REVIEW | Fishing rod RELIX SURF POWER | 18 JULAI 2020

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 19 июл 2020
  • Salam sejahtera sahabat-sahabat GKPP, hari ini, saya serba sedikit ingin berkongsi pendapat peribadi mengenai joran RELIX SURF POWER. Buat ketika ini, saya hanya buat review untuk joran yang dimiliki secara peribadi oleh saya.
    Seperti yang kita tahu joran Banax Scorpion/ kala jengking merupakan salah satu jenama legend bawah edaran TCE Tackles suatu ketika dahulu. Memang ramai nak cari termasuk saya, namun apa yang saya sempat rembat daripada TCE Tackles adalah Banax Tornado 500( 16.5 kaki) pada tahun 2014.
    Namun, ada satu ketika dahulu, saya turut menjenguk kedai pancing lain, dan ternampak ada sebatang joran yang luarannya sangat cantik menawan.. Testing pun tak, terus saya ambil letak dekat kaunter, minta bos tolong kira, saya nak bayar dan beli terusss.. Apalah jenis SAKA yang mengena saya ini sampaikan saya tak tengok seketika..😓🤣😖 Ingatkan Banax Scorpion.. rupanya bukan. Bila dah tiba padang pancing, dan testing joran semua, barulah hilang saka tersebut..hmm
  • СпортСпорт

Комментарии • 76

  • @DakZamFishing
    @DakZamFishing 4 года назад +1

    Like.. terbaikk masta branden.. sentiasa memberi info2 yg terbaik dan berguna. Kipidap masta..

  • @syahirahsayuti9566
    @syahirahsayuti9566 4 года назад

    terbaikkk branden sdh like di fb skali

  • @AnglerMuaroLasak
    @AnglerMuaroLasak Год назад +2

    Saya suka rod yg lentur kayak rod nya abang ni. Tapi mengontrol nya agak sulit la.. Soalnya jorannya bergegar(melantun balik). Macam abang kata
    Salam dari negara tetangga🇮🇩 😁👍🙏

  • @pancingminiawas5454
    @pancingminiawas5454 3 года назад

    Mantap sifu👏👏👍🎣😊🤝

  • @penghunikampung4649
    @penghunikampung4649 4 года назад

    Padu bos

  • @nashriqnazree937
    @nashriqnazree937 4 года назад

    Terbaik

  • @MhdAfiq98
    @MhdAfiq98 4 года назад

    Terbaikk

  • @mawijoran749
    @mawijoran749 4 года назад

    Mantapppp

  • @abylimfishinghunter4066
    @abylimfishinghunter4066 3 года назад

    Mantap infonya sahabat ku..
    Aku suka banax scopio..😅
    Jumpa lagi ya sahabat lama..

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 года назад

      Hahaha! Salam bang,dan terima kasih kerana sudi jenguk saya di sini! Hehe patut nampak macam kenal je kan!🤣

  • @azmiramir7654
    @azmiramir7654 3 года назад

    bro...buat review seahawk crew surf boleee taaaa.....???

  • @mawijoran749
    @mawijoran749 4 года назад

    Joran padu

  • @sugirmansalleh7875
    @sugirmansalleh7875 4 года назад

    bro bleh x buat video test rod bossna surf

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 года назад +2

      Salam bang! terima kasih atas cadangan anda, saya boleh buat, tapi itupun kalau ada peluang. Secara jujurnya saya telah menganggur selama 2 minggu dan masih mencari pekerjaan. Sebab kalau bab review joran setakat ini saya hanya buat untuk joran yang dimiliki sepenuhnya oleh saya, dan tidak meminjam atau ditaja oleh mana2 pihak.
      SAya memiliki 11 joran pantai dan kebanyakkan adalah daripada jenama Banax dan Xpuyu. Saya belum pernah memilik sebarang joran daripada jenama Daiwa, Shimano mahupun Bossna. Tapi saya rasa bossna harga dia memang keras kan bang ?
      Tapi ye lahh sebab dah minat bab perkongsian rakaman mancing ini jadi hasrat saya memang nak kerja di kedai pancing.. Saya dah cuba mohon dekat TCE tackles dan masih setia menunggu berita baik. Memang susah sikit takde pendapatan banyak sepanjang bulan ini.. Nak beli rod baru, tapi terpaksa batal hasrat. hmmm.. Tapi apa2 pun, bagi saya pemuatnaikkan rakaman harus diteruskan, walaupun sekadar memaparkan trip memancing. Kalau lah boleh mula jana pendapatan melalui RUclips ini, saya pasti akan beli setiap joran dan buat review berkenaan dengannya. Tapi apa-apa pun, kalau saya ada rezeki suatu hari nanti, saya pasti akan beli rod tersebut dan buat review ye :)

  • @muinsani1773
    @muinsani1773 4 года назад

    Pada pandangan sy... Lelaki dr pertandingan tu... Luntaran dia x bergegar.... Dya terus zapppp

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 года назад

      yup, saya ingat lagi bunyinya memang agak kuat, tapi nampak macam melantun balik mungkin sebab dia pakai 15 kaki panjang

  • @amysyaz4616
    @amysyaz4616 2 года назад

    Abng Branden try review Rod shimano nexave 450🙏

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  2 года назад +1

      salam bang! buat ketika ini saya tiada rezeki dan belum ada gaji yang secukupnya untuk melamar joran shimano nexave, namun daripada saya kata tidak tahu langsung, saya telah cuba untuk cari dan selidik komen2 daripada sahabat ngail kita juga di Facebook , yang mengatakan bahawa SHIMANO NEXAVE SURF
      1) Pucuk lembut
      2) Medium ( sesedap balingan)
      namun saya TIDAK NAMPAK lagi komen yang mengatakan jorannya keras kejung~ justeru saya rasa memang betul, sebab saya pun dah selidik berat yang boleh ditampung oleh joran SHIMANO NEXAVE ini adalah sehingga 225gram dan selalunya kalau berat ladung yang boleh ditampung adalah contohnya, sehingga 200gram atau 225gram (apa2 yang bawah 250gram) memang jorannya lembut sikit bagi pendapat peribadi saya~
      Joran GTECH SWIN SURF yang berat boleh ditampung sehingga 300gram lebih keras kejung dan tidak melantun balik~
      kalau ditanyakan saya, memang saya lebih minat GTECH SWIN SURF sebab ianya keras kejung dan harga saya beli 3 tahun lepas adalah sekitar rm 530+ je~
      joran shimano nexave ini sekitar Rm690+ kan bang?
      saya sediakan sekali pautan pada posting dan komen2 sahabat2 kita mengenai joran shimano nexave ini ye! abang boleh rujuk di sini juga~
      facebook.com/groups/brandenfishing1993/posts/1608276442860752/

  • @The_Lyrics88
    @The_Lyrics88 3 года назад

    Review kamikaze pro fighter 390🙏

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 года назад

      salam bang! andai kata saya telah cukup bajet atau berhasrat untuk beli mana2 joran baru, saya pasti akan review berkenaan dengannya! buat ketika ini saya kekurang bajet dan tiada yang sudi taja saya joran lagi.. hahaha~

  • @zainulabidin9709
    @zainulabidin9709 4 года назад

    Salam bro,tlg suggest brand joran 14 kaki keatas yg padu dan sesuai utk penglibas joran level hardcore punya.tq

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 года назад +2

      Salam bang! baik, semua ini merupakan sekadar pendapat peribadi saya ye, sebab saya telah memiliki 11 joran pantai buat masa ini dan yang terbaik buat masa ini, bagi saya adalah BANAX FORMULA SURF(RM350+) dan G TECH SWIN SURF. (RM535+) Kedua2 model ini ADA MODEL 14 KAKI.
      Sebabnya:
      1)TIdak melantun balik
      2)Keras dan padu sekali
      3) Berat maksimum yang boleh ditampung adalah 300gram)
      4) Saya baling macam mana kuat pun dia tak akan patah. (sebenarnya ada kes patah, tapi jenama murah2 harga joran pun sekitar RM150+ je)
      Dengar kata Shimano Swingcast (warna merah metallic) juga keras, tapi saya tengok pemegangnya macam besar je, susah nak grip. Danm harganya pun agak keras iaitu RM850+
      Saya yakin ada lagi jenama atau model di luar sana yang sewaktu dengannya cuma saya belum mempunyai peluang untuk membeli serta membuat review sebab saya pun tengah menganggur selama 2 minggu sebenarnya, tapi dah cuba pohon kerja dekat TCE Tackles harap2 diorang akan menerima saya.

  • @rafimatakhir3954
    @rafimatakhir3954 2 года назад +1

    Nak tanya abg..klau rod relix suft power tu boleh mancing pari mega2 tak

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  2 года назад +1

      Salam bang! Sebenarnya semua rod pun tarik pari, namun dia tengok pada kekuatan, dan kekerasan joran anda~ setahu saya, Banax formula yang paling terpadu dan terkeras bagi saya buat ketika ini, batu saiz 8 masih boleh ditampung sebab depannya keras kejung, tapi apabila ikan bersaiz 3,4 jari jamah umpan, memang tidak terasa sangat perlawanan nya~
      Apa2 pun, bagi saya, relix surf ini cuma yang cantiknya warna luaran dan cincinnya, yang lain semua out...
      Relix surf ini juga agak lembut.. kalau betul kena pari atas 10kg pun saya rasa makan masa dan payah sikit nak naik.. mujur saya dah tak pakai lagi, saya bagi je ayah saya pakai.. kurang sedap dan lembut bagi saya..😁😁

  • @jamaliahali9682
    @jamaliahali9682 Год назад

    Hai bos,biasa guna tali berapa lb...kalau untuk surf cast

  • @barokahmarmer5054
    @barokahmarmer5054 3 года назад

    Bos joran banax yang tipe apa yang bagus bos

  • @bajulusuh2208
    @bajulusuh2208 4 года назад

    Pakcik ada yg 15 kaki..
    Setakat ni xde masaalah untuk pakcik buat balingan

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 года назад

      Terbaik pakcik! Teruskan pemakaian nya, cuma untuk banax formula 15 kaki saya belum ada cukup kudrat sebab agak berat, boleh tapi pinggang letih sikit..

  • @longizz4672
    @longizz4672 4 года назад

    Rod ni lembut cikit sipo

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 года назад

      Salam, betul tu bang, kurang gemar, tapi bila dah lama2 dalam kedai pancing tu saka pun datang menyerang saya.. bahaya2.. hahaha

    • @longizz4672
      @longizz4672 4 года назад

      @@GroupKakiPancingPantai hahahahahhaha... Saka kedai mancing mmang kuat...terbang rm500 adehh

    • @parkji659
      @parkji659 4 года назад

      hai masta....pde pndapat peribadi saye kluaran relix surf rod pling keras adelah model relix beach surf 15kki.tp klemahan nye ia berat sedikit.mngkin sebab reel seat nye jenis yg boleh laras...

  • @amysyaz4616
    @amysyaz4616 2 года назад

    Klau Rod shimano nexave okay x. Sbb kita nak try beli

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  2 года назад +2

      salam bang! buat ketika ini saya tiada rezeki dan belum ada gaji yang secukupnya untuk melamar joran shimano nexave, namun daripada saya kata tidak tahu langsung, saya telah cuba untuk cari dan selidik komen2 daripada sahabat ngail kita juga di Facebook , yang mengatakan bahawa SHIMANO NEXAVE SURF
      1) Pucuk lembut
      2) Medium ( sesedap balingan)
      namun saya TIDAK NAMPAK lagi komen yang mengatakan jorannya keras kejung~ justeru saya rasa memang betul, sebab saya pun dah selidik berat yang boleh ditampung oleh joran SHIMANO NEXAVE ini adalah sehingga 225gram dan selalunya kalau berat ladung yang boleh ditampung adalah contohnya, sehingga 200gram atau 225gram (apa2 yang bawah 250gram) memang jorannya lembut sikit bagi pendapat peribadi saya~
      Joran GTECH SWIN SURF yang berat boleh ditampung sehingga 300gram lebih keras kejung dan tidak melantun balik~
      kalau ditanyakan saya, memang saya lebih minat GTECH SWIN SURF sebab ianya keras kejung dan harga saya beli 3 tahun lepas adalah sekitar rm 530+ je~
      joran shimano nexave ini sekitar Rm690+ kan bang?
      saya sediakan sekali pautan pada posting dan komen2 sahabat2 kita mengenai joran shimano nexave ini ye! abang boleh rujuk di sini juga~
      facebook.com/groups/brandenfishing1993/posts/1608276442860752/

  • @santanasutisna405
    @santanasutisna405 2 года назад

    Sabaraha harganya bos

  • @fatrafatraedriansyahiskand5561
    @fatrafatraedriansyahiskand5561 2 года назад

    Bos..utk joran 18ft
    Batu ladung berapa gram sesuai klu guna benang 50lb

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  2 года назад +1

      salam bang! kebiasaannya kita pakai batu saiz 5 untuk joran pantai. atau kalau dalam gram, ianya adalah sekitar 120-130gram.
      Biasa saya menggunakan saiz 4 atau sekitar 120gram, ringan sikit daripada biasa untuk MEMANJANGKAN lagi jangka hayat joran, sebab apa ? sebab saya suka libas kuat~ tali utama saya adalah 30lb, jenama sougayilang daripada shopee.
      tapi kalau tali dah tebal 50lb, biasa kena pakai batu saiz 5,6 baru dia boleh pergi jauh sikit, tapi berat batu yang boleh ditampung oleh joran sebaiknya sehingga 300gram atau 350 gram seperti GTECH SWIN SURF atau BANAX FORMULA.
      Kalau dinyatakan pada joran, berat batu yang boleh ditampung oleh hanay sehingga 200gram atau 100 gram sahaja, memang sah2 saya risau amat kalau abang pakai batu saiz 5,6.. biasa untuk joran sebegini, saya pakai batu saiz 4 atau 120gram.
      kalau saya , mungkin saya tukar tali yang halus sikit (20lb/30lb) untuk balingan jauh, tapi kekadang kita baling dekat pun boleh dapat hasil yang padu2 juga.. jadi jangan risau~
      Mula2 saya beli joran baru, memang saya akan paki batu saiz 3,4, apabila dah rasa selesa dan biasa , baru saya start pakai batu saiz 5. kena tengok segala halangan sebelum buat lontaran ye~

    • @amirulhadi4401
      @amirulhadi4401 2 года назад

      @@GroupKakiPancingPantai aqa

  • @imranmohdshah364
    @imranmohdshah364 4 года назад

    Biase klau pkai rod 14 kaki...mesen bgus gune benang atau tagsi....yg mna bgus bos

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 года назад +2

      Salam bang! tidak kira apa jenis rod atau mesin yang anda pakai, sekadar pendapat peribadi sebaiknya pakai TALI BENANG/SULAM untuk pancingan PANTAI,AIR MASIN, LAUT DALAM.
      Saya akui masa saya mula2 belajar memancing 15 tahun yang lepas, memang ayah saya pakai tali tangsi semua sebab tangsi adalah tali yang paling murah dan mampu milik dan hanya boleh didapati ketika ayah saya masih muda atau aktif mancing dulu. Bagi saya tali benang adalah peningkatan daripada tali tangsi.
      Kali terakhir saya pakai tali tangsi adalah anggaran 12 tahun lepas, sekarang segala mesin pancing saya berisi tali benang semua.
      (TIDAK TERMASUK PERAMBUT IKAT MATA)
      Saya tidak pakai tangsi lagi dalam mesin pancing sebab:
      1) Mudah belit
      2)Balingan kurang jauh
      3)Mudah putus (kena teritip,batu, ikan buntal)
      Selalu kalau anda nampak orang pakai tali tangsi isi dalam mesin kemungkinan:
      1) Pemancing air tawar
      2) Budak baru belajar
      3) Tidak cukup bajet ketika itu. (tali tangsi kebanyakkan adalah murah berbanding tali benang)
      4) Pemancing kolam bayar (tali tangsi selalu cepat tenggelam di dasar berbanding tali benang yang terapung di permukaan air) takut terganggu pemancing sebelah kalau pakai tali benang, dan ianya terapung di permukaan air

    • @imranmohdshah364
      @imranmohdshah364 4 года назад

      @@GroupKakiPancingPantai ok teme kasih....peneragan yg mantap......teme kasih kogsi ilmu

  • @istongkat8475
    @istongkat8475 4 года назад

    Sifuu...ape beza spin surf and swin surf..gtech surf rod

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 года назад +1

      Salam bang!
      Pertama kali saya nampak pertanyaan daripada sahabat alam maya yang lain adalah bulan lepas, salah satu posting drp Shimano yang post pasal spefikasi joran swin surf dengan spin surf lepas tu orang tersebut bertanya. Tapi kan , saya sendiri dah tengok dan pegang kedua2 model di kedai, cuma saya belum pernah libas spin surf sebab saya tidak memiliki nya.
      Dan saya boleh kata, perbezaan ia adalah cuma daripada segi DESIGN LUARAN sahaja.
      Nak kata beza ketebalan pun tidak, sebab diameter joran bahagian pertama (pemegang) juga bersaiz syiling 10sen macam swin surf. Blank joran pun sama tebal..
      Tapi swin surf lebih cantik daripada luarannya sebab warna biru metallic dan berkilat. Perlu diingatkan juga spin surf adalah berwarna hitam dan pudar, tidak berkilat langsung. Luaran untuk spin surf macam joran carbon warna hitam yang biasa2 tu, tapi warna hitam pudar. Mungkin gengaman kuat sikit berbanding swin surf.
      Tapi pilihan saya tetap pada swin surf sebab cantik amat terutamanya warna benang pada lilitan cincin, warna biru metallic lah katakan

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 года назад +1

      Saya sambungkan dan cuba pegang swin surf dengan spin surf,berat pun sama, casting weight atau berat yang boleh ditampung pun sama,iaitu 300gram

    • @istongkat8475
      @istongkat8475 4 года назад

      @@GroupKakiPancingPantai tq ...info yg sangat berguna...terbaikkk lh...mcm kami yg baru2 nk belajar nie..kne lh bykn bertanya pd yg arif...

  • @broiska2478
    @broiska2478 3 года назад

    the medusa will make you heart goes to stone hahaha the price was sebulan meggi

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 года назад +1

      salam bang! terima kasih kerana sudi singgah! for me okay2 lah.. got more rods out there the harga lagi keras, like most shimano surf rod model, mostly RM700+++, banax medusa only rm380~RM 467.. can lah~

  • @fatrafatraedriansyahiskand5561
    @fatrafatraedriansyahiskand5561 2 года назад

    Dn 15ft batu berapa gram sesuai klu benang 50lb

  • @wanmuhammadzikri9964
    @wanmuhammadzikri9964 4 года назад

    Bang punya banax magic plus magic tu bang pakai berapa meter punya ....

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 года назад +1

      Salam bang! Maksud anda adalah joran Banax Magic plus saya pakai berapa kaki panjang ye?
      Untuk joran Banax Magic plus yang saya miliki sekarang adalah model 360, iaitu bersamaan dengan 3.6meter atau 12 kaki. Cukup ringan banax magic plus 12 kaki ini..

    • @wanmuhammadzikri9964
      @wanmuhammadzikri9964 4 года назад

      @@GroupKakiPancingPantai kalau 500 meter/16.6 ft berat sedikit berbanding 12 kaki atau terlebih berat.........satu lagi banding x puyu pro pantai dengan banax magic plus rod tip mana lagi berisi/tebal......risau juga ada kawan kata magic ok tapi bile tanya kawan lain senang patah ...mintak penjelasan

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 года назад

      @@wanmuhammadzikri9964 bang senang2 join group ini yem.facebook.com/profile.php?id=1191993357822398&ref=content_filter
      Baik dia macam ini bang, walaupun saya dah 11tahun surfcast, tapi secara jujurnya saya belum ada kudrat untuk joran model 500 atau 16.5, malah balingan saya lebih jauh kalau pakai joran 13 atau 14 kaki!
      Tapi benda ini pun logik sebab, ada satu masa itu,( tahun 2014), hari2 pergi mancing pakai Banax tornado 16.5kaki, dan ada satu masa itu, saya telah pun biasa dan cukup kudrat dengan joran 16.5, tapi lama kelamaan pinggang saya rasa tidak selesy, jadi saya segera beli banax magic plus 12 kaki.. bila dah biasa baling joran 16.5kaki, tiba2 tukar pada joran 12 kaki..
      perghhh ringan gila rasa joran 12 kaki itu ( dan ketika itu, joran 12 kaki yang saya beli dan pakai adalah Xpuyu pro pantai, warna merah silver).. lepas tu setiap hari saya pakai xpuyu pro pantai 12 kaki, mungkin kudrat saya terlampau kuat, sehingga pemyambung tercabut keluar masa balingan dan jangka hayat joran tidak sampai setahun dah patah bahagian tengah.. hmmm lepas tu no choice, saya tukar balik joran 16.5 kaki tu, memang payah gila nak baling sebab dah biasa joran 12 kaki tu 🤣😭

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 года назад

      @@wanmuhammadzikri9964 rurmusan peribadi saya,
      Sebab saya memiliki joran xpuyu pro pantai/compass surf dan juga bana magic plus, satu je saya nak kata, bahawa banax magic plus adalah peningkatan daripada joran xpuyu. Dia tebal sikit berbanding joran xpuyu.
      Harga lumrah joran pantai xpuyu adalah RM150+
      Harga lumrah joran pantai banax adalah Rm340+
      Tapi untuk jenama banax, model Magic plus, harganya adalah dalam lingkungan RM220-RM270 berdasarkan kepanjangan
      Kalau takut kes patah, beli je banax formula surf yang warna kuning hitam, yang keras dan tebal gila tu🤣 harga anggaran RM350+

    • @wanmuhammadzikri9964
      @wanmuhammadzikri9964 4 года назад

      @@GroupKakiPancingPantai boleh²

  • @surfcastjackjoker6134
    @surfcastjackjoker6134 2 года назад

    Bro rod ny X bergebat

  • @khairulazman5198
    @khairulazman5198 4 года назад

    Apa pendapat abg tentang rod daiwa phantom surf 15 kaki?

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 года назад +6

      Salam bang, baik sbnarnya kalau ingin saya buat review daripada segi rakaman saya tidak mampu lagi sebab belum pernah memiliki joran daiwa phantom. Namun daripada rakaman lontaran joran daiwa phantom di mana ada sesetengah youtuber telah muatnaikkannya, saya secara periibadinya tengok menonton dan mengkajikannya scara terperinci dan medapati bahawa
      rod daiwa phantom ini adalah hampir sewaktu dengan banax magic plus, saya pernah pegang daiwa phantom ini dekat kedai shimano, cuma tak pernah buat libasan. Saya mendapati blank joran ini kurang tebal/padu, justeru, joran nya pun ringan seperti banax magic plus.
      Tidak silap saya harga untuk daiwa phantom ini adalah skitar RM505+ yang dipaparkan pada label joran. Joran daiwa phantom jauh lebih ringan daripada G Tech Swin surf.. tapi lagi sekali berdasarkan pendapat peribadi daripada saya, kalau harga sekitar RM505, baik saya sambar terus joran G tech swin surf, bukan sahaja harga lebih kurang sama seperti daiwa phantom, G tech swin surf yang saya beli, harga Rm530+ (14kaki), tapi batang padu dan dalam tebal, batang bahagian pemegang bersaiz syilling 10 sen, gengaman itu lebih kukuh.
      Xpuyu pro pantai(merah silver) dan compass surf(hijau) saya telah ada, dan pernah memakainya dulu. Namun kalau nak dibandingkan dengan banax magic plus dan daiwa phantom, sudah tentu ianya jauh lebih ringan dan blanknya sama sekali tidak padu dan kosong je. Bunyi libasan kuat, tapi bagi saya jangka hayat memang tidak lama..2 kali kes patah, dan sebabnya selalu saya pakai saya libas kuat macam biasa.
      Gaya orang malaysia tak sesuai, kena buat macam orang jepun, saya tengok diiorang lontar joran pantai, lemah lembut je, itu salah satu sebab jangka hayat joran adalah lama.

    • @khairulazman5198
      @khairulazman5198 4 года назад

      @@GroupKakiPancingPantai baik bang..terima kasih banyak..saya ada beli rod daiwa tu baru² ni..tapi belum ada masa lagi untuk buat libasan

  • @MuhammadImran-yy5yf
    @MuhammadImran-yy5yf 3 года назад

    Pernah try bossna ultra cast x?

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 года назад +1

      salam dan selamat hari raya bang! maaf tidak pernah lagi, namun terima kasih atas saranan, sebab buat masa ini kalau ada bajet, pasti akan beli mana2 joran pantai secara rawak dan buat review!

    • @MuhammadImran-yy5yf
      @MuhammadImran-yy5yf 3 года назад +1

      @@GroupKakiPancingPantai terbaik admin..dkt melaka ade bole dpt ke rod anyfish tackle tu?

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 года назад

      @@MuhammadImran-yy5yf salam bang! saya beli dalam tahun 2017... kedai TCE TAckles memang tiada.
      saya beli dekat OCEANIC TACKLES yang terletak di jalan Kubu, Melaka.. sebuah kedai pancing lama yang usang.. Harganya Rm250+ kalau tidak silap saya~
      setelah itu, saya pun ada serba sedikit buat selidik dekat google dan mendapati ianya sebatang joran yang pemancing seberang(indonesia) gemar memakainya~
      tapi sekarang saya lebih pada banax medusa yang saya beli pada tahun 2018 sebab lebih sedap pakai berbanding anyfish tactical surf ini~🤣🤣

    • @MuhammadImran-yy5yf
      @MuhammadImran-yy5yf 3 года назад

      @@GroupKakiPancingPantai bro,xnk jual dkt sy ke rod tu?sy nk cuba..hehe

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 года назад

      @@MuhammadImran-yy5yf jarang saya jual, tapi kalau saya jual memang saya jual pada orang melaka je, sebab selama ini ,memang saya akui say dah jual 2 batang banax formula dan sebatang magic plus kepada sahabat alam maya saya , semuanya orang melaka,.. malahan saya lebih suka test secara berdepan, kalau sahabat saya puas baru saya lepaskan.. teringatkan time saya tidak bekerja, sebab cawangan semua tutup, ada juga saya COD barangan pancing lama yang tidak pakai.. teringat orang awam yang lalu dan melihat gelagat kita berdua test tarik joran tepi jalan tu 😅😅 hmmm tapi buat masa ini saya tidak berhasrat untuk melepaskan apa2 joran pantai. lagipun kalau abang orang melaka ataupun pekerjaan anda ada melibatkan penjelajahan (pergi sana sini), seperti pemandu lori ke, dapat turun melaka, lagi cun~

  • @ezahbillah91awang13
    @ezahbillah91awang13 4 года назад

    Reel size bpe abg

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 года назад +1

      Salam bang! minta maaf lambat balas, mesin tersebut adalah "Tomman Goldensand 7000" iaitu saiz 7000. Tapi untuk model mesin ini cuma ada dua saiz setahu saya iaitu saiz 7000 dan 9000. Yang bersaiz 7000 ini saya beli 6 tahun lepas dengan harga RM146 daripada Tce Tackles, limbongan, melaka.

  • @bpsurfcasting3076
    @bpsurfcasting3076 4 года назад

    Brape kaki tu

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 года назад

      Salam bang, minta maaf lambat balas. Joran relix surf tersebut adalah model (RSP420) atau angka 420 tersebut adalah bersamaan dengan 4.2 meter atau 14 kaki.

  • @al151073
    @al151073 4 года назад

    Hi Branden. Do u have an insta account. Would like to get in touch with you.

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 года назад +1

      Hi! At this moment I do not have Instagram. Im only active in this Facebook group , well if there's is any update I Will update here , anyone is welcome to join
      m.facebook.com/profile.php?id=1191993357822398&ref=content_filter

  • @werdisaputra9004
    @werdisaputra9004 4 года назад

    Harga berapa tu bang?

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 года назад

      Salam bang ! Harga yang saya beli itu adalah anggaran RM380 iaitu 1,318,832.10
      (Indonesia Rupiah).
      Tapi kan bang, saya tterjumpa salah satu laman ini , senang sikit untuk anda rujuk. Harga model berbeza ikut kepanjangan joran ye www.1stopfishing.com/shop/spinning-relix-surf-power-rod/