gram berat joran ini @BrandenFishing1993 ?

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 года назад

      Salam bang! minta maaf terlepas pandang dan lambat balas, kemungkinan agak berat ye untuk permulaan, tapi bagi saya sekadar boleh2 lagi.
      yang Gtech swin surf ini merupakan model 425 atau sekitar 14kaki+, sebab contohnya, kalau model 420, kita tahu ianya adalah 4.2 meter atau 14kaki.
      sebab sebelum ini saya biasa pakai 15 kaki, dah tiba2 berubah pada 14kaki+ ini, dia bukan rasa ringan terus, tapi HAMPIR sewaktu dengan 15 kaki yang saya pakai sebelum ini iaitu Banax legend surf model 450.
      Blank joran untuk banax legend surf 450(15kaki) adalah tidak tebal dan ibarat "kosong", manakala blank untuk joran Gtech Swin surf 425 (14kaki+) ini agak tebal dan "padu/padat" , oleh itu , dia rasa berat sikit berbanding banax legend surf yang saya pakai walaupun hakikatnya ianya hanya sekadar 14kaki+.
      Apa2 pun , berat joran ini anggaran 800gram, anggaran je bang, tapi masih boleh dilibas. Senang libas sebab diamater joran untuk bahagian pertama atau bahagian pemegang tu, dia ibarat saiz syiling 10sen, tidak besar sangat, justeru senang untuk digenggam

  • @harryroot7796
    @harryroot7796 3 года назад

    Di banding yang seri caser bagusan mana om

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  2 года назад

      salam bang! meskipun saya baru perasan komen abang, cuma nak bagi pendapat, sebenarnya, saya dah rasa joran GTECH SWIN SURF dan GTECH SURF CHASER dan mendapati kedua2 joran daripada segi RASA dan BERAT adalah lebih kurang sama~ berat batu ladung yang boleh ditampung pun sama iaitu daripada 100-300gram, blank joran pun sama tebal dan bahagian pemegang pun sama besar..
      Namun kalau abang tanyakan pendapat peribadi saya saya lebih minat gtech surf chaser, sebab WARNANYA. namun ketika itu saya tidak dapat jumpa GTECH SURF CHASER justeru saya membuat keputusan untuk terus membeli GTECH SWIN SURF dengan harga RM530+ kalau ringgit Malaysia ye~

  • @hisyamcham758
    @hisyamcham758 2 года назад

    brandon nti review joran sya plk..centy tip tornado.

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  2 года назад

      salam abam Hisyam! saya belum pernah memiliki joran tersebut, pinjam jap 🤣🤣 nak cuba jugak lah~

  • @huntinghitam3653
    @huntinghitam3653 3 года назад

    Mantap Abang joranya👍

  • @zbfishing9216
    @zbfishing9216 4 года назад

    Mantap bos👍👍👍🎣🎣🎣

  • @kopetkustik1672
    @kopetkustik1672 2 года назад +1

    Bang, dibanding surf chaser gimana??

  • @istongkat8475
    @istongkat8475 3 года назад

    Wlpn dh lme..nk tye jgk...14' n 15'..mne 1 pilihan yg agak tepat...mau bli 1...sy lbih kurang mcm u je..jusr berisi ckit..14'atau 15' yg sesuai..pleaseee

    • @istongkat8475
      @istongkat8475 3 года назад

      Mne mau dpt....klu ada roger2 lh

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 года назад +1

      @@istongkat8475 salam bang! kalau bab joran g tech ini saya rasa memang kena pegi mee fah (shimano), sebab dulu saya pun beli dekat sana , tapi sekarang dengar kata macam payah sikit nak dapat. apakata abang try survey kedai2 pancign yang terdekat dengan abang, kena tanya juga diorang ada ke tak. 15 kaki lah sedap bang. 14 kaki bagi yang baru berkecimpung dalam dunia galah panjang atau memancing sekadar santai boleh. kalau berhasrat nak masuk pertandingan , adalah lebih baik memiliki joran 15 kaki ke atas, senang kita nak selesai masalah tali belit dengan jiran sebelah.. saya sendiri pernah bertandingan, bawak joran 12 kaki, makk aiihhh memang payah sangat bab tali silang dengan jiran semasa pertandingan berlangsung.. nak tanya juga abang ada facebook tak ? dialu-alukan untuk sertai group ini , dan lagi baik sekiranya anda tanya dalam group GKPP sebab ramai dalam tu, pasti peluang lebih tinggi untuk dapat jawapan, cuba bang facebook.com/groups/1191993357822398

    • @istongkat8475
      @istongkat8475 3 года назад

      @@GroupKakiPancingPantai FB x de...akhirnye dpt cri..area port dickson...tq sbb byk bg info pasal rod galah nie..biasa org pggl rod galah..😅😅

    • @faizfauzi6500
      @faizfauzi6500 3 года назад

      @@istongkat8475 dpt rod ni area pd belah mana tu ? Nk cari jugak ni

  • @YOE_LEE
    @YOE_LEE 8 месяцев назад

    Perhhh keras gila dia punya rod😂...batang besar tak

  • @husbandwife1776
    @husbandwife1776 2 года назад

    Bosss,review rod 'SANTEC' BULLET CAST 15'

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  2 года назад

      salam bang! buat ketika ini, saya belum ada cukup bajet untuk melamar rod lagi, namun daripada saya kata tidak tahu, izinkan saya kongsi pendapat peribadi saya ye~
      okay joran Santec bullet cast dia ada warna merah, biru dan hijau bukan ?
      okay berat yang boleh ditampung oleh joran ini berdasarkan penyelidikan saya , adalah daripada 100-260gram, lepas itu saya pun telah tengok secara terperinci, blank jorannya TIDAK setebal macam Gtech Swin Surf.. Cuba abang tengok gambar ini,
      seller.sug.my/wp-content/uploads/2021/09/WhatsApp-Image-2021-09-27-at-1.52.04-PM.jpeg
      kelihatan blanknya kelihatan tidak setebal Gtech swin surf.. blanknya lebih merupai Banax magic plus dan Xpuyu pro pantai, di mana berat yang boleh ditampung oleh banax magic plus adalah 250gram, beza 10 gram je daripada Santec yang boleh tampung sehingga 260gram.
      Berdasarkan elemen2 di atas, saya beranggapan joran Santec bullet cast adalah rasa ringan, keras kejung , rasa tegang,daripada luaran, namun, dalamannya ibarat kosong seperti Xpuyu Pro Pantai atau Xpuyu Compass Surf .
      Justeru, saya pasti joran Santec bullet cast dia sama keras kejung dengan Gtech Swin surf, di mana lepas libasan dibuat, tidak melantun kuat atau bergegar. Pasti ada bunyi Zapppp! ( sebab tegang dan keras kejung), NAMUN daripada segi berat joran, G tech rasa berat sikit sebab blank dalamanya tebal, namun yang bestnya , bahagian pemegang joran Gtech swin surf ini , diameternya kecik dan merupai saiz syiling 10 sen, senang pegang~

  • @enigma7737
    @enigma7737 3 года назад +1

    Berat tak?

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 года назад +1

      salam bang! mula2 saya beli dan pakai tu dia rasa berat sangat , tapi lepas dah seminggu macam itu rasa maca sedap pakai.. Namun, saya masih rasa , mana2 joran yang panjang 16.5kaki sememangnya saya rasa masih berat dan tidak dapat libasn kuat. Dalam rakaman ini, panjang joran adalah sekitar 14kaki, tapi andai kata kalau model 16.5kaki wujud untuk joran GTECH SWIN SURF ini, saya pasti saya tidak dapat buat libasan kuat sebab berat sangat.. Saya beranggapan joran SWIN SURF 425 ini adalah sekitar 800gram+

  • @mohamadfairuz2803
    @mohamadfairuz2803 3 года назад

    Nice review..👍👍👍

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 года назад

      salam bang dan terima kasih! andai kata kalau saya ada bajet lebih ke, mana tahu boleh je lamar lagi joran baru dan buat review, sebab setakat ini belum lagi ditaja sepenuhnya oleh mana2 pihak dalam kebanyakkan review joran pantai.😂😂 apa2 pun terima kasih kerana sudi singgah!

  • @agrotanichannel5912
    @agrotanichannel5912 3 года назад

    nak tanye
    range line yang boleh ditampung oleh rod ni brape ye?

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 года назад +1

      salam bang dan selamat berpkp!
      baik, saya baru check dekat joran , dia tidak sebut, namun dalam rakaman saya pakai 30lb.
      sebab joran ini blank dia tebal amat ,kejung dan berat batu yang boleh ditampung adalah hingga 300gram, justeru saya sering pakai batu saiz 5,6 untuk joran ini. Saya pernah pakai benang 20lb untuk joran ini berbekalkan batu saiz 5, secara jujurnya saya pernah buat balingan dengan tali 20 lb, boleh perig jauh juga, tapi kena sambung pada leader (tali tunda) pada permulaan supaya dan kebiasaanya tali tunda saya adalah 40lb sambung pada tali utama 20lb ini, justeru apabila saya buat libasan kuat, ianya tidak akan mudah putus atau mencederakan jari saya daripada benang halus yang ibarat "tajam"
      apa2 pun saya sarankan abang tali 30lb-50lb (kalau boleh 8/9 sulam untuk balingan jauh) untuk model joran ini sebab dia keras amat dan boleh pakai batu saiz 5,6 ataupun 8.
      sebagai contoh kalau kita nak padan tali utama 20lb dengan batu saiz 8, memang bagi saya tidak ngam~

    • @agrotanichannel5912
      @agrotanichannel5912 3 года назад

      @@GroupKakiPancingPantai terima kasih sifu atas tunjuk ajar. mantap!!!

    • @agrotanichannel5912
      @agrotanichannel5912 3 года назад

      @@GroupKakiPancingPantai lagi satu sifu, antara braided line 0.35mm (60lb), 0.30mm(50lb) dengan 0.25mm (40lb) mana 1 lagi okay? sebab nak sesuaikan dengan okuma 8k surf reel. Boleh cadangkan tak setup kalau saya padankan reel ni dgn rod gtech swin surf 425.

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 года назад +1

      ​@@agrotanichannel5912 tiada masalah bang! selaig saya mampu dan menerima notifikasi serta tidak terlepas pandang komen sahabat alam maya saya pasti akan balas~
      Saya kerja sepenuh masa di tce tackles cawangan paya rumput, melaka sekarang dan saya akui memang kita ada jual MESIN OKUMA SURF 8K dimana kalau tidak silap saya, sebelum tutup kedai , ada sebiji di cawangan yang saya jaga, harga dalam rm270+ tapi kan bang mesin ini bagi saya agak berattt..
      ada seorang member saya pakai okuma surf 8k ini, dan beliau padankan dengan tali benang 50lb, sebab walaupun gelendung tali pada mesin okuma surf 8k ini adalah cetek, tapi dia besar dan lebar, membuatkan sahabat saya dapat masuk anggaran 300m..
      saya sebenarnya jarang pandang diameter tali iaitu yang dalam "mm" tu , cuma pandang berapa pound atau LB sahaja.
      jadi kalau sahabat saya tersebut boleh masukkan tali 50lb sepanjang 300m, maka kalau kita pakai 30lb, rasanya boleh masuk lebih daripada 500 meter untuk mesin okuam surf 8k ini!
      tapi memandang semua benda kita kena padan, maka untuk mesin okuma surf 8k ini, saya sarankan abang pakai 40lb atau 50lb,
      tapi faktor kedua saya rasa saya pun kena ambil tahu faktor diameternya, sebab kalau diameternya 0.25mm (40lb), saya rasa benang dia macam halus je.. sebab biasa saya pakai tali benang yang 30lb ke atas, tidak silap saya diameternya TIDAK PERNAH bawa 0.30mm..
      Jadi yang ini cuma saranan peribadi saya, dan kalau 60lb dia pun 0.35mm, maka saya rasa 60lb nya memang jenis halus dan boleh baling jauh ini..
      tapi untuk kes abang, apa kata abang cuba dulu yang 50lb ( 0.30mm) ? saya rasa lah kan ketebalan sedemikian boleh masukkan sekurang2 250- 300 meter sudah cukup memadai..
      tali yang dimasukkan dalam mesin harus 200 meter ke atas, takut lain kali kalau kena spesies mega, boleh lagi buat layan, daripada paksa tarik dan akhirnya putus.
      kalau tanya kan saya bang, saya rasa jarak balingan saya tak cecah 200 meter pun. tapi apa2 pun saya dah banyak kali menyaksikan orang yang baling dekat ini dah dapat ikan2 baik... yang pernah dapat pari 13kg pakai joran 7 kaki di pantai berbatu pun ada.. perghh saya yang baling jauh asyik dapat malong , duri dan gelama je~.
      tapi apa2 pun, untuk padan dengan mesin, tali saya sarankan abang yang 50lb itu ye~
      dan juga kalau ada sebarang pertanyaan boleh tanya2 kan lagi ye~

    • @agrotanichannel5912
      @agrotanichannel5912 3 года назад

      @@GroupKakiPancingPantai THANK YOU SO MUCH MASTA FOR YOUR RECCOMENDATION. MEMANG TERBAIK :D

  • @hukumkarma4383
    @hukumkarma4383 4 года назад

    Berat tu sebab mesinnye bossku

  • @habibasnawi9037
    @habibasnawi9037 3 года назад

    Berat brapa gram sifu

  • @sahruladha3023
    @sahruladha3023 3 года назад

    Brandan glove u pakai material apa ye?

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 года назад

      salam bang! saya beli sarung tangan ini daripada MR DIY je, harga anggaran rm2.10 macam itu lah, memang saya suka sebab genggaman jadi lebih kukuh sebab joran g tech swin surf ini pun dia takde grip pada bahagian pemegangnya.. sarung tangan ini dia akan cepat jadi cair dan melekit sekiranya kita sering letak bawah panas, macam saya kekadang2 letak dekat dashboard kereta dalam masa 2-3 hari ianya cair dan melekit2. Cuma saya suka sebab gripnya kuat

    • @sahruladha3023
      @sahruladha3023 3 года назад

      @@GroupKakiPancingPantai branden ade gbr tk sarung tgn tu

  • @iwayanmayun6684
    @iwayanmayun6684 3 года назад

    Kaku bos,rodnya klau kaku nanti saya mau beli.

  • @syahirahsayuti9566
    @syahirahsayuti9566 4 года назад

    goodjob

  • @rahmangrey5096
    @rahmangrey5096 4 года назад

    Beli rod siap free pancang ye, dengar cerita je lah hehej

  • @hasmadimadi7393
    @hasmadimadi7393 3 года назад

    anggaran brpa meter jauh tu?

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 года назад +1

      salam bang! saya tidak ukur jarak saya dalam rakaman tersebut , namun ada satu masa itu time pkp di mana saya tidak berkerja ketika itu, saya telah membawakan pembaris sepanjang 1 meter serta telah mengambil masa untuk mengukur jarak saya sehingga tempat yang batu ladung tersebut jatuh, anggaran dalam 110 meter je~

  • @shak4996
    @shak4996 4 года назад

    dah try baling mcm tu..umpan udang pergi jauhh.. batu n mata kail dkt depan.. hahahaha

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 года назад

      Sepatutnya kes terbalik kot, saya pula batu pergi jauh, tapi umpan je tercabut terbang ke atas kepala atau depan mata je~

  • @shahrulezdiharuddin1873
    @shahrulezdiharuddin1873 3 года назад

    Ap prBezaan swin surf dgn spin surf?

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 года назад +1

      salam bang! secara jujurnya, ianya beza daripada segi faktor LUARAN serta WARNA sahaja.
      Ini kerana dalam kalangan sahabat alam maya yang juga pernah bertanyakan persoalan yang sama ini , memandangkan model joran antara SWIN SURF dan SPIN SURF adalah SAMA daripada segi BERAT BOLEH DITAMPUNG, KETEBALAN BLANK dan juga KEPANJANGAN YANG BOLEH DIDAPATI
      [ Contoh: kalau model swin surf ada 425 (14 kaki) , jadi model spin surf pun pasti ada 425 (14kaki) ]
      Setahu saya, Swin surf merupakan biru metallic kilat yang cantik, manakala spin surf merupakan warna hitam yang pudar sikit. Tapi kalau warnanya hitam pudar (tidak berkilat) , saya beranggapan bahawa sudah tentu spin surf membolehkan genggaman yang lebih kukuh daripada swin surf walaupun tangan basah dengan air laut , manakala swin surf berasa serba sedikit licin apabila tangan terkena air laut, lalu dipegang oleh kita. Tapi apa-apa pun, saya lebih suka pada swin surf kerana warna biru metallic bagi pendapat saya adalah lebih cantik berbanding spin surf yang berwarna hitam pudar.

  • @humaidiaminudin768
    @humaidiaminudin768 2 года назад

    saya punya baru patah swin surf 15 kaki

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  2 года назад +1

      salam bang! saya sarankan abang pegi balik kedai tu klaim, biasa kedai shimano ( mee fah), dia ada warranty bukan ? atau pergi balik kedai yang abang beli joran g tech swin surf ini..
      kalau tce tackles lain cerita sebab dia memang tiada warantty. apa2 pun saya dah lama tinggalkan tce tackles , dah tak kerja dekat sana.. haha asyik kena maki dengan pihak atasan je..

  • @penghunikampung4649
    @penghunikampung4649 4 года назад

    Bos rod okuma 15kaki ok x

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 года назад +1

      Salam, Okuma nemesis surf ke bang?

    • @penghunikampung4649
      @penghunikampung4649 4 года назад +1

      @@GroupKakiPancingPantai ye bang rod okuma nemesis surf

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 года назад +1

      @@penghunikampung4649 Salam bang! kalau nak tanyakan pendapat peribadi saya, Okuma nemesis surf menjadi pilihan terakhir saya (buat masa ini) sbab hujung joran sangat lembut dan halus.. Melainkan saya kerap nak merasai perlawanan ikan kecil baru saya ambik okuma nemesis surf.
      Buat masa ini, top list atau kegemaran joran bagi saya (dan juga mampu milik, sekitar RM340+) adalah Banax Formula, banax magic , banax magic plus. Sebab semua joran ini tidak lembut sangat.. baling pun sedap. Cuma yang GTECH swin surf ini agak keras harganya , anggaran RM530+

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 года назад +1

      @@penghunikampung4649 OK memang ok bang, tapi bagi saya(pendapat peribadi) saya sendiri rasa okuma nemesis surf terlampau lembut berbanding jenama banax yang lain. batu saiz 5 pun dah nampak lentur hujung nemesis surf ini, tapi, apa-apa pun terpulang pada abang untuk menentukannya, sebab yelah stiap pemancing lain caranya kan~

    • @penghunikampung4649
      @penghunikampung4649 4 года назад

      @@GroupKakiPancingPantai owhh ok bos... Tq bos sebab bagi pencerahan.... Sy tgh mencari joran yg seserasi dgn sy.. Dan sy baru nak berjinak dengan main joran surf casting ni

  • @nasharudinnasharudinrosli6507
    @nasharudinnasharudinrosli6507 4 года назад

    jom g mancing..sy tigal telok mas

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 года назад

      Salam bang, senang2 whatapps saya 011 1615 8728, saya kadang-kala turun padang temu. Kawasan tumpuan saya sekarang adalah klebang, sungai melaka, padang temu dan alai. tapi dah lama tak pergi pantai crystal bay alai, lemah sikit selalu tengok jaring dekat depan tu, besar pulak tu

  • @IXONERZL
    @IXONERZL 3 года назад

    saiz tali berapa ni?

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 года назад +1

      salam bang! kalau tak silap saya adalah 40lb..tali AJIKING BUSTER 9 SULAM 40lb yang saya beli daripada tce tackles.
      Saya sangat2 sarankan tali 8 atau 9 sulam sebab bila kita buat balingan, senang ianya nak meluncur keluar, maka jarak balingan lebih jauh. Sebab tali 8,9 sulam ini permukaan talinya adalah lembut.

  • @falihinsnakeheadhunter1771
    @falihinsnakeheadhunter1771 2 года назад

    Boss ada kedai?dekat mana?ada jual gtech spin n swin ke?ada nk g usya.

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  2 года назад

      salam bang! yang ini rakaman lama, saya beli daripada meefah shimano dekat semabok, melaka ketika itu, tapi baru je patah joran tu, hahah tak tahu lah sebabnya mungkin libas salah ke apa ke , sekarang saya lebih pada banax bang~ apa2 pun saya masih kuli lagi bang~ kerja sepnuh masa di TCE tackles di cawangan paya rumput, melaka ye!

  • @habibasnawi9037
    @habibasnawi9037 3 года назад

    Ujung joran kaku ke

  • @haiqalcodm4865
    @haiqalcodm4865 2 месяца назад

    tak murah jugak

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  Месяц назад

      @@haiqalcodm4865 maaf lambat balas, saya tak pasti kalau abang terima komen saya ini, tapi, nak tanya, kalau 14 kaki abang berminat? Joran gtech swin surf biru ini.. yang abang tengok dekat kedai dia jual berapa ye dan berapa kaki itu?

  • @febrianfbc9584
    @febrianfbc9584 4 года назад

    Abang Ada Instagram

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 года назад +1

      Salam, tiada bang. tapi saya yang paling aktif adalah gi group facebook ini. "Group Kaki Pancing Pantai". Anda dipersilakan untuk sertai ye.. facebook.com/groups/1191993357822398/?ref=search

  • @sopal_mubarak
    @sopal_mubarak 4 года назад

    Sakit mata aku tengok...
    Beli la camre yg ade auto focus...bengong