Sotong Goreng Tepung Rangup anti-meletup, anti-tanggal dan homemade Sos cicah ala Thai

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 2 фев 2022
  • Kali ni Che Nom nak share resepi Sotong Goreng Tepung yang memang favourite semua orang dalam rumah, dan kalau pergi Kuala Perlis pun memang wajib order sotong goreng tepung nih. Che Nom akan share juga cara nak buat sos cili Thai homemade untuk dipadankan sekali.
    Nak sediakan hidangan ni biasanya ada 3 cabaran besar. Pertama tepung salut tak melekat. Kedua sotong meletop mcam bom bila goreng, ha takut kan. Dan ketiga..sotong liat pulak bila dah goreng tu.
    Resepi dan teknik yang Che Nom nak share kali ni, memang boleh elak dari ketiga-tiga perkara tu terjadi.
    Sotong akan bersalut elok aja bila digoreng, garing sekata dan tak meletop. Sotong pun sangat lembut bila dimakan. Tepung salutan pun sedap cukup rasa…krup krap kup krap hasilnya.
    //Bahasa Melayu
    -----------------------------------------
    Bahan untuk lembutkan sotong (untuk dibilas):
    400g sotong
    1 sudu kecil garam
    1 sudu kecil baking powder
    Bahan untuk tepung perapan:
    1 biji telur putih
    ½ sudu besar serbuk cili
    1 sudu kecil serbuk lada putih
    ½ sudu kecil serbuk lada hitam
    ½ sudu besar serbuk perasa Sedap
    1 sudu besar sos tiram
    ½ sudu kecil garam
    5 sudu besar tepung gandum
    5 sudu besar tepung jagung
    Sedikit air
    Bahan-bahan tepung salut:
    1 cawan tepung jagung
    1 cawan tepung gandum
    ½-1 sudu besar serbuk cili
    1 sudu besar serbuk perasa Sedap
    1 sudu kecil garam halus
    1 sudu kecil baking powder
    1 sudu besar tepung beras
    Bahan-bahan untuk sos cili Thai:
    2-3 tangkai cili merah
    3-4 tangkai cili padi
    3 ulas bawang putih
    2 cawan air
    1 biji perahan jus limau nipis
    ATAU 4-5 sudu besar cuka makan
    ½ sudu kecil parutan halia
    2 sudu besar sos ikan
    Akar ketumbar
    Air bancuhan tepung jagung
    2-3 sudu besar gula
    Sedikit garam
    //English
    -------------------------------------
    Ingredients for softening squid (to rinse):
    400g squid
    1 teaspoon salt
    1 teaspoon baking powder
    Ingredients for marinade flour:
    1 egg white
    ½ tablespoon chili powder
    1 teaspoon white pepper powder
    ½ teaspoon black pepper powder
    ½ tablespoon Sedap seasoning powder
    1 tablespoon oyster sauce
    ½ teaspoon salt
    5 tablespoons plain flour
    5 tablespoons cornstarch
    Some water
    Ingredients of coating flour:
    1 cup cornstarch
    1 cup wheat flour
    ½-1 tablespoon chili powder
    1 tablespoon Sedap seasoning powder
    1 teaspoon fine salt
    1 teaspoon baking powder
    1 tablespoon rice flour
    Ingredients for Thai chili sauce:
    2-3 stalks red chilli
    3-4 stalks birds eye chili
    3 cloves garlic
    2 cups water
    1 squeeze of lime juice
    OR 4-5 tablespoons of vinegar
    ½ teaspoon grated ginger
    2 tablespoons fish sauce
    Coriander root
    Cornstarch mixture
    2-3 tablespoons sugar
    A little bit of salt
    Instagram: bit.ly/CheNomInstagram
    Twitter: bit.ly/CheNomTwitter
    Facebook: bit.ly/CheNomFacebook
  • РазвлеченияРазвлечения

Комментарии • 328

  • @cikgumar5755
    @cikgumar5755 2 года назад +125

    Dh buat semalam.mmg terbaik.plg rangup yg pernah sy buat.terima kasih cik nom ats resepi.

    • @CheNom
      @CheNom  2 года назад +14

      Terima kasih Cikgu Mar sudi cuba resepi Che Nom dan bagi feedback ❤️

    • @faizal3055
      @faizal3055 2 года назад +1

      @@CheNom resepi xsedap...jijik

    • @muhammadfirdhaus1518
      @muhammadfirdhaus1518 2 года назад +1

      @@faizal3055 xpyh tgk tahi

    • @shakilashakila534
      @shakilashakila534 2 года назад +5

      @@faizal3055 ada jugak manusia xde adap camni,dengki le tu boo 👎

    • @yusnorwatiyusup3583
      @yusnorwatiyusup3583 2 года назад +4

      @@faizal3055 dengki channel dia x ada org tengok..🤣🤣

  • @jimio5832
    @jimio5832 2 года назад +8

    Cek Nom nie very talented dan bercaliber.
    Susah skrg kalau nak cari calon yg ada personality mcm Cek Nom . Kalau lihat dari segi carrier , Cek Nom layak utk jadi Assistant Head Chef.
    😅😃 Memandai jer saya ni 😂😂😂

  • @dinitajudin5952
    @dinitajudin5952 2 года назад +11

    Chenom moga Allah permudahkan semua urusan chenom. Sy dah try ni tadi, selama ni goreng pakai tepung bestari, dulu ok tapi bila dah try resipi chenom ni, ya Allah jauh lebih cantik dan sedap kejadiannya. Dahla bahan pun mmg mudah dan tak complicated, goreng pun tak meletup. Lebih rangup, dan kurang berminyak!!! Happy satu family makan tadi, ni fav keluarga, syukur alhamdulillahhh. Terima kasih chenom.

  • @mohdsaifullizanmohdjanis5637
    @mohdsaifullizanmohdjanis5637 2 года назад +10

    Che Nom, saya buat semalam. Memang jadi, rangup...alhamdullilah family suka. Masa goreng ada la meletop 2x, tu pun sbb air titik dari tangan saya yang basah; bukan sotong :). Kena buat lagi lepas ni. Syabas Che Nom!

  • @jelehaamat4666
    @jelehaamat4666 2 года назад +46

    Wa'alaikum salam cik Nom.dan semua pengikut cik Nom , semuga Allah memberi Kita semua rezeki kesehatan dan kebahagian di berkahi hidup dlm menjalani kehidupan dlm bulan Rejab suci ini. Yummy snacks ranggup sambil menimati pagi yang cerah ini. Tks cik Nom.

    • @CheNom
      @CheNom  2 года назад +7

      Semoga Allah kurniakan kesihatan dan keberkatan kepada Jaleha juga.

    • @ellina6085
      @ellina6085 2 года назад +2

      @@CheNom maaf sotong akan meletup setiap kali mama sy buat

    • @mohdbatcha6811
      @mohdbatcha6811 2 года назад

      Aamiin

    • @ziafandi3886
      @ziafandi3886 2 года назад

      Aamiin aamiin aamiin yaa rabbal'alamiin 🤲🏽💖

  • @hanyathyra2960
    @hanyathyra2960 Год назад +4

    Resepi che nom mostly bahan bahan nya banyak & compleceted skt berbanding daripada channel org lain , tp sedap !

  • @akmalaarif
    @akmalaarif 2 года назад +15

    buat kuah buttermilk/salted egg pun sedap makan sotong goreng tepung 😍😍😍

  • @_Qanaah
    @_Qanaah 2 года назад +14

    Anak kampung hadir ce mom,semoga sehat terus yah biar bisa berbagi resep yang selalu menginspirasi.
    salam dari Indonesia

  • @qeefthaqeefah4431
    @qeefthaqeefah4431 2 года назад +5

    Sayaa pun dah try semalam! Masha allah mmg sedap sgttt walaupun x letak kunyit! It’s crunchy and it tastes amazinggg!

  • @shahjulai
    @shahjulai 2 года назад +2

    Waalaikumussalam wbt. Sedapnya sotong goreng tepung. Bunyi krut krut krut..

  • @anisathirah7392
    @anisathirah7392 2 года назад +14

    Saya dah buat 2/3 kali dah guna resepi ni, sedappppp sgt2 🥰, tq che nom utk tips & resepi, mmg menjadi😍😍

  • @rizzdz5162
    @rizzdz5162 2 года назад +4

    Ya allah sedapppp nya tengok..lama x mkn sotong goreng tepung kat kuala perlis 😩..

  • @cincabouya
    @cincabouya 2 года назад +5

    Sy dh cuba. Sotong tak meletup, crunchyyy. Lepas letak baking soda, memang betul sotong jadi besar. Thank you Che Nom !

  • @seriyalsamah3236
    @seriyalsamah3236 2 года назад +3

    Kalau lepas goreng macamni, tumis bawang putih dgn salted egg, kasi gaul dalam kuali, syiokkk tau che nom, musim candat saya selalu buat, saja share dengan che nom 😘

  • @ddapuribusaiffiyamani509
    @ddapuribusaiffiyamani509 2 года назад +2

    Bunyi Che nom mkn pun dah rangup....mmg sedap ni

  • @aminahaminahabdrahim89
    @aminahaminahabdrahim89 2 года назад +2

    Kalo buat nasi lemak .suka sgt ada sotong goreng tepung..yg kepala sotong tu yg best klo goreng

  • @jayatissa6028
    @jayatissa6028 2 года назад +8

    Wow..teringan nak makan masakan Che Nom! Penerangan begitu jelas dan mudah untuk difaham. Sangat tenang

  • @jinbei49
    @jinbei49 2 года назад +2

    Ya Allah.. laparlah pulak tgk mlm2 ni.. hujan pulak tu.. bercerut2 perut ni.😋😋👍👍

  • @jedngaun8445
    @jedngaun8445 2 года назад +2

    Slain tgk rsepi, sy tgk prkakas2 c.nom. comel balang2 rempah

  • @hyorin4557
    @hyorin4557 2 года назад +13

    Made this last night. Alhamdulillah it's taste great. Barakallahu feek Che Nom ☺️

  • @hazwaniabdrazak1783
    @hazwaniabdrazak1783 2 года назад +3

    Mmg sedap sgt dah buat berkali2 ranguppppppppp

  • @FitriaSafaaz
    @FitriaSafaaz 2 года назад +3

    Maa syaa Allah... Sedapnya masakan ce nom... Laparrr.. jadinya ..

  • @naddylinn
    @naddylinn 5 месяцев назад

    Suka sgt tgk resepi che nom, penuh dgn tips dan insyaAllah mmg elok kejadian. Sy yakin che nom bekerja sgt keras dibalik tabir utk dptkan the best recipe for best outcome bfore share kn dgn viewers. Moga Allah mudahkan urusan che nom and limpahkan rezeki yg berkat sbb che nom dah byk mudahkan urusan org. ameen

  • @jennymeefongui9215
    @jennymeefongui9215 2 года назад +4

    Thank you for sharing the recipe👍👍👍🙏. Memang sedap dan rangup.

  • @shaf8985
    @shaf8985 2 года назад +3

    alhamdulillah terbaik resepi dr che nom

  • @DapurBiru
    @DapurBiru 2 года назад +62

    Favourite saya sotong goreng tepung 😍

  • @jaytukangpaip3206
    @jaytukangpaip3206 2 года назад +3

    sedapnya Che Nom.. terima kasih kongsi ilmu nanti nak cuba buat

  • @rosmizahkeman1031
    @rosmizahkeman1031 2 года назад +1

    Waalaikumussalam wbt kepada semua yang memberi salam... Alhamdulillah walaupun lambat dapat juga tengok perkongsian resepi dari Che nom... terima kasih dan sayang Che nom...moga kita semua terus berada dalam kebaikan in Shaa Allah.

  • @zubaidahmdpuat3296
    @zubaidahmdpuat3296 2 года назад +2

    Sedapnyaaa.. favourite saya ni che nom..thanks for the recipe!

  • @vrindarindq4406
    @vrindarindq4406 2 года назад +1

    Bestnya my favorite resepi. Thank you

  • @liyanamansor1161
    @liyanamansor1161 8 месяцев назад +1

    Trma ksh,che nom Mmg jdilarr..rangup. happy Mr. Asben mkn. Plg suka yg tips sotong X Liat. Mmg betul

  • @manikamkalbu2259
    @manikamkalbu2259 2 года назад +3

    Terimakasih berbagi resepi Che Nom. Moga murah rezeki selalu

  • @hamsahsuidi935
    @hamsahsuidi935 Год назад +2

    Terimakasih diatas perkongsian resepi nya semoga dimurahkan rezeki... Aamiin2 YRA

  • @fruits561
    @fruits561 2 года назад +1

    Sedapnya,bunyi krap krup tu dah meleleh air liur

  • @zaihamid78
    @zaihamid78 2 года назад

    Alhamdulillah..
    Tkasih Cik nom share resipi

  • @noorazizahnasarudin9250
    @noorazizahnasarudin9250 2 года назад +2

    Terima kasih berkongsi resepi kesukaan saya yang sedap menyelerakan ini

  • @kashturijessica9154
    @kashturijessica9154 Год назад +1

    Hi Che Nom, saya baru je cuba resepi nie dengan nasi lemak. Sedap dan memang menjadi. Terima kasih!

  • @dietair1gayungtiaphari191
    @dietair1gayungtiaphari191 2 года назад +2

    Hmmm makcik pandai masak sedap² ni😋

  • @Morry_N.G
    @Morry_N.G 2 года назад +3

    wah resepi yang mantap kawan 👍

  • @karlzainal7935
    @karlzainal7935 2 года назад +2

    Sedap menu tu Che Nom..😜👍👍⭐⭐⭐⭐⭐
    Tq share resepi yg terbaik..
    😊👍👍⭐⭐⭐⭐⭐

  • @atiqahzin4650
    @atiqahzin4650 2 года назад +1

    Tq che nom!! Resepi menjadi Alhamdulillah 😍

  • @aleyamaisarah7346
    @aleyamaisarah7346 2 года назад +7

    Saya suka lh tengok cek nom masak,saya selalu buat karipap pusing ikut cara cek nom,suami cakap sedap, terima dh berkongsi resepi,salam dari Sarawak 🤗😍

  • @iamaku60
    @iamaku60 2 года назад

    Sedapnya ... marbeles la che nom... terliur dgr bunyi krup krap krup krap tu...

  • @chenorsiah3233
    @chenorsiah3233 Месяц назад

    t.kasih beri resepi sotong celup tepung.terbaik puan cik nom.

  • @dalilahmustafa1422
    @dalilahmustafa1422 2 года назад +1

    Sedap dan rangup 🐙 nye memang terbaik Che nom. Akk doakan semoga dimurahkan rezekinya. Tqvm bye

  • @geeroziah1476
    @geeroziah1476 26 дней назад

    Dh try. Ikut smua pesanan che nom..jd elok. Letak sekali mkn ja trus abih smua.Alhamdulillah. Timaksih che nom. Smoga che nom sntiasa dlm lindungan Allah..❤❤❤

    • @CheNom
      @CheNom  24 дня назад

      😄👍👏

  • @nasyitamohamed5380
    @nasyitamohamed5380 2 года назад +1

    AlhamduliLlah menjadi! Terima kasih Che Nom👍🏼

  • @abemattvchannel171
    @abemattvchannel171 2 года назад +1

    Alhamdulillah... Boleh cuba nanti...

  • @alan058
    @alan058 2 года назад +1

    memang meletuplah menu che Nom👍👍

  • @norainisenik3736
    @norainisenik3736 2 года назад

    Esok nk Cuba resipi Che Nom plk, TQ Che Nom

  • @sarahdin566
    @sarahdin566 2 года назад +1

    ❤️❤️🙏👍Cik nom terbaik, enak, ranggup, sedap..... 👌✌️😍

  • @LizaHassan752
    @LizaHassan752 11 месяцев назад

    Tq Che Nom share resepi sotong goreng

  • @mohdnasir660
    @mohdnasir660 Год назад

    Wow sedap nampak nya terima kasih che nom

  • @ydajeffrey3761
    @ydajeffrey3761 2 года назад +1

    Kebetulan cari resepi sotong goreng tepung...nk cuba resipi ni pulak...best2 resipi che nom..smlm buat bihun singapore..esok nk buat lasagne pula..tq che nom..🌹

  • @ChopChopRecipes
    @ChopChopRecipes 2 года назад +3

    Hi my friend,..Wow, that's an awesome & interesting recipe, thanks for sharing 👍 😀 you r the best!!@😍😋yup super tasty!

  • @rosminahbaharun836
    @rosminahbaharun836 2 года назад +12

    Waalaikumsalam Che Nom..moga sentiasa d beri kesihatan dan terus menjadi guru masakan utk semua..salam Jumaat penuh berkah

  • @hananiizyan7513
    @hananiizyan7513 2 года назад +1

    First time cuba menjadii alhamdulillah terima kasih che nom

  • @imranmohamad3105
    @imranmohamad3105 2 года назад

    Wasalam...sdp tu, tksh Che Nom

  • @damiaqaisara4899
    @damiaqaisara4899 2 года назад +2

    Che nomm... favorite sya niii😍

  • @zainabbaharon4735
    @zainabbaharon4735 2 года назад +4

    Alhamdulillah dan terima kasih Che Nom utk resepi dn tips. Makanan kegemaran ramai ni! 😍😍😍

    • @CheNom
      @CheNom  2 года назад +1

      Sama-sama Zainab, jangan luba bagi feedback lepas cuba

  • @KAMARUNSAIPUDDINBINMOHAMED
    @KAMARUNSAIPUDDINBINMOHAMED 2 года назад +1

    memang favourite ni che nom..tq kongsi resepnya..

  • @azaliahjsalleh
    @azaliahjsalleh 2 года назад +1

    Syglah kat chenom. Thank you tau bg resepi 💞💕🥰

  • @sarifahsalmah5374
    @sarifahsalmah5374 2 месяца назад

    Insyaallah nk cuba. Sllu saya buat, beli tepung yg dijual dipasaraya je. Terima kasih che nom.

  • @azlindamahamud4515
    @azlindamahamud4515 5 месяцев назад

    Wahh first time saya cuba.. memang mendapat pujian sekeluarga❤. Siap buat ratah2 lagi. T.kasih che nom!

  • @cikyativlog5275
    @cikyativlog5275 2 года назад

    Amboi menggoda bunyi kriuk sotong goreng che nom. 😋😋

  • @cucumber7878
    @cucumber7878 2 года назад +2

    Sangat rangup, walaupun mahal seorang hanya dapat 5 saja hirisan sotong.
    Janji adil merasa setiap seorang

  • @juainaar7642
    @juainaar7642 2 года назад +1

    Esok kena cuba resipi ni!!

  • @rushdaadilahyunus8966
    @rushdaadilahyunus8966 2 года назад +2

    Sedapnya Che Nom..kena p cari sotong ni..sekilo tak cukup kalau makan ramai2 ni..tq share resepinya..😋😋

    • @CheNom
      @CheNom  2 года назад +1

      Memang tak cukup sekilo ni, tapi sotong mahal sangat sekarang ni.

  • @SeharianBersamaNorisah
    @SeharianBersamaNorisah 2 года назад +1

    Waahh sedappnya...terima ksih resepinya...moga sihat² dan sukses selalu...Aamiin...

  • @FateHuh
    @FateHuh 2 года назад +2

    Thanks che nom...betul lembut, sedap dan rangup!

  • @hazirimatyieyie6594
    @hazirimatyieyie6594 11 месяцев назад +1

    Semoga Panjang umur Che Nom

  • @norsiti2453
    @norsiti2453 2 года назад +1

    Masya allah mantap cik nom.nk coba lah

  • @norainisenik3736
    @norainisenik3736 2 года назад

    Lps maghrib td sy pun buat sotong goreng tepung tp follow resipi abang sado, pun sdp

  • @latifasalim9886
    @latifasalim9886 2 года назад

    wow sedap nampak nak buat lah

  • @masujiyulida473
    @masujiyulida473 2 года назад +2

    Alhamdulilah finally tahu secret mcm mana nak goreng sotong,coz klu goreng sotong tak perna menjadi.
    Thank you for resepi che nom 👍👏👏👏😋

  • @fatimahhashim2637
    @fatimahhashim2637 2 года назад

    Dahsyat che nom nama resepi..kihkih😂😂😂😂

  • @farishachantek9534
    @farishachantek9534 Год назад

    Tqvm Che Nom. Rangup dooh

  • @fizahsemprit4804
    @fizahsemprit4804 2 года назад +1

    Alhmdulillah tq che nom..
    Semua resepinya menjd... siap buat jualan lg

    • @CheNom
      @CheNom  2 года назад

      Alhamdulillah ☺️

  • @winariz3692
    @winariz3692 2 года назад +12

    masyaAllah Nampak Sedap resipi nie,tengok pas puasa rajab dengar kriuk Che Nom try dah tak sabar Nak try Dan Kemaren saya dah try resipi brownie wow MantuL ( Mantap BetuL ) Terimakasih Che Nom untuk Semua Resipi tak Pernah Gagal dan Sedap Semua Sukses Selalu buat RUclips Chanel Che Nom dan Sehat Selalu Buat Che Nom sekeluarga Beserta para Pekerja Che Nom

  • @arniahhamid3004
    @arniahhamid3004 6 месяцев назад

    Sedap che nom❤

  • @MrDantevergil90
    @MrDantevergil90 2 года назад +2

    best family che nom makan sedap2 hari2 :'(

  • @greenyellow1200
    @greenyellow1200 2 года назад +1

    YUMMY 🥰
    SEHINGGA MENJILAT JARI 😋

  • @fafau9022
    @fafau9022 2 года назад +208

    Cik nom boleh kembangkan dulu telur putih untuk dapatkan salutan tepung Yang lebih rangup Dan tak padat.. sekadar perkongsian☺️👍

    • @CheNom
      @CheNom  2 года назад +46

      Terima kasih share. Nanti Che Nom nak cuba

    • @azizahabwahab3969
      @azizahabwahab3969 2 года назад +8

      Tq che nom

    • @cikkkzatye3180
      @cikkkzatye3180 2 года назад +15

      betul..saya buat mcm tu. pukul putih telur sampai kembang..hasil dia memang ranggup

    • @syaidatulsyazani8888
      @syaidatulsyazani8888 2 года назад +1

      telur putih je ke atau kuning sekali

    • @fafau9022
      @fafau9022 2 года назад +4

      @@syaidatulsyazani8888 telur putih je

  • @wawayusof2556
    @wawayusof2556 2 года назад +2

    Sedap Nyer...❤️❤️❤️

  • @yasminleonne2679
    @yasminleonne2679 Год назад

    New subscribers here 👋 Saya dah try resepi Che Nom. SubhanaAllah memang sedap.. Terima kasih share recipe ni 😍

  • @juainaar7642
    @juainaar7642 2 года назад

    Terima kasih Che Nom. Sy dah cuba resipi ni. TERBAIK..RANGUP, LEMBUT DAN AMAT SEDAP. !! Mmg kegemaran famili ! 🤗🤗🤗

  • @athirahahmad5065
    @athirahahmad5065 2 года назад

    Tq che nom! Da lma teringin buat

  • @anakabahwawa
    @anakabahwawa 2 года назад

    Wahhh.. menjadi laaa....saya sukeeee

  • @ruzanabintisarmujisarmujib4451

    Terbaik la masakan Che nom

  • @ENCIK_DM
    @ENCIK_DM 2 года назад +1

    Wow! Channel ni dah nak sampai 2juta sub.👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻

  • @aidarahman8808
    @aidarahman8808 2 года назад +1

    Lama mencari vid sotong goreng salut dr CN.. Akhirnye dah dpt💖 Tq CN. Sgt suka ikuti resepi2 CN. Semuanye sedap😋 Trbaru haritu bt asam pedas ikut resepi CN...puas hati

    • @CheNom
      @CheNom  2 года назад +1

      Sama-sama Aida, Insyallah sedap sotong tepung ni, family Che Nom pon suka.

  • @aad8513
    @aad8513 2 года назад

    Best ni , thanks for the sharing👍

  • @HikariChanJr
    @HikariChanJr 2 года назад +2

    Yummy sedapnya... thanks Che Nom sebab selalu share resepi best best.

  • @noraniawang4410
    @noraniawang4410 Год назад

    Dah cuba memang sedappp.. 😋

  • @hairulhazrina4563
    @hairulhazrina4563 2 года назад +4

    Tq Che Nom... resepi... my wife suka... boleh test buat... terbaik..

    • @CheNom
      @CheNom  2 года назад +1

      Recommended sangat untuk cuba 😊

  • @user-hi9lj1ur6q
    @user-hi9lj1ur6q 10 месяцев назад

    ... Che Nom.... " Memang is the Best.... 👍👍🙏🙏😊

  • @armandarm5017
    @armandarm5017 2 года назад +2

    Che Nom share apa2 resipi semua mesti buat kecur liur.. 🤤🤤

  • @rahimahmdjali5380
    @rahimahmdjali5380 2 года назад +1

    Terima kasih Che Nom atas perkongsian resepi dan tips. Semuga Che Nom dikurniakan Allah sihat tubuh badan dan berkelimpahan rezeki, dpt berbahagi dan berkongsi resepi2 lagi dgn kami. Salam bahagia di hari Jumaat yang penuh barokah ini💞💞💞

    • @CheNom
      @CheNom  2 года назад +2

      Sama2. Salam Jumaat dan semoga murah rezeki kita bersama 😊

  • @amaesthetic8915
    @amaesthetic8915 2 года назад +1

    semua recipe Che Nom, menjadi lah! OMG thanks! sedap sangat!

    • @CheNom
      @CheNom  2 года назад

      🥰 👏 Terima kasih cuba

  • @nadiapop2
    @nadiapop2 2 года назад

    Sedapp da tryy sotong mmg lembut walaupun sotong kite yg size besar. Love you🥳🥳