Syamel & Ernie Zakri - Goodbye Hello [Official Lyric Video]

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 5 окт 2024
  • #GoodbyeHello #Syamel #ErnieZakri #RocketfuelEnt
    Official lyric video Goodbye Hello by Syamel & Ernie Zakri
    Artist : Syamel & Ernie Zakri
    Title: Goodbye, Hello
    Composer : Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan
    Lyric: Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan
    Arranger: Faizal Tahir, Bob, Mike Chan
    Producer: Faizal Tahir, Mike Chan
    Label: Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd & Faithful Music Sdn Bhd
    Credit photo: Sweetpictures
    Lyric
    Ini bukan mimpi, katanya
    Tapi satu rasa yang nyata
    Bukan juga rasa biasa, biasa
    Takkan boleh terus begini
    Ku tak mahu terus bermimpi
    Hanya mahu menjadikan mu milikku
    Pre Chorus
    Setiap saat yang kau berikan
    Bagai memetik bintang di langit
    Setiap saat kau berikan pada ku
    Chorus
    Setiap kali kau pergi
    Separuh ku mati
    (Ku juga begitu)
    Namun sungguh cinta ini
    Takkan pernah mati
    (Ku harap begitu)
    Kerna Tuhan saja tau
    Apa yang baik ‘tuk kau dan aku
    Coz every time i say goodbye
    You say hello
    VERSE 2
    Ini bukan lagi
    Bukan lagi mimpi
    Kini berbeza
    Dugaan yang kita lalui
    Banyak lagi yang kan menanti
    Genggam erat tanganku, kini
    Isteri
    Ulang Pre Chorus & Chorus
    Kau saja yang selalu
    Aku nantikan, ku doakan
    Kau yang selalu aku ceritakan
    Pada Tuhan
    Saat dua menjadi satu
    Moga Tuhan mencurah restu
    Ulang Pre Chorus & Chorus
    Subscribe to Rocketfuel Network RUclips Channel here:
    smarturl.it/Sub...
    Follow Rocketfuel Entertainment:
    RUclips: / rocketfuelnetwork
    Instagram: / rocketfuelent
    Twitter: / rocketfuelent
    Facebook: / rocketfuelentertainment
    Contact:
    Email: kissmyastronaut@rocketfuelent.com

Комментарии • 1,3 тыс.

  • @akhmaall
    @akhmaall 3 года назад +1243

    semoga lagu ni hits buat tahun ni dan tahun kedepan ❤ requestlah lagu ni banyak banyak kat radio! ernie zakri n syamel always be my fav duo 🥰✨✨ didoakan semoga urusan kalian berdua dan team sentiasa dipermudahkan 💜 hasilkanlah banyak banyak lagi karya yang berkualiti dan lagu lagu yang best buat peminat ‼️ inshaallah legend to be 🤩💯

  • @zazasyifaaharraz9907
    @zazasyifaaharraz9907 3 года назад +14

    Tahniah ernie dan syamel

  • @heypezol
    @heypezol 3 года назад +6

    Hey hello. Look cute tho. Sweet sgt lirik. Melodi sempoi. Ggod luck.

  • @khairunnajmiahmdsalimun3541
    @khairunnajmiahmdsalimun3541 3 года назад +13

    Comel lagu ni, secomel Syamel & Ernie

  • @qisophlia
    @qisophlia 3 года назад +11

    Mesti sweet an dorang gi studio, lepas tu record suara sama ii sambil pandang each other , OMG MAAAAAAAAAKKKKKKK ORANG NAK KAWEN

  • @hijaukertas9969
    @hijaukertas9969 3 года назад +759

    Dah agak mesti komposer Faizal Tahir without reading the description. Vibe FT kuat gila dlm lagu ni. Apesal suara syamel pun dh sebijik mcm suara FT. Mostly penyanyi lelaki yg nyanyi lagu2 FT mesti ada bunyi2 suara FT.

    • @b0oko32
      @b0oko32 3 года назад +101

      Agree. Perasan jugak kalau lagu dri FT, kadang rasa mcm suara dia walaupun bukan. Kuat betul DNA FT ni. Nasib syamel ada tone tersendiri.

    • @sapokoklu4192
      @sapokoklu4192 3 года назад +59

      betul vibe ft kuat gile dalam lagu ni!

    • @ienasaiful826
      @ienasaiful826 3 года назад +44

      Blh tgk kat ig ft dia direct syamel nyanyi mcm tu

    • @joyjoy4941
      @joyjoy4941 3 года назад +15

      Yes true

    • @ctzara3313
      @ctzara3313 3 года назад +13

      True

  • @aliimranchannel2217
    @aliimranchannel2217 3 года назад +6

    Best lagu goodbye hello syamel dan ernie

  • @nuraishah124
    @nuraishah124 3 года назад +15

    Well to syamel dan ernie, tahniah.. Semoga jodoh kekal sampai jannah.. Korang memang sepadan mcm pinang di belah dua

  • @fauzipojie814
    @fauzipojie814 3 года назад +8

    xsabar mnunggu video klip sbnar utk lagu ni..

  • @mankaya5635
    @mankaya5635 3 года назад +23

    Wah terasa nak kawin je..eh nikah.. comel je lagunya

  • @sitiqumariyah431
    @sitiqumariyah431 3 года назад +7

    rentak lagu ni mmng rentak lagu2 yg ada unsur faizal tahir ... sedap dengar... suara erni dlm ni omey2 angat...

  • @ahmeng7756
    @ahmeng7756 3 года назад +13

    ni baru lirik dah gempak.. dh boleh nmpak cara lenggok nyanyi depa dua ni.. hrp music video nnti lagi gempak.
    Apa apa pun hgpa terbaik... 👍👍👍👍👍

  • @kagariyana7515
    @kagariyana7515 3 года назад +7

    Dengr je da dengar style Faizal tahir.. Best!!

  • @firdausmohammad2141
    @firdausmohammad2141 3 года назад +15

    seriuls.... leh plak aku tersenyum dgr lagu ni.... haha

  • @nurizzati8360
    @nurizzati8360 3 года назад +10

    Tak jemu lgsung dgr lagu ni

  • @hitamputih9457
    @hitamputih9457 3 года назад +15

    Video clip confirm meletup

  • @firdausasmar7488
    @firdausasmar7488 3 года назад +11

    Memang vibe faizal tahir lagu ni

  • @anis.adriana
    @anis.adriana 3 года назад +13

    Baru lirik video je dah trending ni kalau mv tk tau ah caner 💕❤️❤️❤️

  • @akhmaall
    @akhmaall 3 года назад +10

    moga tuhan mencurah restu ~~

  • @sitinurazifa207
    @sitinurazifa207 3 года назад +21

    First dengar lagu ni terus rasa mcm ada vibe Faizal Tahir 😍 skali tgok kt yt mmg betul FT antara org yg menjayakan lagu ni 👍🏻 tambah Ernie dgn Syamel plak nyanyi kan ♥️ Aduhh meletop kebabom 🤭 melekat di kepala ku lagunya .. 🙆🏻‍♀️

  • @chern2798
    @chern2798 3 года назад +11

    kerns tuhan saja tahu.. aku solo dgr lagu duo.

  • @sehunbubble8591
    @sehunbubble8591 3 года назад +68

    Saje nak cakap , bile ade sentuhan faizal tahir mike chan. Tahap kepastian ke AJL mesti 99.99% . semoga bercinta hingga ke syurga . Good luck syamel ernie .

  • @thirahj5067
    @thirahj5067 3 года назад +11

    loveeeee selamat pengantin baru erni syamel. favourite couple

  • @zaimyusoff
    @zaimyusoff 3 года назад +821

    Saudara/Saudari,
    Saya mula memutuskan untuk menintakan rasa saya terhadap lagu ini setelah memandu sebentar tadi. Di sebelah saya, isteri suri hati saya sedang keletihan beradu. Dan saya disebelahnya, memandu. Sambil lagu ini saya dengar, membuatkan saya sebak, syukur dan semakin suka benar. Lalu, terimalah curahan rasa saya yang hanyut dalam romantika nuansa Goodbye, Hello! mengenangkan kisah cinta indah Syamel & Ernie, dan pastinya - saya dan juga isteri sendiri.
    Syamel (Verse 1) :
    Ini bukan mimpi, katanya
    Tapi satu rasa yang nyata
    Bukan juga rasa biasa, biasa!
    Ernie (Verse 1) :
    Takkan boleh terus begini
    Ku tak mahu terus bermimpi
    Hanya mahu menjadikanmu, milikku!
    Tiap insan yang punya perasaan untuk berpasangan, pastinya memasang angan-angan untuk suatu hari yang ditentukan tenggelam dalam rasa berkasih-sayang dan cinta yang meremangkan diri malam dan siang hari.
    Angan-angan dan cita-cita itu dipendam diam di dalam jiwa seraya hidup dalam mimpi semata-mata. Maka, apabila cinta itu berputik maka bermulalah detik, rasa cinta itu diduga-duga : apakah cinta ini sebenar-benar cinta yang aku ingin dan kepingin sekian lama?
    Maka, rasa ini melalui proses penilaian. Evaluasi.
    Mulanya, "cinta ini bukan mimpi-lah!". Kemudian, "cinta ini memang rasa yang nyata-lah!". Maka, "cinta ini bukan yang biasa, bukan juga biasa-biasa" lalu saat kita pasti cinta ini benar-benar LUAR BIASA [di luar kebiasaan - terutama bila kita dapat bezakan ini bukan lagi "sayang friendship ni", ini bukan lagi "kasih pasangan duet saja ni" - teringat pulak masa Syamernie berduet Aku Cinta! di AJL32, malah sejak Duo Star 2017, apabila mereka melantunkan Kau Lupa Janji!]; maka, kita pun berkata kepada diri, "Argh... tak boleh jadi ni. Aku kena benar-benar jadikan kau sebagai kekasih sejati, kekasih asli, kekasih halal-ku yang terangkum dalam kata "milikku!".
    Di sini, kata "biasa" dan kata "milikku" tersangatlah sesuai dilarikkan sebagai satu nada terpisah dari lainnya bagi menegaskan - setelah rasa ini bukan "biasa", maka bermulalah episod perjuangan untuk menjadikan "hasil kepada rasa ini" sebagai "milikku".
    Ini terjadi pada kedua-dua pasangan - lelaki mahupun perempuan.
    Dalam konteks ini, ya - Syamel dan Ernie.
    Dalam cerita saya, ya - saya dan isteri.
    Syamel (Pre-chorus):
    Setiap saat yang kau berikan
    Bagai memetik bintang di langit
    Setiap saat kau berikan padaku
    Larik pre-chorus yang bagi saya ringkas tetapi amat berbekas. Dari segi pelirikan, liriknya sebetulnya diulang tetapi dalam bentuk penegasan yang unik.
    Sebagai kekasih, kita sensitif terhadap banyak hal terutamanya waktu. Sehingga yang dikira hitung bukan lagi tahun, bulan dan hari tetapi jam, minit bahkan saat (unit terkecil dalam waktu). Kita menjadi begitu rinci meski hidup begitu rancu. Kerana setiap saat bermakna lagi bererti. Maka, tiap saat yang kita isi bersama kekasih, tiap saat yang Kekasih isi bersama kita - adalah begitu penting, tidak boleh dipandang enteng.
    Lalu, apa maksud "bagai memetik bintang di langit"? Saya secara peribadi teringat akan ayat al-Quran ini :
    “Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya..." (An Nahl : Ayat 18).
    Ketika menafsirkan ayat ini, guru-guru kita selalu mengaitkan dengan perumpamaan "tidak dapat ditentukan jumlahnya itu" ibarat mengira pasir di pantai, juga umpama MENGIRA BINTANG DI LANGIT!
    Jika kita fahami dari perspektif ini, maka kita katakan tiap saat bersama kekasih itu adalah sebenarnya momen-momen yang wajib kita syukuri, wajar kita hargai, perlu kita ingatkan diri - betapa besarnya nikmat perhubungan kekasih ini yang hakikatnya dianugerahkan tidak lain tidak bukan asal datangnya dari Allah Taala semata-mata!
    Lebih dalam lagi, dalam Tafsir al-Jalalain disebutkan, nikmat-nikmat Allah yang kita "petik", jika saja kita tidak dapat menghitung, apatah lagi jika kita ingin mensyukuri secara sepenuhnya - pastinya lebih mustahil. Lalu, kerana kemustahilan kita untuk memenuhi hak mensyukuri nikmat itu, maka disebutkan dalam ayat itu seterusnya :
    "....Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An Nahl : Ayat 18)
    Allah Taala Maha Pengampun akan kelemahan kita tidak dapat mensyukuri nikmat Allah secara sepenuhnya. Allah Taala Maha Penyayang, meski kita tidak mampu memenuhi hak kesyukuran sepenuhnya, Allah Taala masih sayang berkenan menganugerahkan rasa nikmat dalam berkasih-sayang dengan kekasih kita. Allah Taala Maha Pengampun akan dosa-dosa dalam perhubungan kita. Allah Taala Maha Penyayang membuatkan nikmat perhubungan kita dengan kekasih terus berpanjang-panjangan - di dunia sampai ke syurga. Ameen.
    Syamernie (Chorus) - Ulang Pertama
    Setiap kali kau pergi
    Separuh ku mati
    (Ku juga begitu)
    Namun sungguh cinta ini
    Takkan pernah mati
    (Ku harap begitu)
    Unsur paradoks dalam naratif dikesan di sini. Dalam keadaan diri kita sudah seperti separuh tiada lantaran kepemergian kekasih meski sementara, tetapi cinta tetap penuh (bukan separuh) seperti bulan yang tetap bulat meski cahayanya sedang sabit atau setengah - sampai masa yang ditentukan Tuhan :
    Kerna Tuhan saja tau
    Apa yang baik ‘tuk kau dan aku
    Kerana hanya Tuhan tahu masa yang terbaik untuk menoktahkan segalanya - maka bulan yang bulat bercahaya penuh - menjadi purnama akhirnya lantaran :
    Ernie : Coz every time i say goodbye
    Syamel : You say hello
    Takdir perhubungan kita sebagai kekasih umpama rantaian tidak berhenti, seperti sifat garis bulat pada bulan yang sekali bermula tidak menemukan akhir garisnya kerana tiadalah sifat bulat melainkan garisannya terus berpusing, terus berputar, terus bersambung - abadi selamanya.
    Ini boleh difahami dengan simbol kata "goodbye" (tanda pengakhiran) yang segera disambut sambung dengan "hello" (tanda permulaan). Perhubungan pastinya ada naik dan turun, mendaki lagi melantun. Tetapi kerana ikatan cinta yang kuat, taliannya bersambung erat. Bak kata orang, kalau ada jodoh, tak ke mana. Kalau jodoh kuat, akan bertaut juga. Begitulah sifat perhubungan yang benar. Ujian datang kononnya untuk mengakhirkan, tetapi tewas kerana takdirnya kuat untuk memulakannya kembali.
    Lalu tiap "goodbye", bersambut "hello". Berpusing. Berputar. Bersambung. Mula yang tiada hujung. Cinta yang agung, mustahil berpenghujung.
    Ernie (Verse 2) :
    Ini bukan lagi
    Bukan lagi mimpi
    Kini berbeza
    Syamel (Verse 2) :
    Dugaan yang kita lalui
    Banyak lagi yang kan menanti
    Genggam erat tanganku, kini
    Isteri.
    Jelas, mimpi jadi realiti apabila kekasih menjadi suami-isteri. Ikatan menjadi asli, menjadi halal, menjadi sejati.
    Syamernie (Pre-chorus):
    Setiap saat yang kau berikan
    Bagai memetik bintang di langit
    Setiap saat kau berikan padaku
    Syamernie (Chorus) - Ulang Kedua
    Syamel (Bridge) :
    Kau saja yang selalu
    Aku nantikan, ku doakan
    Ernie (Bridge) :
    Kau yang selalu aku ceritakan
    Pada Tuhan
    Syamernie (Bridge) :
    Saat dua menjadi satu
    Moga Tuhan mencurah restu
    Istikharah. Jelas, Syamel dan Ernie beristikharah dan itulah jalan terindah bagi hamba-hamba Tuhan yang ikhlas dalam bermahabbah. Saat merasakan cinta mereka ini benar-benar luar biasa, lalu niat dimeterai untuk menjadikan kekasih milik masing-masing - tiada yang dapat memastikan ini melainkan Tuan punya hati - Illahi. Sekali diserahkan urusan hati kepada Allah, seribu jalan dipermudah, seribu langkah diperindah. Alhamdulillah. Begitulah yang terjadi dalam kisah Syamel dan Ernie. Saya tidak perlu huraikan itu kerana kalian semua sudah pun tahu.
    Ulang Pre-chorus & Chorus - Ulang Ketiga
    Sekian. Moga Bermanfaat.
    Tahniah Syamel & Ernie! Teruslah bahagia dunia dan akhirat, ya :)
    Ikhlas,
    Za'im Yusoff
    21 Shaaban 1442H
    4 April 2021M
    11.02pm

    • @yt_iman
      @yt_iman 3 года назад +47

      Terbaik komen ni. Interpretasi yang sangat terperinci.

    • @zaimyusoff
      @zaimyusoff 3 года назад +19

      @@yt_iman Alhamdulillah terima kasih Iman sudi baca luahan rasa saya ❤️

    • @nssm2312
      @nssm2312 3 года назад +28

      Komen yg dicari2 dlm setiap lagu ernie dgn syamel... 👍👍👍 nice explaination.

    • @awawantv8308
      @awawantv8308 3 года назад +25

      Kau tk type awal...kalau tk mesti dh kena pin ngn admin

    • @fukatomerikaki1381
      @fukatomerikaki1381 3 года назад +16

      @@zaimyusoff tersentuh bace nukilan tuan.sy sbananye dah fed up dgn khidupan sy.sbb dua kali mnjalani bahtera rumah tgga tp gagal n acap kali hati ni dihncurkan smpai sy rase lelaki semua sama n bila kita terlampau baik org sng2 pijak kite.sy dah x de keyakinn lg tok berkahwin sbb sy rase laki semua jahat dan sy nekad duduk luar ngara.Tersentuh dgn luahan hati tuan buat hati ini terbuka yg ade gak lelaki yg menghargai pompuan dan mmndg perempuan dgn kasih syg.sy doakn kehidupan tuan kekal bahagia smpai akhir hayat.maaf terluah perasaan plk.

  • @muhammadaminuddin3679
    @muhammadaminuddin3679 3 года назад +10

    Patutla ada vibe faizal tahir...check2 rupanya composernya Apak Faizal..mntp

  • @metwong1885
    @metwong1885 3 года назад +14

    Patut aq rasa rentak lagu ni mcm ada sentuhan ft,rupa2nya betoii aq rasa hahahaha..apa pown terbaekk

  • @essamdot
    @essamdot 3 года назад +11

    macam suara FT & elizabeth tan..btw lagu ni comel sangat..tahniah syamel & erni

  • @fizahbom8539
    @fizahbom8539 3 года назад +40

    Wahhh suka nya..lagi2 Faizal Tahir punya vibrate..Syamel n ninie of coz la terbaik

  • @rozianaabdulaziz437
    @rozianaabdulaziz437 3 года назад +2

    Mati2 ingat lgu ni Dr faizal tahir.. Bila selalu di udara di radio johor fm...best lgu ni... Semoga good luck!!

  • @saadahyahya3764
    @saadahyahya3764 3 года назад +476

    AJL36 : Juara disandang oleh Ernie Zakri & Syamel dengan Lagunya Goodbye, Hello! (Tahun depan, InsyaAllah. Aaminn...) 🥰

    • @putriraziah829
      @putriraziah829 3 года назад +10

      mimpi jelaa

    • @R.Sya95
      @R.Sya95 3 года назад +15

      In shaa Allah aamiin ya rab🥺🤲🏻

    • @abgan_farhan6596
      @abgan_farhan6596 3 года назад +18

      @@putriraziah829 doa yang baik2 je laa kak untuk pasangan duet popular nii ..

    • @amirulsyafif5278
      @amirulsyafif5278 3 года назад +4

      @MUHAMMAD QUE MIKAIL BIN MOHD IZWAN Moe ahahahah hidup ini bagaj mimpi

    • @hakimbajrai2284
      @hakimbajrai2284 3 года назад +5

      Insya Allah..amin

  • @fadrulwazie7177
    @fadrulwazie7177 3 года назад +9

    Tgk story FT, terus cri RUclips.. mmg x sia2 la. X rugi data pun sebab Syamel dgn ernie mmg best ♥️ ..

  • @nurulhijrah2244
    @nurulhijrah2244 3 года назад +13

    Sedappp gila lagu ni. Ketagih nak dengar je

  • @ngomelchannel2339
    @ngomelchannel2339 3 года назад +9

    Haip baru dgr terus lekat..harap MV comel

  • @karipap361
    @karipap361 3 года назад +14

    Lagu ni sweet tambah tambah lagi suara ernie dengan syamel macam mmmm ishhh best lah love

  • @itnayeizaain102
    @itnayeizaain102 3 года назад +9

    Alooo dalam lagu pun sweet bersemut semut lah kak ninie and bangmel 💕

  • @salasiahsalamun3056
    @salasiahsalamun3056 3 года назад +18

    Ada je FT as composer, mmg wajib la dgr. Mmg ada aura2 style FT. Suara ernie & syamel ni kalah kuih raya sdpnya. 🤪😘

  • @MuhammadImran-uo7yb
    @MuhammadImran-uo7yb 3 года назад +8

    patutla mcm faizal tahir. rupanya dalam lagu ni pun ada faizal tahir. terbaik

  • @syazasyazwanisabran8372
    @syazasyazwanisabran8372 3 года назад +34

    Love sgt lagu ni.. very catchy and cute mcm bmkn jgk hikhok 🙈 sweet tu tokseh cakap la.. melting habishhh 😫🙌🏻 ajl36 sudah memanggil "goodbye hello" get ready 😜👍🏻 yassss

  • @nur9775
    @nur9775 3 года назад +10

    Tahniah Syamel dan Ernie.

  • @justdoit158
    @justdoit158 3 года назад +24

    Ptutlah vibe lagu nie lain mcm dan sngat unik..xsama dgn lagu syamel & ernie slalu nyanyi...😂...terbaik lah...faizal tahir pula komposer 🤗..
    Hrap2 lebih bnyak collab dgn Faizal tahir..🔥🔥🔥

  • @perforMING88
    @perforMING88 3 года назад +12

    Selamat pengantin baru!!!

  • @muhdanwar7209
    @muhdanwar7209 3 года назад +13

    First terdengar lagu ni radio tgh drive. Aku terkejut,.. Uihhh vokal sapa padu nih? Sapa arrange lagu ni, power. Balik rumah baru dpt google.. eh, no wonder, Ernie kot, syamel. Faizal tahir plak. Memg power

  • @azrinazaki
    @azrinazaki 3 года назад +6

    Lagu goodbye hello memang sedap boleh masuk ajl36 untuk.tahun 👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍

  • @shaifulshahriman7651
    @shaifulshahriman7651 3 года назад +74

    tokti kata ernie nyanyi lagu ape punn mesti sedappp dan memng terbukti . Bagi je lagu ape mesti sedap didengar ,keep it up kak ninie bangmel !!!

  • @edyameklk800
    @edyameklk800 3 года назад +5

    Terbaikk

  • @arifamrddn
    @arifamrddn 3 года назад +284

    terasa feel international lagu ni 😆 macam justin bieber ft ariana granade versi malaysia ✅ proud of them

    • @mr.want_oo55
      @mr.want_oo55 3 года назад +7

      Mana ada mcm ed sheedran lah

    • @whibleyz6971
      @whibleyz6971 3 года назад +8

      Mana ada ariana , mcm camila cabello suara dia dlm lgu ni

    • @lalalalisamanoban9818
      @lalalalisamanoban9818 3 года назад +2

      Still tak boleh kalahkan bts lol

    • @arifamrddn
      @arifamrddn 3 года назад +17

      @@lalalalisamanoban9818 okay you ✅ jnji you xbuat fake account dh okayy lepasni 😆 saya support local artis jer 🥳 jngan marah erkk

    • @jamilmilda9821
      @jamilmilda9821 3 года назад +3

      @@lalalalisamanoban9818 tiber

  • @WawarZha
    @WawarZha 3 года назад +9

    Tahniah syamel ernie. Semoga bahagia ke anak cucu. Samawa... Salam dari indonesia

  • @inasaad7182
    @inasaad7182 3 года назад +13

    sekali dgr dah tahu ada vibes Faizal Tahir... Sekali bukak decription box, YES I KNEW IT!!! FT IS THERE!!!!! NO WONDER !!

  • @jihankizzoo9352
    @jihankizzoo9352 3 года назад +6

    sekali dgr mcm vibe2 ft. skli tgk btul ft yg compose

  • @Melvin-Zero
    @Melvin-Zero 3 года назад +14

    Lagu yang bakal2 hits ,hasil dari Faizal Tahir dan team serta suara paduh dari dua pengantin baru kita ini memang peehhhhh terbaikkkk , tahniahh dan selamat pengantin baru kepada Syamel & Ernie Zakri😉

  • @aliasariffin5095
    @aliasariffin5095 3 года назад +9

    ini kali yang ke 20 dh aq dengar lagu ni

  • @aliaasaffiyah7731
    @aliaasaffiyah7731 3 года назад +14

    aaaaa sweetnya lagu ni 😭😭❤️ suka sangat syamel dengan ernie zakri 🥺❤️ semoga bahagia selalu dunia akhirat. 🥰

  • @mayamoo8016
    @mayamoo8016 3 года назад +11

    Tak tau camne nk stop dok ulang dgr jea. Cepatlah kuar MV

  • @sumaiyahzaman9288
    @sumaiyahzaman9288 3 года назад +31

    Dah tak gundah da..kini semakin bahagia..

  • @hairihafizhashim9853
    @hairihafizhashim9853 3 года назад +5

    Vibe mcm lagu FT...tgk detail..betul..power yal aku

  • @nf6764
    @nf6764 3 года назад +256

    Kau saja yang selalu aku Nantikan,ku doakan
    Kau yang selalu aku ceritakan pada tuhan♥️🥺🥺
    Sweet song!♥️🎶
    Wedding song of the year😍😍
    Ya Allah jadilah pasangan ini..pasangan yg bahagia hingga ke syurga..berkatilah,rahmatilah perkahwinan mereka..murahkan lah rezeki mereka,kurniakan lah kepada mereka zuriat yg soleh dan soleha ..Aamin ya rab♥️♥️
    AJL 36 menanti♥️

  • @m.h.d.7002
    @m.h.d.7002 3 года назад +3

    Puas cari lagu ni, akhirnya jumpa jua..

  • @AMNizamSM
    @AMNizamSM 3 года назад +18

    First dengar..ni vibes FT, sekali tgok komposer dia..faizal tahir, patutlah...vokal yg lain drp lain Ernie Zakri & syamel..mantopp

  • @ChentaManis
    @ChentaManis 3 года назад +5

    Macam ade rasa VIBE FT dalam lagu ni.. music2 mcm ni x ramai penyanyi malaysia nyanyi, FT jer slalu bawak..
    TAPI lepas tgk siapa pencipta lagu ni.. SAH ade Faizal Tahir. Ok betul tekaan aku!!

  • @tomatogemuk8523
    @tomatogemuk8523 3 года назад +40

    Geram siak dgr suara ernie..mcm mna la dia nyanyi boleh sedap berlenggok

  • @lynxxgaming4549
    @lynxxgaming4549 3 года назад +11

    Aura Faizal Tahir ✨

  • @finyzfyn3233
    @finyzfyn3233 3 года назад +14

    Best gile lagu ni, tatau bape kali nk kena ulang. 😍😍😍

  • @daddydinda8138
    @daddydinda8138 3 года назад +12

    Terbaik lagu ni.... bagi saye lagi baek kalau lagu nanty syamel and erni buat dalam english version plak...semoga berbahagia selamanya buat kamu ber2 dunia dan akhirat

  • @snakdean9083
    @snakdean9083 3 года назад +13

    Nice song. Best jgk lagu santai2 gini.

  • @datinmya1818
    @datinmya1818 3 года назад +9

    Comel je lagu ni 🤭 my peberet duo ⚘ semoga kekal bahagia ke jannah !!

  • @bendahara8284
    @bendahara8284 3 года назад +17

    Dgr kat radio terus cari..sedapp

  • @1n1l4m
    @1n1l4m 3 года назад +6

    Comel lagu ni

  • @booleelemboo6924
    @booleelemboo6924 3 года назад +14

    Faizal tahir mmg pandai betul buat lagu terbuai2 mcm ni..teringat lagu Lizzy dgn ft.. sweet giler mcm lagu ni skang

  • @athirahraihanah9410
    @athirahraihanah9410 3 года назад +12

    Awwwww,,,comel nyeee lagu niiiii😍😍

  • @syahidahazman2371
    @syahidahazman2371 3 года назад +23

    jarang la feveret duo ni klau nyanyi x pnh yg x best..jatuh cinta dngn dua2 ni pnya gabungan suara..lagi kali ni mmg best gilerr..trus terpikat first dgr..smoga ikatan perkahwinan yg dibina kekal bhgia hngga ke jannah..love both of you syamel + ernie

  • @sayamakannasi1
    @sayamakannasi1 3 года назад +11

    Baru seminggu lebih anniversary wedding Abang Syamel dan Kakak Ernie Zakri, selamat pengantin baru, bro and sis, semoga berbahagia hingga Jannah, nyanyi selalu Kat rumah, hahhahhaha, terbaek!

  • @awankepok-kepok291
    @awankepok-kepok291 3 года назад +15

    1:15 for the first time dengar suara kak ninie macam nie .. wow !! power betul dia nie . bijak pelbagaikan cara nyanyian . lot of love 💙 .

  • @effakamarudin8801
    @effakamarudin8801 3 года назад +10

    dengar lagu ni rasa vibes FT. dah habis dengar baru tgk yes mmg FT yg buat lagu ni. patut sedappp !

  • @norzainabngatiman5197
    @norzainabngatiman5197 3 года назад +15

    vibe faizal tahir tak pernah menghampakan...love it!
    😘

  • @maimmj
    @maimmj 3 года назад +5

    Dapat rasa 'sentuhan' Faizal Tahir dalam lagu ni... bila tgk description... yes! i knew it...

  • @hitamsibulus7013
    @hitamsibulus7013 3 года назад +15

    Lagu nya best dgr at Syamel topik..xbsabar nak tengok video klip lagu..mesti aummmm

  • @nissaryzal4291
    @nissaryzal4291 3 года назад +10

    semoga kekal bahagia sampai syurga bangmel dan kakninieeee 💕💕💕

  • @adilabeautylight2748
    @adilabeautylight2748 3 года назад +17

    Aaaaa soooo sweetnyaaaaaa geram dengar lagu ni comellllll

  • @MultiLeeyana
    @MultiLeeyana 3 года назад +8

    Kau yang selalu aku ceritakan pada Tuhan. Sweet 💕

  • @aidiliahilda
    @aidiliahilda 3 года назад +15

    Officially my fav song!!!! Congratulations lovebirds ❤️

  • @akhmaall
    @akhmaall 3 года назад +13

    upkan lagi trending!!!

  • @hanadzulkifli1992
    @hanadzulkifli1992 3 года назад +37

    "Kau yang aku selalu ceritakan pada Tuhan." - the best lines 💕

  • @jeliibunny
    @jeliibunny 3 года назад +10

    Sore power laki bini ni ...

  • @fauzipojie814
    @fauzipojie814 3 года назад +36

    xtau nk ckp mcm mne dh...selalunye kalo duet mgkin sorg yg bersuara sdap tp utk this couple kdua2nya bersuara sdap d power...mereka bdua ni bile bpasangan pon lagu boleh hits, sorg2 pun lagu boleh hits...sb mereka ade kualiti vokal d aura tsendiri

  • @muhammadaminuddin7853
    @muhammadaminuddin7853 3 года назад +5

    Comel je

  • @danielarif01
    @danielarif01 3 года назад +29

    Dia punya word GOODBYE tu perghhh international vibes teruss..LOVE IT

  • @sieratj5828
    @sieratj5828 3 года назад +10

    Best lagu nie...gabungan yg mmg letops BMKN

  • @browniescrispy5977
    @browniescrispy5977 3 года назад +47

    Lagu ni kalau masuk radio..n tengah main confirm terikut nyanyi..sbb bestttttttttt senang lekat

  • @erynaamylia3560
    @erynaamylia3560 3 года назад +5

    Sweet betul suara huwwaaaa

  • @smilerainvyna5408
    @smilerainvyna5408 3 года назад +45

    FT + Mike + Syamel + Ernie = booommmm!! Super great ❤️ fall in love 😍 😍 😍

  • @RithanVijay
    @RithanVijay 3 года назад +6

    Terbaiks 👍🏾👍🏾👍🏾

  • @kenjowanismail1141
    @kenjowanismail1141 3 года назад +51

    Insya Allah trending..dan juga bakal menang di hati peminat dan ajl..

  • @muhamadtarmizi3195
    @muhamadtarmizi3195 3 года назад +11

    Lagu dua org ni kna ulang2 bru jdi addicted haha...part chorus tu 😭 suka sgt2, comel sgt suara

  • @sitinurizzati6818
    @sitinurizzati6818 3 года назад +93

    "kau yang selalu aku ceritakan pada tuhan"
    Rasa macam nak nangis. This song hits different 😭

  • @asashroyhas1084
    @asashroyhas1084 3 года назад +8

    sweet sangat...

  • @muhammadshaznul1947
    @muhammadshaznul1947 3 года назад +73

    Buah tangan Faizal Tahir tak pernah mengecewakan. Melody yg selalu catchy, sesuai dgn zmn skrg.. versatile artist ever. Thumbs up bro !

  • @shahmizansajali3076
    @shahmizansajali3076 3 года назад +9

    Suara Ernie zakrie sumpah lain 😍

  • @muhdsyafiq551
    @muhdsyafiq551 3 года назад +33

    Fuhhh sedap ye . sekali dgr je dah tahu mesti ada touch FT dlm lagu ni . ❤️❤️ till jannah ErnieXSyamel

  • @kamilia7227
    @kamilia7227 3 года назад +8

    Melting la dgar suara dua2 dlm lagu ni..soft ja..btw muzik intro dia pon dah dpt detect ni lagu faizal tahir😆

  • @onceazwa8510
    @onceazwa8510 3 года назад +223

    Confirm meletop lagu ni! Melody dia pun bestt. Banyak kali ulang sebab sweet sangat hehe

    • @SyedRahman97
      @SyedRahman97 3 года назад +10

      Kan belum tayang dan masih premiere macam mana boleh kata dah dengar dan ulang lagu ni? 😅

    • @onceazwa8510
      @onceazwa8510 3 года назад +14

      @@SyedRahman97 kat spotify/joox dah release dulu dah

    • @alibatch806
      @alibatch806 3 года назад

      Tak best pun

    • @ajwadarif3009
      @ajwadarif3009 3 года назад +12

      @@alibatch806 tak best diam2 je bestie 😫🖐 bcs not ur taste

    • @uuyy9053
      @uuyy9053 3 года назад +6

      @@alibatch806 sian eh hater ni ade je nak comment kalau x suka tkleh ke bla je astu dah dtng sini