DOA DHUHA (x3) Lirik Rumi (HD PICTURES)

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 31 окт 2020
  • 1. Waktu Solat Dhuha
    Waktu dhuha ialah diantara setengah jam selepas waktu syuruk.
    Manakala waktu tamat Solat Sunat Dhuha adalah ketika matahari tegak di atas kepala iaitu lebih kurang 9 minit sebelum masuknya waktu Zuhur.
    2. Niat Solat Dhuha
    Lafaz niat solat sunat dhuha adalah seperti berikut:
    Usholli sunnatad-dhuha rak’ataini lillahi ta’alaa.
    Maksudnya:
    Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah ta’ala.
    3. Rakaat Solat Dhuha
    Solat sunat dhuha boleh dikerjakan sebanyak dua, empat, enam atau lapan rakaat - dengan setiap 2 rakaat 1 salam.
    "Diriwayatkan daripada Aisyah RA bahawa beliau ditanya tentang bilangan rakaat solat dhuha yang dikerjakan oleh Baginda.
    Maka beliau menjawab Baginda bersolat sebanyak empat rakaat dan menambah lebih daripada itu jika Baginda kehendaki."
    4. Sunnah Dalam Solat Dhuha
    🌸Pada rakaat pertama, seperti biasa bacalah surah Al-Fatihah terlebih dahulu.
    Selepas selesai surah Al-Fatihah, ikuti pula dengan bacaan surah Asy-Syams.
    🌸Pada rakaat kedua, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Ad-Dhuha.
    Atau
    Selain daripada dua surah di atas, anda juga boleh membaca surah al-kafirun dan al-ikhlas.
    Song : Doa Dhuha
    Artist : Unic
    Pictures & lyrics : Google

Комментарии •