BRONZE MEDAL TVET 2024 | UPM Education & Training

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 21 окт 2024
  • Sijil Menyelamat Nyawa Bronze Medal (Life Saving Certificate):
    1. Tujuan: Sijil ini diperoleh untuk melatih individu dalam teknik penyelamatan nyawa di dalam air, CPR, pertolongan cemas, dan prosedur keselamatan.
    2. Latihan: Kursus ini menekankan kemahiran untuk menyelamatkan nyawa, termasuk cara mengendalikan situasi kecemasan di air, teknik menyelamat mangsa yang lemas, dan langkah-langkah keselamatan am di kolam renang atau pantai.
    3. Penggunaan: Mereka yang mempunyai Sijil Bronze Medal (Lulus penuh tanpa syarat) ini selayaknya bertugas sebagai lifeguard (penyelamat) di kolam renang, pantai, atau kawasan perairan.
    Manakala Lesen Jurulatih Renang (Coach License):
    1. Tujuan: Lesen ini diperoleh untuk melatih individu menjadi jurulatih renang yang bertauliah. Ia membolehkan mereka mengajar teknik renang kepada orang lain secara profesional.
    2. Latihan: Kursus untuk lesen jurulatih merangkumi teknik-teknik mengajar renang, program latihan, pengetahuan tentang anatomi dan fisiologi, serta perancangan sesi latihan yang efektif. Science Sport Level 1,2,3.
    3. Penggunaan: Mereka yang mempunyai lesen ini layak untuk mengajar renang kepada pelajar dari pelbagai peringkat umur dan keupayaan, serta menguruskan program latihan renang di kelab, sekolah atau persatuan.
    Kesimpulan:
    Walaupun sijil menyelamat nyawa sangat penting untuk keselamatan di air, ia tidak secara automatik menjadikan seseorang itu sebagai jurulatih renang bertauliah.
    Menjadi seorang jurulatih renang yang diiktiraf di Malaysia memerlukan latihan dan kelayakan yang khusus Sports Science Course Certificate Level I,2,3 exemption Certificate from ISN, Level 1, 2, 3 Sports Specific Course Certificate from the respective National Sports Association dan sebelum mendapat Sport Science level 1 perlu lulus ‘Coaches Of High Performance Education Programme ADEL WADA Cert’. Sekiranya coach tersebut memiliki certificate TO level 3,2,1 (MAS) adalah satu bonus, ini akan memantapkan lagi teknikal semasa memberi latihan untuk kejohanan.
    Oleh itu, penting untuk memahami dengan jelas perbezaan ini bagi memastikan standard dan pengajaran yang berimpak tinggi. Teruskan belajar dan jadilah orang yang berilmu dalam pelbagai bidang.

Комментарии •